"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

12 May 2009

Pemilik Cintaku

Assalamu'alaikum w.h.b..

Sobakhul khair. Moga rahmat dan maghfirah Nya menaungi pagi yang indah, insya Allah. Pemberitahuan, no hp saya 019-577****** tidak dapat digunakan buat beberapa ketika kerana mempunyai sedikit masalah teknikal, insya Allah masih boleh dihubungi melalui no 013. Asif pada sahabat-sahabat yang "merajuk" kerana mesej tidak berbalas. YM pun dah jarang sangat-sangat dibuka, banyak sangat sebabnya, biarlah ianya menjadi satu penghijhrahan buat ana. Hihihi.

Alhamdulillah, ana berkesempatan membaca buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul, subhanallah. Buat ana bermuhasabah kembali pada diri, banyak sangat yang perlu diperbaiki dengan usaha yang konsisten dalam konteks MENJADI. Terlalu banyak kekurangan diri, tetapi ia bukanlah satu asbab untuk menjadikan diri semakin lemah. Ia adalah permulaan untuk menghadapi cabaran dan terus melakukan penghijrahan. Insya Allah. Ameen.

Membaca dan menghayati bait demi bait dalam buku tersebut banyak mengundang perasaan yang dicampur aduk, sulit untuk dicatatkan apatah lagi untuk dikongsikan bersama. Biarlah Allah saja yang memujuk dengan cara dan kehendak Nya, insya Allah. Ana berjaya menghabiskan buku tersebut dalam masa beberapa jam, mungkin sebab ana tak sabar nak baca penghabisannya. Kalau terus skip dan baca penghabisan, rasa macam tak 'surprise' pula. Betapa istiqamah dan syadidnya insan 'ciptaan' dalam buku tersebut. Ya Allah, ana berulang kali istighfar dan terus membasuh hati. Rumusannya, ana terasa seakan 2 watak tersebut adalah watak Penulis dan suaminya. Wallahua'lam. Itu kata hati ana, hakikatnya mereka dan Allah juga yang lebih tahu.

Betapa INDAHNYA sekuntum mawar yang berduri tajam seperti itu, ya Allah. Ana terharu, bersyukur dan sangat-sangat rasa hina membaca buku tersebut. Jauhnya akhlaq mawar berkualiti dibandingkan dengan diri ini. Hanya kerana seorang ikhwah yang berhasrat menyunting telah 'rakus' menghantar sms, maka peminangan tersebut terus ditolak dengan total beralasankan kerana si lelaki kurang menjaga hubungan. Allahuakbar! Hanya kerana seorang ikhwah yang menyimpan hasrat menyuntingnya telah menghantar sebaris sms untuk mengenalinya terus ditolak 'bulat-bulat', tiada bujur mahupun bersegi-segi. Muhasabah kembali pada diri ini...

Ahad lalu, ana "berkongsi" sesuatu dengan ukhti Nadia semasa di KL Sentral. Sebenarnya, ana mengoreksi diri setelah selesai membaca buku tersebut.

Sebelum musafir ke Kuala Lumpur tempoh hari, sedikit penambah baikan telah ana lakukan pada contact no hp. Kebanyakan no ikhwah telah selamat dipadam atas sebab-sebab tertentu tetapi masih disimpan sebahagiannya atas sebab-sebab tertentu juga. Tetapi, setelah membaca buku Fatimah Syarha... Dengan berpandukan fatwa hati, hampir semua no ikhwah selamat terpadam pada pagi tadi. Sedikit bicara heart to heart dengan seseorang yang ana hormati, ana meminta pendapatnya adakah perlu ana "menolong" sahabat yang memerlukan bantuan atau biarkan mereka mencari orang lain dalam urusan penulisan.

Banyak sebabnya, sedikit rasa terkilan kepada (dah jadi banyak pun, huhu) akhawat kerana... terlalu awal "jugde" ana. Sedih, terkilan, kecil hati, SAKIT HATI semuanya buat ana jadi malas lagi nak melayan. Teringatkan kata-kata seorang kakak yang ana sayangi, ana ikuti nasihatnya agar terus diamkan diri. Diam bukan bererti membenci tetapi ana perlu sedikit waktu nak mengubati hati. Takkan kerana membantu sahabat dalam urusan penulisan, banyak sangat cerita sensasi yang dikhabar anginkan. Rumusannya, NO MORE! Dan... Ana mohon maaf sebanyak-banyaknya pada sahabat-sahabat andai terlukakan hati kalian, ana mahu lakukan penghijrahan. Biarpun orang akan kata syadid (mulut orang bukan boleh tutup...) dan sebagainya, tetapi kata-kata seseorang pada pagi tadi sangat menceriakan ana. Hamdalah. Insya Allah, ini yang terbaik.

Teringat kata-kata Tok Bah sewaktu lunch Masak Lemak Cili Api Ikan Parang... Slurppp!

Ikan Parang ni sedapppp tapi tulangnya sangat banyak. Cuba kita tengok MAWAR, bunga mawar yang wangi banyak sangat durinya tapi mawar yang tak berapa wangi... Durinya tak berapa banyak. Macam tu juga dengan ikan parang, walaupun banyak tulang tapi sedap. Isinya manis!

Subhanallah. Perumpamaan untuk ana muhasabah diri, koreksi diri dan tajdid niat... Mahu menjadi mawar yang harum perlulah menghiasi diri dengan duri-duri yang banyak, tak mudah dan pantang menyerah diri. Iyaaa! Jihad. Walaupun berusaha untuk menanam apa yang ditulis oleh Ukhti Fatimah Syarha dan belum mampu untuk copy & paste tetapi usaha itu yang penting.

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul hanyalah insan yang halal... Buat kawan-kawan yang sedang bercinta, bakal berkahwin, sudah berkahwin, para remaja dan siapa saja... Ana cadangkan bacalah buku Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul tulisan Fatimah Syarha, baca dengan nama Allah, baca dengan hati yang merendah diri dan jiwa yang mendambakan kasih Ilahi. Insya Allah, kalian akan merasa betapa INDAHNYA CINTA ILAHI.

.... SAY NO TO IKHTILAT ....

Terasa nak hadiahkan buku ni pada pasangan yang bakal bertunang... (",)

3 leaves:

nornaimah 9 November 2009 at 00:57  

nak tanya.. mana ek nak dapat buku nih?

Anonymous,  14 December 2009 at 09:57  

assalamualaikum...
bley tny tak..?
kat mne nk dptkn bku ni yerk..
=)

Solehah,  5 August 2010 at 16:48  

Saya teringin saya nak baca buku ini . Tapi saya tak tahu macam mana nak dapatkan buku ini di Daerah Jitra .

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO