"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

31 December 2008

LuaHan SaNg PeRinDu *_*

Antara kasih, sayang dan rindu
Berpadu dalam ruang rasa
Dinding jiwa diamuk duka
Rasa lara bertemu di ruang sepi
Terkadang menghenyak picisan kalbu

Tuhan...
Semakin hari semakin bertambah usiaku
Kian waktu, pengalaman mendewasakanku
Akal dangkal tak mampu memacu laju
Hanya iman senipis bawang memandu arah tuju
Berbantu rahmat Mu yang sentiasa bersamaku

Tuhan...
Bicara soalnya seperti semalam bersua
Rindu yang tersimpan membarah dijiwa
Laksana sang kekasih dibuai cinta
Laksana bunga cinta mekar didada
Laksana taman menguntum ceria

Tuhan...
Izinkan kami bertemu
Agar terluah rindu di kalbu
Agar tersingkap cinta yang bersatu
Agar terlepas dera yang terbuku



Tuhan...
Aku rindu untuk menjadi tetamu Mu
Aku rindu kemesraan dalam cinta Mu
Aku rindu ketenangan di rumah Mu
Aku rindu nuansa bahagia di kamar raudhah Mu
Aku rindu ruang waktu bersama Kekasih Mu
Aku rindu untuk dekat dengan Rasul Mu
Aku rindu perasaan itu!

Tuhan...
Kiranya masih ku punya waktu
Izinkan kami bertemu dalam restu
Pertemukan kami dalam keredhaan Mu

Aku rindu ya Habibi...
Aku rindu Masjid al-Haram
Aku rindu Masjid Nabi
Aku rindu tanah Madinah
Aku rindu kasih sayang ansar
Aku rindu debu-debu Mekah
Aku rindu keseriusan warganya

Aku rindu... untuk sujud di depan kaabah Mu!

With heart of Love,
al-Wardah as-Syaukiyyah

Read more...

30 December 2008

.:: Sakit Juga Rezeki ::.

Salam Ma'al Hijrah 1430

Alhamdulillah, pada tahun yang baru. Pasti masing-masing tersemat azam yang baru. Insya Allah, moga azam yang baru membangkitkan semangat juang yang baru (refresh dengan niat yang baru). Buat sahabat-sahabat di Bumi Mesir, haaa... Are you ready for mid year exam? ehem, Mrs Wan tok sah tension. Ana mmg sengaja nak psiko.. Hihi.

Alhamdulillah. Sembang soal rezeki. Banyak, luas dan besar pengertiannya. Masing-masing ada cara untuk menilai sesuatu perkara. Hujung tahun Masihi ni, cerita soal rezeki tak lain tak bukan... Dapat bonus, dividen wang simpanan. Tak kurang juga ada yang planning nak beli perabot baru, kereta baru, nak bayar hutang kad kredit dsb. Dah bayar ZAKAT? Takut-takut ghairah nak 'menghabiskan' apa yang ada, lupa pula pada kewajiban sebagai seorang muslim. Zakat membersih harta. Apa la salahnya, bonus yang ada tu hulur-hulur pada tabung masjid. (",)

Seorang sahabat pernah cakap;
Bila dapat gaji, [1] nak saving [2] bayar hutang [3] shopping dan bla bla bla... sedangkan bersedekah tak ada dalam list, kalau ada pun nunnnnn nombor yang terakhir. Itu pun kalau ingat!

Betullah, kalau Rm50 kelihatan sangat besar pada tabung masjid. Sangat kecil bila shopping!

Tapi, tempelaknya pulak;
RM1 pun yang penting ikhlas. Kalau RM50 tapi tak ikhlas nak buat apa... RM1 yang ikhlas lebih baik.

Kenapa tak berfikir:
RM1 untuk shopping lebih baik dan selebihnya simpan je lah untuk masa depan. (Eh, macam bakhil la pulak...) Kalau berbelanja untuk dunia memang tak kisah, kalau 'menabung' untuk akhirat banyak pula songehnya. Itulah masalahnya...

Abi selalu pesan;
Rezeki yang ada pada kita bukan seketul duit. Kalau kita ada seguni duit pun, belum tentu itu mutlak milik kita. Masih ada bahagian orang lain. Sebab tu kena selalu sedekah, moga tak terambil bahagian orang... Zakat tu wajib.

Hujung-hujung tahun ni, ana slow down sikit bila muallimi berkata-kata. Tapi, bila sebut tentang rezeki. Dalam mendengar, ana terlintas... Bila Abu Uwais duk celoteh pasal Rezeki, Zakat dan Sedekah ana ter'sampuk', "Sakit juga rezeki, pak..." :p

Kalau bicara soal rezeki, duit.. duit.. duit... Manusia sinonim dengan duit, nikmat, harta, anak, bla bla bla... Ana yang sengal ni? Huhu... Masih belum berubah. (Bila la nak berubah ni) Dan, inilah task yang perlu dibuat sebab 'menyampuk' bicaranya. Hehehe... Tak pe, I'll try the best.

Rasulullah s.a.w. bersabda, mafhumnya:
Apabila hamba itu meninggalkan (untuk) berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya. [HR al-Hakim & ad-Dailami]

[1] Jangan sesekali lupa untuk mendoakan kesejahteraan kedua orang tua sama ada masih di dunia atau telah kembali pada Nya.

[2] Selain duit, harta, isteri, anak dan sebagainya.. Masih banyak nikmat yang dilupakan. Nikmat berjalan, nikmat sihat, nikmat kelapangan masa, nikmat bernafas, nikmat memandang dan kalau di taip rasanya tak ada manusia yang mampu nak mencatit SETIAP nikmat yang diperolehi. Malah, terlalu sedikit yang mensyukuri nikmat Allah malah yang tragisnya lebih ramai yang kufur pada nikmat-nikmat.

Bila tersepak batu... Batu yang dimaki hamunnya. Sedangkan dia yang tak melihat dan tidak berhati-hati. Barangkali juga kerana sedang di amuk amarah, Allah 'mengingatkan' dengan sedikit saja. Tersepak batu! Alangkah indahnya kalau berfikir dengan iman. Ramai orang berfikir dengan akal kurniaan Allah (nikmat juga) tapi sangat jarang yang me'related'kan fikiran dengan keimanan (nikmat juga) pada Allah.

Sesekali demam menerjah, habis semua orang yang dimarahnya. Terkadang menjenguk suasana hospital, tersentuh melihat setianya seorang isteri merawat suami sedangkan bila isteri yang sakit sangat sedikit suami yang mahu menghulurkan bantuan.

Lelaki makhluk rasional
Perempuan makhluk emosional

Itulah kesimpulan ana dalam kajian terhadap psikologi manusia. Bukan nak kata perempuan tidak rasional, tapi pemikiran perempuan selalunya dipengaruhi dengan emosional. Kesian kat anak... Sian pada suami sampai terlupa siankan diri sendiri. Aduh, makhluk Hawa memang terkenal dengan sifat kasih sayang dan kelembutan tapi dewasa ini ramai Hawa yang berlumba mahu menjadi seperti Adam dan Adam mahu kelihatan seperti Hawa! Moden yang men'jahil'kan manusia. Inilah realitinya...

[3] Sakit juga rezeki. Kata Abu Amirul, kalau dah yang menyampuk tu lebih 'tahu' apa yang disampuknya, eloklah ana yang menulis. Maaf, ana memang agak tidak bersedia nak menyiapkannya. Pasti banyak kekurangannya =(

Abu Amirul + Abu Uwais, merangsang minda yang agak 'lembab'. Alhamdulillah, bicara SAKIT JUGA REZEKI dalam keadaaan sakit lebih mudah dari nak melencong hal-hal yang lain. Moga ianya menjadi kaffarah pada dosa-dosa, ingatan buat diri yang selalu alpa.

Sesekali renung sejenak... Bila sakit menjengah. Subhanallah! Rasa alangkah indahnya saat ini kalau dapat makan itu dan itu dan itu... Tapi dek kerana sakitnya sedikit, satu badan tempias. Tekak rasa loya, lidah pahit... Semuanya 'rasa' hanya kerana demam. Renung ke dalam diri... Banyak sangat masa yang dihiasi dengan keindahan-keindahan hingga lupa pada mereka yang kekurangan. Saat kita setia mengisi perut dengan pelbagai juadah, masih ramai yang menangis kerana lapar. Ada yang hanya mengalas perut dengan BATU..! Allahuakbar.

Ana tak mahu memberi contoh dari apa yang ana tak lalui, takut-takut empati tak 'mengena'. Maka, seolah-olah ana bercakap tanpa ana tahu apa 'rasa'nya. Kata akhi Shidee, menulislah dari hati. Jadi, ana belajar untuk menulis apa yang ana tahu dahulu sebelum ana menulis apa yang ana mahu.

~ Sakit itu nikmat, sihat adalah ujian ~

Itulah yang ana pesankan pada seorang sahabat yang sedang berjuang dalam menghadapi leukimia, mudah-mudahan semakin hari semakin bercambah rasa syukur pada Allah.

Seorang teman bertanya, apa doa yang paling istimewa sewaktu ana di 2 Tanah Suci.

Pelik... Dalam banyak-banyak soalan, itu yang ditanya.

- Ana tak minta sakit tapi ana tak minta sihat -

Barangkali, jawapan yang 'boleh' lulus. "Kenapa tak nak sihat?"

"Bukan ana tak nak sihat. Bukan juga ana minta sakit. Tapi, ana minta bila sakit Allah mengajar ana tentang kesabaran dan ketabahan, mengajar ana untuk merendahkan hati untuk berdoa pada Nya. Ana takut bila sihat, ana akan lupa untuk 'berlama-lama' dengan Nya. Mungkin anti beruntung, Dia berikan nikmat sihat dan juga dalam masa yang sama anti bersyukur dengan nikmat tersebut. Anti boleh berbakti pada masyarakat dan sekaligus pada agama. Tapi ana... Mungkin keadaan akan terbalik. Ana takut..."

- Jangan minta ujian sebaliknya mohonlah kekuatan tika diberi ujian -

Kata-kata seorang sahabat yang ana kagumi, alhamdulillah. Simple tapi bermakna.

Sesekali merenung... Tarbiyyah Allah buat hamba...

Bila semput menjengah

Allah... Sukarnya bernafas! Ingatlah wahai diri, kematian JAUHHHHHH lebih sakit... Jauh lebih sukar. Jangan mungkiri nikmat yang diberikan Tuhan, bersyukur... bersyukurlah!

Sesekali Sendi terasa ngilu

Allah... Mungkin inilah rasanya bila usia semakin meningkat. Semakin dekat untuk pulang ke 'desa', cukupkah bekalan untuk dibawa?

Sesekali Saraf Mengamuk

Allah... Seperti inikah nanti roh keluar dari badan? Tuhan... Sakit ini terlalu sedikit. Selaut syukurku hanya setitis nikmat Mu. Allahuakbar.

Sesekali Sakit di Tulang Belakang

Allah... Apalah sangat dibandingkan dengan pengorbanan seorang ibu mengendong anak di dalam rahim dengan penuh susah payah, melahirkan dengan susah payah..

Sesekali Menggeletar Seluruh Badan

Allah... Apalah sangat... Sedangkan setiap dari inci tubuh mahu berzikir pada Allah, setiap hamba Nya mahu berzikir pada Nya.. Hanya tubuh yang menggeletar!

Sesekali...
Menangislah kerana syukur

Sesekali...
Menangislah membasuh relung jiwamu

Sesekali...
Menangislah supaya hatimu lembut kembali

Sakit itu juga rezeki dari Allah, sebagai 'jalan mudah' untuk ingat kepada Nya... (",)

Sesekali...
Merepek jugak lah dalam nak menyelesaikan task... Huhuhu... *_*

Wallahua'lam.

Read more...

26 December 2008

Hadiah Tahun Hijrah

Alhamdulillah, Dapat sesuatu dari seorang sahabat (katanya untuk awal tahun + sanah helwa, urm... nak yang lain leh kan?) SYUKRAN wa JAZAKALLAH!

(antara bait2 syair Imam Syafi`e ketika beliau sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir)


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
ku persembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكـ
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
dan keampunanMu yang mendatangi hamba;
meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

Wahai yang Maha Pengasih,
Bantulah hamba Mu ini,
Yang kian terumbang ambing,
Di dalam arus duniawi,
Ku berdoa kepada Mu,
Memohon limpahan rahmat Mu,
Mentari hidupku kan bersinar kembali...

Salam Tahun Baru Hijrah,
al-Wardah as-Syaukiyyah

Read more...

**Ya ALLAH, ikatkan hati kami**

Alhamdulillah. Syukur pada Allah. Setelah perancangan demi perancangan yang terancang tak juga berjaya untuk dijayakan, akhirnya dengan rahmat Allah juga kami bertemu dah berpisah. Moga pertemuan dan perpisahan ini mengikat kami dengan kasih sayang yang lebih jitu dan mantopppp! Ameen.

Walaupun delay (alamak, ada sahabat yang trauma dengan perkataan ni) beberapa hari dari perancangan namun semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah! Syukur pada Allah dengan pertemuan tersebut. Sodiki hakiki (ukhti aisyah) akhirnya sampai ke teratak tak seberapa indah ni. 1 tahun lebih kami tak bersua atas pelbagai sebab. Allah lebih tahu...

Jam 3.22 pm ukhti bagitau insyaAllah bas bertolak jam 3.45 pm, ana yang sedang dengan kerja-kerja akhir menyudahkan apa yang patut. Perjalanan yang lebih kurang 1 jam, tepat 4.35 pm ana bersiap (dengan kelam kabut :p) dan keluar rumah. Tunggu dan tunggu... Tunggu lagi... Tunggu lagi. Mana la ukhti tak sampai-sampai. Penantian memang satu penyiksaaan! Betapa tak sabar nye hati ni. Finally, 5.20 pm abi datang teman ana (sorang-sorang duk menunggu, Adik sakit kaki, Kakak teman adik kat rumah). 5.30 pm baru la ukhti sampai... Alhamdulillah.


Rupanya bas pun delay juga! Ingatkan tarikh je delay...
Kui kui kui.



Esoknya (semalam) seharian kami berjalan, berhujan dan kebasahan. Maaf ukhti, ana belum cukup semangat nak ambil lesen nak vroom vroom. Tunggu la kena mandi bunga 7 warna, air kolah 7 masjid (ahakz) baru bersemangat agaknya. Sejukkkkk yang teramat tersangat. Menggigil dibuatnya kebasahan dan alhamdulillah tak kekuyupan, kain je basah. Kalau kekuyupan, that time juga la semangat nak vroom vroom (ngeh ngeh).

Sampai rumah, rasa nak demam... Badan seram sejuk tapi sikit 'eksen' la, mandi air sejuk. Wah! Terasa sungguh bagai mandi dengan ais... Di UK, salji berkepul-kepul banyaknya lebih dari tahun-tahun lalu. Di Egypt pun sahabat kata sejuk lebih dari tahun lalu. Ana di Malaysia, terasa ngilu sendi-sendi dek kesejukan udara. (Sakit lutut ni ha.. ada ke ummi gelak ana kata sakit lutut. Dah memang sejuk sampai terasa ngilu seluruh badan dan paling ketara pada lutut... Adei la, ummi ni...) *_*

Tengok ukhti 'slumbe' je tak nak pakai sweater, agaknya ambil semangat bear dari kutub utara la tu. Hehe, ana yang 'terbiasa' ni pun ketar-ketar je. Pagi minum dengan ummi, then pergi kedai achik Pin, suka makan kat situ. More privacy untuk orang yang nakkan privacy. Kami berdua je breakfast that time, beshnyeee! Lepas kenyang, walla walla... sempat lagi ambil gambar. Tu la, dah tak de orang... Apa lagi... 1 shot, 2 shot, 3... 4... eh sudah! sudah! ^_^

Hujan renyai-renyai. I'm FREEZE! Dengan angin sepoi-sepoi bahasa, makin menggigil la tubuhku yang mengurus ini. Kan best kalau badan ada lemak tepu yang bisa menebat haba. Ko ingat ko sapa Syirah oi? Beruang kutub? Huhu, astaghfirullah. Dek kerana kesejukan yang membuatkan sendi-sendi semakin ngilu (tu pun pakai baju tshirt+jubah+sweater) akhirnya membeli sarung tangan yang tebal gitu. (ngada ko ek dengan aisyah) *_*

Ujan oh ujan... Kami redah aje...
Bila lagi nak berjalan public holiday without so much transport there? Ngeee... Kedai demi kedai disusuri, aiwah. Macam pelancong lak rasanya. Hihi. Lepas lunch, ujan semakin reda. Nampak orang semakin ramai di jalan raya, sesak pula. Uwaa... Ni yang tak best nak jalan.

"Hormatilah pejalan kaki"

Ececece... Dah la hujan, lopak dipenuhi air. Buat orang-orang bawa kereta besar tu, tengok la sama kiri kanan. Kau ingat kereta kau besar kau boleh redah je... Hishhh. Apa la, paling tension dan sakit hati dengan pelancong Singapura, eksen gile deh. Rasa macam nak pancitkan tayar kereta dorang je. Memang tak hormat orang. Tau la pelancong, tapi agak-agak la. U are in my country, not yours! Behave...!! Behave urself! (Alamak, merapu lak)

Ana paling suka dengan orang Perancis + Jepun + Korea, hehe. Mungkin sebab kenangan lalu kot. Kalau orang Arab ni, ades.. bab kebersihan failed, mungkin tak semua tapi yang ana jumpa... Kebanyakannya macam tu *_*

Suka dengan 1 couple Jepun, dorang jadikan Malaysia sebagai Second Home Country, kalau balik Jepun selalu belikan coklat untuk ummi (eh, nampak tul ana ni berat sebelah. Erk...) Bukan pasal coklat, yang nak dinyatakan sebab dorang respect dengan budaya orang Malaysia. Arigato... Arigato gonzaimas.. Ini je la yang ana hafal. :p

Pelancong Perancis, walla... Lama bersembang haritu, konon ana ni expert sangat dengan semua yang dia tanya. Sekadar jawab apa yang ana tahu, susah sikit sebab loghat Inggeris dorang pekat sangat dengan nahu Perancis. Waaa... Telinga ku buka sebesar-besarnya nak faham apa yang dorang tanya, peramah ye orang Malaysia ni. Yang ana tahu; merci beaucoup, kih kih kih *_*

Eh, dah dah... Melalut dah ni.

Sebenarnya, hati ni macam bersimpang siur je. Ana tak puas lagi nak dengar cerita ukhti Aisyah. Dek kerana akaknya baru melangsungkan pertunangan, so much story bout family. Study dan kawan-kawan tu ada la sikit-sikit.. Sejujurnya, melopong dengar cite bab adat negeri dalam Malaysia ni dalam ehwal pertunangan. Kadang-kadang 'pening' juga dengan cerita ukhti, blur sungguh... Mungkin sebab ana ni jenis yang kurang ber'adat' la tu. Ish, harap-harap walaupun tak ber'adat' masih ber'adab'.

Ummi selalu cakap, ukhti Aisyah ni 'layak' dan jenis yang ummi suka. Alamak ummi, tak dapat la. Bakal abang-abang iparnya pun semua core-educated. Hehe. Jenis SAINS sungguh, tak de yang 'sastera' la. Kami berkawan dari ana tingkatan 1 hingga la sekarang, alhamdulillah. Orang kata, teman yang boleh berkongsi bantal. Hehe, bantal peluk tu kalau dilintangkan memang kami (ana + aisyah + hafizah) leh kongsi lagi.

Cuma kurang best sebab cik Jijah tak de. Tak per la, sekurang-kurangnya ana jumpa dengan cik Aisyah pun dah rasa hati ni berbunga je.

Banyak sangat yang nak ditaip ni, tapi...
Nanti layak jadi mini novel pula. Upss...

Ya Allah,
Ikatkan kami dengan ukhuwwah fillah,
Teguhkan kami dengan iman dan Islam,
Peliharalah kami dengan teduhan kasih sayang Mu,
Hidupkanlah hati kami untuk agama Mu,
Benihkanlah rindu kerana Mu untuk kami,
Sesungguhnya tiadalah daya kami tanpa pertolongan dari Mu...

friendShip... Moga Engkau pelihara ukhuwwah kami hingga ke Negeri Abadi, satukan kami di bawah naungan rahmat Mu dan jagalah hati kami untuk saling ingat mengingatkan antara satu sama lain jika kami terlupa atau kami tersalah.

Aisyah ... Hafizah...

Kalian... Sahabat Sejati yang tiada ganti... *_*


Ngeeee... Blueberry muffin yang sempat di capture pagi tadi. Buah tangan untuk family ukhti Aisyah. Maaf la ye kalau terkurang rasanya, tangan tak strong sikit masa duk buat... Tepung mcm x cukup gebusss je *_*

Read more...

24 December 2008

~ Terkuburnya Friendster Ana ~

Assalamu'alaikum

Sebagai makluman sahabat-sahabat di rangkaian Friendster (FS) saya mahupun tidak, pada hari ini 24 Desember sempena dengan genapnya umur 18 tahun 11 bulan (tua dah ni, dah ready ke nak ke alam seterusnya? astaghfirullah hal azhim.) saya dengan jayanya

telah mendelete akaun Friendster yang beralamat:

http://friendster.com/niqobgirl

Harapnya pada yang tak sempat ku kabarkan, jangan terkejut pabila ana ghaib tanpa khabar berita (ecece, macam la orang perasan kita ada ke tak da... kan kan kan) Maaf kan juga andaikata ada komen dan mesej yang tak berbalas... dan kiranya ada mesej dan komen yang menyinggung. Insya Allah, saya boleh ditemui di:

http://mindaplus.com/phpBB2
http://bicaramuslim.com/bicara6.index.php
http://al-insyirah.forummotion.com/index.htm

Alasan mendelete FS banyak sangat... TAk sempat nak taip, nak jemput sahabat yang nak datang umah... (yeyeyeyeye...!) :p Lampirannya, kalian klik di sini:

http://aisaralex.blogspot.com/2007/12/kempen-menjauhi-friendster-setuju-atau.html

Read more...

23 December 2008

.::Bertaubatlah Pada Setiap Waktu::.

Selagi Allah Merahmatimu!

Muhasabah 1

Sebagai manusia, kesilapan dan kesalahan sering tak dapat dielakkan. Dalam hasrat hendak membetulkan sesuatu kesilapan yang telah berlaku, tiba-tiba melakukan pula kesilapan lain. Dalam berazam tidak mahu lagi mengulangi kesalahan, namun tak semena-mena sepuluh lagi kesalahan baru menjelma. Tapi biar sebanyak mana pun dosa dan kesalahan itu, agama menyuruh kita agar jangan berputus asa dari rahmat Allah. Syariat Islam mendidik kita supaya sentiasa bersangka baik dengan Allah serta selalu memohon kemaafan dari Nya.

Apabila hamba yang berlumuran dosa terpanggil memohon kemaafan kepada Allah, maka ketahuilah bahawa Dia amat menyayangi kita. Itulah sunnatullah di maya pada ini dan tiada yang pelik tentangnya.

Yang hodoh ialah yang berbuat dosa tetapi tidak mahu bertaubat dari dosa itu serta merasa tidak pernah berdosa. Manakala, sebaik-baik insan yang singgah di dunia kefanaan ini, adalah mereka yang tahu memohon kemaafan, keuzuran dan perlepasan dari Nya. Seeloknya, permohonan kemaafan dari Allah itu, hendaklah dilakukan segera atau dalam erti kata lain, setiap kali terjebak dalam kancah dosa. Biarpun kecil apalagi jika yang besar...

Jangan tunggu dosa mula menimbun, mata mula rabun. Baru mohon ampun. Sebaiknya segera memohon ampun, sebelum segala dosa itu akan dipertontonkan kepada kita diperhitungan akhir. Begitulah ajaran Allah dan Rasul.

Segala permohonan 'kelonggaran', kemaafan dan keuzuran kepada Allah hendaklah dilakukan di dunia ini, iaitu semasa fikiran masih waras, semasa ingatan masih kuat, semasa tubuh masih gagah. Dan punya masa untuk bertaubat. Bukankah bilahan umur dan usia kita itu modal utama sepanjang perjalanan ini?

Amat dibimbangi andai kita terlepas pandang dalam sepenting ini. Sedar-sedar malaikat maut sudah terpacak di depan mata. Sedar-sedar nyawa sudah sampai di ghalgharah (tenggorok). Sedar-sedar, tabir pembalasan mulai disingkap. Sedar-sedar sepasang telinga tidak dapat mendengar lagi hiruk pikuk duniawi. Diri sudah terkulai layu keseorangan di kegelapan Barzakh.

Beruntung bagi para mukminin dan mukminat kerana keuzuran serta permohonan kemaafan mereka sudah acapkali pun dilampirkan. Semasa nyawa masih dikandung badan dan Allah swt amat berbelas kasihan dengan pengaduan serta keuzuran mereka. Tetapi dalam jumlah yang tidak sedikit, manusia yang alpa, leka dengan tipu daya duniawi telah tersentak untuk merayu itu dan ini saat pintu kemaafan tidak terbuka lagi. Saat sebarang keuzuran sudah tidak dipedulikan sama sekali. Itulah seburuk-buruk permohonan ampun seorang hamba yang cukup malang bentuk 'kesudahan' dan 'pengakhirannya'.

Kenapa malang dan buruk?

Kerana sebarang keuzuran saat itu sudah tidak berguna lagi. Sia-sia belaka. Ingat lagi kisah Fir'aun? Ia hanya teringat untuk menyatakan 'keuzuran'nya saat air laut yang masin mulai menerjah masuk menyumbat serombong lubang hidung dan jantungnya.

Bayangkan sewaktu bayangan maut menjelma, baru kita terhegeh-hegeh mahu bersolat, mengaji, bersedekah, bersilaturrahim, memohon ampun, berbuat baik, berzikir, dan sebagainya? Bergunakah semuanya saat itu? Tidak cukupkah usia 40 tahun? 50 tahun? 60 tahun? Mahu tambah masa lagi? Usah berangan...! Firman Allah swt yang bermaksud;

"Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang daripada kamu lalu berkata; 'Ya Tuhan ku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian ku) sampai waktu yang dekat, yang membolehkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk dikalangan orang-orang yang soleh.' Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) sesorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui, apa yang kamu kerjakan." [Al-Munafiqun : 10-11]

Ya Allah...! Kurniakan kepada kami taubat sebelum kematian. Peluang beramal sebelum berangkat pulang, jangan jadikan kami orang-orang yang rugi. Itulah ia "Syarrul Ma'zirah" yakni seburuk-buruk pernyataan keuzuran kepada Allah.

Muhasabah 2

Anda mahu tahu apakah pula "Syarrun Nada-mah?"

Iaitu seburuk-buruk penyesalan. Seburuk-buruk penyesalan adalah penyesalan seorang hamba di akhirat nanti. Penyesalan yang tidak membawa erti apa-apa kerana penyesalan yang dituntut adalah di dunia. Firman Allah swt;

"Sesungguhnya Kami telah memperingatkan kamu (wahai orang kafir) siksa yang dekat, pada hari manusia melihat apa yang telah diperbuat oleh kedua tangannya; dan orang kafir berkata: 'Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu adalah tanah'." [Surah An-Naba : 40]

Mendalam sekali ungkapan berikut.

Menyesal dahulu pendapatan. Menyesal kemudian tidak berguna. InsyaAllah, menyesal di atas dunia, maknanya kita masih ada masa dan peluang melakukan perubahan dan pembaikan. Kita masih ada peluang membetulkan kesilapan. Kita masih ada masa muhasabah diri. Itulah kurniaan Allah yang amat besar kepada hamba-hamba Nya yang Su'a-da iaitu golongan yang berbahagia.

Muhasabah 3

Berikutnya, penjelasan terhadap seburuk-buruk kesesatan seorang manusia. Mutakhir ini, kita semua dihadapkan isu sejumlah muslim yang murtad keluar meninggalkan agama Allah dan pergi kepada kepada kekafiran dan kesyirikan. Ia kesudahan yang amat buruk! Na'uzubillah.

Dalam hal ini, kita amat-amat memohon perlindungan Allah swt agar memelihara iman dan akidah kita, anak-anak dan zuriat kita sampailah hari kiamat. Andai kita tidak bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yang telah kita perolehi maka tidak mustahil kedua nikmat tersebut akan diambil semula oleh Allah swt.

Inilah yang kita takutkan... Kerana inilah seburuk-buruk kesesatan, iaitu kembali sesat setelah peroleh petunjuk dan hidayah Allah.
Ya Allah,
Jangan lah Engkau pesongkan hati kami setelah Engkau berikan hidayah... Istajib doa ana. Ameen.

Read more...

20 December 2008

Muallimi wa Sodiki Hakiki

Salam'alaykum sahabat-sahabat.

Alhamdulillah. Mungkin post kali ini panjang lebar dari yang lainnya. Sekadar luahan hati seorang yang bermusafir di bumi Nya yang sentiasa dalam perhatian Nya, tak sunyi dari tautan ukhuwwah dari sahabat yang cintakan perjuangan, tak lelah dari jatuh bangun kehidupan dan pastinya mengharapkan maghfirah dan keredhaan Allah semata-mata. Insya Allah.

Syukran wa jazakumullah khair katsir pada setiap insan yang pernah hadir dalam kamus kehidupan ana. Pastinya yang terpenting adalah ummi dan abi. Jasad istimewa yang bertanggungjawab membawa ana ke dunia, yang mana bersaksi untuk beribadah kepada Nya dan akhirnya hanyut di buai fatamorgana. Astahgfirullah hal azhim. Hanya ummi dan abi yang jauh mengerti setiap kelompongan perasaan ini, subhanallah. Allah Maha Mengetahui. Maha Adil.

Ana tersentak. Puas memujuk hati, terkadang biar ia berlalu pergi tapi yang pastinya sering merintih sendiri. Allah selalu bersama. La tahzan, innallah hama'as sobirin. Malam berlarut, hati sayu. Air mata padu... Menjenguk blog sahabat-sahabat, terkesan dengan entry dari seorang sahabat yang ana gelarkan 'babah' (moga redha digelar begitu) "Tabahkan Hatimu Sahabat". Air mata ditahan, masih ada adik-adik di depan mata. Tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu ya Ilahi...

"Anti tak ada planning nak furthur study?"

Ana senyum. Alhamdulillah, ramai sahabat yang merisaukan keadaan ana yang 'stay at home' selepas SPM yang lalu. Banyak rahsia yang tak terungkai dengan kata-kata, banyak bicara yang tiada bahasa kerana Allah saja tempat meluah bicara. Sendu dan tangis kala sendiri, terasa hati? Bukan... Tidak... Ana yakin, kalian tak bermaksud begitu malah tidak sedikit pun mengharap ada yang cuba memahami walaupun hakikatnya ramai yang berusaha keras memahami ketidak-normalan hati ana yang tak semena-mena berubah drastik. Sensitif agaknya...

BUKAN ana tak nak furthur study. Malah, ana yakin dan ana tahu ummi dan abi meletakkan harapan yang sangat tinggi pada ana di bidang akademik. Ana yang paling 'gila' study, kerana ana yakin nak menjadi orang luar biasa kena hidup seperti orang yang luar biasa. Seawal usia kanak-kanak, kecenderungan di bidang akademik membuatkan ummi dan abi menaruh harapan (yang ana fikir) sangat tinggi! Terkadang, mereka risau kiranya ana berbangga menyelesaikan beratus-ratus soalan matematik dalam masa sehari pada usia sekolah rendah. Walau tidak segenius Adi Putra. Namun, ku doa moga adik Adi Putra terus cemerlang iman dan akademik.

Angka-angka menjadikan ana seorang yang 'gila', semakin usia menginjak dewasa ana semakin mencintai bidang bahasa. Ana mula menyemai bakat menulis, alhamdulillah. Sekadar mengisi masa lapang selain bermain nombor. Ujian Nya silih berganti, ana bersyukur dengan segala yang di takdirkan buat ana. Kadang Allah tak beri apa yang kita minta kerana Dia menggantikan apa yang kita perlukan. Dia mentarbiyyah dengan penuh 'halus', Allah yang beri ujian maka biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Ayat yang sering ana ulang pada diri sendiri mahupun sahabat-sahabat. Alhamdulillah.

Ana FAHAM dan berusaha untuk memahami perasaan ummi walau hakikatnya ana memang tidak bisa memahami hati seorang ummi. Kata 'babah', kita hanya akan faham hati seorang ibu/ayah kalau kita dah pun jadi ibu/ayah. Subhanallah. Terima kasih ya Allah. Melepaskan ana berjuang mencari ilmu, satu tindakan yang ummi izinkan tapi bagi ana ummi tidak redha sepenuhnya. Wallahua'lam. (Maafkan kakak melukai hati ummi...)

Melepaskan si gadis ini berjuang mencari ilmu, natijahnya setiap malam ummi tak bisa melelapkan mata. Risau pada akhun lain, risau pada si gadis ini ternyata jauh lebih 'berbisa' pada ummi juga abi. (Maafkan kakak...) Setiap kali berkesempatan sms dengan abi atau ummi, sedaya upaya mencanai ayat yang tetap ceria walau mata kebasahan dan kemerahan setiap kali usai solat hingga senior menegur dek kerana mudahnya mata ini mengalirkan air. Ubat yang ummi bekalkan, sedaya upaya dimakan. Hingga ramai yang tertanya-tanya, beg apa yang 'mustahak' sangat.

Perbezaan budaya, makanan, suasana dan sebagainya di letak tepi. Sedap atau tidak, selera atau tidak, makan tetap makan. Perut perlu diisi supaya ubat dimakan tepat masanya. Ukhti Nisa sering temani ana, setiap usai solat pasti dia mengesan lama ana merajut seorang diri di sejadah. Saat sahabat lain bersalam-salaman, ana masih lagi di tikar sejadah mengesat air mata. Barangkali hati ummi terkesan walau anak jauh di rantauan. (Maafkan kakak, ummi) Sering ukhti Nisa pujuk ana, tapi hati ana tak terpujuk. Barangkali kerana dosa pada ummi. Astahgfirullah hal azhim.

Tawaran demi tawaran IPTA/IPTS ana letak ke tepi. Ana pejamkan mata, tabirkan hati. Kesalahan lalu masih segar di kamar hati. Nada kesal, tak lagi bererti... Sekurang-kurangnya Dia tunjukkan jalan sebelum 'lebih jauh' meneroka. 5 jam ana pengsan 'di sana' hingga suasana tenang jadi ribut! Senior-senior M.A (Medical Asstn) jadi bingung, pelbagai usaha dilakukan tapi masih tidak juga ana sedarkan diri. Hinggakan ntah berapa kali pipi tak bersalah jadi mangsa tepuk (ntah kene sepak?) tapi muka tetap pucat lesi. Kasut juga dicampak (kasut tu pun hilang ntah tak dapat dikesan sampai sekarang).

"Bernyawa lagi tak budak tu?"

Kata ukhti Nisa... Gitulah dialog pensyarah! Ada kala mata terbuka tanpa sedikit respon, sedar dalam tidak sedar. Kata pak doktor, ana mengalami sleeping level di mana macam orang sedar tapi fasa 'tidur', tangan diangkat senior tapi terkulai begitu saja hingga 5 jam penantian tanpa respon akhirnya nadi yang semakin lemah dibawa ke 'situ'... Ummi dan abi dari Utara Semenanjung bergegas, akhi yang sepatutnya daftar sem terpaksa menangguhkan perjalanan dek kerana budak ini. Rasa bersalah... (Moga kalian memaafkan diriku)

Sukar meramal keadaan fizikal. Ada kala mata terpejam tanpa bisa menggerakkan hatta kelopak mata, tapi hakikatnya bisa mendengar segala yang diperkatakan insan disekeliling. (Ku tahu siapa yang mengata dan siapa yang menghina, terima kasih ya Allah) Terkadang, terasa mustahil untuk menggerakkan jari jemari. Alhamdulillah. Allah mentarbiyyah hamba dengan cara Nya yang 'halus'.

Yang paling sedih, dalam fasa 'berjuang' selepas sedar dari pengsan yang panjang... Tersedar, terlalu dhaif kudrat badan. Hanya dipapah pensyarah dan ukhti Nisa (Jazakillah!) Dan ana faham benar, selepas lama tak sedar pasti badan akan lembik yang nyata. Hanya tidur selama beberapa minggu malah berbulan. Subhanallah! Bila 'betul-betul sedar', menghitung dan mengingatkan apa yang terjadi... Dan pagi itu, solat secara maraton. Qadho Zohor, Asar, Maghrib, Isyak dan Subuh yang 'berlalu' kerana langsung tak mampu bangun dan tiada yang membantu mewudukkan ana. Itu lah asbab utama 'meninggalkan' tempat menadah ilmu. Hanya merangkak dan berJIHAD.

ya Allah.. bantulah hamba Mu, aku belum solat dari semalam. Aku takut berdepan dengan Mu dalam keadaan begini. Bantulah aku ya Allah, terlalu 'jauh' untuk berwuduk. Tiada siapa yang mahu membantu... Hanya Engkau sandaran harapan ku ya Allah.

Tangan masih mengalir darah. Subhanallah! Subhanallah! Plaster juga penuh dengan darah... Ditarik perlahan-lahan, ya Rabb... Terlalu sedikit sakit yang ku hadap berbanding lautan rahmat dan nikmat Mu. Izinkan ya Allah, aku mahu solat.

Perlahan-lahan ana buka plaster, ana memang alah hatta darah sendiri. Berpinar mata! (Failed la nak jadi doctor or nurse) Cuci darah yang sudah kering di sekitar tangan dan salin baju yang terkena darah. Cucuk sedikit, tapi merata darah melekat di baju. Ambil wuduk dan solat... Ana masih menanti akhi dan pastinya masih jauh perjalanan mereka. Ana tidak makan dari semalam. Itu hanya fizikal, tapi meruntun jiwa kerana melepaskan solat.

Ana diberi cuti selama seminggu untuk rehat. Tapi ana sendiri tahu, 1 minggu tidak cukup (dari pengalaman lalu). Akhirnya berita kematian datuk yang sampai sewaktu tempoh bercuti di rumah. Sepanjang perjalanan, ana hanya tidur. Dan sememangnya ana lebih banyak tidur, tak perlu makan atau minum. Badan hanya mahu tidur. Untuk menyedapkan pandangan, ana gigihkan badan mengatur langkah ziarah rumah datuk walaupun jenazah selamat dikebumi. Dan masih lagi tidak stabil... Akhirnya, ana yang menjadi 'fokus' pada tetamu lain yang berziarah.

Dalam duduk dan bersandar di tiang...

1... 2... 3...

Booommmmm!

Pengsan sekali lagi dan 'enak'nya bila kepala terhempas di lantai. Terkulai... hampir 4 bulan menahan sakit kepala, tapi ana seronok menjadi 'pelakon' depan ummi dan abi.

Beberapa bulan kemudian,
1... 2... 3...

Booommmmm!

Sekali lagi kepala terhempas sewaktu sedang duduk di atas kerusi. Benar! Diri ini belum benar-benar 'ready' untuk berjuang 'sendiri'. Ana 'melupakan' sebentar hajat untuk berbakti mencari ilmu, ada 'misi' yang UTAMA >> ummi dan abi!


Dan 2 insan ini lah sebenar-benarnya MUALLIMI dan juga SODIKI HAKIKI yang terlalu setia membawa diri dan hati ini kepada Nya saat jiwa tandus di lambung ombak dunia.

Ilahi, ku infaq sebahagian perasaan ini buat ummi dan abi. Moga keputusan ini datangnya dari Engkau, Pemilik diri dan setiap isi dunia ini. Moga sahabat-sahabat lain bisa memahami gelora hati ini, mungkin ini yang terbaik di pandangan Mu sedang ana hanya manusia biasa yang sangat lemah dan jahil. Insya Allah. Ana telah pun redha dengan keputusan ini... Wallahua'lam.

~ UMMI wa ABI ~

Masa... Nostalgia dan makna cinta
Detik... Singgah dan lalu begitu saja
Rindu... pada Kekasih tercinta


Terima kasih ummi dan abi kerana mengabulkan permintaan anakanda agar dapat menjejak ke bumi Mekah dan Madinah sebelum kembali pada Pencipta Yang Esa. Moga dengan 'pengorbanan' ini, Allah akan memurahkan rezeki kalian. Moga dengan 'jihad' ini, Allah memuliakan kalian disisi hamba-hamba Nya. Moga dengan 'kemurahan' ini, Allah akan melapangkan kembara kalian menuju cinta Nya. Ameen (",)

Ummi wa abi,
Hatta nyawa ini diganti seribu kali, sungguh tak bermakna setiap saat tanpa kalian disisi. Diriku berNAFAS disini dengan izin Nya, dari doa ummi juga abi. Terima kasih kerana tidak pernah berputus asa dalam 'membekalkan' sabar buat jiwa tandus ini. Alhamdulillah. Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa... Begitulah pesan akhi yang entah kesekian kalinya.

TeRiMa KaSiH pada SaHaBaT:

ukhti AISYAH dan HAFIZAH yang selalu merelakan kepala ini landing atas kalian, setia mendoakan ana yang selalu melukakan hati kalian.

ukhti SYIFA' dan AMIERA yang sangat setiaaaaaaa memberi kata-kata yang sangat bermakna. Tak terjangka indahnya ukhuwwah yang terbina.

ukhti ATIQAH kerana menautkan hati ini pada jalan cinta yang sukar kerana mendambakan yang jauh lebih indah dan manis disisi Nya. InsyaAllah.

ukhti SALWA dan USTAZ KHAIRUL yang sangat-sangat istiqamah membantu ana untuk merasakan mudahnya perjuangan ini... (kak & ustaz, adik windu uwais+durrah+mus'ab bangat nih... gimana ya..?)

ustaz FAIEZ dan SAIFUL yang selalu mendera minda ini memikirkan ayat-ayat kalian... terima kasih...

ukhti NAEMAH dan USTAZ MARWAN setianya kalian 'menggodam' minda ini supaya segera bergerak dalam keadaan kritikal. Moga jodoh berpanjangan.

ukhti FARRA dan YANNA, ana sayanggggg kalian!

ukhti NAJWA dan FAUZANI, kalian berharga di lubuk hati ini ^_~

ukhti NOR dan CIKGU SHIDEE, the gift from Allah and I always wish and pray to be your 'junior', hehehehe... pakar psikologi dan ustazah :p

akhi MUN'IM dan akhi G-JUL, setianya kalian memberi ruang untuk minda ini bernafas. Syukran!

ukhti NISA' dan akhi HANAFI, kalian selalu mendorong untukku memaksa kudrat otak berfikir seperti orang dewasa.. Jazakumullah!

dik AZMAH, kau terlalu prihatin atas diri ini. Jazakillah!

ukhti BALQIS dan ustaz RIDWAN, ma'alish selalu fight dalam blog Mr and Mrs Wan tentang 'married life-story' antum... Hehe :p (saja cari pasal)

TeRiMa KaSiH pada SEMUA yang pernah singgah dalam hidup ini sama ada secara kebetulan mahupun tidak... Kalian telah mendidik ku menjadi lebih matang (insya Allah) dalam hidup yang 'singkat' ini agar 'panjang'. Ameen... (",)

al-wardah as-syaukiyyah
20 Desember
1.16 am
Malaysia

Read more...

18 December 2008

Hakikat Sabar.. Fasobrun Jameel ^_*

ASPEK-ASPEK SABAR DALAM AL-QURAN
AL Quran Menyuruh Kita Sabar
Dr Yusof Qardhawi

1: SABAR TERHADAP MUSIBAH DUNIA

Sabar terhadap bencana alam dan himpitan zaman. Ini dialami oleh orang baik atau orang jahat, yang beriman atau yang kafir, pemimpin atau rakyat dipimpinnya, sebab masalah ini sudah merupakan putaran hidup dan masalah manusia. Tidak ada manusia yang bebas dari kesedihan hati, terganggu kesihatan tubuhnya, ditinggal mati orang yang paling dicintai, kerugian harta, gangguan manusia lain, kesulitan hidup atau musibah bencana alam. Hal ini telah dinyatakan Allah dengan disertai sumpah:

"Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila ditimba musibah, mereka mengucapkan: Inna lillahi wa inna ilaihi wa rajiun (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali). Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah: 155-157)

Sabar seperti itu tidak banyak disedari oleh manusia. Dalam al-Quran diberikan contoh sabar Nabi Ayub dalam menanggung penderitaan sakit dan kehilangan anggota keluarganya. Sabar Nabi Yaaqub berpisah dengan dua orang puteranya (Yusuf dan saudaranya), dan dusta serta tipu muslihat anak-anak kepadanya. Contoh-contoh nabi-nabi yang sabar dalam al-Quran akan kami huraikan dalam buku ini pada bab tersendiri.

2. SABAR TERHADAP DORONGAN NAFSU

Dorongan dan tuntutan nafsu merupakan kesenangan manusia. Seperti kenikmatan dan kesenangan duniawi, keindahan perhiasan dunia dan nafsu seksual. Di sebalik itu syaitan menyulamnya dengan keindahan.

A. Sabar Menyangkut Kesenangan Hidup

Aspek sabar yang menyangkut kesenangan dan kemewahan hidup yang mendatangi dan merayu seperti perayu yang cantik jelita lagi mempesona. Ini merupakan cubaan jenis baru, kerana ia datang mengunjungi manusia dengan kesenangan, kekayaan dan kemewahan hidup.

Firman Allah:

"Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya)." (Al-Anbiya: 35)

Firman Allah:

"Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: Tuhanku telah memuliakanku. Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: Tuhanku menghinakanku." (Al-Fajr: 15-16)

Allah SWT baik dalam memberikan kemuliaan dan kesenangan ataupun pembatasan rezeki merupakan ujian cubaan. Orang-orang yang arif berpendapat orang mukmin dapat bersabar terhadap musibah, tetap yang dapat bersabar terhadap gangguan penyakit hanyalah orang-orang siddiq.

Ketika pintu-pintu dunia telah Allah bukakan bagi sahabat Rasulullah saw, di antara mereka ada yang berkata (dengan cemas): "Kami telah diuji dengan kesulitan dan kami bersabar, dan kami sekarang ini diuji dengan kesenangan tetapi kami tidak bersabar." Allah SWT berpesan kepada hamba-hamba-Nya terhadap fitnah harta, anak, isteri dan nafsu dunia seluruhnya.

Firman Allah:

"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan (bagimu)." (Al-Taghabun: 15)

Firman Allah:

"Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi." (Al-Munafiqun: 9)

Firman Allah:

"Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu; wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga). Katakanlah: 'Inginkah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik dari yang demikian itu?' Untuk orang-orang yang bertaqwa (di sisi Allah), pada sisi Tuhan mereka ada syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; mereka kekal di dalamnya. Dan (ada pula) isteri-isteri yang disucikan serta keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya." (Ali Imran: 14-15)

Allah SWT menggambarkan hamba-hamba yang bertaqwa dengan firman-Nya:

"Iaitu orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (dijalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur." (Ali Imran: 17)

Imam Al-Ghazali berkata bahawa lelaki yang kuat ialah yang sabar di waktu sihat, tidak bergantung pada kesihatan tubuhnya saja. Dia menyedari bahawa kesihatan itu merupakan amanah dan suatu saat akan terlepas dari dirinya. Oleh itu janganlah mensia-siakannya dengan berfoya-foya, terjerumus dalam kenikmatan dan kelazatan, bermain-main dan bermewah-mewah. Orang yang sabar harus memelihara hak-hak Allah dalam hartanya dengan berinfak, menolong orang lain, lidahnya dengan berbicara benar dan dalam segala kenikmatan yang diberikan Allah kepadanya (Ihya Ulumuddin jilid I hal. 69).

B. Sabar Untuk Tidak Melihat Kekayaan Orang Lain

Ada aspek lain berupa sabar terhadap kesenangan dan keindahan hidup duniawi, iaitu sabar untuk tidak melihat dan menoleh kepada kesenangan hidup dan kekayaan orang lain serta keinginan memperolehi kenikmatan harta dan anak yang mereka miliki, sedangkan mereka itu orang yang angkuh dan menyeleweng (rasuah). Kemewahan hidup orang-orang yang angkuh dan menyimpang itu meskipun pada lahirnya nampak suatu kenikmatan, pada hakikatnya merupakan penderitaan dan seksaan.

Firman Allah:

"Apakah mereka mengira bahawa harta dan anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu (bererti bahawa), Kami bersegera memberi kebaikan kepada mereka? Tidak, sebenarnya mereka tidak sedar." (Al-Mukminun: 55-56)

Dalam hal ini Allah SWT berfirman kepada Rasulullah saw:

"Dan janganlah kamu tujukan kedua matamu kepada apa yang telah Kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bitnga kehidupan dunia untuk Kami cubai mereka dengannya. Dan kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal." (Thaha: 131)

Seorang mukmin sejati merasa diri mulia dan terhormat dengan pemberian nikmat hidayah iman dan taufik untuk taat patuh kepada Allah SWT. Dia menyedari bahawa harta itu sebenarnya maya dan merupakan bayangan yang akan lenyap, amanah yang akan diambil kembali oleh pemiliknya.

Dia tidak peduli dengan kehebatan kehidupan dan keindahan lahiriah yang dimiliki para jutawan, kaum bijak pandai dan penguasa. Hal ini pernah dikisahkah al-Quran ketika orang-orang dari kaum Nabi Musa melihat penampilan Qarun di hadapan mereka dengan kemewahan, keindahan dan kemantapan dan diiringi rombongannya dengan megah. Orang-orang yang terpikat oleh kesenangan hidup dunia berkata dengan nada penuh harap dan hasrat yang penuh:

"Moga-moga kiranya kita mempunyai seperti apa yang telah diberikan kepada Qarun; sesungguhnya ia benar-benar mempunyai keberuntungan yang besar." (Al-Qasas: 79)

Sedangkan orang-orang yang berilmu, beriman, berakal dan sabar berkata:

"Kecelakaan yang besarlah bagimu, pahala Allah adalah lebih baik bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan tidak diperoleh pahala itu, kecuali oleh orang-orang yang sabar." (Al-Qasas: 80)

C. Sabar Terhadap Dorongan Nafsu Seksual

Ada juga aspek kesabaran terhadap dorongan syahwat terutama syahwat seksual yang diakui kekuatan dorongannya oleh Islam dan merupakan salah satu kelemahan manusia dalam menghadapinya.

Islam mensyariatkan nikah dan membolehkan laki-laki mengahwini hamba-hamba wanita yang beriman apabila tidak mampu mengahwini wanita-wanita yang merdeka. Di sini Allah memberi keringanan, kerana manusia diciptakan memiliki kelemahan. Walaupun dibolehkan mengahwini wanita budak yang mukminat. Al-Quran menganjurkan agar bersabar kerana akibat perkahwinan itu akan lahir anak yang berstatus hamba.

Firman Allah:

"(Dibolehkan mengahwini hamba) itu, adalah bagi orang-orang yang takut kepada kesukaran menjaga diri (dari perbuatan zina) di antaramu, dan kesabaran itu lebih baik bagimu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (An-Nisaa: 25)

Maksud sabar di sini adalah sabar menahan dorongan syahwat seksual meskipun dalam perkara yang halal. Dan bagaimana halnya dengan perkara yang haram? Dalam perkara yang haram sabar atau menahan diri hukumnya wajib (fardhu).

Firman Allah:

"Dan orang-orang yang tidak mampu berkahwin hendaklah menjaga kesucian (diri) nya, sehingga Allah memberi kemampuan kepada mereka dengan kurnia Nya." (An-Nur: 33)

Contoh kesabaran dalam hal ini yang paling baik dalam al-Quran adalah Nabi Yusuf As-Siddiq as yang telah menolak rayuan isteri ketuanya.

D. Sabar Untuk Tidak Marah dan Dendam

Ada juga aspek kesabaran menahan diri dari marah-marah, dari membalas kejahatan orang lain dengan kejahatan yang sama atau pembalasan yang lebih kejam. Sekali tamparan dibalas dengan berkali-kali pukulan dan sekali cacian dibalas dengan puluhan caci maki dan sumpah seranah.

Firman Allah:

"Dan jika kamu memberikan balasan, maka balaslah dengan balasan yang sama dengan seksaan yang ditimpakan kepadamu. Akan tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang-orang yang bersabar." (An-Nahl: 126)

Firman Allah:

"Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada suatu dosa pun atas mereka. Sesungguhnya dosa itu atas orang-orang yang berbuat zalim kepada manusia dan melampaui batas di muka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih." (Asy-Syura: 41-42)

Contoh kesabaran seperti ini iaitu peristiwa anak Nabi Adam (Qabil) yang mengancam untuk membunuh saudaranya (Habil) tetapi saudaranya menjawab:

"Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan sekalian alam." (Al-Maidah: 28 )

Read more...

17 December 2008

Anekdot Hidup *_*


Salam'alaykum para tetamu.

[1]

Maaf pada sahabat-sahabat (esp dik Fauzani & dik Azmah). Bukan sengaja menyepi, ada perkara-perkara yang tak dapat dielakkan. Allah lebih tahu. Moga diberikan kekuatan buat ana yang dhaif. Ameen :) Syukran atas keprihatinan kalian pada akak. Jazakillah.

[2]

Alhamdulillah. SANAH HELWA ukhti Amiera yang ke-23, moga dengan pertambahan usia akan menambahkan lagi ketaqwaan ukhti, menambah lagi ilmu, iman dan amal seiring dengan bertambahnya pengalaman. InsyaAllah, solehah pada kalam dan perbuatan. Ameen allahumma ameen.

[3]

Sengaja meletakkan gambar kapal layar dalam anekdot hidup. Alhamdulillah, panorama alam yang sempat dicapture dari camera semasa melewati senja berlabuh. Subhanallah. Anekdot hidup, meletakkan diri sebagai kapal layar. Belajar di lautan, ada pasang dan surut. Begitu juga dengan manusia ada senyum dan tangis, ada suka dan duka. Yang pentingnya setiap suka dan duka dalam kehidupan datang dari Khaliq, Dia yang menciptakan segala-galanya.

Tika duka menerpa badai hidup, pasti ada hikmah. Ada tujuan atas setiap yang berlaku. Ada yang 'tak beres' dengan laluan, jadilah sedikit gelombang supaya bersedia menghadapi gelombang yang jauh lebih hebat. Insya Allah. Susah itu tarbiyyah, sabar itu indah. Subhanallah. Hebatkan aturan Allah? Dia Yang Maha Tahu, Maha Pengasih, Maha Adil dan banyakkkk lagi sifat-sifat Nya yang kita lepas pandang (atau tak nak pandang?).

Fatamorgana dunia. Lewat kebelakangan ni banyak ujian yang singgah, tafakur dan muhasabah diri. Terlalu banyak debu-debu dosa yang melingkar taman hati, terlalu banyak mazmumah yang bersarang di relung jiwa. Moga Allah sentiasa melempiaskan tinta rahmat Nya pada kita semua agar tidak menzalimi diri di depan Nya, tidak menghinakan diri di Mahsyar kelak.

Maha Suci Allah yang mentakdirkan segala sesuatu dengan penuh hikmah. Moga hidup yang 'pendek' terasa 'panjang' dengan bakti pada ummi dan abi. Bicara soal hati? Pertanyaan dari Angah, Along, K. Huda dan K. Cik tempoh hari ada 'kelakar'nya buat ana. Soalan tentang hati. Ana tersenyum, walaupun sudah banyak kali tapi kali ini lebih kepada 'heart to heart' dengan Angah. Lokasi kami agak strategik; dapur.

Ana tak salahkan Angah atas kerisauannya berumah tangga. Ianya fitrah tabi'e manusia, cuma ana tak sangka dia terlalu risau. Umurnya tidak terlalu 'jauh', tahun 2009 baru berangka 24 tahun. Apatah lagi Along, bagi ana... Along sangat baik orangnya, kesian kalau terburu-buru dalam masalah hidup-mati-dunia-akhirat ni, takut-takut kalau yang datang tidak 'setanding' dia. Tapi, ana yakin lelaki yang baik buat perempuan yang baik!

Jadi, kena jadi ORANG BAIK? Tidak juga. Baik dan soleh/solehah itu ada bezanya. Lelaki yang baik belum tentu soleh, tetapi lelaki yang soleh insya Allah baik. Setelah mengulit buku Aku Terima Nikahnya (Ustaz Hasrizal), Tentang Cinta (Ustaz Pahrol), insyaAllah next will be The Great Wife: Aisyah r.a..

Seronok ke bicara tentang CINTA?
Ana yakin dik Husna dah puas dengan falsafah cinta ana. Huhu. Maaf la dik, dah memang habit suka mengulang perkara yang penting berkali-kali. Bukan berfalsafah kosong, tapi ianya prinsip hidup (chewah!) Ana rumuskan secara rambang;

Cinta itu indah selepas kahwin

Jadi kalau terbercinta, macammana? Adui, belum apa-apa sudah ditanya. Tak pe, biasalah tu. Perasaan ingin tahu yang membuak (bagus! ciri-ciri pelajar cemerlang) hinggakan ramai ikhwah dan akhawat yang bercinta mengajukan soalan ini pada ana yang jahil. Sangat tidak layak untuk ana menjawab, tapi membiarkan hanya orang lain bermotivasi untuk berdakwah bukan sifat orang beriman. Sekurang-kurangnya, kalau tersalah ada yang membetulkan. Tafaddhal. Mesej peribadi dalam forum bertalu-talu, jadi ana masukkan disini. Kalian baca je lah, serampang bermata-mata dah ni. Satu jawapan untuk semua yang bertanya. Insya Allah.

Bukan lah nak kata takut kecewa dalam bercinta. Tapi, rasa belum layak lagi untuk bercinta. (Jawapan bagi soalan Angah) Lagipun cinta tak menjamin apa-apa, ramai yang berpura-pura, semua nak nampak cantik luaran, sanggup berjanji macam-macam. Lautan api pun sanggup redah (lautan neraka mcm mana pulak?) sedangkan tsunami melanda pun dah lari lintang pukang. Adui, pandainya menabur janji. Sang Adam sekalian, jangan sesekali berjanji apa yang kalian TAK SANGGUP nak tunaikan. Andai berjanji, berpada-pada lah.

"kau kekasih awal dan akhir.. Satu-satunya dalam hati."

Maaf la, ana memang tak percaya dengan 'janji' ini tak kira dari Sang Adam atau Sang Hawa. Jadi, cinta Ilahi memang tak ada dalam hati? Bagaimana nak kata cinta berlandaskan cinta Ilahi kalau 'si dia' adalah satu-satunya dalam hati? Istighfarlah... Basuh hatimu agar tidak 'terluka' lama, takut-takut menanah dan membarah yang akhirnya merebak hingga ke seluruh badan.

Teringat kata-kata Akhi Adnan dalam Laman-MAP, lebih kurang ginilah nasihatnya; cintakan Allah itu lebih utama dari menjaga hati isteri demi cinta suami kepadanya...

Indahnya cinta kalau bersyariat. Alhamdulillah. Tapi macam ustaz Hasrizal kata, perkahwinan bukan hanya syariatullah saja tetapi sunnatullah pun perlu juga. Sesetengah orang hanya mengikat diri dengan syariatullah dan mengabaikan sunnatullah, tak ada skill dalam mengenali manusia. Huhu, how to know ur future life-partner's colours? Tak susah!

Buat anak-anak (eh, macam tua benor je den ni ha) yang masih beribu-bapa, maka... rapat-rapatkanlah hubungan kalian. Banyak sangat ilmu yang dapat dikutip dari mereka. Insya Allah. Beruntung kalau kita adalah anak yang pandai menjaga dan mengambil hati parents terutamanya anak perempuan, nanti mudah nak mengambil hati suami & anak lelaki mudah nak ambil hati isteri, kan ke indah cinta tuh :)

Pemerhatian dari kehidupan, mentor adalah ibu-bapa.

Boleh kenal karekter lelaki-perempuan.

[1] Lelaki mudah terganggu emosinya kalau diganggu tidurnya (mesti kebanyakan laki angguk nih).

[2] Perempuan mudah membebel kalau badannya penat tapi tak ada siapa nak membantu (tak caya try la buat, menanah telinga nak dengar. mak kite leh pok-pek lagi dahsyat dari pakar motivasi secara FREE :p )

Banyak lagi... Tapi tak boleh nak catat semuanya, nanti tak semena-mena di 'cop' perunding percintaan. Owh TIDAK..! Macammana nak bercinta kalau cara bercinta belum dikaji, watak 'makhluk' yang bakal dicintai tidak dirapi dalam diary. Hidup saling melengkapi, insya Allah.

Sebelum masuk ke gerbang cinta, belajarlah untuk menCINTAi
- ibu
- bapa

Dan biarlah CINTA yang bersemayam berlandaskan cinta kepada Allah; setiap apa yang MAHU dan BAKAL dilakukan semata-mata kerana mengharap redha Allah tanpa ada sedikit pun yang mengundang kemurkaan Nya. Insya Allah. Kalau cinta dipelihara sebaiknya, keindahannya... Fuhhh...! Tak caya? Tanya la datuk-nenek dan mak-ayah kita, always in honeymoon 'mood' walaupun dah berpuluh tahun hidup bersama.

Ummi masih boleh pegang tangan abi kalau berjalan...
Abi masih boleh menunggu ummi bershopping berjam-jam...

Subhanallah. Maha Hebat setiap aturan Allah, hanya dengan 1 sifat Nya maka bertebarlah seluruh makhluk di dunia berkasih sayang. Tapi kini, manusia semakin moden dan semakin jahil tentang kasih sayang :(

Ya Allah,
Titipkan kemesraan antara kami,
Jadikanlah kami orang yang mencintai Mu,
Lebih dari kecintaan kami kepada air sejuk.

Allahummaj 'alni hubbak wa hubba man ahabbak, waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baridi. Ameen ya Allah, istajib doa ana... Ameen ya rahman, ameen ya rahim. Ameen ya Rabbal alameen. (",)

Buat teman-teman yang bakal pulang dari Mekah, semoga Allah memudahkan kalian hingga sampai ke Mesir. Insya Allah. Ameen. Kepulangan penuh sinar di wajah, insya Allah di hati juga.

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

12 December 2008

Imej Solehah Pada Wanita Mukmin

Sekadar gambar hiasan

Memelihara imej atau penampilan diri bukan soal kecil yang boleh dipandang ringan. Ia sangat perlu dan penting dalam menjalani urusan kehidupan. Kenapa penting sangat menjaga imej ini?

Pertama, kerana imej diri ini kalau dijaga akan membuatkan orang lain memandang baik terhadap kita dan dapat sedikit sebanyak mengenal peribadi, keyakinan serta hala tuju hidup kita. Jika imej yang kita tampilkan adalah imej yang baik, lebih-lebih lagi yang unik dan istimewa, baiklah pandangan orang terhadap kita. Dengan itu lebih mudahlah orang berurusan dengan kita dan kita berurusan dengan orang lain.

Kedua, dengan melihat imej diri kita, orang juga akan membuat tanggapan tertentu terhadap ahli keluarga dan orang-orang yang rapat dengan kita. Jika baik imej yang kita tampilkan, baiklah tanggapan itu. Jika tidak maka sebaliknya pula. Bahkan orang juga akan membuat tanggapan sendiri terhadap pegangan atau keyakinan kita berdasarkan imej yang mereka lihat pada diri kita.

Ketiga, imej diri juga akan menjadi benteng diri. Ada bisikan halus di dalam diri yang akan mengingatkan kita supaya tidak buat sesuatu yang bertentangan dengan imej yang kita tampilkan. Kalau imej yang kita perlihatkan pada diri kita itu imej bermaruah, kita akan lebih bersungguh-sungguh memelihara maruah diri. Oleh itu kita akan lebih selamat dari terjerumus ke dalam gejala yang boleh merosakkan diri.

Imej Yang Berbeza

Bagi wanita Mukmin telah Allah gariskan tatacara berpakaian, bergaul, berakhlak, bertutur dan sebagainya yang semua ini ada kaitan dengan pembinaan imej diri. Imej yang akan membezakan wanita beriman dengan wanita yang tidak beriman iaitu apa yang boleh kita namakan ‘imej solehah’.

Imej yang unik dan istimewa yang Allah khususkan hanya untuk wanita-wanita yang beriman kepada-Nya.

Bagaimanapun, imej solehah atau imej wanita baik-baik ini tidak terletak semata-mata pada tudung yang dikenakan. Tidak juga pada jubah yang dipakai. Atau lain-lain aksesori pakaian. Sebaliknya, imej solehah ini adalah gabungan sinergi pelbagai aspek luaran dan dalaman pada diri seseorang wanita Mukmin. Pakaian dan hiasan hanya salah satu aspek daripadanya.

Kalau pada seorang isteri, antara ciri imej solehah itu adalah pada sejauh mana suami senang memandang kepadanya, sebagaimana disebut dalam hadis: “Sebaik-baik mata benda dunia ialah isteri yang solehah, sekiranya engkau pandang kepadanya, engkau berasa senang…” (Riwayat Muslim dan Ibnu Majah)

Aspek-aspek yang jika digabungkan kesemuanya dapat membentuk imej solehah ini merangkumi:

1. Cara Berpakaian dan Berhias

Wanita beriman disuruh memperlihatkan imej tersendiri dalam soal berpakaian dan berhias. Tujuannya, seperti yang Allah jelaskan di dalam surah al-Ahzab ayat 59 ketika menyuruh kaum wanita ‘melabuhkan jilbab/tudung’, adalah supaya mereka “lebih mudah dikenali (bahawa mereka perempuan yang beriman) dan kerana itu mereka tidak ganggu”.

Selain dilabuhkan menutupi bahagian-bahagian aurat termasuk betis, leher dan bahagian dada, pakaian yang dapat menonjolkan imej solehah juga tidak menampakkan bayangan bentuk badan atau bayangan kulit. Dengan kata lain, tidak ketat atau nipis.

Sayidatina Aisyah r.a. pernah meriwayatkan bahawa Asma bt Abu Bakar telah masuk menghadap Rasulullah s.a.w. dengan memakai pakaian yang agak nipis, lalu baginda s.a.w. memalingkan muka sambil bersabda: “Wahai Asma! Sesungguhnya orang perempuan bila sudah cukup umurnya (baligh), adalah tidak patut untuk dilihat darinya selainkan ini dan ini - sambil Nabi menunjukkan kepada muka dan tapak tangannya.”

Teguran Rasulullah s.a.w. ini hanya melibatkan aspek berpakaian. Asma waktu itu sudah pun dikenali sebagai gadis yang baik dari keturunan baik-baik, terutama selepas dia memeluk Islam menyusuli ayahandanya Sayidina Abu Bakar as-Siddiq r.a.

Dengan membaiki kekurangan dalam satu aspek ini, akan sempurnalah imej solehah pada diri Asma. Begitulah kira-kira yang tersirat dari teguran Nabi s.a.w.

Dalam berpakaian, wanita beriman boleh memilih apa jua fesyen yang menutup aurat dan menyerlahkan imej kewanitaan, asalkan tidak menyerupai lelaki.

Abu Hurairah r.a. telah meriwayatkan satu hadis:

“Rasulullah s.a.w. telah melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan wanita yang memakai pakaian lelaki.” (Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim)

Menyentuh soal berhias, wanita tidak boleh dipisahkan dari wangi-wangian. Tetapi jika keluar rumah, ada batas yang Islam gariskan. Jangan sampai ada bau wangi pada tubuh atau pakaian yang begitu menusuk hidung hingga menarik minat lelaki. Sabda Nabi s.a.w. : “Mana-mana perempuan yang memakai wangi-wangian lalu ia berjalan melintasi satu kaum (kumpulan lelaki yang bukan mahrimnya), dengan tujuan agar mereka dapat mencium bau wanginya, maka ia telah dikira berzina. Dan setiap mata (yang memandangnya dengan penuh berahi) dikira telah berzina.” (Riwayat an-Nasa’i, Ibnu Khizaimah dan Ibnu Hibban)

2. Cara Bergaul

Imej solehah juga terpancar pada cara bergaul, berinteraksi dan berkomunikasi. Imej solehah ini akan terjejas jika, umpamanya, seorang wanita itu membiarkan dirinya berada di tempat sunyi atau tersorok dengan seorang lelaki ‘asing’ (ajnabi) tanpa ditemani orang kedua atau mahramnya. Kerana ini akan mengundang prasangka dan merangsang perbuatan maksiat. Nabi s.a.w. mengingatkan bahawa tidak berkhalwat (bersunyi-sunyian) seorang lelaki dengan seorang perempuan melainkan syaitan menjadi yang ketiganya.

Imej solehah juga akan terjejas jika seorang wanita itu dilihat bertepuk tampar, berpegang tangan dan seumpamanya dengan lelaki ‘asing’. Sebaliknya jika pergaulan dihadkan pada interaksi dan komunikasi sekadar yang perlu dan tidak berlebih-lebihan serta memelihara batas aurat, imej solehah akan lebih tertonjol. Lebih-lebih lagi bagi seorang wanita yang telah bersuami.

Justeru Nabi s.a.w., ketika menggambarkan tentang isteri yang solehah, menyebut antara cirinya “apabila memandangnya, engkau (suami) berasa senang…”

3. Cara Membawa Diri Di Luar Rumah

Untuk memelihara imej solehah, seorang wanita yang beriman seeloknya berteman waktu keluar rumah. Di samping imej dan maruah diri dapat dijaga, keselamatan juga lebih terjamin. Lebih selamat dari gangguan berbanding dengan jalan berseorangan.

Justeru Rasulullah s.a.w. mengingatkan: “Wanita itu aurat, maka bila dia keluar, mendongaklah syaitan memandangnya.” (Riwayat Muslim)

Jika seseorang wanita keluar untuk perjalanan jauh (bermusafir) pula, syarat berteman ini amat dituntut. Malah menurut hadis, mesti ditemani oleh mahramnya. Sabda Nabi s.a.w.: “Janganlah seorang wanita bermusafir selama dua hari dalam satu masa melainkan hendaklah bersamanya mahramnya atau suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hikmah dari peringatan Nabi s.a.w. ini, jika wanita keluar rumah tanpa sebarang teman terutama yang bertaraf mahramnya, pelbagai kemungkinan tidak baik boleh berlaku. Waktu itu tudung, jubah atau pakaian yang menutup aurat tidak lagi menjadi perisai yang kebal. Sebaliknya, ia sudah terdedah kepada risiko untuk diterobos. Maruah dan kehormatan diri akan terancam.

4. Cara Bertutur

Cara dan gaya bercakap juga menyumbang kepada pembentukan imej. Ia boleh menggambarkan sikap dan perawakan. Bagi memelihara imej solehah, Allah melarang cara bercakap yang boleh mendatangkan tanggapan tidak baik terutama dari kaum lelaki yang mempunyai niat serong.

Firman-Nya:
“Maka jangan kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (untuk menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan.).” (Al-Ahzab: 32)

Apa pun, imej solehah bukanlah imej yang dibuat-buat tapi lahir secara semula jadi. Jika Islam difahami, dihayati dan diamalkan dalam berpakaian, bergaul, berjalan, bercakap, berakhlak dan sebagainya, dengan sendirinya imej solehah ini akan tertonjol.

Imej ini terpancar hasil dari kesungguhan mengamalkan ajaran Islam dengan penuh faham dan dengan hati yang bertakwa. Oleh itu, ia adalah imej yang tulen dan semula jadi. Lahir apa yang dipanggil ‘syiar’ yang datang dari lubuk hati yang bertakwa.

Allah menyebut dalam firman-Nya:
“Demikianlah (ajaran Allah), dan barangsiapa yang membesarkan syiar (agama) Allah maka sesungguhnya itu datang dari hati yang bertakwa.” (Al-Hajj: 32)

(Koleksi ANIS / Oleh: Zakaria Sungib/Amaluddin Mohd Napiah)

Read more...

11 December 2008

Kenapa Selama Ini Ibadah Tidak Mendidik Kita...


Kiriman dari Sahabat.

Sebab pertama ialah kerana selama ni kita diberi ilmu tentang ibadah hanya bersangkut paut dengan hukum-hukumnya. Oleh itu dalam ibadah, itulah perkara yang kita jaga sangat-sangat & tak lebih dari itu. Ilmu lain tentang ibadah termasuk falsafahnya tak diajar. Kefahaman tak diajar. Penghayatan tak diajar. Hasilnya segala ibadah yg kita buat, kalaupun sah & cukup syarat rukunnya, tapi tak dapat dihayati.

Pabila ibadah tak dihayati, maka rugilah kta kerna ibadah kita tak mendidik kita. Hati kita tak berubah walaupun kita sudah beribadah berpuluh-puluh tahun lamanya malahan sepanjang hidup kta. Ibadah kita tak menjadi makanan jiwa. Ia tidak membentuk & menguatkan jiwa kita. Ia tak menambahkn taqwa kta. Lebih malang lagi, ibadah kita itu tak sampai kepada Tuhan.

Ilmu ibadah yang kita belajar selama ni tak langsung menyentuh soal roh ibadah @ hikmah dalam ibadah. Sebab itu kita lihat, orang yang banyak ibadah & banyak solat, ibadah & solat mereka tak memberi apa-apa kesan di dalam diri & hati mereka. Akhlak mereka tak banyak berubah. Bahkan orang yang banyak ibadah & solat selalunya menjadi beku, jumud, pasif & tak produktif.

Ke-2, adalah kerana kebanyakan orang tak ada ilmu & tak faham tentang Tuhan. Oleh itu, ibadah mereka tak memberi kesan. Ibadah termasuk solat bukan untuk mengajar @ memahamkan manusia tentang Tuhan. Manusia sepatutnya sudah ada ilmu & sudah faham tentang Tuhan sebelum mereka beribadah @ sebelum mereka solat. Ibadah & solat itu hanya untuk mengingatkan & menyedarkan manusia tentang Tuhan sebab manusia itu sering lupa.

Ibadah & solat hanya akan memberi kesan kepada orang yang sudah ada ilmu dan faham tentang Tuhan. Orang yang tak faham Tuhan, ibadah & solatnya tak ada erti. Dia tak akan dapat rase bertuhan dalam ibadahnya kerana dia tak tahu & tidak faham Tuhan. Itu sebab sebelum kita bersyariat, Tauhid kwne slesai dulu. Hadits ada mnyebut;

-"Awal-awal agama mengenal Allah."-

-"Yang disebut Ihsan ialah; hendaklah engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, dan bila engkau tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Allah selalu melihatmu."-

---------------------------------- -----

"Iman itu bukan sekadar angan-angan, tetapi adalah sesuatu yang diyakini dalam hati dan dijelmakan dalam bentuk amal, dan sekiranya ajal itu diperlihatkan kepada kamu pasti akan porak-perandalah semua cita-cita. Pengalaman adalah cermin kegagalan dan penilaian terhadap kekurangan-kekurangan." (Abu Bakar As-Shiddiq)

Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

03 December 2008

Tausiyyah dari Ukhti



Wahai adikku sayang,
Tika dirimu terasa hambatan ujian Nya terlalu perit,
Maka sujudlah kepada Yang Maha Penyayang,
Secebis ketenangan akan menyusup kembali,
Saat terasa kehabiskan semangat di medan juang,
Sahutlah kembali seruan 'Hayya 'alal falah',
Usah dibiarkan mutiara berharga itu mengalir sia-sia,
Salurkan ia kepada Yang Maha Esa,
Dia yang selalu bersamamu,
Saat duka dan gembira menerpa,
Tabahkan hatimu sayangku,
Moga rahmat Allah bersamamu,

Walau dalam senyuman,
Mahupun dalam tangisan,
Kerana engkau mujahidah muda,
Srikandi pejuang agama mulia,
Lantas itulah Dia menebarkan onak berduri,
Buat tarbiyyah Pencipta kepada hamba Nya,
Bagi yang beraqal dan beriman kepada Nya,
Sahutlah kembali alunan zikrullah,
Moga hatimu bahagia dengan ujian Nya,
Datang menerpa silih berganti,

Tiadalah dayaku melainkan dengan pertolongan dari Mu ya Allah...

Sayangku,
Usah hiraukan kumbang yang menerpa,
Kerana kau bunga berkembang mekar,
Indah di taman larangan,
Bukan permainan untuk sebarangan,
Tapi permata berharga,
Intan yang berkilau cahayanya,
Hanya yang 'haq' mampu mendekatimu,
Seindah Mawar BERDURI,
Itulah pujaan seorang lelaki,
Yang mendambakan sayap kiri,
Yang suci dari debu dunia,
Apatah lagi sebutan sang lelaki....

Sayangku,
Bentengkan dirimu dengan iman pada Nya,
Kuatkan hatimu dengan taqwa pada Nya,
Pasakkan semangatmu dengan hidayah Nya,
Kerana ku yakin....
Kau mawar BERHARGA,
Milik si kumbang yang juga berharga,
Di kanvas sejarah ISLAM,
Kerana janji Allah itu pasti kan tiba,
Wanita baik hanya untuk lelaki yang baik....

Uhibbuki fillah abadan abada ya ukhti

Ukhti fil Islam
Balqis~Hannan


Image Hosted by ImageShack.us

Read more...

25 November 2008

Birthday Girl ~ Vomit and Vomits?

SANAH HELWA adik yang amat disayangi.
HAPPY 9th BIRTHDAY my angel.

Alhamdulillah, harini genap adik bongsu kesayangan keluarga berusia 9 tahun. Ana rasa happy sangat, sebab adik dah semakin besar. Itu tandanya, ana akan lebih mudah nak cakap dengan dia. Explain pun tak perlu fikir sampai sakit kepala, terus cakap dan semakin mudah untuk dia faham 'tujuan' ana bercakap. Alhamdulillah!

Pagi lagi, hajat ana nak bawa dia jalan-jalan, makan-makan... Nak beli hadiah? Huhu, ana bukanlah kakak yang romantis. Buat surprise hadiah... hehehehe. Selalunya, ana akan belikan apa yang dia nak. Mahfuzah wish to have a cell phone, then ana belikan. Itu lah ana, kakak yang tak reti nak surprise adik, huhuhu. Tapi harini, ana sedih.

Adik muram je!

"SANAH HELWA SAYANG"

Adik senyum je, ana plan nak bawa dia jalan-jalan, makan-makan. So, minta dia tolong masak awal sikit. Emh, dia pun angguk je. Macam tak ada mood. Few minutes later, cakap sakit kepala dan terus ke depan, baring atas sofa. Ok la, ana pun masak je la untuk tinggalkan lunch abi. Tak lama lepas tu, tiba-tiba adik vomit atas 'carpet mesir' abi? MasyaAllah, ana terdiam. Huhuhu, dik non oi... Ceq muntah atas carpet? Lepas jemur baju, tengok adik dah bersihkan carpet. Emh... Ok la, ana just lap sekali lagi. Sekarang musim hujan, jadi... Takut carpet berbau, just renjis-renjis softland, hmmmm wangi..!

Sambung masak, masyaAllah adik vomits again? Kalini atas lantai pula. Ana dah mula susah hati, nak bawa ke klinik pun tak tahu macam mana. Kebetulan, abi tinggal hp di rumah. Nak called doctor pun, tak tahu nombornya. Wa... Nak menangis je rasanya! Adik dah pucat. Lastly, ana suruh je dia baring sementara ana nak terus memasak. tepat 12 tengah hari, ana suapkan nasi dan nak bagi dia makan ubat. Tengah suap, dia cakap nak muntah! Terus ana lari masuk tandas ambil baldi... Allah, ana lewat beberapa saat dan bersembur lagi muntahnya atas 'carpet mesir' abi! Tapi sikit jer, selebihnya masuk dalam baldi. Fuhhh...! Apa kena dengan adik ni?

Paksa adik makan, alhamdulillah habis juga walaupun lama betul suap dia makan. Emh, makan pun dia mengadap baldi. Kesiannya! Dah bagi makan ubat dan terus sapu minyak panas kat dia. Baldi masih di situ juga... Terus letakkan kain kat tempat adik baring, takut-takut vomits again! Buatkan glukos, dan alhamdulillah... Dah tak muntah lagi. Harapnya, adik dah OK. Alhamdulillah, dah boleh senyum dan bangun sendiri.

Moga Adik membesar sebagai ANAK SOLEHAH...
Pencetus semangat perjuangan sebagai SRIKANDI AGAMA...

MUAH... love you Dik..! ^_*

Read more...

24 November 2008

My Trip With Two AngelS

Note : School Holiday!

Alhamdulillah, cuti penggal dah pun bermula. Bertambah-tambah la program untuk disusun dan selaraskan supaya tak kelam kabut dan clash dengan urusan lain.

15 hb November (Sabtu)

1st day holiday! Received special guest. Alhamdulillah, urusan masak memasak tak ada masalah cuma yang berat sikit bila semua nak dimasak dalam satu masa tapi hanya ana dan umi je available. Kakak dan adik ikut abi ada program dengan anak-anak yatim. Agak kelam kabut but still OK. Masak pun simple jer, masak orang malas. Hehe. 5.30 petang memulakan holiday with my sweet sisters and oldest brother. Destinasi: Rumah Ukhti Syifa; Bukit Angkasa, Pantai Dalam. 8.00 malam selamat sampai, alhamdulillah! (rasa macam nak menjerit-jerit nampak kelibat ukhti Syifa sampaikan beg duit pun cicir dalam kereta, huhuhu)

16 hb November (Ahad)

Memandangkan adik masih dalam zone demam, lepas zohor baru keluar rumah itupun sebab abang dah hantarkan beg duit. Diskusi dengan ukhti Syifa, akhirnya terus ke KL Sentral untuk lunch! Haaa...! Pelik sangat ke muslimah berniqab makan di luar? Masuk kafe pun dah dipandang pelik. Opss... Saya tak berniat nak buat apa-apa yang menyalahi tabii mahupun syarak. Mengikut tuntutan manusia; makan. Melayan my 2 sisters yang sememangnya menuntut kesabaran, finally minta tolong ukhti duduk sementara beli air. Sekali tengok ukhti memilih meja ‘tengah dunia’ buat kecut perut pula. Nasib la tak ada siapa yang perasan muka dah blur. Hehehe. Layan adik makan, OK la. Semua dah siap makan, ana yang terkebil-kebil lagi. Opsss... Asif jiddan ukhti kalau gelagat ku nampak semacam, maluuuuuuu.

Lepas lunch terus ke UKM, subhanallah. Ukhti Syifa, pelajar tahun ke-3 UM tak pernah ke UKM? Tak per la ukhti, ana bawakan ke UKM ye. Hehehe, tapi naik train je la. Nak tunggu bawa kereta sendiri, nak ambil lesen pun penakut. Doakan supaya terbuka hati ana untuk ambil lesen kereta. Ummi dan abi dah puas ‘membasuh’ minda tapi tetap juga belum berjaya. Hampir 5 petang, ukhti Atiqah with ukhti Aqilah datang jemput kami di stesen komuter. Ahaa... Sekali lagi rasa nak menjerit jumpa dengan buah hati. Hehe, mujur dapat kawal diri. Ukhti Aqilah bawa pusing dalam UKM then terus ke PKNS Bangi, solat Asar dan cuci mata.

Next: Rumah Abang Ngah ukhti Atiqah di Kajang.
Dengar ukhti Atiqah panggil Fathi, ana membayangkan Hani masih bayi (rakus sungguh bila dengar nak jumpa bayi, rupanya Hani dah besar). Kakak ipar ukhti Atiqah, Kak Nurul namanya. Alahai, kecil molek orangnya. Tak nampak macam mak orang pun, hehehe. Bila tengok Kak Nurul, ingatan terus melekat pada ukhti Miftah. Hehehe, kakak ku yang seorang ni dah balik Malaysia tapi belum berkesempatan nak jumpa. InsyaAllah, meet together with Hannan after Hajj. Usai Maghrib baru la kami moving ke stesen komuter. Part yang sedih, sayup-sayup suara ukhti. Hampir nak menitiskan air mata, tapi ana dah promise myself tak nak menangis. Holiday equal to happy + enjoying moment.

Sampai semula ke rumah ukhti Syifa tepat jam 10 malam. Subhanallah! Anak dara apa ni balik rumah lewat malam? Sekali ukhti jawab: Ehe, akak kadang-kadang 3 pagi baru balik rumah. Gurlp, melihat kesungguhan ukhti buat ana benar-benar kagum. Hampir separuh masa dan tenaganya disalurkan buat program-program kemasyarakatan. Teringin nak merasai suasana tersebut, tapi keadaan fizikal selalu tak mengizinkan untuk bergerak pantas. Moga ukhti terus menabur bakti buat agama dan masyarakat. Moga bersinar sebagai srikandi agama yang tak pernah putus asa dalam perjuangan, ameen!

17 hb November (Isnin)

Knock! Knock! Early morning lagi dah get ready untuk program seterusnya. Lokasi: Petrosains, KLCC untuk memenuhi permintaan adik. 2 sahabat ukhti Syifa turut serta (ukhti Zatul & ukhti Dila) dan jumpa buat kali pertama di stesen LRT Universiti. Aha... Allah lebih mengetahui, petrosains tutup dan kebetulan jumpa satu kumpulan students UM di KLCC, sama-sama ke Muzium Kesenian Islam, nearly Masjid Negara. Ana tak mengira, tapi secara rambangnya barangkali hampir 20 orang (termasuk kami). MasyaAllah, ramainya!

Muzium Kesenian Islam?
Tak pernah terlintas pun akan ke sana. Barangkali jauh, jadi tak dimasukkan dalam program ‘ziarah’ kami. Melihat berbagai khazanah Islam yang tersimpan, kagum dan perasaan lebih terarah pada ingatan Muzium 2 Masjid Suci di Makkah. Terbayang-bayang kiswah kaabah kala melihat kiswah kaabah di Muzium Kesenian Islam. Sebenarnya, ana lebih banyak duduk berbanding menjelajah khazanah yang dipertontonkan. Hehehe, bercerita tentang itu dan ini. Melihat peta dunia dan ukhti Syifa menyebut-nyebut “Dumyat” buat ana ketawa besar. Mujur tak ada siapa, kesian sahabat yang seorang tu diusik-usik sepanjang jalan. Eheee... InsyaAllah, kami (ana, kakak dan adik) mendoakan yang terbaik. :P

1st time solat di Masjid Negara. Subhanallah. Selama menjadi warganegara Malaysia, ini pertama kali solat di sini. (Setiap perkara mesti ada 1st time kan, huhuhu). Terus ke Masjid Jamek, ukhti Syifa & ukhti Dila ada urusan. Ana, kakak, adik dan ukhti Zatul terus mengisi perut. Pusing-pusing di sekitar Wisma Yakin, tak masuk pun dalam tu. Eheee... Ana bukan la jenis yang suka shopping, selagi boleh guna sesuatu barang tu selama itu juga la digunakan. Hatta beg duit yang sama dari tingkatan 1 tapi akhirnya baru-baru ni beli yang baru selepas digelakkan seorang sahabat. Agaknya, umur ana dah tak sesuai dengan design tersebut. (Disangka beg duitku kotak hadiah? Haaa... Parah tu!)

Selesai urusan ukhti Syifa, alhamdulillah. Sampai di stesen Universiti waktu petang, ada pasar malam tapi ana (adik pun sama) dah tak larat nak jalan lagi. Maaf ukhti Dila & ukhti Zatul, kami tak dapat nak ikut sama. Alhamdulillah, jam 6 petang kami dah sampai ke rumah ukhti Syifa. Lepas dinner (bestnye ada orang belanja aiskrim), ukhti Syifa ada meeting. 12 malam baru balik rumah. Akhirnya ana dan ukhti Syifa ‘buat lawak’ pula bila kami chatting YM bersama padahal ukhti Syifa di ruang tamu, ana dalam bilik. Hehehe. Ana takut ganggu ukhti buat tugasan. Mengacau dengan YM. Akhirnya, ana decided keluar bilik dan temankan ukhti Syifa.

Hampir 3 pagi masih mengadap laptop. Buatkan air untuk ukhti dan ana, kami sama-sama bersengkang mata sampai 5 pagi. Ukhti melelapkan mata sementara Subuh. Dan ana? Masih terkebil-kebil sendiri. Finally, terpaksa juga lelapkan mata sebab tak dapat lagi nak bertahan.

18 hb November (Selasa)

11 pagi abang datang jemput di rumah kak Syifa. Subhanallah. Rasa macam sekejap sangat. Pejam celik dah nak balik? Erm, insyaAllah moga Allah berikan peluang untuk bertemu lagi, ameen. Pelukan perpisahan, ana tak mampu menatap mata ukhti seperti mana pelukan perpisahan dengan ukhti Atiqah. Terus masuk dalam kereta dan tanya khabar abang. Still melayan perasaan, abang pecut ke Muzium Negara. (SAH! Lawatan sambil belajar, hehe). Ana terhibur dengan beberapa khazanah negara. Walaupun mata dah tak larat nak dibuka, alhamdulillah tak tidur dalam sedar. After that, temankan abang ke Pudu untuk hantar stuff order.

Tick tock! Tick tock!
Untuk memenuhi hasrat adik, maka ke KLCC la kami. Petrosains! Sepatutnya jam 3 petang baru boleh masuk, so solat Zohor dulu then just waiting there, boleh juga masuk jam 2 petang. Alhamdulillah. Ramai sangat orang, kepala makin berdenyut. 3.30 petang dah selesai jalan, adik nak sangat naik simulasi helikopter, itu pun misi utama dia. Bila tanya pada petugas, katanya jam 4.30 petang baru la turn kami. Oh my God! 1 jam nak menunggu? Ingatkan boleh skip je tapi adik tetap juga nak naik. Ana pandang abang, abang pandang ana. Sama-sama ‘terpaksa’ setuju, tersengguk-sengguk kami dibuatnya menanti 1 jam.

Finally, 4.30 pm our trip. Alhamdulillah! Selesai ‘ziarah’ 5.15 petang, terus lunch. What kind of lunch? Hihihi... combine with dinner. Dah maghrib baru sampai rumah abang, mujur la abang dah solat. Ingatkan nak ke rumah mak teh lepas solat tapi tengok abang dah berdengkur. Kesian pula dengan adik-adik, dorang lapar sebab just makan burger di KLCC. I’m so sorry my dear. Nak gerakkan abang pun, dia kepenatan sangat temankan kami. Akhirnya, tertidur juga 2 buah hati ana. Ana masih tak dapat nak lelapkan mata walaupun dah 2 pagi. Urm... tired day!

19 hb November (Rabu)

Jam 6.40 pagi moving ke Pudu, bas jam 8 pagi. Nak elakkan stuck with traffic, kena keluar awal. Sampai Pudu jam 7.30 pagi, nak breakfast pun takut tak sempat. Finally, just beli roti & air untuk adik-adik. Masuk je dalam bas, terus sandarkan beg dan ZzZzZ... I’m sleepy! I’m tired! Don’t disturb me, ahaks. Sampai pekan jam 9.45 pagi terus SMS pada abi, called ummi. Bawa adik-adik breakfast, bas nak ke rumah jam 10.30 pagi. Rushing lagi! Finally, 11.45 pagi jejakkan kaki ke rumah. Alhamdulillah.

1st thing: Basuh baju! Tak banyak yang perlu dikemaskan, tak ada apa sangat yang dibeli (boleh dikatakan tak beli apa langsung untuk diri sendiri).

Thanks so much ukhti Syifa dan ahli bait (kak Zaharah, kak Mia, kak Jaja) dan tak lupa kak Nadia atas layanan dari antunna. Ukhti Atiqah dan ukhti Aqilah, thanks. Moga dapat ketemu lagi. InsyaAllah. Ustazah SMS, ajak ke rumahnya di Kelantan. Hohohoho ~ it make me feel like grasping, leaving my parents at home for a few days again? Huk huk!

Still feel intense to meet with (end of this year):
~ ukhti aisyah
~ ukhti hafizah

** EnD ^_^ **

p/s: little bit poignant, I wish to meet with ukhti yanna! MiSs you :(

Read more...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO