"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

21 February 2010

Diam

Bismillahirrahmanirrahim.

"Insyirah, lama blog .:: HaRuMaN MaWaR ::. dibiarkan sepi, tak macam dulu lagi. Kenapa?"

Ana tersenyum.

"Not in writing mood."

Lebih banyak menulis di blog sepi, hanya melontarkan tarian sepi dan langkah tarian juga sepi sepertimana sepinya hati untuk menulis. Terkadang penulis juga perlu untuk tidak menulis, mengambil masa untuk bersendiri memerhati sekeliling. Hihihi.

Di sini, ana ingin merakam setinggi-tinggi terima kasih pada insan yang terlalu mengambil berat akan diri si faqir ini. Terima kasih di atas buku yang teramat indah "Syifa'ul Qulub", teramat berharga buat faqir. Tiba-tiba ingin tersenyum lagi. Sejak dari bulan Oktober 2009 lagi terasa banyak koleksi buku berkisar tentang HATI, yang dibeli juga tentang HATI dan yang diberi juga tentang HATI maka berhati-hatilah menjaga hati wahai Insyirah :)

"Di mana hilangnya kalam dari hati? Sudah terbenam di lautan ke?"

Hihi, kelakar je soalannya.

"Hati mahu berehat dari bicaranya kerana lisannya tiada yang keluar selain duka dan air mata, biarlah hati ditenang-tenangkan dari lelah dengan segala luka yang ada. Sesekali berehat di hujung dunia tanpa ada manusia, indah juga. Sesekali mencari penawar hati di kelam cahaya memberikan ubat yang lebih mujarab kerana pada terang cahaya pun belum tentu ada yang mampu melihat sinarnya."

"Ana selalu ikuti blog enti, walaupun ana tak pernah berikan komen tetapi banyak motivasi yang ana dapat dalam blog enti. Sahabat ana yang kenalkan blog enti pada ana, semoga enti tabah."

"Ameen..."

"Setiap hari online mesti buka .:: HaRuMaN MaWaR ::. tau."

"Oh, kasihannya kerana si mawar yang berbicara pada blog .:: HaRuMaN MaWaR ::. tidak seharum nama blognya."

"Kenapa cakap macam tu?"

Tiada jawapan untuk soalan tersebut :)

"Cik Syirah, macammana tulang belakang? Tengok gambar duduk tepi pantai... Hihi, termenung apa la agaknya. Alhamdulillah, tak teruk lagi pun keadaan Syirah."

"Alhamdulillah..."

Setelah menjalani proses terapi yang 'agak-agak' menyakitkan, inilah kesan yang ana rasai. Sakit tetap sakit tetapi masih boleh bertahan tanpa ambilan painkiller. Lagipun, ana sudah takut untuk mengambil painkiller sama ada tablet mahupun dalam bentuk suntikan kerana kesannya sudah mula terasa. Kawalan pemakanan sangat penting untuk ana yang bermasalah kesihatan, maka membutakan mata melihat makanan juga merupakan mujahadah. Memekakkan telinga dari orang yang mempelawa makanan 'terlarang' juga merupakan mujahadah. Membisukan lidah dari mengatakan 'teringin' pada makanan yang tidak seharusnya dimakan juga merupakan mujahadah.

Hidup sangat perlu pada mujahadah (",)

"Makan la... Sedapnya."

Ana tersenyum saja. Kerana mulut badan binasa, ana lebih rela untuk mengambil peluang nikmat sihat seoptima mungkin daripada membiarkan badan menderita hanya kerana nikmat makan yang sementara. Hihihi.

"Itu tak boleh, ini tak boleh. Apa yang boleh?"

"Makan untuk hidup bukan hidup untuk makan. Semua makanan yang halal belum tentu baik, kalau mahu silakan makan tetapi untuk ana, kena pantang makanan-makanan ni. Boleh makan tidak salah tetapi menanggung natijahnya yang tidak sedikit rasanya lebih baik mujahadah menahan nafsu daripada mujahadah menahan air mata sebab ana ni jenis suka menangis. Hobi ana menangis..."

"Hahaha... Macam tu pula."

Sempat lagi buat lawak!

"Insyirah, ana lebih suka Insyirah yang banyak cakap dari Insyirah yang diam..."

"Banyak cakap mengundang banyak salah, banyak salah mengundang banyak dosa dan banyak dosa jauh dari wara'. Diam juga mujahadah."

Diam... Diam...

"Kenapa ukhti tak balas mesej ana?"

Sebab ana mahu diam. Ngeeee...

"Ana tengok ukhti tak macam orang sakit pun, selalu buat lawak."

Tiba-tiba ana terdiam. Kenapa kalau sakit tak boleh buat lawak pula? Hehehe. Lagipun ana dah 'absorb' keadaan ni, insya Allah. Ana sakit bukan semalam, minggu lepas, tahun lepas tetapi sudah 10 tahun yang lalu. Insya Allah, alah bisa tegal biasa. Senyum sokmo deh!

"Terapi tu macammana sakitnya ye?" Pakcik bersoal melihat ana diam di sisi kerusi, hanya melihat kerenah orang sekeliling.

Ana tersenyum. "Entah..." Tiada kata-kata untuk menceritakan apa rasanya menjalani terapi tulang belakang (khususnya), terapi juga melibatkan seluruh badan. Kepala-kaki :)

"Ada macam sakit orang bersalin tak?"

Tersembur tawa ana dengan soalan Pakcik. Rasa macam nak ketawa berguling-guling dari ruang tamu ke dapur dengan soalan tersebut.

"Pertama, mana la orang nak tau sakit bersalin tu macammana. Kedua, kalau cakap macam sakit bersalin pun macam la Pakcik tau sakit bersalin tu macammana."

Ummi, Makcik sudah terkekek ketawa... Ana garu kepala.

"Kalau tengok macammana menggelisahnya Syirah masa sakit belakang, tak boleh tengok dia akak keluar dari bilik. Bila tengok dia menggelisah menahan sakit, akak tanya apa pun dia tak nak jawab." Ummi berbual dengan rakannya, ana memejam mata. Selepas diberikan suntikan painkiller, sakitnya masih bersisa dan rasanya usaha untuk mengurangkan sakit sudah dibuat oleh sang doktor maka usaha ana sebagai pesakit adalah diam dari berkata-kata.

"Insyirah, minggu depan ana exam Quran dan madah. Mohon doakan ana ye... Salam rindu buat sahabat."

"Insya Allah."

Pernah ana bertanya, kenapa sering sangat sahabat yang seorang ni meminta ana mendoakannya. Ada kala, setiap hari pun berkali-kali diminta ana mendoakannya. Ana berfikir, hak sahabat adalah menerima doa dari sahabat. Dan sahabat menuntut haknya sebagai seorang sahabat, maka ana sebagai sahabat perlu memberi haknya dalam bersahabat.

"Enti nak tahu, doa orang yang sakit ni umpama doa malaikat. Enti beruntung, Allah uji enti sedikit tetapi Allah berikan nikmat yang jauh lebih besar. Allah tarik sedikit dari enti tetapi Allah ganjarkan nikmat yang tidak semua mampu mendapatkannya..."

Subhanallah.

Aja-aja fighting!

12 leaves:

Anonymous,  21 February 2010 at 23:34  

Assalamualaikum. Baru ziarah blog ni, perkongsian yang bermanfaat..

Anda sakit, Anda ingat mati, Anda ingat Allah. Orang yang membaca mungkin sihat, yang membaca tahu anda sakit, yang membaca ingat pada kematian, yang membaca ingat pada Allah. Orang yang ingat mati adalah orang yang bijaksana.

Semoga sama2 bermanfaat. Semoga anda mencapai cita2 yang di dambakan setiap pejuang agama Allah.Syahid d jalanNYA

Wallahualam.

~alitamim~

AcHiK_TeDDy,  21 February 2010 at 23:47  

Assalamualaikum wbt..

Smua risau jika ukti diam, bkn xsuka enti diam tp selaluny jika enti diam tntu ada 's0mething'..

Enti s0rg yg pemendam,air mata sbgai teman bicara..harapny diam ukhti bkn krna diam brduka tp diam hendak brtapa;)) mn la tau k0t2 lps ni makin bnyk karya2 'kalam dari hati' ukhti:) pape pn achik slalu mnd0akan agar ukhti sntiasa dlm jagaan NYA,cht sntiasa n hepi s0kmo,ameen..


Diam ubi kerana berisi,diam ukhti krna apa ek?? Apakah kerana berisi juga? Oh tidak!!enti kurang mkn,cmne nak berisi,hu3:(

Rindu kt kalam sepi:( tp achik.....

annur mujahadah 22 February 2010 at 11:34  

"Hati mahu berehat dari bicaranya kerana lisannya tiada yang keluar selain duka dan air mata, biarlah hati ditenang-tenangkan dari lelah dengan segala luka yang ada."

Salamun'alaiki ya habibati, ana tahu ada sesuatu yang berlaku pada enti sementelah beberapa hari kebelakangan ni ana mimpikan enti. Tak apa, jadikan ujian sebagai BATU LONCATAN untuk memperhebat potensi diri. La tahzan, hidup yang singkat ini jangan dihabiskan dengan perkara yang sia-sia. Allah juga yang lebih mengerti apa yang enti lalui, cuma ana dapat pesankan yang semua itu mengajar enti erti ketabahan.

Ana juga selalu mencemburui ketabahan enti. Ana doakan yang terbaik buat enti, moga kerumitan yang enti hadapi menemukan jalan keluar. Ingatlah! Hanya dengan taqwa kamu diberikan jalan keluar/penyelesaian masalah. Bertaqwalah.

Anonymous,  22 February 2010 at 11:54  

assalamualaikum kak insyirah, amar baru tahu kenapa akak tak balas2 pm amar. hope akak ok (menanti balasan pm).

amar

mujahidah 22 February 2010 at 12:12  

Assalamua'laikum.. akak sayang kamu.. (^_~).. senyum sokmo deh..

Mia-Ina 22 February 2010 at 14:58  

nukilan yg penuh bermakna lg bermotivasi ..:-)

الوردة الشوكية 23 February 2010 at 14:38  

Wa'alaikumussalam buat ~alitamim~

Syukran atas ziarah.
Sakit belum tentu akan mati dalam masa terdekat dan sihat pula bukanlah satu kepastian umur kita panjang cuma bila sakit, terasa lebih akrab dengan kematian. Wallahua'lam.

الوردة الشوكية 23 February 2010 at 14:39  

Wa'alaikumussalam Achik Teddy.

Haruskah? Hurm, tak ada apa-apa la Achik. Biasa la, macam Achik tak tahu pulak ana ni macammana :)

DIam ubi berisi, diam ana mungkin makan ubi :))

الوردة الشوكية 23 February 2010 at 14:40  

Wa'alaikumussalam whb Annur Mujahadah.

Ya Allah, nasihat yang teramat bernilai. Syukran 'alaik ya ukhti... Usah cemburu pada ana yang tak punya apa-apa, ia hanyalah cemburu yang sia-sia.

الوردة الشوكية 23 February 2010 at 14:41  

Wa'alaikumussalam Amar,
Maaf dek akak tak perasan PM. Insya Allah will reply soon :) Sory!

الوردة الشوكية 23 February 2010 at 14:41  

Wa'alaikumussalam whb Kak Syuhada,
sayang akak juga... jaga amanah ye kak ^_~ Tolong taw! :)

الوردة الشوكية 23 February 2010 at 14:42  

Kak Mia, apa yang termotivasi hanya dari sebuah "DIAM"... hehehe.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO