Bila Terdetik Untuk Berhijrah
Bismillahirrahmanirrahim.
Ramai yang bertanya pendapat langkah awal untuk berhijrah kepada keadaan yang lebih baik. Banyak juga menerima mesej yang bertanya bagaimana untuk berniqab, maksudnya penghijrahan untuk berniqab. Saya jalan-jalan, meneroka alam. Saya pusing-pusing, menjelajah sekeliling.
Saya teringat kata-kata seorang artis yang baru memakai tudung, dia bercakap dengan getaran suara yang sangat menakutkan saya. Walaupun saya tak rasai apa yang dia rasa tetapi saya dapat rasa dia ketakutan apabila mengenangkan peristiwa bagaimana dia berubah memakai tudung.
"Dahulu, sebelum saya memakai tudung orang bergambar dengan saya suka-suka pegang pinggang saya. Walaupun saya tak nak, tak suka keadaan tu tapi siapalah saya untuk cakap TIDAK. Nanti orang akan kata saya budget bagus, alim dan sebagainya. Peminat bergambar dengan saya, yang bukan mahram pun duduk dekat-dekat. Tetapi, selepas saya berhijrah memakai hijab (tudung)... peminat yang nak bergambar akan minta izin dengan saya dulu dan cakap dia duduk jauh-jauh, Allahuakbar. Kalaulah saya tahu saya akan 'dilayan' begini, sejak dari dahulu lagi saya akan menutup aurat."
Subhanallah. Saya yang mendengar, dengan suaranya yang tersekat-sekat dek sebak yang menghuni dada. Dengan suaranya yang penuh ketakutan. Saya tak tahu macammana nak terangkan perasaan saya sendiri masa tu. Cuma, saya teringatkan beberapa pengalaman yang Allah bagi... Selalu juga saya cakap pada sahabat muslimah saya, "Kita akan dilayan oleh orang sekeliling sepertimana kita melayani diri kita. Apabila kita jaga maruah diri kita kerana Allah, insha Allah pasti Allah akan jaga maruah diri kita di khalayak ramai. Apabila kita hormat diri kita, orang akan hormat kita."
Maksudnya, bila kamu pakai baju ketat dan sendat hatta bertudung sekalipun... Apabila lelaki berpenyakit hati merenung dari atas ke bawah, janganlah berani menyatakan kemarahan kepadanya kerana kamu sendiri yang tunjuk kepada mereka seolah-olah sedang berkata; "Lihatlah aku!"
Saya teringat kata-kata Ustaz Azhar Idrus, bersahaja tetapi sangat bermakna. "Tak wajib pakai tudung, yang wajibnya tutup aurat. Kalau nak pakai baldi pun takpe, takde masalah."
Ya, salah faham mengenai aurat. Selalu kita fikir bila dah bertudung maksudnya dah menutup aurat. Tidak. Belum lagi, tudung pun ada syaratnya. Mesti labuh, MENUTUP bahagian dada. Macam-macam fesyen sekarang, saya sendiri rimas melihat orang melilit-lilit sampaikan saya rasa nak berdandan untuk bertudung saja memakan masa terlalu lama, membazir waktu. Agak-agak, macam lagha juga ke? Entah, saya kurang pasti.
Saya ditawarkan tudung labuh saiznya XXXL, kain jenis Denim di sebuah masjid. Jurujual kata kainnya tak jarang dan tidak melekat seperti kain Lycra tetapi saya terdiam tak kata apa. Sebenarnya saya bimbang kalau jurujual tu kecil hati. Akhirnya, saya tak nak bazirkan masa dia dan masa saya. Saya cuma cakap,
"Maaf makcik, saya malu pakai tudung macam ni."
Ianya labuh. Ianya tebal. Paling penting tak melekat. Tapi, saya malu. Saya cuma ada alasan itu je. Mungkin sebab kainnya sehelai, saya rasa 'kurang selamat' di situ. Sebab saya dah terbiasa pakai tudung mesti 2 lapis. Saya pernah tanya suami, macammana ya keadaan muslimah bertudung hatta labuh tetapi kain tudungnya melekat. Suami senyum saja, "tanya iman".
Kadang-kadang, iman kita pun sakit. Jadi, kita kena tanya orang lain supaya iman yang sakit tadi dapat penawarnya. Insha Allah. Sebab tu, cari kawan yang solehah supaya diri kita juga terdorong untuk buat amalan soleh. Tetapi, bukanlah bermaksud kalau nak buat amalan soleh kena ada kawan bila sendirian kita pun bagai kapal tiada nakhoda.
Ramai yang tanya saya macammana nak memulakan langkah untuk berniqab. Ramai juga yang tanya macammana nak mula berniqab tetapi banyak halangan (e.g ibubapa tak izinkan dll).
Saya cuma senyum je. Mungkin sebab dah banyak kali ditanya, mula-mula dulu 'gelabah' juga nak menjawab. Tetapi, bila saya ambil masa muhasabah diri sendiri dan tanya dengan hati sendiri. Akhirnya, saya fikir berkali-kali untuk mencatitnya di sini.
Tak semestinya kita kena pakai niqab untuk jadi SOLEHAH.
Tak semestinya bila pakai niqab kita jadi SOLEHAH.
Proses menjadi solehah tu bukan dengan menukar pakaian sahaja tetapi hati perlu diisi dengan ilmu. Bila hati kita terisi dengan ilmu, insha Allah ianya akan menambah iman dalam diri kita. Bila iman bertambah, jiwa kita akan selalu tergerak untuk berbuat kebaikan.
Maksud saya, bukanlah tak baik pakai niqab. Niqab tu sangat baik, pakaian para isteri Rasulullah. Tetapi, apabila kita lakukan sesuatu tanpa sandaran ilmu, apabila orang sekeliling melihat perubahan diri yang mendadak, mereka pasti akan tertanya-tanya dan kita yang berubah ini akan bertubi-tubi menerima soalan dari mereka. Apabila kita berniqab hanya kerana "tergerak untuk berniqab", maka apa jawapan yang hendak kita berikan kepada mereka? Bila kita buat sesuatu, tanpa sandaran... Angin dan ombak ujian yang datang akan buat kita terpelanting.
Tidak mustahil kita akan down dan terus rasa "Allah, aku nak dekat dengan Engkau kenapa Engkau bagi orang-orang yang tak nak aku dekat dengan Engkau." lama-lama kita rasa bila kita dekat dengan Allah, asyik banyak masalah dan ujian hatta kita fed-up untuk berubah. Niqab yang baru nak serasi terus ditanggalkan tanda tewas dengan masyarakat sekeliling.
Sebab itu, bila nak berhijrah biarlah dengan ilmu. Tahu kenapa buat begitu, tahu kenapa buat begini. Langkah paling awal ialah menutup aurat dengan sempurna. Saya rasa kalau google tentang aurat wanita, sangat banyak website yang menerangkan tentang aurat wanita. Jagalah yang paling utama, aurat. Bila aurat dah terjaga, kita boleh terus menuntut ilmu. Istiqamah.
Bila ilmu dah ada, perubahan demi perubahan diri kita adalah bersandarkan ILMU bukan ikut-ikutan atau hanya pada "rasa". Yang pakai niqab pun belum tentu solehah.
Ada yang merasakan bila nak berhijrah mesti kena pakai niqab. Tidak. Banyak lagi yang perlu kita hijrahkan, terutama hati. Bimbang bila dah berniqab, budget bagus sangat... Semua orang salah, yang betul hanya kita sebab kita pakai niqab orang lain tak pakai niqab. Sebab itu kena ada ilmu, ilmu Allah ni bila makin kita buru makin kita rasa tak tahu. Sebab tu para ulama' sangat rendah diri. Sebab, dia malu dengan Allah :)
Kalau kita hijrah hanya untuk manusia, berhenti dan fikir dahulu. Kita tak selamanya mempunyai seseorang untuk berada di sisi kita untuk kuatkan semangat bila kita rebah, tak selamanya kita ada sahabat-sahabat untuk memberikan bahu apabila kita menangis. Tetapi, kita selamanya ada Allah. Berhijrahlah untuk redha Allah, insha Allah manusia disekeliling akan meredhai penghijrahan kita.
Bila pakai niqab, orang panggil "Ustazah" dan kita rasa tinggi sangat gelaran tersebut untuk kita :)
Ya, sebab tu saya bagitahu tadi... Bila kita layan diri kita dengan baik, insha Allah masyarakat akan melayan diri kita dengan cara terbaik juga. Seronokkan apabila orang tak ambil kesempatan pada diri kita? Macam tu la bila kita jaga hak Allah, Allah akan jaga kita. Sebab tu kalau nak berhijrah sebab nak redha Allah, bukan pujian manusia :)
Ada orang kata nak pakai niqab sebab nak elak ujian lelaki. Ada wajah yang cantik, lelaki selalu mengorat. Ada wajah menarik, lelaki selalu tertarik. Tak salah berniqab. Tapi, ada juga cabarannya. Ramai je lelaki yang nakkan wanita berniqab :) Tak percaya? Saya pernah terbaca tulisan Ummu Hani, "kenapa ya perempuan berpurdah cepat je jodohnya berbanding dengan perempuan bertudung labuh atau biasa-biasa?", sebab lelaki ni memang akan tertarik dengan wanita. Macam ada magnet.
Pusing macammana sekalipun lelaki pasti akan tertarik kepada wanita (kecuali manusia yang berani mencabar Allah, nauzubillah). Sebab tu, biarlah penghijrahan kita adalah bermula dengan ILMU.
Hai Ilmu, saya nak sangat jadi bestfriend awak!
Ada orang rasa dia tak layak berniqab sebab takde ilmu. Takpe, sebab tu kita mulakan penghijrahan dengan ilmu. Insha Allah, bila dah ada ilmu kita tahu kenapa kita nak pakai niqab lepas tu kita akan rasa bestnya pakai niqab bukan sebab "nak pakai" sahaja tetapi sebab kita ada ilmu... Bila orang tanya kenapa pakai niqab, kita dah bersedia untuk menjawabnya. ^_~
Insha Allah.
Wallahua'lam.
16 leaves:
setuju kak :)
jazakillah atas perkongsian yang ditunggu2.. :)
A`ah.Btul akak insyirah ..ADa orang Bila pakai Niqab Mereka ckp "itu solehah " Tapi kalau tak pakai pun di kira Solehah .orang tak boleh kata yg itu solehah yang itu bukan solehah sebab yg dikira itu adalah iman kita betul tak ^_^
setuju betul entri akak . ..Izin ana share ye
ika stuju =) .. btul3~ .. tp kak,, ad org ckp.. wanita arab.. zaman dulu pkai,, sbb dia kt pdang psir.. lps 2.. muke dia cantik.. hdung mancung.. putih gebu.. em.. ika da touching ckit.. ye laa.. ika xcntik mcm org arab.. xputih gebu mcm org arab.. tp.. ika pkai.. bkn sbb cntik sume 2.. ika pkai.. bkn sbb org.. ika ad alasn ika sndiri.. emm.. =='
assalam kak.. btul! ika skong.. em.. tp.. ad hamba Allah ni ckp.. org arab pkai purdah..sbb pdang psir.. lps 2.. mreka cntik..putih gebu la.. hdong mncong la.. bkn la.. ika xbsyukur.. ika bsyukur sgt.. ap yg d cipta.. tp taoching ckit la.. mcm tkena ckit kt btang hdung yg xmncong ni.. huhuu.. tp.. ika pkai.. bkn ats sbb.. mnusia ke.. cntik ke.. x sma skali.. ika ad alasn n sbb tsndiri.. yg da lme tpndam.. n niat.. alhmdulillh.. mak ayah ika bnar kn.. ^^
subhanallah
jazakillah
mohon share
As salam...Sya mnghrapkn agar perubhan dri sya ni sntsa diredhai dn diberkati Allah...Sungguh dgn ikhls sya nk berubah kerna Allah...Sbb hdyah Allah itu hdiah teristmwa dlm hdup sya...Sya hrap impian sya utk berniqob tercpai pda saatnya nnt...Doakn sya, InsyAllah
Hemmmm!
Subhanallah!
Appreciation post utk akak! ^_^
Kesinambungan post ini hingga membuahkan persoalan yang mula ingin terluah. Jazakillah kak :')
http://www.syauqatulwardah-lavender.blogspot.com/2012/07/sayangku-hijrahlah-bersama-hati-bukan.html
hee, nak tanya. sy terdetik utk berhijrah. sy nak pakai tudung labuh. cmne ye care nyer?
Kuzer Miyo,
alhamdulillah :)
Mulakanlah dengan bismillah, pakaian menutup aurat insyaAllah akan membuat pemakainya lebih menjaga akhlaq :)
Wallahua'lam
assalam..sye nk tnye, mcm mne kalo suami xizinkn pakai tudung labuh, tp die izinkn pakai selendang yg menutup aurat dan tak jarang?
Wa'alaikumussalam :)
Memakai tudung labuh tidak wajib, yang wajib ialah menutup aurat. Kalau dengan selendang yang besar dan tebal mampu melindungi aurat wanita, maka tidak salah memakainya kerana tujuan bertudung ialah menutup aurat tidak mengira jenis tudung bagaimana yang penting tudung tersebut memenuhi kritiria penutupan aurat wanita yang memakainya. :)
Trima kasih ats perkongsian ilmu brmkna
^_^
Dah lame sy follow blog insyirah ni.
suke..alhamdulillah. .isi nya selalu tersentuh di hati..
hijrah sgt memerlukan kekuatan di hati kan..
tapi kalau mmg niat utk Dia..InshaAllah Dia akan selalu memperkasakan hati utk trdorong melakukan yg baik2 ...
tq sist for this beauty reminder for us together to become a real muslimah ^_^
Post a Comment