"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

12 February 2010

Cintaku Kerana ALLAH


Bismillahirrahmanirrahim.

Kenangkan kembali memori lalu, ingatan pada kenangan silam seadainya bisa diputarkan mahu saja ana putarkan kenangan itu bersama. Dalam menghadapi resahnya hati, terubat pada kisah lalu. Keakraban yang bertunjangkan kalimah tauhid berpaksikan akidah yang SATU, ukhuwah kami subur dengan kasih sayang.

"Adik, adik nak tahu tak... Kalau diberikan peluang bermadu, akak nak bermadu dengan adik sorang je tau. Akak sanggup bermadu dengan adik, sebab akak sayang adik."

Masya Allah, macam nak tercekik dibuatnya apabila dengan TIBA-TIBA orang cakap macam ni. Terus ana berhenti berfikir dan kemudian, ana bertanya semula.

"Er, napa akak cakap macam tu?"

"Mungkin sebab akak sayang adik sangat, dan akak rasa akak boleh sabar dengan kerenah adik."

"Hahaha." Kami sama-sama ketawa.

"Adik, adik nak tahu tak? Kalau Allah takdirkan kita berpisah di sini, akak tak sedih. Sebab akak mengharapkan semoga Allah temukan kita di sana. Alangkah ruginya kalau kita berkasih di sini tetapi tidak bertemu di sana."

Ana diam. Tak tahu nak cakap apa, mungkin disebabkan sedang menanggung kesakitan yang tidak sedikit.

"Adik, adik nak tahu tak? Walaupun ramai adik-adik lain datang silih berganti, adik tetap no. 1 di hati akak."

Ana diam. Tak tahu nak cakap apa.

"Adik, adik nak tahu tak? Kalau akak sedih ke... adik selalu dapat tahu."

Ya, itu ana sendiri dapat menangkap. Kadangkala, ada desiran hati menangkap sesuatu lantas laju jari menaip butang pada hp.

"Akak, akak ok ke? Adik teringat sangat dengan akak... Akak nak share apa-apa?"

Entahlah, barangkali kerana keakraban itu telah mengikatkan hati kami untuk saling berpaut pada Allah. Tali ini juga disimpulkan dengan kalimah tauhid, yang mengharapkan Allah juga berhajatkan kepada Allah.. Selalu saja hati-hati kami terasa getar seolah-olah vibrate hp semasa salah seorang ditimpa musibah. Subhanallah.

"Adik... Adik nak tahu tak...." Dan ukhti terus bercerita membawa ana masuk ke alam srikandi ulung Saidatina Khadijah, ummul mukminin satu-satunya yang hidup bersama Rasulullah tanpa poligami dan satu-satunya insan yang mendokong Rasulullah saat insan lain mencerca Rasulullah. Allahu Allah... Isteri yang teramat setia, mewakafkan segalanya di atas perjuangan suami. Isteri yang teramat tabah melalui fasa-fasa kehidupan berumah tangga dengan insan pembawa Rahmat Allah.

"...Dan, akak nak jadi seperti Khadijah..."

Ana tersenyum lebar. Ukhti seorang yang setia, tabah dan penyabar (melayan kerenah ana yang maha banyak, huhu).

"Kak, adik nak jadi Aisyah!"

Ukhti tersenyum, "...kenapa?"

"Sebab, nak faqih macam Aisyah...!" Ana tersengih lebar.

"Mungkin sebab adik kuat cemburu..." Lalu terhambur ketawa.

"Seorang perempuan itu....." dan syarahan ukhti menjadi panjang. Sangat panjang.

"Eh... bukan ke bla bla bla...?" Aduh, sifatku yang degil dan suka membangkang kata-kata ukhti sudah sebati kerana dari awal memang sifat yang satu ini agak terserlah sampai ukhti selalu cakap. "Oh, harini belum kena sekeh lagi ye?" Ups...

"Adik nak tahu, ukhuwah maya tu tak wujud bagi akak...."

Ana terbeliak... "Ha, kenapa kak?"

"Sebab... kita tak tahu orang yang bercakap tu bagaimana, entah suka entah berduka entah..."

Dan, ana melafazkan keramat. "Adik akan buktikan akak salah!"

Oh, degilnya ana. Kenapa ana selalu membantah ukhti, ana sendiri pun tak tahu. Mungkin sebab nak tunjuk nakal. Bukan la desperate perhatian, cuma seronok bila dapat membantah walaupun tahu kebenaran atau tidak setuju sekali pun. Ke'tidak'mesraan itu jugalah yang menjadikan kami mesra.

Ukhti selalu memulakan ayatnya "...adik, adik nak tahu tak...." membuktikan yang ana sangat kerdil, begitu kecil untuk mengetahui rencah kehidupan alam di luar. Kehidupan yang menduga emosi, akal bahkan iman. Dan ukhti masih gemar bercerita itu dan ini dengan ana.

"Adik, akak rasa akak boleh redha lah kalau adik jadi madu akak..."

"Hahaha," ana ketawa lagi. Huh, pening! Kadang-kadang ana ketawa tak tahan geli hati dengan kerenah ukhti yang seorang ni. Selalu benar bercakap tentang poligami dengan ana, "akak nak bermadu dengan adik lah..." adoi la. Ana garu kepala. Kak, siapa calon suami 'kita' ni? Uwais? Aqeef?

"Akak sayang adik sampai akak sanggup dahulukan adik apa pun, kalau akak mampu hatta nyawa pun akak sanggup korbankan untuk adik."

Ana diam, berfikir dengan dalam.

Bila hati sudah mabuk dengan cinta Allah, tak terasa pun hadirnya perkara selain Dia dalam kehidupan. Kisah itu selalu buat ana termenung. Lalu, musibah menimpa hingga kami terpisah jauh. Seorang di sana dan seorang di sini, pelampung itu sudah ana berikan padanya namun dia belum mampu berpaut. Kelemasan di samudera dalam, lalu... ana hanya mampu berdoa dan terus mengharap di hujung jalan gelita ini Allah berikan lentera cahaya. Dengan cahaya Ilahi agar mampu menerangi kamar hati kami.

Pada jalan yang berliku ini, hanya air mata dan munajat pada Nya.
Pada jalan yang sepi ini, hanya harapan yang belum mati.
Pada jalan yang duka ini, hanya senyuman penawar hati.

Ya Allah, satukanlah hati-hati kami.
Bimbinglah kami menuju jalan Mu.
Berilah kami maghfirah Mu.
Semaikanlah hati kami dengan meredhai ujian Mu.
Suburkan iman kami dengan cinta Mu.
Peliharalah jiwa kami dari bara nafsu.
Matikanlah kami dalam keredhaan Mu.

... ana uhibbuki fillah ya ukhti habibah ...

SANAH HELWA yang ke-25!

Kak, adik nak akak ceria... Ceria yang sebenar, bukan buat-buat ceria. Di saat tumpahnya air mata akak, tak sanggup nak membelai lembut pipimu kerana hati ini terguris, jiwa ini terhiris dengan keadaanmu. Bangkitlah ukhti yang ku cintai, genggamlah erat tangan ini agar kita sama-sama berganding seperti dulu walau tidak "bermadu" cukuplah kita menjadi seperti kupu-kupu yang sangat setia, seekor mati... seekor lagi bakal menyusul kerana terlalu memegang erat janji setia. Kerana, aku cinta pada Mu kerana ALLAH!

Kak, seandainya benar akak sanggup mendahului adik hatta nyawa akak sekalipun maka adik menuntut kata-kata akak. Bangkitlah kak! Bangkitlah! Bangkit demi islam, banyak yang harus dilakukan untuk ummah. Bangkitlah duhai kakakku sayang, demi Allah kita berlari ke arah Nya walau tersadung kaki lalu rebah ke bumi, tetaplah bangun dan usahakan untuk menjahit bajumu yang terkoyak walau dengan jari yang berdarah kerana hanya kita yang mampu melakukannya sendiri, atas keizinan Allah jua. Kerana, aku cinta pada Mu kerana ALLAH!

Kak, bukan adik memaksa akak menjadi orang lain... Tapi, adik pohon usahakanlah sesuatu untuk menjernihkan kembali kolam hati yang berkocak kerana ramai orang yang menderita melihat akak. Kami rindukan akak yang tabah. Kami rindukan akak yang penyabar. Kami rindukan akak yang setia... Dan adik akan selalu menanti perubahan itu sehingga hujung nyawa. Kerana, aku cinta pada Mu kerana ALLAH!


Adikmu yang teramat nakal,
Insyirah Budak Comot

p/s: Dah tak ada orang nak marah adik macam akak marah adik. Dah tak ada orang yang geram dengan adik sampai nak sekeh-sekeh adik... Dah tak ada siapa nak marah dan sekeh adik macam akak. Tapi kak, kenapa masa tayep semua ni, terbayang jer buah strawberri yang disaluti oleh coklat dan krim. Mungkinkah adik sedang berhalusinasi? T_T

9 leaves:

AcHiK_TeDDy,  12 February 2010 at 06:10  

Ukhuwwah Lillah..m0ga2 smpai ke syurga,ameen..

Uwaa..jelesnya ngn ukhti brdua:((

Insyirah 12 February 2010 at 09:50  

Napa jeles?

Huhu... apakah cemburu itu perlu dalam situasi ini? Achik pun nak bermadu juga ker?... adeh... (tambah pening kepala)

AcHiK_TeDDy,  12 February 2010 at 12:54  

Tntu r jeles, bkn jeles sbb dengki tp jeles krn terasa ingin punyai s0diki hakiki spt k0rg. Kagum btl ngn akak ukhti, bkn mudah s0rg pmpuan rela untuk brmadu:)

Emm,brmadu? Sedap mcm madu asli ke? He3;)) kt cni ada madu habbah, madu dr lebah yg dternak d ladang habbatus sawda,sedap tau:)

*bg achik, achik xsuka brk0ngsi wlu brmadu itu halal..bnyk susah maa:)

Insyirah 12 February 2010 at 18:32  

apapun, kita semua bermadu... cinta ILAHI cinta yang SATU, dan kita bermadu dengan SEMUA hamba-hamba Nya :)

p/s: Ala achik, ppuan tak susah... laki yang pening nak mentadbir, lalalalala ^_^ jahatnya sayeeee....!

Anonymous,  12 February 2010 at 21:51  

salam dik...

akak tak tahu nak cakap ape...hanya air mata ini bercucuran sahaja...

doakanlah akak...

terima kasih dik...

Anonymous,  12 February 2010 at 22:36  

nama pun madu,memg best la hoho.lbh bek bmadu dr bzina (nauzubillah)

UmmuZahra,  13 February 2010 at 00:32  

salam..ya ukhti fillah...
beberapa kali ana baca entry2 enti tp kali ni agak menarik perhatian ana...sb apa?? sb kisah tu sama dgn kisah ana..tp ats ujianNYA akhirnya kami terpisah antara 2 benua..tp yg bezanya ana yg rasa sakitnya kehilangan..hu3..sedihnya!!

tp xde lah sampai nak bermadu..cuma kdg2 ana cari jln mcm mn nak jdkan dia ssorg yg selamanya takkan terpisah di dunia ni...

semoga Allah menemukan antuma dalam sujud kalian!!!

Nur Islah 25 February 2010 at 16:06  

Bismillahirrahmanirrahim..

subhanallah,walhamdulillah, allahuakbar...

sangat tersentuh baca coretan ini hingga mengalir air mata di pipi apabila teringatkan yg ana juga selalu membantah kata2 ukhti yg disayangi, walaupun sebenarnya banyak yg sudah ukhti korbankan untuk ana..


salam ziarah yg pertama ke blog anti.. salam perkenalan juga daripada ana(",)

~ Ukhwah Fillah, Bertemu Tak Jemu, Berpisah Tak Gelisah~

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO