Ingatlah kamu kepada Ku (dengan mematuhi hukum dan undang-undang Ku) supaya Aku membalas kebaikan kepadamu, dan bersyukurlah kamu kepada Ku dan janganlah kamu kufur (akan nikmat Ku).

Wahai orang yang beriman, mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Allah) dengan sabar dan dengan (mengerjakan) solat, sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.

(Al-Baqarah : 152-153)

25 November 2009

Semoga Allah Merahmatimu

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, hari ini 25 November 2009. Ulangtahun kelahiran sayangku, hihihi. Insya Allah, ana pun tidak tahu mahu memasak apa yang istimewa buat sayangku, tetapi yang pastinya ana perlu masak supaya kami 3 orang anak perempuan yang tertinggal di rumah tidak kelaparan. Hik hik hik. Tetapi... Hati ini kan sebenarnya macam sayu jer baca satu kiriman sms dari jauh, waaaa... jauh mesej tu terbang ke atas laut, silap-silap mesej tu naik flight sebab pending jerk. Huhuhu... *_*

Mesej yang dihantar malam tadi, baru pagi ini sampai pada ana. Wah, terharu sungguh membaca mesej itu, tanpa sedar ada air mata yang ngengada nak mengalir. Ini air mata gembira (hoho, kantoi lah ana), semoga penghantar sms itu juga dalam keadaan seperti yang dia harapkan untuk ana. Insya Allah. Ana rasa gembira kerana dia bahagia... Cecece, terharu la.

Ini lah pic birthday girl.


Apa yang BeZa...?

Tudung Biru : Gambar awal tahun 2009
Tudung Pink : Gambar akhir tahun 2008

Bezanya -

[1] Usianya berbeza 1 tahun
[2] Semakin gebu jer pipinya [clap2 to her sister yang menjaga dengan penuh kasih sayang, ngeh ngeh ngeh]
[3] Semakin tinggi, of course la kan
[4] Semakin manja [penat nak layan]
[5] Semakin banyak permintaan [hadiah tahun ni tak beli larh, kikikiki]
[6] Dah reti mengomen orang [ni yang nak kene piat neyh!] ^_^
[7] Berfikir agak matang berbanding usianya
[8] Agak suka bergaya berbanding dahulu
[9] .... sambung sendiri Very Happy

To my beloved youngest SISTER, this dedicate [entry] for you, hope you will read it slowly... ^_^

. Semoga ALLAH merahmati kehidupan mu .
. Diberikan usia yang panjang dan berkat .
. Diberikan ilmu yang bermanfaat .
. Diberikan akal yang waras .
. Diberikan iman yang sempurna .
. Diberikan kelapangan amal yang sahih .
. Diberikan NuR pada hati .
. Diberikan kerajinan untuk menjaga al-Quran .
. Diberikan kelapangan untuk membaca .

Sungguh ku terharu, sedang menyiapkan beg untuk pulang ke kampung bagi menyambut Eid, ana sedang mencari tudung. Abi cakap ; 'Jangan lah pakai tudung hitam, cari yang ceria sikit'. Hmmm, sebagai penasihat memang kata-kata abi benar. Supaya tidak nampak 'menakutkan', jadi tudung berwarna cerah menjadi pilihan. Raya kan, kena ceria sikit. Bukan di Tanah Arab pun kan kan kan? lol!

"Nanti kan, adik dah besar... Adik pun nak pakai purdah juga."

Ana... er... er... er...

Lilypie Kids birthday Ticker

Semoga Allah merahmati dirimu adikku. Yeyh, insya Allah nanti beli hadiah ye. Tak ada lain dah rasanya budak kecil ni berhajat kepada sebuah benda yang dinamakan B.U.K.U ^_^

... selamat menyambut Eid Adha ...

p/s: Entri akhir sebelum pulang ke kampung Very Happy

Read more...

24 November 2009

Kesunyian

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah, cuti sekolah sudah bermula sedari hari Jumaat/Khamis yang lalu. Bagi pelajar sekolah sudah pasti merancang untuk melakukan pelbagai perkara yang tidak sempat/mampu dilakukan semasa musim persekolahan. Iya, manfaatkan cuti sekolah sebaiknya. Insya Allah, semoga memberi manfaat buat diri sendiri dan orang lain.

Semalam, awal lagi abi sudah syahid. Beberapa kali sebelum 'tersyahid' abi mengajak kesemua orang tidur tetapi semua orang tidak mahu tidur. Masih awal, belum pun 9.30 malam tetapi abi sudah mahu tidur.

"Abi tidur bawah dulu, nanti nak naik kami gerak."

Sementelah Mahfuzah masih chatting dan ana masih pura-pura membaca buku (yang satu apa pun tak lekat dalam kepala, huhu) dan Fadilah masih bersembang dengan ummi yang juga membelek majalah.

"Sunyi lah rumah... Semua perempuan, abi tak de semangat ni."

Ana tidak pasti adakah ini suara rungutan atau suara yang kurang ceria dari abi. Pada hari Ahad lalu, Aiman mengikuti Abang. Banyak pula baju yang dibawa.

"Aiman nak pergi lama ke? Weekend ni kan nak balik kampung."

Pelik ana melihat Aiman bawa beg yang agak besar. Dalam hati, macam nak lari rumah pun iya juga.

"Eh, Aiman duduk dengan Abang sebulan sampai habis cuti sekolah. Nak tolong abang."

Oh, lamanya sebulan. Sehingga habis cuti sekolah.

Semalam pada waktu siangnya Mahfuzah dan Fadilah melakukan perang saudara. Macam-macam, perkara kecil pun jadi isu nak bergaduh. Ana menggeleng kepala je, nak marah pun macam malas. Sementelah ana pun hanya menunggang kereta kebal berkuasa manusia yang tak berapa nak larat. Biar je la mereka melakukan perang saudara.

Malamnya pula ummi dan abi 'bergurau', abi cari ubat tak jumpa. Abi ingatkan ummi letak tempat lain, ummi tengok muka ana, ana tengok muka ummi. Kami tergelak sama-sama, abi masih tak jumpa ubat. Akhirnya, ummi bangun mencari ubat abi. Jumpa, alah depan abi je. Saja abi nak manja-manja.. Heheheh.

"Bosan lah... Siang kakak dengan adik bergaduh, malam pula ummi dengan abi bergaduh. Talifon Aiman sekarang juga suruh balik! Orang takde kawan nak gaduhhhhhhhhh!"

Sesungguhnya memang tension lorh melihat semua orang ada partner nak gaduh tapi diriku kesepian, kesunyian tanpa partner nak gaduh. Kalau ada Aiman, boleh juga bergaduh dengan masalah yang 'lawak-lawak'. Boleh berebut kerusi, berebut laptop malah berebut broadband. Tapi kini... Ana aje yang menang, tak best la.

Huk huk huk...

Iklan masih terbuka : Barangsiapa yang ada adik lebih (berusia 2 tahun ke bawah) sila la donate pada ana. Maklumat lanjut KLIK DISINI. ^_^

Read more...

23 November 2009

Langkah Terhenti

Bismillahirrahmanirrahim.

Tiap anak Adam pasti banyak melakukan kesalahan dan sebaik-baik pelaku kesalahan ialah yang bertaubat.


Ana mencari momentum penulisan. Sedang merangka jalan cerita Pohon Cinta Madinah yang terhenti seperti bekunya hati dan perasaan ana ketika ini. Ana tidak tahu selama mana masa yang bakal diambil bagi menyiapkan keseluruhan cerita Pohon Cinta Madinah. Idea mencurah-curah seperti ke atas daun keladi, seakan tidak membekas dijiwa ana. Ana tidak suka menukilkan apa yang tidak lahir dari hati ana walaupun yang lahir dari hati ana tidak disukai orang tetapi selagi ianya lahir dari lubuk hati, ana tetap meneruskan juga.

Cerita 'Biarkan Kami Bercinta' dahulu pelbagai reaksi yang diterima, ada juga kata-kata yang menegur kerana merasakan ana sedang 'berkhayal' ke dalam dunia ana. Hihi, mahu saja ana tergelak tapi bagi mengelakkan beku pada hati maka ana tahan saja dengan senyuman. Coretan ana ialah luahan rasa, luahan pendapat dan pena yang menari adalah lahir dari cebisan hati. Ana tidak pernah memaksa sesiapa membaca tulisan ana, huhuhu.

Sesuatu yang amat terkesan dihati ana selepas menulis 'Biarkan Kami Bercinta' ialah panggilan seorang ukhti yang memang ana tahu dia sibuk dan juga sering diuji dengan masalah kesihatan. Masa menalifon juga beliau sedang tergesa-gesa, rasa macam sedang drive. Wallahua'lam.

Ukhti : Assalamu'alaikum dik Syira...
Ana : Wa'alaikumussalam warahmatullah. Kak, lama tak dengar kabar. Sihat?
Ukhti : Alhamdulillah. Macam ni lah dik... Adik sihat?
Ana : Alhamdulillah. Sihat seadanya.
Ukhti : Rindu dengan adik Syira ni. Bila nak jumpa?
Ana : Alaaaaa kak.. jangan tanya macam ni. Susah nak jawab.
Ukhti : Akak teringin nak pergi tempat Syira. Tengok roses!
Ana : Ahlan kak... Insya Allah. Datang lah.
Ukhti : Dik, tadi kan akak tergerak nak masuk blog adik Syira. Lama akak tak berkesempatan tau. Akak betul-betul tersentuh dengan kisah yang Syira coretkan. 'Biarkan Kami Bercinta' benar-benar simbolik. Akak terasa sangat, terima kasih Syira.
Ana : ...speechless...
Ukhti : Akak pernah berbual dengan seorang penulis. Dan akak rasa macam nak Syira tulis something tentang akak, akak teringin nak menulis macam Syira tapi tak pandai.
Ana : ...speechless...
Ukhti : Syira sentuh hati akak...!
Ana : Akak... Tulislah kisah akak, insya Allah Syira akan olahkan mengikut rentak tarian hati Syira membaca kisah akak. Insya Allah!
Ukhti : Insya Allah.

Selalu rindu untuk bertemu tetapi belum ditemukan.
Selalu rindu untuk bermesra tetapi belum sempat mesra.

Palbagai soalan provokasi dilontarkan kepada ana mengenai blog. Rasa serba salah untuk terus menarikan pena, tetapi abi selalu tanya sekiranya ada sesuatu yang tidak kena dengan blog. Ana seronok apabila mampu membuah tawa dan senyuman makna dari seseorang yang jauh dimata, tetapi ana tidak mampu untuk memuaskan hati semua orang.

"Adik asyik bercerita ukhti itu ukhti ini, ukhti situ ukhti sana, tak ada pun nama akak!"

Menelan pahit satu kenyataan. Terkadang ana menulis apa yang ana rasa KETIKA ITU, ana menulis mengikut momentum emosi. Saat ana pening lalat dan kelabu asap, penulisan ana juga jadi pening seperti ana. Ana tidak pandai berlakon untuk berpura-pura sentiasa ceria. Bagi ana, kalau ana tidak merasa sesuatu perasaan untuk apa ana memaksa diri untuk meletakkan diri ditempat (perasaan) tersebut. Huk huk huk.

Ana masih serba salah untuk terus menarikan pena dan kata. Tidak semua orang akan puas hati dengan apa yang ana tulis. BLOG INI TIDAK PERLU DIBACA BAGI MEREKA YANG MAHU MEMBACA SESUATU YANG ILMIAH. Ana menulis untuk mencari dan memberi inspirasi pada diri sendiri, pada mereka disisi.

"Alah, mana ada blogger ceritakan tentang keburukan. Semua cerita kebaikan macam la baik sangat. Lagi satu... Kalau cakap nak inspirasi atau motivasi, tak ada cara lain ke? Diari sendiri ke? Kenapa nak hebah kat satu dunia..."

Hik hik hik, yeyeyeye akhirnya ana rasa sangat GEMBIRA dengan soalan provokasi begini. Kerana orang yang bertanya tidak pula membaca blog ana, bahkan barangkali tidak pernah membelek perkataan-perkataan ana. Last sekali, sempat ana beri soalan angin lintang.

"Ingat ana 'jual cerita' pada umum ke? Supaya cepat dapat jodoh?"

Hahaha... Gelak juga ana akhirnya di depan komputer.

Ana tidak mencari publisiti, tidak juga mencari simpati. Pernah ke ana minta orang;

"Ziarah lah saya kat sepital, saya sakit tenat nak maaaa....(sambung je lah sendiri)"

"Tolong lah saya sakit giler nih, tak simpati ke kat saya."

Adoiyai...!

"Alah, blog niqobgirl.blogspot kan ke popular di serata alam maya... Ada link kat blog ustaz tuh, ustaz nih, ustazah... semua hebat-hebat."

Last, ana terfikir apa masalah orang ini sebenarnya. Hehehe.
Terhenti seketika langkah ana dengan soalan provokasi yang pelbagai.

Dan... Tolong, ana tidak suka ada insan-insan yang menyebarkan pelbagai cerita pada ana. Tak sukaaaaaaa!!


Stop walking... Thinking! ^_^

Read more...

iN my HeaRt

Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary Years Ticker Daisypath Anniversary Years Ticker

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

DeeP heart

Lilypie Kids birthday Ticker Lilypie Kids birthday Ticker Lilypie Kids birthday Ticker

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

Buah Tangan Untuk Tetamu

Tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha Esa. Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya akan Dia. Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah kerana dia menginsafi 'tanasub' yakni persesuaian batin antara dirinya dan Dia. Orang yang paling bahagia di akhirat kelak ialah orang yang paling kuat mahabbahnya kepada Allah s.w.t..

Semakin kuat mahabbah antara Muhib (pencinta) dengan Mahbubnya (yang dicintai), maka semakin besarlah nikmatnya. Puncak kelazatan itu adalah pertemuan itu. Lazat datang setelah datangnya mahabbah. Mahabbah timbul daripada makrifat. Makrifat lahir setelah hati bersih daripada renungan fikir dan zikir yang murni, puncak percintaan ialah nikmat yang mampu 'disentuhi' dan 'dikecapi' setelah mampu melihat keindahan Ilahi - Robbi. Smile

[Imam al-Ghazali ; Minhajul 'Abidin]

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO