Dia Masih Menyayangiku
Bismillahirrahmanirrahim.
Pagi ini terhibur sungguh rasanya, sekejap tersenyum, sekejap serius dan sekejap pula melopong mengadap PC. Sungguh kelakar rasanya pagi yang agak sejuk ni, beberapa hari hujan agak lebat. Sakit pada tulang belakang hingga ke tapak kaki semakin mencengkam sendi-sendi apabila ditambah dengan cuaca yang sejuk. Kazalik... Nyaman sungguh rasanya, nuansa hati yang semalam agak kelam hari ini berubah ceria dan begitu tenang dengan kata-kata Nya. Subhanallah.
Beberapa hari ni ana dikejutkan dengan mesej-mesej "shock", ya Allah... Rasa macam-macam, boleh pula ditanya apa yang ana rasa. Nak jawab tak rasa apa-apa lah, huhuhu. Biar la, apa pun rasa dan yang mengganggu fikiran telah pun ana buang jauh-jauh, sejauh jauhnya... Hehe. Mudharat dan fadilat datang dari Allah, tenanglah sang hati...
Pagi ini YM dengan seorang ammu (betul-betul ammu), soalan standard dari ammu ni dah pun ana hafaz sekian kali. Bukan apa, setiap kali berkesempatan YM pasti soalan yang sama muncul darinya. Tersenyum sendirian dengan kata-kata ammu, boleh pula dengan bangganya ammu kata seronok sungguh menyakat ana. Ana hormatkan dia jer, kalau tidak mau teruk ana 'belasah' dia pula... Ana jarang nak mengalah dengan orang yang menyakat ana, tetapi memandangkan ammu adalah ammu, kena hormatkan dia. Sesekali bagi chance pada dia, biar la dia seronok. Hik hik.
Semalam menangis dengan kata-kata seorang hamba Allah, sekali lagi pandangan diminta dari seorang sahabat. "Biarkan je lah...." Huhuhu, kenapa semua orang 'menasihatkan' ana membiarkan dia sedangkan ana sayang pada dia. Sayang seorang hamba kepada seorang hamba memang tak seberapa dibandingkan dengan kasih sayang Allah, awal pagi ana bangun dan senyum pada diri sendiri. Menguak jendela dan jauh-jauh ana buangkan segala pahit semalam, senyum pada embun, senyum pada embun, senyum pada embun!
Setitis demi setitis embun ana 'kutip', alhamdulillah kasih sayang Allah selalu menemani saat suka dan duka. Senyum dan senyum lagi, semalam Kak Syifa' balas mesej ana. Tiada yang serius, Kak Syifa' demam campak. Alhamdulillah, ana takut kalau Kak Syifa' chikungunya.
Sesekali, tersenyum sendiri. Arh... Manisnya senyuman yang lahir dari hati, rindunya pada Kak Amiera! Sesekali Dia menduga, sesekali jalan sumbing langkahnya namun Dia masih setia memimpin gerak langkah. Maaf pada sahabat-sahabat sekalian andai ana terSALAH dan terSILAP dalam memupuk kasih sayang dalam berukhuwwah, emosi kurang stabil mungkin kerana menahan sakit. Sakit belakang terkadang menguji emosi, sedikit nikmat yang Allah tarik terasa sungguh kehilangan. Terkadang, ana mengaku kalah juga dengan emosi sendiri... Sukar untuk bergerak, sukar untuk bangun, sukar untuk duduk, sukar untuk berjalan buat kesabaran tipis. Astaghfirullah hal azhim. Maaf pada sahabat-sahabat kiranya ada mesej dan pertanyaan yang lewat di balas. Takut teremosi pada kalian.
Hari ini, hati berbunga riang... Semoga Allah temukan kami dengan kasih sayang Nya! Rindu pada Aisyah dan Hafizah moga terubat sebentar lagi. Ameen. ^_^
Ana terbeliak mata dengan kata-kata ammu apabila ana cakap "sekarang ni insyirah masih guna tongkat lagi support tulang belakang yang tak berapa nak stabil." Dengan slumbernya ammu cakap "hah !! tongkat... alamak... parah lagi nie.. mcm org sakit barah tulang..."
Aduih, ni ada juga yang nak kena baling dengan bom C4. Huhuhu! Tapi mujur la lepas tu ammu buat lawak, kekekeke... Senyum lagi (wah sudah Syira, perasan betul Syira ni). Betul la tu, kadang-kadang perlu juga 'menipu diri sendiri' agar terhibur. Hik hik hik. Ammu... Ammu... Sabar je la Syira kalau chatting dengan ammu.
Atas setiap kelam dan suram, Allah datangkan senyuman dan kegembiraan yang tak terkata. Kerana keyakinan masih menebal, Dia menyayangiku dengan cara Nya sendiri. Andai diberikan UJIAN, itu tandanya Dia mahu kita kembali pada Nya. Andai diterjah dengan kesakitan, itu tanda kasih sayangnya yang tebal, mudah-mudahan kaffarah pada diri agar di sana nanti tidak menanggung azab tak tertanggung. Ameen. Andai diberikan kegembiraan, bersyukurlah agar kita mampu memberikan kebahagiaan pada orang lain.
Usah bersedih, Dia masih menyayangiku...
2 leaves:
Ya Allah, ammu tanya macam tu pada akak? Kalau saya.... Dah lama menangis... huhuhu. Dah tengah sakit orang tanya camtu?!
Hihihi, rilex lah dik. Soalan yang jauh lebih dahsyat pun akak dah pernah dapat, ngeh ngeh ngeh :)
fasobrun jamil ^_^
Post a Comment