Perkongsian : Niqab; Hukum dan Pelaksanaan
Bismillahirrahmanirrahim.
Beberapa muslimah bertanya perihal niqab (purdah) kepada ana melalui e-mail dan juga mesej di dalam facebook. Mahu menulis balasan pada setiap yang bertanya, panjang lebar. Maka, ana usahakan untuk berkongsi di dalam blog sebagai salah satu usaha kecil menjawab sebahagian pertanyaan mereka. Janganlah anggap apa yang bakal dinukilkan ini sebagai muktamat sebaliknya pintu perbincangan sentiasa terbuka.
Permasalahan niqab ini sudah dibahaskan terlebih dahulu oleh para ulama' dan ini hanyalah perkara furu' (cabang) di dalam agama, maka usahlah terus menerima parkongsian ini sebagai muktamat kerana ana bukanlah ahli dalam agama yang merujuk kepada semua pandangan ulama' sebaliknya ini adalah 'homework' ana sebelum dan selepas memakai niqab yang pastinya terlalu banyak kekurangan dari sisi pandang yang ana ambil dari kefahaman yang disampaikan oleh ulama'. Ana juga banyak meminta pandangan dari muslimat yang memakai niqab, pendapat dan pandangan mereka mengenai niqab ana usahakan untuk rangkumkan di dalam post ini. Biiznillah.
Aurat wanita yang disepakati oleh ulama' adalah seluruh tubuh badan wanita kecuali muka dan tapak tangan, hanya sebilangan (minoriti) ulama' sahaja yang menetapkan bahawa muka dan tapak tangan wanita adalah aurat yang wajib untuk ditutup di hadapan ajnabi (lelaki asing - bukan mahram, atau dalam erti kata lain lelaki yang halal untuk dikahwini).
"Benarkah wanita yang berniqab di dunia ini, di akhirat kelak di saat manusia lain menunggu untuk melihat wajah Allah, Allah datang kepada wanita berniqab?"
Mereka mengatakan ini adalah hadith, ana ingin jelaskan di sini ana tidak pernah berjumpa dengan hadith sebegini dan setelah meminta penjelasan dari zauji beliau mengatakan ia adalah hadith rekaan (hadith palsu) semata-mata. Sangat mudah untuk 'mengenal pasti' hadith palsu antara cirinya ialah "buat perkara kecil dapat manfaat besar sangat, tak logik." Sekiranya hadith ini adalah sohih, maka tidak akan berlaku perselisihan di kalangan ulama'.
Jadi, apabila memakai niqab janganlah kerana merasa Allah akan berjumpa dengan muslimah yang berniqab di dunia. Allah, siapalah kita di pandangan Allah untuk mengharapkan sesuatu yang terlalu besar tersebut meskipun kita sangat mengidamkan perkara tersebut. Kembalikan niat untuk melakukan sesuatu bagi mendapatkan keredhaan Allah semata-mata.
"Apakah hukum memakai niqab?"
Hanya sebilangan minoriti ulama' sahaja mewajibkan wanita memakai niqab bersandarkan kepada dalil "Wanita adalah aurat"
Ia tidak berlaku secara mutlak. Kerana tidak mungkin seseorang boleh menampakkan
auratnya di dalam solat. Bagi mereka yang berpendapat bahawa wajah wanita itu aurat adalah minoriti ulama. Sedangkan yang berpendapat bahawa wajah bukan aurat adalah majoriti ulama (jumhur).
Hadith diatas, yang berbunyi.
"Wanita adalah aurat, jika dia keluar maka syaitan memperindahkannya."
Hadith ini tidak boleh diertikan secara mutlak. Ini kerana ada kaedah yang berbunyi :
"Dalil umum yang mengandungi banyak cabang hukum, dimana cabang-cabang hukum itu tidak boleh diamalkan berdasarkan dalil umum tersebut, maka kita tidak boleh berhujah dengan dalil umum tersebut untuk menentukan cabang-cabang hukum tadi."
Misalnya : Orang-orang yang menganggap bahawa bid'ah-bid'ah itu baik adalah berdasarkan dalil yang sifatnya umum. Contoh : Di negeri-negeri Islam seperti Mesir, Syria, Jordan dan lain-lain… ramai orang yang membaca selawat ketika memulai azan. Mereka melakukan ini berdasarkan dalil yang sangat umum iaitu firman Allah.
"Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya." [Al-Ahzaab : 56]
Dan dalil-dalil lain yang menjelaskan keutamaan selawat kepada Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam yang merupakan dalil-dalil umum (yang tidak boleh dijadikan hujjah dalam azan yang menggunakan selawat, kerana ia memerlukan dalil khusus, wallahu a'lam.)
Mewajibkan wanita menutup wajah. Berdasarkan hadith : "Wanita adalah aurat", adalah sama dengan keadaan di atas. Ini kerana wanita (sahabiyah) ketika melaksanakan solat mereka umumnya membuka wajah. Demikian pula ketika mereka pulang dari masjid, sebahagian mereka menutupi wajah, dan sebahagian yang lain masih membuka wajah.
Oleh yang demikian hadith diatas (wanita adalah aurat), tidak termasuk wajah dan tapak tangan. Prinsip ini tidak pernah bertentangan dengan praktik orang-orang salaf (para sahabat).
"Adakah para wanita (sahabiyah) memakai niqab?"
Hadith Ibnu Abbas menjelaskan bahawa wajah dan kedua tapak tangan bukan termasuk aurat, sebagaimana diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Mushannaf.
Pendapat ini bukanlah hal yang baru. Para ulama dari kalangan Salafussoleh dan para ahli tafsir seperti Ibnu Jarir At-Thabari dan lain-lain mengatakan bahawa wajah bukan termasuk aurat tetapi menutupnya lebih utama.
Sebahagian daripada mereka berdalil tentang wajibnya menutup wajah bagi wanita dengan kaedah.
"Mencegah kerosakan didahulukan daripada mengambil kemanfaatan."
Memang kaedah ini bukan bid'ah tetapi sesuatu yang berdasarkan syariat. Sedangkan orang yang pertama menerima syariat adalah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Kemudian orang-orang yang menerima syariat ini daripada beliau adalah para sahabat. Para sahabat tentu sudah memahami kaedah ini, walaupun mereka belum menyusunnya dengan tingkatan ilmu usul feqh seperti di atas.
Di dalam kitab Hijaab Al-Mar'aatul Muslimah yang dikarang oleh Syeikh Nasiruddin Albani mengenai kisah seorang wanita Khats'amiyyah yang dipandang oleh Fadhl bin 'Abbas ketika Fadhl sedang dibonceng oleh Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam, wanita itupun melihat Fadhl. Dia adalah seorang yang tampan dan wanita itupun seorang yang cantik. Kecantikan wanita ini tidak mungkin boleh diketahui jika wanita itu menutup wajahnya dan Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ketika itu memalingkan wajah Fadhl ke arah lain. Yang demikian ini menunjukkan bahawa wanita tadi membuka wajahnya.
Sebahagian mereka mengatakan bahawa wanita tadi di dalam keadaan berihram, boleh baginya membuka wajah sedangkan tidak ada tanda-tanda sedikitpun bahawa wanita tadi sedang berihram. Syeikh telah mentarjih (menguatkan) dalam kitab tersebut bahawa wanita itu berada dalam keadaan setelah melempar jamrah, iaitu setelah tahallul awal.
"Dan seandainya wanita tadi memang benar sedang berihram, mengapa Rasulullah tidak menerapkan kaedah di atas, iaitu kaedah mencegah kerosakan?!"
Syeikh berpandangan seorang lelaki terhadap wajah wanita tidak ada bezanya dengan pandangan seorang wanita terhadap wajah lelaki dari segi syariat dan dari segi tabiat manusia.
Oleh sebab itu Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Katakanlah kepada orang lelaki yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 30]
Maksudnya daripada (memandang) wanita.
Dan Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman.
"Dan katakanlah kepada wanita yang beriman. "Hendaklah mereka menahan pandangannya," [An-Nuur : 31]
Maksudnya iaitu jangan memandang seorang lelaki.
Kedua ayat diatas mengandungi hukum yang sama. Ayat pertama memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah wanita dan ayat kedua memerintahkan menundukkan pandangan dari wajah lelaki.
Sebagaimana kita tahu pada ayat kedua tidak memerintahkan seorang lelaki untuk menutup (wajahnya). Demikian pula ayat pertama tidak memerintahkan seorang wanita untuk menutup wajah.
Kedua ayat di atas secara jelas menyatakan bahawa di zaman Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam ada sesuatu yang biasa terbuka dan boleh dilihat iaitu wajah. Maka Allah, Si Pembuat syariat dan Yang Maha Bijaksana memerintahkan kepada kedua jenis menusia (lelaki dan perempuan) untuk menundukkan pandangan masing-masing.
Secara Umumnya :
Syeikh di dalam kitabnya mengatakan beliau tidak pasti di kalangan sahabat ada yang mewajibkan wanita memakai niqab. Tetapi lebih utama dan lebih mulia bagi wanita untuk menutup wajah. Adapun mewajibkan sesuatu wajib berdasarkan hukum yang jelas di dalam syariat. Tidak boleh mewajibkan sesuatu yang tidak diwajibkan Allah.
Oleh kerana itu Syeikh telah membuat satu bab khusus di dalam kitab Hijabul Mar'aatul Muslimah, untuk membantah orang yang menganggap bahawa menutup wajah wanita adalah bid'ah. Beliau telah jelaskan bahawa hal ini (menutup wajah) adalah lebih utama bagi wanita.
Pada pendapat Imam at-Tohawi dari mazhab Hanafi berkata:
"Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat."
Menutup muka kerana timbulnya fitnah
Para ulama empat mazhab bersepakat bahwa wajib wanita menutup mukanya kerana takut fitnah dan berlakunya keburukan.
Imam Kauthari r.a. berkata:
"Pendapat ulama yang mengharuskan menunjukkan muka adalah sekiranya tidak timbulnya fitnah."
"Saya nak pakai niqab tapi ibubapa tak benarkan, apakah saya boleh memakai niqab tanpa pengetahuan ibubapa saya?"
Sekali lagi dijelaskan bahawa memakai niqab bukanlah wajib tetapi lebih baik (mulia) untuk wanita, manakala mentaati kedua ibubapa adalah wajib bagi seorang anak perempuan sebelum berkahwin. Maka, menurut kehendak ibubapa untuk tidak berniqab adalah lebih baik kepada wanita yang belum berkahwin ini adalah kerana kita perlu mendahulukan perkara yang wajib berbanding yang sunat. Sekiranya tiada keperluan untuk keluar dari tempat tinggal, maka tidak perlu untuk keluar di khalayak ramai. Ini adalah lebih baik dan selamat untuk wanita.
"Saya memakai niqab tetapi tidak semua tempat membolehkan saya memakai niqab. Contohnya di tempat kerja atau sekolah, sama sekali tidak membenarkan saya memakai niqab. Saya teringin untuk istiqamah berniqab tetapi keadaan tidak membenarkan saya melakukan demikian."
Secara umumnya tidak timbul isu 'istiqamah atau tidak' dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.
Kesimpulan: Ini adalah perkara yang khilaf dikalangan ulama. Kita hendaklah terbuka dalam masalah khilaf yang kuat dikalangan ulama'.
Seorang kakak yang sangat ana hormati dalam pendapatnya menerangkan bahawa niqab bukan sekadar menghijab wajah dari pandangan lelaki tetapi niqab juga adalah sebagai benteng untuk menjauhkan diri dari maksiat, apabila menutup mulut ia adalah satu nasihat kepada diri sendiri untuk menghindari mengumpat, mencela dan menggunakan perkataan yang tidak sopan. Seorang muslimat lainnya menjadikan niqab sebagai satu motivasi untuk sentiasa menjaga solat, tidak melewat-lewatkan solat lantaran imej muslimah yang dibawanya telah merubah peribadinya ke arah yang lebih baik. Masya Allah :)
"Bagaimana kamu makan di khalayak ramai?"
Terpulang kepada jenis niqab yang dipakai. Ada muslimah yang berniqab sentiasa membawa niqab simpanan di dalam tas tangan, sekiranya makan makanan yang berkuah (seperti laksa, tomyam dsb) dan niqabnya kotor maka mudah untuk menukar niqab. Ada yang selesa makan di tempat yang tersorok dari pandangan umum, maka mudah untuknya membuka niqab di hadapan keluarga semasa makan di luar.
Niqab juga berbeza, ada yang memakai niqab butang atau jarum peniti di luar tudung maka apabila makan mudah untuk membuka niqab di tempat tersorok. Ada muslimah yang memakai niqab bergetah, maka hanya turunkan niqab di bawah dagu untuk makan di tempat tersorok. Sebahagian lagi memakai niqab hitam (seperti arab) yang diikat di belakang kepala, maka, mereka akan menyelaknya dari bawah niqab dan makan seperti biasa :)
Sangat terharu dengan kata-kata seorang kakak.
"Alangkah indahnya andai daulah islamiyyah tertegak, tidaklah orang yang berniqab kelihatan pelik."
Indahnya ummat Islam itu bukan kerana dia adalah seorang Muslim tetapi yang mengindahkan ummat Islam adalah pelaksanaan syariat Islam di dalam kehidupannya.
Wallahua'lam.
Transformasi diri,
Insyirah Soleha.
64 leaves:
syukran atas prkongsian itu..
"masyaAllah..:)"subhaanallah...mohon share ye...
teruskan berbicara di sini...:) Alhamdulillah...masyaAllah, besarnya nkmat Allah ta'ala ye.."
alhamdulillah di bumi anbiyak berniqab itu tidak dipandang pelik
syukran ukht atas perkongsian
doakan ana boleh berniqab di malaysia nanti =)
syukran ukhti atas penjelasannya .. terang dan jelas :)
syukran ukhti atas perkongsian ilmunye..hmpr 2 thn saya survey pemakain niqob. Alhamdulillah!saya lbh fhm skrg..
salam insyirah,
syukran atas perkongsian niqab ni. Pernah hati tergerak nak pakai niqab. Kakak usrah pun galakkan..tp plan nak pakai senyap-senyap memandangkan duduk di negara orang. Pernah juga sy bertanya kpd sisters arab di sini. tapi, katenya kalo berniqab, tak boleh pkai ini dan itu. kena pkai jubah sentiasa. katenya kne betol2 strict kalo nk pkai niqab. mohon beri pendapat ya.:)jzkk
salam'alaikum naurah humayra.
alhamdulillah, ukhti mendapat sokongan dari insan sekeliling. ulama' sepakat mengatakan aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, bila dikatakan tak boleh pakai itu dan ini, ianya untuk mengelakkan fitnah. paling penting kita KENA tahu syarat pemakaian muslimah, longgar, tidak melekat dibadan, tudung labuh menutupi dada, bahagian badan seperti dada, pinggul, peha perlu sangat dijaga kerana di sana selalu menjadi tarikan mata liar lelaki.
pilihlah pakaian yang menutup aurat yang lengkap dalam syariat dan elakkan pilihan warna yang garang seperti kuning, merah terang dan sebagainya untuk mengelak menjadi perhatian ramai. lihat kepada suasana, kalau duduk di malaysia, pakai baju kurung pun tak memberi masalah (kerana orang malaysia dah biasa tengok baju kurung berbunga-bunga).
kalau duduk di oversea (barat), boleh juga nak pakai jeans waktu musim sejuk tetapi cover dengan coat labuh sehingga paras bawah lutut supaya bahagian pinggul dan peha terpelihara, sebolehnya coat tidak zip atau butangkan kalau badan agak besar kerana akan menyerlahkan bahagian dada, jeans pula mestila yang "beggy" cutting, jangan yang ladies cutting.
kalau duduk di negara arab, sudah biasa dengan abaya hitam, maka janganlah pula kita pakai baju yang colourfull kerana ia mengundang kepada pandangan mata orang kepada kita...
wallahua'lam.
assalamualaikum ukhti ats perkongsian..
buat ukhti naurah,ana alhamdulillah dah 6 bulan istiqoma dgn purdah, alhamdulillah...wlupn mcm tu,ana stil bebas nak pakai baju2 ana yang len, as t-shirt labuh dgn seluar bla beriadah,bj kurung dll...pakai purdah tak semestinya kena pakai jubah..=)
waalaikumussalam anonymous.
setuju dengan saudari. benar, tak semestinya pakai jubah tetapi setiap pakaian yang dipilih mestilah tutup aurat dengan sempurna :)
assalamua'laikum kak insyirah.. :)
saya ada sedikit pertanyaan, sememangnya pemakaian niqab ini adalah untuk memelihara pandangan muslimin dan muslimat. cuma terkadang, pemakaian niqab yg masih minoriti dlm kalangan masyarakat menyebabkan ada mata2 yg akan melihat penampilan ini. dan mata2 yg melihat itu seperti tidak dapat mengelakkan diri drpd menjadi bahan pandangan manusia. bagaimana pendapat kakak?
saya sayang kakak insyirah. moga Allah merahmatimu, ya hurr. :)
waalaikumussalam adik yang dirahmati Allah.
ada dua keadaan.
satu keadaan kita pakai pakaian yang menjolok mata dan mengundang sangat banyak mata yang melihat, maka kita berdosa kerana engkar arahan Allah dan secara sengaja membiarkan orang lain berdosa disebabkan perbuatan kita.
keadaan yang kedua kita menutup aurat selengkapnya, sempurna dari segi syariat dan mengundang banyak mata yang melihat. kita tidak berdosa kerana kita sudah memelihara aurat kita, jadi hanya mata yang melihat itu yang bersalah kerana tidak menurut perintah Allah supaya lelaki dan perempuan TUNDUKKAN PANDANGAN :)
pilihan di tangan kita, jadi... pilih la nak jadi kelompok yang mana. wallahua'lam.
Islam datang dalam keadaan asing dan akan pergi dalam keadaan asing. wallahua'lam
jazakillahu khaira ya hurr.
insyaAllah. :)
salam ukhti insyirah, sy mohon izin nak share kat blog ya,,:) syukran.semoga enti dlm redha allah sentiasa.
salam,sedikit perkongsian...sebenarnya pakai niqab ni banyak hikmahnya,lebih2 lagi muslimat yang gerakkerjanya seperti ana,meeting dengan muslimin tak mengira waktu terkadang hingga lewat malam dan awal pagi.
Cuba bayangkan bagaimana wajah kita ketika time begitu..terkadang niqab banyak menyimpan apa yang ana rasa.Marahkah ana?sedihkah ana?kecewakah ana? letihkah ana?..dan dengan terhijabnya semua ini, rasanay gerak kerja ana lebih lancar dan selesa...
niqab juga memudahkan ana menyampaikan sesuatu dihadapan adik2 usrah ana yang terdiri daripada muslimin dan muslimat...ana lebih berkeyakinan jika terpaksa menggantikan naqib yang tidak dapat memberi pengisian...
Persoalan maduu akan menjauhi kita,sekiranya memakai niqab tidak harus ditimbulkan jika kita bijak membawa diri,pernah seorang non-muslim, ketika ana membuka niqab bila berhadapan dengannya,dia memakaikan kembali..katanya "awak pakailah tutup ni,saya suka tengok...".Tersentuh juga hati ana.Yang bukan islam boleh bersangka baik dengan muslimat yang bertutup kenapa masih ada segelintir yang islam berprasangka bukan2.
Niqab bukan sekadar menutup wajah dari ajnabi tapi ia juga salah-satu cara untuk kita menjaga rasa malu dalam diri kita agar tidak hilang.Keruntuhan akhlak dalam kalangan muslimat hari ini disebabkan hilangnya rasa malu dan berniqab, bagi ana ia dapat memaksimakan rasa malu dalam diri seorang muslimah.
Tetapi jangan jadikan niqab untuk kita semakin perlahan dengan gerak kerja dakwah..jangan jadikan niqab sebagai batu penghalang untuk kita menuntut ilmu dan bertanya..jadilah seperti wanita ansar yang tidak malu dalam menuntut ilmu..
assalamua'laikum...
alhamdulillah,, perkongsian tadi menambah pengetahuan ana tntg niQab..
~pakai niQab untk mencri keredhan Allah
~wadah untuk mendekatkan diri kpd Allah..
ana,,xpakai niQab tpi tringin..
~~doakn ana~~
salam.. rata-rata buku mengenai niqob yang ana baca mewajibkan wanita memakai niqob.. persoalan yang mencucuk bagai pedang di benak fikir.. sgt gembira, suka, malah bangga dengan penampilan muslimah dewasa ini yang mengenakan niqob.., (atas dasar-dasar islamisasi dalam dunia moden, kepentingan dan ke"bagusannya",) namun yang kerap dilihat ialah muslimah memakai niqob tetapi melampirkan wajah berniqobnya di dada2 fb antara lainnya.. padahal asalnyniat sudah baik untuk "tidak melihat dan tidak dilihat", lalu apa bedanya kalau masih juga wajah terpampang di dadanya fb?? mohon sama diskusi :)..Allah dan Rasul lebih mengetahui..
assalamualaikum..seronok raseny ble bce artkel n komen2 pkonsian ilmu y mnarik..alhmdulillah.ana buknlh dklgn y bniqab,tringin tp mrase diri ini xlayak n ibubapa xkasi..persoalnny,dmana letakny klyakn s'org wanita y mrase diriny xlayak n xperlu u bniqab..dhrp ukhti fhm,asif..=)
assalamualaikum ya ukhti insyirah..
stlh ana mmbce bl0g ukthi, ana rse lbih b'kyakinan utk mmkai niqab d khlyk rmai...ttpi ana akn brase sdkit kek0k utk tdak mmkai niqab d sklh krne sklh ana tdak mmbnrkn niqab..
ttp ana ad p's0alan...adkh ilmu pngetahuan juga mmpngaruhi pmakaian niqab??n adkh muslimah niqab msih bleh mmpnyai prasaan suka t'hdp kaum banin??
mh0n d jwb...
jazakillahu khairan..
wassalamualaikum..
InsyAllah dalam process untuk merubah diri dengan memakai niqap. bagaimana dan di mana untuk mendapatkan purdah dan niqap
salam ukhti..
syukran atas perkongsian, ana ad sdikit kemuskilan..
1. bagaimana jika ana memakai niqab hny utk memelihara kselamatan diri, dan nk elakkan dri gangguan org, contohnya, pegi ke universiti tak pakai niqab, tp klu keluar ke tmpat2 yg tk selamat mcm pasar atau bndar, ana pakai? ( skg rasa tk kuat utk pakai niqab sbb rasa diri tak mmpu pkai niqab krn redha allah atau krn rasa izzah dgn islam )
2. ad sorang ustaz pernah ckp, wanita yg berpurdah, kene buka niqabnya ketika belajar didalam kelas, even guru yg mengajar itu lelaki, kerana ini adalah adab dlm menuntut ilmu. (tp ana tk pasti dlm konteks kelas tu cmpur ngn boys atau tak).akak penah dgr ke dalil pasal ni? mohon pndangan akak.
jazakillah ukhti.
salam dik, akak dah tnya ramai org pasal niqab kalau tak mampu istiqamah atas urusan mengajar atau kerja...niat akak pakai niqab sebab bila pakai niqab rasa terpelihara untuk nak wat mengumpat atau seumpanaya...thanks atas penerangan adik wat akak yakin untuk memakai niqab hanya perlu meminta izin ayah sahaj..mhon share yea..syukran..
minta share yea pasal niqab nie sebab menjadi persoalan pada saya..saya nak pakai tapi ada persoalan sebab tak istiqamah..tapi sudah terjawab dengan membaca blog ini..
Assalamualaikum w.b.t..
alhamdulillah, syukran kathir dgn perkongsian akak..
sememangnya rata2 muslimt "ingin" memakai niqab tapi tak "laksana", termasuk diri ana..
skali lg, syukran kathir dgn pencerahan mngenai pbahasan niqob ini..semoga Allah memberkati akak dan doakan ana smoga di KUATKAN HATI..
Izin share di blog ana ye kak =)
syukran ats ilmu yg sgt bmakna ya ukhti.
Syukran!!Alhamdulillah hari ni ana jumpa artikel ni..ana mulakan niqab dlm perjalanan ke KL..bg ana tempat ini lebih sesuai utk ana mula berniqab kerana tiada yg mengenali ana..dari sini ana mula hijrah mengikut sunnah pakaian isteri2 Rasulullah..& kerana cintakan Rasulullah!
As salam..syukran!akhirnya bnyk psoalaan terjawab..Ana mulakan berniqab dlm perjlnn ke KL 29 mei lps
Di sini ana mula kerana tiada yg kenal ana...lg pun itu cuma perasaan sj!
Ingin mengikut sunnah isteri2 Rasulullah..& kerana cintakan baginda...Doakan ana ye!
menitis air mata ana baca post ini kak..alhamdulillah,syukran jazillan..ana tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni banyak sangat mengkaji dan memahami keperluan memakai niqob.syukran untuk ilmu yang dikongsikan..walaupun ana tak kenal akak,atas nama saudara sedarah daging(islam),ana doakan urusan akak dipermudahkan dunia akhirat..
Assalamu'alaikum ukhti..alfu syukran di atas perkongsian yg amat bermakna ini.. :)
Alhamdulillah, sy sudah mula memakai niqab sejak beberapa bulan yg lalu..sy memakai niqab demi menjaga diri dan hati sendiri kerana sy dikelilingi sahabat2 yg baik dlm berkawan tetapi agak terikut dgn gaya hidup yg agak bebas..sy tidak mempunyai waima seorang pun sahabat yg berniqab, lantaran agak sukar utk sy bertanya..ada 1 persoalan yg sy harap ukhti dpt berikan penjelasan..
memandangkan niqab itu bukan sesuatu yg diwajibkan, membuka niqab bukanlah sesuatu yg berdosa. cuma, adakala apabila kita membuka niqab di khalayak ramai (utk mkn@membuat pembentangan), ramai mata yg akan memandang utk melihat wajah yg disembunyikan tdi..apakah hukumnya membuka niqab di khalayak ramai, tetapi menyebabkan banyak mata memandang (atau lebih tepatnya memerhati)?
Assalamualaikum K.Insyirah...
Penerangan tentang purdah yang akak utarakan sangat tepat, mudah, dan jelas...
Ada satu pertanyaan yang ana ingin bertanya...
Dalam 2 tahun(18 tahun) lagi, mungkin ana meneruskan pengajian di Syria. Boleh ke ana memakai purdah di sana? Puas ana mencari di internet tentang negara arab yang manakah yang boleh memakai purdah. Mohon penjelasan daripada ukhti...
Syukran...
qalam asySyarh.
InshaAllah, tiada masalah berniqab di Syria.
alhamdulillah..dgn izin Allah dpt akk cr ruangan ini..akk seorg yg istiqamah dlm berniqab..semua ini plhn Allah swt..akk jg manusia biasa sprti kalian..berbanding dgn dlu,akk terkenal dgn mulut jahatnya..paham2 jelah..tp stlh Allah plh akk pkai niqab, alhamdulillah..akk lbh berhati2 dlm percakapan n ckp pkr2 yg baik shj..bila 'tercakap' yg x baik,Allah akn bg rasa serba salah pd akk n cpt2 beristiqfar..
akk mohon pd adik utk share dlm blog akk ye..
salam ukhti, saya nk copy entri ni, nk kongsi ngan orng lain...copy link post ni je...terima kasih..
salam,,akk insyirah,,syukran ats perkngsian yg begitu bermkna bg wanita berniqa,,syukran,,
Salam ukhti, mohon izin dikongsikan artikel yg bermanfaat ini. Jazakillahu khair..
nice entry. saya baru hendak memakai niqab.. this is really good.
salam, kak ana baru nak pakai niqab, doakan ana erk =)
Assalam, ukhti. Minta izin copy and paste dlm blog saya. InshaALLAH, saya sertakan sekali link blog ukhti. Shukron :)
syukran ya ukhti, atas perkongsian.. + ilmu + amal ..insyaAllah,
jazakillahukhairan, =)
_________________________
I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://s.exps.me
Assalamualaikum.
Pernahkah anda membaca novel yang mempunyai nota kaki, hadis-hadisnya di sebutkan sumber ambilannya (takhrij).
Insya-allah, novel ini cuba membawakan kelainan kepada kita semua. Itulah harapan saya. Agar mereka yang membaca dapat menambah ilmu mengenai Islam yang kita anuti.
Dapatkan Novel Gadis Berniqab terbitan Pustaka Azhar di
Pesta Buku Kuala Lumpur
27 April-6 mei 2012
MO1 dan MO2
Bilik Mawar, Ground Floor, PWTC
Harga: RM 20 (tidak termasuk kos pos)
Mahu tahu apa isinya, sila ke sini http://lobaitampin.blogspot.com/2012/04/promosi-novel-gadis-berniqab.html
Untuk pembelian terus daripada saya, prosedurnya ialah:
Sila private messsage di FB saya; Nama, Alamat pos, no telefon, serta jumlah yang mahu dibeli.
Jika di UIA, novel akan dihantar terus 'by hand', jika diluar, akan dihantar melalui pos laju.
Insya-allah.
Assalammualaikum, saya ingin bertanya adakah lelaki dibolehkan berniqab?
assalamualaikum sis, mohon share ya penulisan sis di blog saya. =) www.maeraismail.com. terima kasih atas perkongsian ilmu yg bermanfaat ini.
assalamualaikum ..
ukhti, ad fesbuk x ?
ana suka benar ngan blog ni tp ana selalu on9 gune henfon je, henfon pun cume ad application fesbuk je ..
anan sedang dlm usaha tuk jd budak baik ..
jd blog ukhti ni sgt b'guna tuk jd rujukan pd ana .
mohon ada fesbuk =)
terima kasih .
salam.. terima kasih banyak atas perkongsian :)
assalamualaikum,...saya mohon share entry ini di blog saya...
Assalamualaikum ukhti yg ana kasihi, naik sem 5 ana kne buat tesis, ana fikir ana nk cri buku2 tntg niqab, bleh ukhti bntu dimana ana bleh dapatkannya?? mohon share ye!!
salam..kakak..ana nak Tanya. ape pendapat kakak tentang pemakaian niqab hanya di negara tertentu.misalnya di meair contohnya.. kita pkai niqab.tapi setelah pulang ke malaysia tak memakainya... boleh akak jelaskn?
Nabilah Shamsudin,
Soalan :
"Saya memakai niqab tetapi tidak semua tempat membolehkan saya memakai niqab. Contohnya di tempat kerja atau sekolah, sama sekali tidak membenarkan saya memakai niqab. Saya teringin untuk istiqamah berniqab tetapi keadaan tidak membenarkan saya melakukan demikian."
Jawapan :
Secara umumnya tidak timbul isu 'istiqamah atau tidak' dalam memakai niqab kerana permasalahan mengenai sesuatu hukum boleh berubah mengikut keadaan kepada wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Satu situasi, seorang muslimah boleh berubah menjadi wajib memakai niqab sekiranya memiliki rupa paras yang menarik perhatian lelaki dan boleh jadi situasi yang lain seorang wanita hanya sunat memakai niqab untuk mengikuti sunnah para isteri Rasulullah.
:)
Salam,ukhti..Shukran atas perkongsian.Ana nak tanya pendapat ukhti tentang niat pemakaian niqab?Ada sahabat berpurdah menasihati ana supaya tidak memakai purdah/niqab jika mengharap niqab itu yang akan dapat menjaga diri kita.Ana kurang jelas dengan maksud sahabat ini.Boleh tak Ukhti terangkan?Adakah salah niat ana jika ingin berniqab untuk memelihara maruah diri ana,malah untuk menjaga ikhtilat antara kaum Muslimin kerana ada di antara mereka yang suka menegur ana ketika bertembung,apabila ana melarikan diri demi menjaga maruah dan mengelak daripada fitnah,mereka melabel ana sebagai orang yang sombong.Ada juga di kalangan mereka yang mengatakan ana sombong kerana tidak tersenyum kepada mereka apabila bertembung,lebih-lebih lagi muslimin yang belajar sekuliah dengan ana.denagn ana.Mohon penjelasan Ukhti.
Assalamualaikum ya ukhti.. Saya ada mempunyai seorang junior yg apabila org lelaki melihatnya, pasti akan tertarik. Alhamdulillah, dia dikurniakan dgn wajah yg cantik. Namun, saya sendiri lemah dlm membimbing dia dlm bab2 berniqab ini dan sebagainya, oleh itu,, dapatkah saudari membantu sy,, apakah yang harus saya lakukan bg mengelakkan fitnah yg akan menimpa saudari saya. Terima Kasih..
salam..mohon share ye saudari :)
Assalamualaikum ya ukhti...harap ukhti dpat menjawab soalan sy...pa pandangan dan pendapat ukhti mengenai wanita yang berniqab atas dasar fesyen?dan kadang kala sebab nak mencari calon suami yang beriman...apa pandangan ujhti?
Assalam..
Saya suka membaca entri kakak. Teruskan menulis.
Semoga sentiasa dalam keberkatan dan rahmat Allah SWT. :-)
Kak Insyirah tolong doakan saya ya ... dah lama saya nak beniqab ... insyaAllah tahun ni pt3 ... maafkan saya ... doakan saya ...
Salam... akaq syukran atas perkongsian...nk tanye bolehkah kiterr berniqab dgn memakai baju n sluar... x memakai tudung bulat sperti... tudung ariani... doa kan sy supaya blh memakai niqab suatu hari nanti.... harap akq terus bercerita dgn lebih lanjut ttg niqab...sy guna email mak sy ni.... wa ilalliqa' maassalamah..
Salam
Shukran atas perkongsian...
Akq bagaimana pulak kalau org br purdah dgn pakai sluar....atau x memakai tudung bulat... sperti pakai tudung ariani....bolehkah? Sy guna email umi ni.
Doakan sy dpt bristiqamah pakai niqab ya...wailalliqa' maassalamah..
Hrp akaq dapat menjawab....
Assalamualaikum,, terima kasih atas perkongsian itu,,
Saya ingin bertanya dengan ustazah tentang hukum berniqab,,
Sebagaimana yg kita sedia maklum,, ramai perempuan@wanita sekarang yang berniqab hanya di laman sosial dn tidak pula di luar laman sosial (dunia nyata),,
Oleh itu,, apakah hukum baginya memakai niqab,,??
Syukran,,
Assalamualaikum,,
Saya ingin bertanya dengan ustazah tentang hukum berniqab,,
Sebagaimana yg kita sedia maklum,, ramai perempuan@wanita sekarang yang berniqab hanya di laman sosial dn tidak pula di luar laman sosial (dunia nyata),,
Oleh itu,, apakah hukum baginya memakai niqab,,??
Syukran,,
Assalammualaikum Sis Insyirah..
Alhamdulillah..syukran atas perkongsian ini. Saya terpanggil utk lebih dekat lagi bagai mana permulaan utk berniqab..dan saya nawaitu utk menuju redha Allah swt
dilampirkan email saya..
irrmaakartika@ymail.com
http://shufi-indonesia.blogspot.com/2014/07/hukum-memakai-cadar.html
Assalammualaikum W.R.T..
Syukran d atas info yg berguna ini ...
Dalil2 yg berguna utk sya kongsikan kpd rakan2 dan sahabat2 sya tentang asal usul berniqab ini dan sejarahnya ??? . berniqab mmang tidak lagi asing d negara kita ... Akan tetapi segelintir memakainya atas dasar fesyen dan sbg..... ??? Wallahualam
alhamdulillah,terjawab kerisauan ana dr blog ni..ana bru berhijrah dan berniqab,ilmu ttg nya pula sgt sedikit..kmudian ana cube nak fhmkn utk ape pakai ape hukumnya dn ternyata mmg ada perbezaan pendapat,agak memningkan dan mengelirukan ..ye la baru lg..sthu ana sunat,tp bila bce ade yg kate wajib ana mula konfius..so rase srba salah nak pakai kdg2 mula timbul sbb tak tau nmne yg betul,tp skrg bru la ana faham..terima kasih blogger ni..lpastu xde sokongn skliling kita lbh2 keluarga,tp alhamdulillah skrg mereka faham .
Assalamualaikum ukhti insyirah. Saya ingin bertanya sekiranya seseorang itu berniqab dan telah berkahwin. Mestikah dia berniqab 24jam ketika bergaul dengan keluarga suami (termasuk adik lelaki suami, abang suami dan biras lelaki). Mohon pencerahan
Assalamu'alaikum. Syukron umm atas postingannya,, ana baru saja bbrapa hari mnggunakan niqab, salah satunya ya krena ana ingin mnghindari fitnah brhbung selama kuliah ana selalu didekati oleh ikhwan pdhal khinar ana udah lebar, tapi umm ana belum mnta ijin ke ortu ana, krena ana sangat faham dg kondisi mreka saat mnggunakan khimar lebar waktu aliyah bunda smpat menentang, apalagi klo ana pake niqab. Umm ana tipekal muslimah yg suka terjun langsung ke masyarakat. Sdg masyarakat kesusahan mengakrabkan diri dg yg pakai niqab. Lalu ana smstinya harus bgmna umm?? Lalu jika ada ikhwan suatu saat akan mengkhitbah ana kmudian meminta syarat ana untuk melepas niqab agar mudah dan nyaman berinteraksi dg masyarakat krena kondisi mssyarakat indonesia apalagi yg di pedesaan sangat tidak biasa dg niqab. bgaimana sharusnya ana umm?. Ana merasa sedih umm.. dg masalah ini.. syukron atas jwabannya umm.. wassalamu'alaikum
Post a Comment