"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

17 March 2010

Cetusan Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

"Dengar khabar nak dapat menantu ye?"

Soal Mak Cik Safiah pada Mak Lang. Tanganku masih berkerja dan mulut masih terkunci rapat, bergotong-royong menyemai semangat persaudaraan yang kian terhakis dimamah arus kemodenan. Di dalam majlis keraian begini, selalu saja timbul pelbagai soalan dari sekecil-kecil soalan boleh jadi sebesar-besar soalan.

"Insya Allah, pertengahan tahun nanti."

Mak Lang tersenyum, Mak Lang pendiam orangnya. Susah untuk bercerita perihal sendiri apatah lagi mengenai orang lain. Aku masih mematung di sisi, kebanyakan yang hadir adalah warga senior maka tiada topik yang sesuai dengan diriku yang masih mentah.

"Kawan saya cerita ada satu kes tu, dah nak kahwin pun tapi keluarga perempuan minta putus. Mahu tak minta putus, rupanya lelaki tu dah kahwin anak 4 pun! Baru kenal beberapa bulan, pihak lelaki minta cepatkan majlis. Rupanya dah anak 4! Abang si perempuan ni pelik la kenapa nak cepat-cepat kahwin, tergesa-gesa. Siasat punya siasat, anak 4 dan si isteri tengah sarat mengandung. Dia bawa la adiknya (bakal pengantin) tapi tak bagitahu pada isterinya (isteri lelaki tersebut). Bila minta batalkan perkahwinan, lelaki tu terpinga-pinga tapi keluarga perempuan cakap perempuan tu belum bersedia nak kahwin. Selepas si isteri lelaki tu bersalin, mereka buat rombongan ziarah isteri ni. Mau tak pengsan lelaki ni, terdiamlah dia tengok 'isteri tak jadinya' di rumah!"

Panjang bicara Mak Cik Safiah. Aku telan air liur yang seakan menutup trakea.

"Subhanallah!" Mak Lang tidak bersuara banyak seperti selalu.

"Lelaki zaman sekarang ni, macam-macam! Susah nak dapat lelaki yang baik. Perempuan pun sama, bukan senang nak dapat perempuan yang baik!" Mak Cik Safiah memanjangkan katanya.

"Ada satu kisah ni pula, si lelaki ni kahwin senyap-senyap. Masa bersanding tu, isteri pertama bawa anak-anak dua orang bersila di depan pengantin. Tak lama kemudian, lelaki tu pengsan masa bersanding! Mana tidak, kahwin tanpa pengetahuan isteri pertama. Terkejut isteri dia bila tahu yang duduk di depannya adalah madu, isteri pertama suaminya." Mak Cik Safiah bercerita lagi.

"Allahuakbar... Sampai macam tu? Terkejut la agaknya." Mak Lang menyampuk perlahan.

Aku sudah kaku, pisau di tangan tak terasa hampir menghiris salur darah.

Bicara soal jodoh pula orang-orang tua ini, andai bicara soal Gaza, Palestin, Masjid al-Aqsa, tahu juga aku untuk menyampuk. Boleh juga memberi peringatan hati dan iman yang selalu lupa pada saudara-saudara yang bermandi air mata dan darah. Tetapi, bicara mereka tentang 'kegagalan' demi 'kegagalan' institusi kekeluargaan. Panas telinga aku mendengar, kecut hati memikirkan apa yang dibualkan. Benar, pasti ada 'ibrah yang terkandung di sebalik butir bicara mereka namun aku si gadis yang belum melangkah ke alam itu, merasa fobia tatkala di asak tentang jodoh.

Kadang-kala aku membentak sendirian, mak cik-mak cik yang lebih dahulu makan garam dari anak-anak gadis (sebab itu lah ramai yang hipertensi, haha) sepatutnya memberi nasihat bukannya menakutkan.

"Elok juga kan kalau bagi anak-anak 'berkawan' biasa-biasa dulu, tak tergesa-gesa nak kahwin." Mak Cik Safiah melanjutkan bicara.

Hati kecil aku panas. Alangkah malangnya andai aku punya ibu yang berfikir seperti ini. Seorang ibu yang selama ini mendidik, membelai dan mengajar segala ilmu kehidupan dunia dan akhirat, apabila bicara soal jodoh terus merestui dan meredhai anaknya 'couple' bagi mengelakkan terjadinya insiden seperti yang diceritakan sebentar tadi.

"Boleh kenal hati budi dahulu..."

Aku mula mengomel sendiri.

"Institusi kekeluargaan GAGAL bukan kerana tidak kenal hati budi tetapi kerana tidak mengamalkan syariat Islam yang sebenar. Kalau benar Islam itu diikuti, pasti perkara sebegini tidak terjadi. Orang yang bercinta 9 tahun pun hanya berkahwin beberapa hari, tak cukupkah 9 tahun kenali hati budi?"

Memang hatiku panas. Seorang ibu lebih redha anaknya diusung ke sana ke mari hanya kerana khuatir anaknya 'ditipu' sang lelaki. Subhanallah, betapa dangkalnya penilaian tersebut. Namun, memikirkan jarak usia diantara kami, aku masih berlembut dan bertutur dengan nada perlahan. Sedih bercampur geram.

Teringat pula aku di satu pagi semasa menunggu abang untuk menghantar aku ke perpustakaan. Abang masih sibuk di dalam pejabat, maka aku ke kedai untuk membeli roti bagi mengalas perut.

"Saya keluar sekejap, hantar adik ke perpustakaan."

Waktu itu jam 10 pagi, memang waktu minum pagi bagi pejabat abang. Aku sebolehnya tidak mahu mencuri waktu kerja abang, jadi aku memilih waktu rehat supaya tidak menggangu waktu 'wajib' berkerja.

"Suruh je lah adik kamu tu jalan kaki, kamu jaga sangat adik kamu. Apa salahnya bagi orang kacau, nanti tak kahwin kot adik kamu tu asyik 'diikat' saja." Ketua bahagian abang memerli sambil ketawa.

Astaghfirullah. Jujur, aku sangat panas hati. Ikutkan hati yang meledak, mahu saja aku buka kasut dan campak kepadanya, biar tepat masuk ke dalam mulut yang sedang mentertawa seorang abang yang bersungguh-sungguh menjaga dan melindungi adik perempuannya.

Aku kenali sosok itu, seorang lelaki tua yang berjiwa muda. Masih tidak ingat mati, bersuka ria ke sana sini lagak hidupnya tidak akan berakhir dengan terhentinya jantung yang sedang berdenyut sementara dipinjamkan Allah.

Alangkah malangnya anak-anak punya seorang bapa berkelakuan seperti itu bahkan pemikiran yang sangat jahil. Bukan aku tak tahu, dia juga seorang lelaki yang punya isteri tidak lain seorang perempuan, dia juga seorang lelaki yang menjadi bapa kepada anak-anak perempuannya. Astaghfirullah hal azhim. Moga Allah campakkan hidayah Nya kepada dia.

Pada pemikirannya, seorang perempuan itu harus selalu keluar, diganggu oleh lelaki jalanan supaya dilihat wujud di bumi Allah ini dan seterusnya melamar sebagai isteri. GILA! Itu pendapat aku, hanya orang GILA yang akan 'menyerahkan' anak seperti itu.

Mana mungkin akan lahir bayang-bayang yang lurus andai datang dari kayu yang bengkok. Si lelaki mahu isteri solehah tetapi suka berpelesaran dengan wanita yang berpeleser. Si perempuan mahu lelaki soleh tetapi selalu mahu berpeleseran dengan lelaki yang berpeleser. Sudah dikata, HANYA DENGAN ISLAM HIDUP INI AKAN TENANG.

Kita marah apabila tidak diadakan perarakan Maulidur Rasul, kita berjuang lagak sang perwira mempertahankan agama. Tetapi, di waktu yang sama sunnah-sunnah yang Rasulullah ajarkan, syariat Allah yang Rasulullah sampaikan tidak pula kita bersungguh-sungguh mempertahankan. Allahu...

Wahai Ibu, yakinilah sekiranya anak gadis yang kalian asuh dan didik selama ini dengan tunas Islam, membesar sebagai wanita solehah akan berjuang bersungguh-sungguh mempertahankan kehormatan dan maruah keluarga. Seorang gadis yang berusaha menjadi solehah tidak sesekali membenarkan sang lelaki ajnabi merapati diri sewenangnya hanya kerana bimbang jodohnya lewat.

Seandainya sudah terdidik dengan biah solehah sedari kecil, yakinilah imannya pada Allah seteguh terumbu karang dan tawakalnya kepada Allah membulat tenang kerana hanya lelaki yang baik untuk wanita yang baik. Maka, usahalah menjaga anak gadismu MENJADI gadis yang baik sebelum kalian MENCARI lelaki yang baik!


Wahai Bapa, usahlah kalian merasakan bahawa anak-anak perempuan kalian sebagai bebanan yang terpaksa kalian tanggung. Sedangkan seorang lelaki yang berbuat baik kepada 3 orang anak perempuannya, melebihi anak-anak perempuan berbanding anak-anak lelaki, pahala di sisi Allah itu tetap ada. Usahlah kalian menggadai maruah anak gadismu di jalanan, peliharalah mereka umpama berlian gemerlapan kerana seorang anak gadis itu bisa menyayangi kalian jauh lebih besar dari anak-anak lelaki kalian!

Ingatlah wahai Bapa, dari rahim seorang wanita itu akan lahir zuriat-zuriat dan dari peribadi seorang wanita itu akan terbias akhlaq kepada anak-anak. Usah ditanya mengapa anak-anak (mahupun cucu-cucu) menjadi 'syaitan' kalau ianya kerana salah didikan kalian.


Ingatlah... Lelaki yang baik, di sisinya akan ditemani wanita yang baik.
Ingatlah... Wanita yang baik, di sisinya akan dipelihara lelaki yang baik.

Teringat akan kisah seorang ulama yang mengajar di Masjid Nabawi. Beliau mempunyai seorang anak yang cantik, pintar dan sangat solehah. Anaknya dipinang oleh seorang pembesar tetapi beliau tidak menerima pinangan tersebut kerana melihat pada akhlaq dan agama pembesar tersebut tidak bercirikan seorang lelaki yang berpegang teguh dengan ajaran Islam. Suatu hari, salah seorang pelajarnya tidak hadir ke kelas seperti biasa. Beberapa hari kemudian, pelajar tersebut mengikuti kelas seperti biasa. Selepas selesai pengajian, ulama tersebut memanggil pelajarnya tersebut lalu bertanya.

"Hai anakku, mengapa engkau tidak hadir selama beberapa hari?"

"Isteriku baru meninggal dunia." Jawab pemuda tersebut dengan perasaan hiba dan sedih.

"Mahukah engkau aku menikahkan engkau dengan seorang perawan?"

"Aku tidak punya apa-apa untuk dijadikan mahar."

"Sediakan mengikut kemampuanmu." Jawab ulama tersebut.

Ulama tersebut lebih rela anaknya hidup miskin di dunia kerana sangat yakin pemuda tersebut adalah lelaki yang sangat memelihara agama dan sunnah Rasulullah s.a.w., maka beliau 'meminang' lelaki yang soleh walaupun tahu lelaki itu tidak punya apa-apa harta di dunia dan beliau menolak pinangan seorang pembesar yang sudah pastinya berlimpahan harta.

Nah! Lihatlah bagaimana orang terdahulu memelihara nasab keturunan. Dipilih berdasarkan AGAMA, bukannya harta benda. Walaupun akhirnya ulama tersebut dipenjara gara-gara menikahkan puterinya dengan seorang pemuda miskin menyebabkan pembesar (yang meminang puterinya) terlalu marah kerana pinangannya di tolak. Contoh seorang bapa yang begitu mementingkan agama anak perempuannya, sanggup dipenjara di dunia semata-mata mahu anak perempuannya bahagia dunia dan akhirat. Allahuakbar.

Saban waktu terdengar dendangan lagu 'Puteriku Sayang', hati muhasabah kembali.

Catatan ini adalah catatan realiti sebuah kehidupan, watak dan keadaan saja diubah mengikut kesesuaian semasa. Sama-sama la muhasabah!

2 leaves:

~ZuLhAiRi~ 17 March 2010 at 08:17  

Salam 'alaik...

hrm...hakikatnya begitulah ya skrg, yang batil dipandang sebagai yang haq, yang haq pula dipandang sebagai yg batil...syaitan amat berjaya dengan politiknya....

Samalah satu perstiwa, ustaz ana kat MMU ni, ada seorang pakcik yang duduk kat taman sekitar ni dtg jumpa dia, pakcik tu mengadu dekat ustaz tentang anaknya...

tau apa yg di adukan?...pakcik tu kata, dia risau tgk perubaan anak dia, muda2 lagi dah selalu baca kitab, belajar agama semua...astaghfirullah...

dunia sekarang, kalau couple2 iu perkara biasa, kalau belajar agama, itu jadi perkara luar biasa...Islam sudah kembali dagang nampaknya...

btw...pOsting yang amat bagus!

cikgulina 18 March 2010 at 14:57  

hmm...benar..senario hari ni ..anak remaja bebas bercouple sbb bagi ibu bapa, zaman sudah berubah...kalau disekat..bimbang lain jadiknya..anak lari dari rumah. Jika dari kecil sudah diasuh, pasti anak2 takkan sanggup menconteng arang ..
apapun..moga anak2 ku tidak melakukan apa yg dilarang..moga anak2 ku sedar setiap tindakan yg dilakukan..

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO