"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

01 March 2010

Kenapa Akak Tutup Muka?

Bismillahirrahmanirrahim.

Dahulu, ana pernah tulis satu entri yang sudah lama. "Kenapa Pakai Purdah?" kali ini versi kedua dengan intonasi yang berbeza. "Kenapa Akak Tutup Muka?" lebih kepada cabaran berdepan dengan makhluk fitrah (kanak-kanak).

Kalau dahulu, para ustaz yang suka menguji dengan soalan berkaitan niqab. Setelah beberapa lama, ana mendapat satu 'jawapan pulang buah keras'. Sesiapa yang bertanya kenapa ana berniqab, kalau dia seorang lelaki yang memakai kopiah maka ana bertanya kembali. "Kenapa pakai kopiah?" Kalau dijawabnya sunnah, maka jawapan ana juga sama. Niqab ini pakaian isteri nabi.

Dalam ihram, kopiah dan niqab adalah dilarang. Kalau lelaki mempertikai kenapa nak pakai niqab (di luar ihram) sedangkan semasa ihram menutup muka (niqab) adalah HARAM. Jadi, ana suka sekali membawa contoh yang sama. Lelaki di dalam ihram haram menutup kepala (eg kopiah) jadi kenapa pakai kopiah di luar ihram. Maka, kondisinya masih juga sama tetapi dalam sudut berbeza. Kalau mahu lebih lanjut, nanti boleh sambung menggunakan email. Insya Allah.


Kini, penyoal bukan lagi orang yang belajar agama tetapi kanak-kanak yang berusia sekitar 2 hingga 12 tahun. Puas ana berfikir nak jawab apa, maka sedikit homework dilakukan yang menatijahkan entri kali ini.

Respon 1.

Dulu akak jawab sebab akak malu. Akak tak nak lelaki tengok muka akak, jadi akak tutup. Budak tu senyum, tak tanya apa-apa lagi.

Respon 2.

Jawapan tu betul (malu) cuma kurang tepat, bayangkan kalau budak tu balik dan tanya pada ibunya kenapa ibu tak berniqab, ibu tak malu ke?

Respon 3.

Sebab ummi nak Allah sayang ummi lebih.

Respon 4.

Sebab ummi sayang abi, ummi tak nak lelaki lain tengok muka ummi.

Respon 5.

Sebab isteri-isteri nabi pakai niqab jadi akak nak pakai niqab, mengikut contoh yang dibawa oleh para isteri nabi.

Respon 6.

Besar nanti .... boleh faham.

Respon 7.

"Jika Ummi pakai purdah, Ummi segan sikit nak berbual mesra dengan lelaki lain. Kalau Ummi peramah dengan lelaki lain, Abi juga yang malu nanti." Jawapan yang diberikan kepada anak oleh seorang ibu di depan suaminya.

Respon 8.

Akak pakai niqab sebab akak nak pakai.


Ana pernah tanyakan kepada seorang sahabat, tetapi responnya tidak memberangsangkan kerana anak-anaknya tidak pernah bertanya kenapa ibunya memakai niqab/purdah mungkin disebabkan persekitaran yang membantu mereka.

"Anak-anak dah biasa la dik, selain akak, dua kakak ipar akak juga berniqab dan zaujah sahabat-sahabat ustaz pun ada juga yang berniqab. Mereka dah lali melihat orang berniqab lagipun mereka masih kecil lagi."

Jawapan masih kecil tidak membuatkan ana putus asa kerana ana disoal oleh budak berusia 3 tahun.

"Kenapa akak tutup muka?"

Ana garu kepala. Apa agaknya nak jawab dengan budak 3 tahun, akhirnya ana pusing-pusing soalan lain dan buat dia lupa soalan pokoknya. Lama kemudian, sambil main pun dia ajukan soalan yang sama. Allah, nampaknya kena buat sedikit research dengan ibu-ibu yang berniqab.

Peristiwa seterusnya ana disoal oleh seorang kanak-kanak berusia 8 tahun. Menunggu untuk mengambil adik bongsu dari sekolah. Dia yang memerhati dari jauh, menghampiri ana lalu memberi salam dan tanya.

"Kenapa akak tutup muka?"

Kalau yang bertanya adalah seorang kanak-kanak lelaki, barangkali ana akan jawab 'nak jadi zorro'. Buat dia ketawa sikit, kemudian baru explain. Tetapi, yang mampir adalah kanak-kanak perempuan.

Nak jawab malu? Nanti dia tanya pula, guru-guru di sekolah dan ibunya tak malu ke? Apa pula ana nak jawab. Tetapi, ana tak menjangka sangat mereka akan bertanya soalan yang hebat-hebat melainkan IQ mereka sangat tinggi hingga tiada jawapan ana untuk memberitahu kepada mereka.

Ana bertanya kepada seorang ustaz, dan sudah pasti ana bertanya kepada orang yang tidak membantah pemakaian niqab. Benar, ramai ustaz mempertikaikan pemakaian niqab. Bagi ana, dari nak bahas isu furu' yang khilaf lebih baik mereka memberi tarbiyyah kepada wanita lain yang tidak menutup aurat sedangkan menutup aurat itu WAJIB.

"Ustaz, macammana ana nak jawab soalan budak-budak ni...?"

"Pertama, ikut tahap IQ mereka juga. Kalau IQ bertaraf kanak-kanak, jawab dengan jawapan yang mudah seperti nak bagi Allah sayang lebih. Kalau IQ tinggi, boleh terangkan ianya pakaian isteri nabi. Sahabat pun dulu pernah cerita, anaknya bertanya kenapa ummi nampak biji mata je, zaujahnya jawab sebab ummi nak Allah sayang lebih."

Tutup kes!

Bagi ana, kalau kanak-kanak sekitar 10-12 tahun boleh menerima jawapan "malu" kerana bagi ana (secara peribadi) hijab itu sendiri fungsinya untuk memelihara muslimah. Kalau hijab memelihara muslimah (memelihara malu dan maruah diri) niqab jauh lebih menjaga. Kalau ada idea, sila berikan.

Ana tak nafikan, bila pakai niqab seolah-olah menjadi 'public figure' sebab lebih banyak mata memandang. Cabaran untuk lebih berusaha ke arah kebaikan, satu lagi orang menganggap bila pakai niqab maka dia alim (berilmu) ana jawab tidak, kalau bertudung tiga segi mendalami ilmu pun dia akan menjadi alim (berilmu).

Jawapan ringkas kak Fong. "Niqab adalah masalah wara'. Jadi, setiap seorang ada pandangan masing-masing."

Kata orang, budak-budak akan takut melihat orang berniqab. Ana tak tahu nak jawab apa sebab bagi ana mereka makhluk fitrah, ibubapa dan sekeliling yang menjadi pencoraknya. Sudah banyak kali bertemu dengan kanak-kanak, mereka tiada masalah sebaliknya ibu/bapa yang lebih 'takut' berbanding anak-anak.

Bandingan muslim dan non-muslim, ana fikir non-muslim jauh lebih terbuka. Boleh bersembang dan sempat bertukar senyuman dengan non-muslim tetapi bila bertemu sesama muslim, pandangan mereka saja sudah pelik. Aduhai...

Haritu, adik balik sekolah sangat excited cerita jumpa 'kawan' ana. Bagi adik, setiap kali jumpa niqabi semuanya 'kawan' ana. Hoho! Cerita adik, 'kawan' ana menjual air di luar sekolah dan katanya lagi kalau ana dan 'kawan' ana bertemu pasti 'kawan' ana ketawakan ana. Ana tanya kenapa pula. Adik jawab, sebab ana pakai niqab separuh saja, 'kawan' ana pakai niqab penuh. Ana tanya lagi, niqab separuh tu macammana. Adik jawab, macam ana. Ana tanya lagi, habis tu 'kawan' ana pakai niqab macammana. Adik jawab, semua tutup nampak mata je. Fahamlah ana, maksudnya wanita tersebut menutup dahinya sekali.

Ana tersenyum. Seperti arab! :) Sudahlah, kali ni bicaranya dengan anak-anak nanti melalut pula sehingga bab 'irob dan sebagainya. Wallahua'lam.

Oh dunia!

* Ana pernah terbaca seorang muslimah berniqab memberi jawapan bahawa kalau keluar rumah tanpa niqab seakan tidak memakai baju. Sampai begitu tebal malunya, Allahu Allah... *

24 leaves:

faiez_daud,  2 March 2010 at 01:04  

Salam 'alaik..

Mga cht iman n fizikal,ameen..

budak2 mmg bnyk tnya.sifat ingin tau dh mmg fitrah.jwb la smampu yg blh.klau mls jwb bt2 bisu konpem xde yg tnya lg.he3:))
klau budak2 tnya knp pkai niq0b ckp la nk jga kchtn.skrg ni mcm2 pnyakit timbul kn.selsema burung,slsema babi n mcm2 slsema lg.lps ni slsema m0nyet k0t.;))
Pstu klau ada lg yg tnya,ckp la yg ukhti kn pemilik bl0g 'niqobgirl' jd xkn bl0g je yg niqob,pmilik bl0g pn kna r niqob gak..ngeh3;))


Btl apa yg ukhti ckp,rmai yg cbuk tnya knp pkai niqob tp xpenah org tnya knp pkai k0piah..mm,agak2 nye la,klau ukhti pkai k0piah apa yg akan jd ek,he3..(",)

Insyirah 2 March 2010 at 08:36  

Wa'alaikumussalam.

Boleh saja nak buat bisu tetapi seolah-olah telah membunuh perasaan ingin tahu, lama-lama mereka tidak lagi mahu explore apa-apa kerana tidak mendapat jawapan. Lagi satu, bimbang mereka bertanya pd orang yang salah dan mendapat jawapan yang salah, akhirnya kesalahan itu terpahat di hati sampai bila-bila. Nauzubillah.

nurIslami,  2 March 2010 at 11:59  

Assalamualaikum:

Anak-anak saudara ana suka sekali bertanya apa itu dan ini hinggakan kalo kami katakan 'tak boleh, bahaya' pun masih boleh tanya balik, 'kenapa tak boleh?'

Hasilnya, ketika mereka masih berumur 3 tahun, amat fasih sekali bercakap dan mempunyai vocab yang banyak hingga boleh membezakan antara dua benda..

ana setuju dengan ukht, membisu akan mematikan perasaan ingin tahu..cuma perlu bersesuaian dengan taraf umur mereka..

syabas!

wallahu a'lam..

IMmeHuda 2 March 2010 at 13:52  

salam...

teringat ceta sis psl qashrina yg suruh sis bukak niqob sbb takut (masa di cerat & trg aritue)..

ermm...apa jawapan ha pada dia eh?
(curiosity case of org tua2..hehe)

Insyirah 2 March 2010 at 14:20  

Wa'alaikumussalam whb Ustaz Azalee,

Benar membisu membunuh keinginan mereka mencari tahu. hatta cousin ana yang pernah belajar di New Zealand cerita, kalau budak-budak sekolah (beliau seorang guru) bertanya tentang sesuatu tak boleh jawab "dont know", setidak-tidaknya kalau tidak menjawab soalan pun perlu juga menjawab pertanyaan tersebut. Jadi, tak hairan kalau orang Barat selalu mendahului muslim sebab sifat ingin tahu dalam jiwa mereka sangat tebal hingga meneroka pelbagai bidang.

Orang Melayu -

"Eh, kau diam boleh."

"Banyak sungguh soalan, diam lah!"

"Aku tak tahu, tanya dia."

Semuanya negatif, macammana anak tu nak membesar dengan produktif kalau dari awal sudah mematikan perasaan ingin tahu mereka. Tetapi, nak jawab pun kena berdasarkan pemikiran juga.

Sahabat ana pernah jadi guru PASTI, dia berniqab tapi bila masuk kelas dia buka niqab (budak-budak je pun), anak-anak murid pula yang lebih-lebih suruh ustazah pakai niqab :) Jadi, ana tak fikir alasan "budak-budak takut" boleh dijadikan hujah. Mungkin kalau tak biasa, dia akan terkejut, tetapi dia tak takut kalau orang dewasa tidak menakutkan mereka.

Sama juga seperti HANTU, budak-budak selalu dimomokkan (disogok) dengan cerita momok (hantu), maka dia takut dengan perkataan hantu. Padahal dia tak pernah melihat hantu. Lihat, bagaimana kita telah menjadikan mereka pengecut hanya dengan tarbiyyah untuk buat mereka takut untuk melakukan sesuatu.

"Hey, jangan pergi situ ada hantu."

"Haa.. duduk la kat situ lama-lama, hantu cekik nanti."

Walhal nak melarang anak-anak dari perbuatan yang merbahaya ataupun nak 'cepat' pujuk anak dari merajuk. Akhirnya anak-anak lebih takut dengan hantu berbanding dengan Allah.

(Maaf la ana melalut banyak ni, keluar topik!)

Insyirah 2 March 2010 at 14:29  

Salam Sis Huda.

Hehe, qashrina tu tak boleh pakai punya budak. Dia berusaha sedaya upaya nak suruh buka niqab dengan pelbagai cara tapi tak berjaya, at last minta simpati cakap takut. Budak tu memang nak kene gigit :P

Boleh tak lainkali kalau Qashrina buat macam tu lagi. Nak jawab:

[alasan 1]

"Kalau akak buka, nanti rasa nak gigit Qashrina, jadi kene tutup mulut supaya tak gigit Qashrina."

[alasan 2]

"Qashrina busuk la, tadi mandi tak sabun. Nak tutup hidung, busuk..." (provokasi yang hampes)

Kih kih kih... Ampun! Kalau bab nak merapu, serah saja pada saya, mesti boleh punya :P

Jawapan pada Qashrina "Akak batuk ni, nanti Qashrina pun jangkit batuk juga, nanti batuk keluar air liur kena Qashrina dah tak comel lagi."

Memang masa tu tengah batuk, dan tidak berhasrat ingin MENULARKAN (kena bold) kepada budak-budak tu. Dah la dorang asyik berendam dalam air, nanti salahkan saya pula bila demam+batuk+selesema padahal banyak berendam. Atleast boleh jadikan alasan, me dah cover my mouth dari menularkan wabak batuk. Hehe. Sekian, terima kasih.

Alasan ni logik tak? :(

ummu fathi,  3 March 2010 at 13:02  

salam dik..

mak akak pun berniqob..tapi cucu2 dia tak pernah tanya pun kenapa, cuma muhammad je lain skit,selalu nak tarik niqob mak akak, tapi sejak sebulan dua ni dia dah biasa dah...tak tarik dah..akak nak sgt pakai...tapi...???..wallahua'lam...

Orchid 5 March 2010 at 20:33  

niqob mmg cantik.. xdinafikan.Sejuk hati tengok, xlah rasa bersalah sangat kalo terpandang sbb mmg nampak mata jer... Namun sy x setuju pemakaianya.tp kalau isteri(xda lg) sy nak pakai, sy tak kisah lah sangat, happy ada la.. (sy ni kuat cemburu). Namun, dalam situasi environment sekarang dan mungkin ilmu yg terbatas yg akal sy tidak menggalakkan niqob. Nak di hujahkn kenapa sy xsetuju, agak sukar juga nk jelaskn.Tp pemakaiaannya mmg xsalahpun. ish apa ak ckp ni.. pokoknya sy tidak mengalakkan niqob.
Kat Uia sekarang pun dah haram (xsetuju jugak dengan pengharamannya hehehe) malah azhar pun kn??

bab kanak2 ni.. sy setuju benar dgn insyirah.Ustazh sy ajar, mase anak umur xcapai lagi 5@7 tahun(xberapa ingat)biarkn je dia bermain. 7 tahun baru la tegaskn agama.masa kecik2 kita tak boleh restrict sangat budak2 ni. Nanti terkongkong...dah dewasa minda tertutup. ).. kita xboleh nak matikan terus minda budak dengan cakap " ni x boleh buat!". tnpa bg apa2 alasan,hal ini membuatkn minda si kecil beku.Jawapan pula mestilah tepat dgn tahap IQ budak, jawapan mestilah senang difahami dengan taraf mindanya. (dah boleh jadi parent da ke ak ni?) mmg sukar nk bg jawapan. Sbb tu lebih senang paham apa yg kawan ajar dari apa yg cikgu ajar.. sbb taraf pemikiran di level yg setara.
So, kena la usaha lebih dan creative dalam menjawab..wallahua'lam

ps:/maafkn akal yg singkat ini yg mempunyai ilmu yg terbatas.

faiez_daud,  8 March 2010 at 20:24  

"...Kat Uia sekarang pun dah haram (xsetuju jugak dengan pengharamannya hehehe) malah azhar pun kn??

salam..
akhi ehcluz, al-azhar xpenah pn mgharamkn niqob.bahkan student medic azhar pn ramai yg niqob..mgkn sbb isu yg media malaysia putar belitkn hrtu,ada yg sangka azhar haramkn niqob..fitnah media,huhuhu..

xtau lak sy yg uia mgharamkn niqob.mmm...mgharamkn perkara yg tak diharamkn:(

Insyirah 8 March 2010 at 20:33  

Salam.

Saya tak pasti UIA 'haramkan' niqab sebab sahabat saya di UIA pun ada yang pakai niqab. Mungkin UIA (under gov) berstatus IPTA, kalau IPTS tiada bantahan pada pakaian. Nak tutup semua, atau nak tunjuk... Terpulang pd iman masing-masing. Wallahua'lam.

Orchid 9 March 2010 at 06:15  

yup. Uia mmg haramkn pemakaian niqab, entah bile(student kat sana) main campus xsure lg bgaimana peraturan dia. (maksd haram tu sekadar undang manusia sahaja... mereka melihat berdasarkn keadaan)

al Azhar mmg bans niqab tp... hehehe.. bile perempuan je ada.. cnth class room perempuan

bc la link kat bawah,
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=Article_C&cid=1254573457963&pagename=Zone-English-News/NWELayout

maaf kalau ada yg tersalah sila betulkn...

Insyirah 9 March 2010 at 07:45  

Yang dimaksudkan 'ban' itu ialah suasana SEMUA perempuan :) Kalau semuanya perempuan, tak ada 'point' nak pakai niqab :) Hatta dengan budak lelaki kecil yang tidak bernafsu pun boleh nak tunjuk muka.

Sekali lagi, ana tekankan. Ana TIDAK memegang hujah bahawa muka adalah aurat sebaliknya muka+tapak tangan adalah antara bahagian yang boleh diperlihatkan tetapi memakai niqab ni lebih kepada masalah wara'. Wallahua'lam.

Ana rasa orang ramai masih prejudis pada pemakaian niqab, mungkin menyangka ianya tidak sesuai dengan keadaan semasa. pada ana, kalau dakwah menjadi sempit itu bukan kerana niqab tetapi kerana orangnya. Kalau kata hujah pakai niqab nanti tak dapat beza lelaki dan perempuan, punya banyak di luar sana kita pun tak tahu entah lelaki entah perempuan. Yang perempuan, pakaiannya macam lelaki. Yang lelaki, pakaiannya macam perempuan.

Kalau menggunakan dalil niqab ni nanti tak boleh nak cam muka orang. Orang pakai niqab (lelaki menyamar) untuk merompak dsb. Ok, ana bawa satu contoh lain.

Kita bawa kereta, orang yang merompak juga bawa kereta untuk memudahkan rompakan. Adakah kereta 'diharamkan' penggunaannya semata-mata kerana ada yang merompak menggunakan kereta?

Kita bawa motor, mat rempit juga membawa motor. Adakah motor 'diharamkan' penggunaannya semata-mata kerana segelintir masyarakat tidak bertanggungjawab? Malah, sekarang orang menggunakan motor untuk meragut termasuklah meragut nyawa.

Boleh ana tahu... Sebenarnya, apa yang 'menghalang' seseorang/institusi untuk menerima pemakaian niqab??

Insyirah 9 March 2010 at 07:48  

Maaf, mungkin nampak bahasa ana agak kasar tetapi ana tidak bermaksud nak menyinggung mana-mana pihak sebaliknya ana cuba menegaskan supaya tidak timbul salah faham.

Pencerahan minda sedikit.

Maaf kalau kata-kata ana menyinggug, tidak emosi (marah) pun cuma ana bertegas. :)

Wallahua'lam.

Orchid 9 March 2010 at 21:56  

tak da la.. sy terasa sikit je.. hehehe.. lumrah manusia.. perbincangan meluaskn minda...

pendirian sy : tidak menggalakkn bukan xsuka.. xelok xsuka menda baik.

maklumat yg sy tahu:xsalah memakai niqab, bagus, agama xlarang,seharusnya menyokong orng yg memakai niqab, kalo sembahyang fardhu itu umpama veils, so solat sunat tu umpama niqab..

but now, i change my opinion..
just wear it.. I'm fully supporting niqab..(^^)-not because of your parables,.. don't be too Socratic... just after thinking back for a while i change my mind - wonder how a person can dramatically changing his/her mind..

sy pun tak ada pengetahuan kenapa Uia boley xbenarkn niqab... xleh nak cakap perkara yg kita xtahu..

Orchid 9 March 2010 at 22:48  

opss... jgn anggap sy seperti lalang.. sekejap kesana sekejap kesini.. kalau pasal pendirian, mmg susah nk ubah( selalu je berbahas,hatta dgn cikgu sekalipun jika sy rasa sy benar..) kecuali, ada sesuatu yg membuatkn pandangan beralih arah... maaf juga kalau ada menyinggung perasaan, sy tak reti nak menulis.. dan xreti nak simpan..

Insyirah 10 March 2010 at 09:38  

Owh, sebenarnya bukan UIA yang mengharamkan niqab tapi institusi di bawah kerajaan (IPTA) tidak dibenarkan memakai niqab. Itu sudah maklum, hatta ada yang secara terang dan jelas menukilkan. (Pernah baca sendiri)

"Penutupan muka / purdah adalah tidak dibenarkan"

Terpulang kepada lecture juga, kalau contoh di KUIS ianya IPTS memang kalau ikut ada juga law yang tidak membenarkan niqab (secara hitam putih) tapi ramai yang pakai niqab. Kadang2 tengok pd lecture juga... Some lecture tak kisah, some lecture suruh buka niqab dalam kelas sebab dia nak tengok muka (reaksi) students, so... bila dalam kelas buka la niqab, then habis kelas pakai semula :)

Dan di UNISEL yang terkenal dengan 'sosial' pun ada akhawat berniqab, tak ada yang menghalang maybe sebab ianya IPTS. Bak kata kawan-kawan ana, students always right! Atas iman sendiri juga, tapi biah solehah juga penting untuk membantu kita.

Jangan risau, perkara ni bagi ana fitrah. Apa yang datang dari Islam adalah fitrah, jadi... orang yang tak suka (atau tak setuju) tidak mustahil akan suka dan setuju kerana ia fitrah. Wallahua'lam :)

Ana juga menerima teguran dan kritikan secara terbuka, its okey for me :)

p/s: Maaf kalau menyinggung.

Orchid 10 March 2010 at 11:50  

sy x menggalakkn untuk mengelakkan umat islam dipandang extrimis... dan dalam pemikiran sy umat islm patut focus apa yg menjadi dasar @ perkara yg penting2 sahaja... Namun rasanya, pemikiran seperti itu tidak akn dapat membantu, bila di fikir kembali, yg paling penting adalah menguasai minda masyarakat luar tentang hakikat sebenar islam. bercakap sahaja mmg lah senang, rasanya amat payah sekali disbbkn oleh pengaruh@propaganda media massa. Conclusionnya, kita mesti mengelak dari difitnah seperti apa yg telah berlaku kepada rasulullah ketika mana baginda berjalan bersama dengan safiyah, rasulullah risau jikalau 2 orng yg terserempak dengan baginda akn syak wasangka terhadap baginda, maka baginda berkata bahawa ini adalah safiyah yg bersamanya...

namun rasanya perkara niqab ini lagi complex pd zaman sekarang..

moga2 mendapt pengetahuan yg sempurna perihal perkara ini.. wallahu'alam...

teguran: faham dgn jelas apa yg sy ingin sampapikn.. (^^) hehehe..

Orchid 10 March 2010 at 11:59  

pada asalnya sy x menggalakkn untuk mengelakkan umat islam dipandang extrimis... dan dalam pemikiran sy umat islm patut focus apa yg menjadi dasar @ perkara yg penting2 sahaja...

namun pemikiran ada sedikit berubah, moga Allah memberi pengetahuan yg lengkap perihal hal ini

wallahu'alam...

Insyirah 10 March 2010 at 19:02  

ehcluz :

seperti yang ana nukilkan di atas, yang salah bukan niqab tetapi orangnya :) kalau dikatakan dakwah sempit kerana niqab, ana rasa ianya sebab orang tersebut bukan kerana niqab. as for me, non-muslim tiada masalah pun kalau diterangkan kenapa pakai niqab :)

Peristiwa Rasulullah s.a.w. bersama Safiyyah pula bukan Rasulullah tidak percaya kepada 2 orang Sahabat tersebut, sebaliknya Rasulullah bimbang syaitan menyuntik virus ke dalam hati Sahabat untuk memfitnah Rasulullah.

Kalau bersama akhawat, jangan la merasa niqabi ni semuanya syadid, rigid dan statik jer. Kami melawak, kami bergurau dan bertepuk bertampar juga sesama akhawat yang lain :) Kami jalani hidup seperti biasa, sama seperti orang lain. Bukan bermaksud bila berniqab, serius memanjang.

Di hadapan lelaki mungkin nampak macam anak patung tak ada perasaan tetapi di belakang tabir, kami juga melawak, tersenyum dan bergurau senda.

ANa juga berkawan dengan semua lapisan masyarakat, tua atau muda, bertudung mahupun tidak bertudung. Semuanya ana kawan dan anggap sama. yang membezakan kita bukan manusia tetapi Allah taala, jadi ana tak berapa kisah dengan apa yang orang sangkakan kerana ana lebih mengutamakan apa yang Dia pandang. Pandangan Allah hanya SATU tapi pandangan manusia sangat banyak, penat nak turuti. Seorang manusia mati, lahir manusia lain. Makanya, ana lebih mengutamakan pandangan DIA :)

Mudah-mudahan DIA menuntun langkah yang lemah untuk gagah mengorak langkah kepada DIA.

Orchid 10 March 2010 at 21:15  

bagus la kalau begitu.. sy bukanlah orng yg mendalam ilmu pengetahuan agama... amal ibadat entah diterima entah tidak... moga2 tiada disease dlm hati sy...

melihat dari tulisan enti.. sah enti ni orng yg suka bahas + degil sikit.. (agak2 je)..

sy suka apa yg khalifah ar rashidin ke-5 tentang implementation of islamic values in society..

selain itu jugak, sy amat mengkagumi nukilan imam ghazali perihal penyakit hati dlm "the revival of religion"..

ps: malas nk elaborate panjang2... ur ideology and mine is the same, just the approach to it is different... May Allah avoid me speaking things i know not..

Anonymous,  29 March 2010 at 13:06  

salam ukht

soal niqab ni bukan berhukum...ianya khilaf (terdapat cabangan pendapat antara ulama yang thiqah).

hasil dari kefahaman ana atas isu niqab ni, tak berdosa bg yg tak memakainya dan tak menambah pahala bagi yang memakainya..

melihatkan faktor isteri2 rasulullah berniqab adalah kerana faktor geografi tanah arab yang berdebu. maka niqab dipakai untuk menghalang muka dan pandangan diselaputi debu. di tanah arab, arab badwi yang hidup di padang pasir walaupun seorang lelaki memakai niqab untuk tujuan ini.

dari sudut lain, wanita memang mempunyai perasaan malu. mungkin ada beberapa occasions (yg di luar pengetahuan ana) yang melibtakan isteri2 rasulullah yang menutup muka bila berhadapan dgn para sahabat (lelaki). ini bertujuan untuk pihak lelaki menjaga pandangan dan juga kaum lelaki dan wanitanya sama2 menjaga hati. andai seorang wanita menyedari dirinya direnung oleh lelaki lain, maka dia boleh menggunakan apa juga benda untuk menutup separuh dari mukanya. contohnya jika memegang buku, boleh menghadang muka dgn buku tersebut, atau setakat menundukkan pandang dan mengalihkan wajah kita supaya tidak dapat dilihat lagi oleh lelaki tersebut.

ini pandangan ana yg dhaif mengenai pemakaian niqab. selagi tiada maslahah yang dharurat, ana tidak merasa perlu untuk wanita islam berniqab.

apabila seorang muslimah berada di luar dari suasana yg menjadi kebiasaan kita, contohnya di negara barat. berniqab akan menambahkan fitnah pada agama. knowing setiap muslim itu adalah khalifah kecil Allah di bumi yang diamanahkan untuk menyampaikan kefahaman risalah. maka perlu untuk kita tampil di kalangan masyarakat dgn satu penampilan yang mudah didekati sedangkan berniqab lebih menjauhkan org lain dari diri kita.

wallahualam bissawab. lontaran pendapat...isu niqab ini sekali lagi ana tegaskan hanyalah perkara khilaf (perbezaan pendapat)...tidak ada hukum yg diletakkan ke atasnya. maka apa pun alasannya seseorang itu berniqab atau tidak, boleh diterima

jazakunnallah khair

hafizquran 14 October 2010 at 22:38  

http://hafizquran.blogspot.com/2010/10/purdah-bukan-isu.html

Anonymous,  12 July 2012 at 20:34  

assalamualaikum, ukhti :)
syukran atas coretan kak.
saya baru sahaja mengenakan mengambil kputusan berpurdah. baru sebulan..

cuma masih ragu2..
dan risau akan dikenakan tindakan undang2 jika memakai purdah di dalam kampus.. di sini, tidak dibenarkan cover muka..

Unknown 3 February 2013 at 20:29  

Salam mujahidah safiyyah. Teruskan dengan niat dan amal anda. Perlukan kekuatan hati,cekal,ikhlas dan jika mampu istiqamah in sha allah. Pertolongan Allah sentiasa ada.

Keadaan yg sama spt sy,baru beberapa bulan mengambil keputusan utk berniqab scara konsisten. Alhamdulillah,begitu jga ketika berada dlm kampus (walaupun institusi tidak membenarkan),ujian dan cabaran sentiasa ada,yakin dan bersangka baik pd Allah,mohon pertolongan dariNya. Dan hati harus kuat,saham akhirat menanti utk PAHALA AMAL DAN IKUT SUNNAH... wallahua'lam

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO