"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

10 February 2010

Mujahid Cinta [1]

[1] : Jadilah Manusia Paling Bahagia

Pada mata yang memandang,
Hulurkan rasa melihat,
Pada hati yang merasa,
Hulurkan rasa mengerti,
Pada akal yang memikir,
Hulurkan rasa memahami,
Pada kalam yang tersurat,
Hulurkan rasa peduli,
Pada kalam yang tersirat,
Hulurkan rasa bersyukur,
Rafa'kan syukur pada Rabbi,
Kurniaan Nya anugerah berharga.


Menguntum senyuman indah dari bibir Muthiah, rasa bahagia membugar dalam hati. Sudahlah ditinggalkan sepi sendirian, dibiarkan tersenyum juga sendirian. Bukankah bersendiri tidak menghadirkan makna bersendirian? Allah masih di sisi bagi mereka yang rasa berTuhan.

"Aku tidak pernah bersendiri... Hidup sebagai pejuang harus selalu berjuang, mujahadah an-nafs."

Tersenyum entah ke sekian kalinya.

"Fighter of one desire!"

Hatinya berlagu riang, penanya ligat menari ke kiri, kanan depan dan belakang.

"Insya Allah."

Kertas berwarna lavender dihias bunga-bunga mawar sebagai latar menjadi semakin sarat dengan pena biru, tulisannya yang terkadang terbuai dengan perasaan sedih, gembira dan semuanya diadunkan sekali hanya di atas kertas lavender.

"Kenapa warna lavender?"

"Sebab Muthiah suka pada damainya, indahnya, cantiknya bunga lavender dan Muthiah suka pada bau lavender..."

"Jangan sampai Muthiah sendiri berbau lavender!" Usik Khaulah, kakak Muthiah.

Hampir siap karangan hatinya, namun cebisan akhirnya menggugurkan air mata. Sayu sungguh menggarap akhirnya, sukar untuk melafazkan bimbang tidak mampu untuk setia dengan ikrar yang dilafazkan.

"Moga Allah hadirkan kekuatan dan semangat berjuang untuk terus mara ke hadapan, untuk deen, untuk ummah."

Rapi sekali Muthiah, dengan pakaian yang sederhana, masakan yang sudah tersedia menanti kepulangan mujahidnya yang menyahut seruan berjuang. Bukankah orang yang paling baik ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain? Jadi, haruskah dialirkan dengan air mata atas perpisahan kerana Allah?

"Semoga pulangnya nanti, akan menghiburkan hatinya yang lelah dengan perjalanan panjang..."

.........

"Assalamu'alaikum Kak Muthiah, Fadhil nak guna RM300 untuk sem baru nanti. Tolong Fadhil ya kak."

Sebaris mesej yang masuk ke kantung inboxnya, lalu congakan masih bersisa.

"Insya Allah dik, esok akak masukkan."

Bukan Fadhil yang menghantar mesej, tetapi Umar al-Faruq. Umar merupakan adik Muthiah yang juga sahabat akrab Fadhil. Fadhil anak felda yang mempunyai adik-beradik seramai 11 orang. Anak yang cemerlang seperti Fadhil harus dibantu semoga dia diberi peluang untuk merubah keluarga.

Janji Muthiah pada Umar al-Faruq akan membantu Fadhil selagi mampu. Kewangan itu insya Allah boleh di cari dan diusahakan. Harus didahulukan apa yang lebih menjadi keutamaan.

"Fadhil sudah berpuasa 2 minggu kerana tiada duit, buka puasa hanya beralaskan air kosong dan roti." Cerita Umar al-Faruq 2 tahun lalu membuka mata Muthiah, di saat perut dipenuhi dengan segala nikmat Allah masih ada yang keciciran dari mengecap nikmat kenyang. Astaghfirullah hal azhim.

"Kak, dahulu saya pernah susah hati bila tiada duit. Saya sering berfikir tentang pelbagai perkara, tetapi Allah sentiasa memberi rezeki. Rezeki itu tidak semestinya dengan setimbun wang, rezeki itu tidak dihadirkan dengan kemewahan tetapi apa yang saya perlukan, Allah sentiasa memberi dengan cara Nya supaya saya selalu beringat akan indahnya tawakal pada Allah. Kak janganlah risaukan saya sangat, Umar juga sudah banyak membantu."

Hatinya jadi kagum pada anak muda ini.

"Di saat saya lapar kerana tiada makanan, Allah hadirkan seorang sahabat membawa sebungkus makanan. Di saat saya menangis kelaparan, Allah hadirkan seorang dermawan menghulurkan sekeping wang untuk saya membeli makanan. Rezeki itu sentiasa ada, Allah sentiasa memberi. Buminya ini luas, rezekinya juga luas. Sekarang, saya tidak lagi gusar dan bimbang tentang rezeki saya. Terpulang bagaimana kita mendefinisi perkataan rezeki. Kalau rezeki dianggap sebagai duit, kemewahan dan harta maka itulah defisininya. Kalau kita menganggap apa sahaja yang hadir adalah rezeki, maka itu juga definisinya. Bagi saya, rezeki itu ialah Allah cukupkan apa yang kita perlukan bukan apa yang kita mahukan."

Dialog itu dilontarkan 2 tahun lalu. Selalu Umar al-Faruq menceritakan tentang Fadhil, sehingga membuak rasa ingin tahu dan mengenali Fadhil. Satu hari, selepas istikharah tekad untuk membantu Fadhil kerana dia juga saudaraku, saudara seagama.

"Fadhil, izinkan akak untuk membantu. Akak tidak menuntut balasan dari Fadhil. Akak hanya mahu Fadhil menjadi orang yang boleh memberi manfaat kepada orang lain, akak melihat potensi Fadhil yang cemerlang. Jadi, akak tidak mahu Fadhil kecundang di tengah jalan. Izinkan akak untuk menginfaq sebahagian dari kemampuan akak untuk membantu."

Umar al-Faruq juga turut mengangguk setuju, menyokong kalam Muthiah.

"Fadhil, kak Muthiah bukan mahu apa-apa tetapi dia hanya mahu diberikan peluang untuk memberi. Memberi bukan untuk menerima tetapi kepuasan sendiri bila boleh memberi manfaat kepada orang lain."

Lama bermain 'tarik-tali' akhirnya Fadhil mengalah.

"Jazakillah kak Muthiah. Semoga Allah saja yang dapat membalas kebaikan akak. Saya hanya mampu mendoakan, itu yang saya mampu."

Kuntuman senyuman mekar lagi.

"Alhamdulillah, Allah memberi peluang untukku menjadi manfaat pada anak muda ini. Moga doa-doa Fadhil mendapat tempat di sisi Allah. Doa itulah yang lebih bermakna selain melihat Fadhil menjadi manfaat kepada manusia yang lain, insya Allah."

2 leaves:

AcHiK_TeDDy,  10 February 2010 at 17:23  

Salam..

Akhirnya 'mujahid' yg dtunggu2 tlh kuar..
Lavender?emm..i'm like it:)

Kalam dr ht terus ke hati..mga2 ukhti jga punya smgt mcm Muthiah,ameen..teruskn brkarya n brmujahadah.

Ni n0vel ke cerpen?Xsabar mnunggu smbungannya..:)

الوردة الشوكية 11 February 2010 at 08:11  

Salam.

Syukran. Insya Allah, tengok la macammana novel ke cerpen ke...atau just a moment di blog :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO