"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

05 December 2010

Perkongsian : Walimatul Urus

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertamanya, entri ini bukan untuk menjemput sesiapa dan bukan ada sesiapa yang nak walimah dalam masa sehari dua ini. Entri lebih kepada perkongsian mengenai walimatul urus. (Ok, seperti biasa ana nak membebel).

Apa yang difahami apabila mendengar ungkapan walimatul urus? Secara mudahnya, di Malaysia orang Melayu (Islam) akan mencerna ungkapan 'walimatul urus' sebagai undangan perkahwinan. Selain dari itu, ada juga yang menganggapnya sebagai kenduri untuk menghebahkan berita perkahwinan anak mereka supaya masyarakat setempat tahu bahawa anak mereka sudah bernikah dan bila jalan berdua-duaan tidak dipandang serong.

Eh, tapi sekarang ramai yang belum bernikah lebih-lebih lagi menggunakan lesen 'bertunang' untuk jalan berdua-duaan. Bahkan, lebih memalukan lagi mereka merasa sangat cool dan open minded sekiranya ibubapa tidak kisah dengan perkara ini. Na'uzubillah.

Ana tidak mahu menyentuh lauk-pauk yang dihidangkan semasa berjalannya walimah, berapa bilangan tetamu yang diundang, apakah tema perkahwinan sama ada fairy tales mahupun kayangan atau apa sahaja yang pelik dan semakin memelikkan di era perkahwinan hari ini.

Semasa nak berkahwin tempoh hari, ana sangat berbesar hati menghantar kad jemputan kepada sahabat-sahabat meskipun peluang untuk mereka hadir sangatlah tipis tetapi ana meraikan juga dengan jemputan menggunakan kad kepada yang jauh dan yang dekat. Tetapi, tertanya-tanya juga apabila seorang sahabat memberi respon.

"Cik Insyirah, surat saman dah sampai."

Erk! Bila pula ana menyaman beliau? Dan ana ignore saja, andaikan lawak jenaka tersebut hanyalah hiburan semata-mata meskipun hati serabut dengan pertanyaan demi pertanyaan yang dibiarkan berlalu tanpa meminta jawapan. Masalah remeh saja, memandangkan hari pernikahan makin dekat ana menyibukkan diri dengan persiapan daripada sibuk memikirkan apa yang bersarang di minda.

Satu hari, en abi pulang dari pejabat dengan perasaan yang kecil hati dan sangat kecewa apabila en abi yang sangat berbesar hati menjemput pekerjanya untuk ke majlis walimah kami (ana dan abang) ada suara-suara sumbang yang kedengaran. Abi gigih mengedarkan kad jemputan, senarai pekerja diambil dari kerani supaya tidak ada yang tertinggal nama. Nama mereka di print dan kami adik beradik menggunting nama dan tampalkan pada sampul jemputan. Punya la nak jemput... Buat yang terbaik dari semua sudut sehinggakan jari abi terkena pisau akibat menjaga kesempurnaan dari semua sudut, terpotong jari sendiri semasa memotong senarai nama yang beratus-ratus tersebut.

Pada hari yang pekerjanya tidak hadir (cuti mahupun shift), abi menyimpan dan keesokannya mencari pekerja tersebut untuk menyerahkan sendiri kad jemputan walimah kerana terlalu berbesar hati menjemput mereka semuanya untuk hadir ke majlis kami. Tiba-tiba... Suara sumbang menusuk ke telinga abi.

"Nampak muka je terus bagi surat saman." Diiringi dengan senyum sumbing dan tawa yang menyakitkan hati. Jenaka yang tidak kena pada situasi dan masa.

"Saya tak harap orang bagi duit pada saya, saya cuma berbesar hati nak jemput semua orang hadir ke majlis perkahwinan anak-anak saya." Jawab abi.

Kesemuanya terdiam dan berubah wajah. Barangkali niat bergurau tersebut telah disedari sangat menyakitkan hati orang yang diharapkan dapat berjenaka.

Ana fikir, sehingga ke saat ini abi masih lagi terngiang-ngiang bahawa niatnya menjemput para pekerja dengan memberikan kad jemputan menggunakan tangan sendiri dan diserahkan sendiri ke tangan orang tersebut yang tertulis nama kad supaya mereka akan terasa dihargai tetapi sebaliknya yang berlaku.

Selepas berkahwin, ana didedahkan dengan suasana di Kelantan. Di Kelantan, pada hari raya Aidil Fitri mahupun Aidil Adha sangat meriah dengan undangan perkahwinan. Barangkali mengambil kesempatan cuti dan juga sanak saudara yang pulang ke kampung, maka diraikan sekali dengan majlis perkahwinan supaya sanak saudara yang jauh dan dekat dapat menghadirkan diri ke majlis perkahwinan tersebut.

"Ni walimatul urus ke majlis kesyukuran?"

Setiap kali ibu mertua memberitahu nak ke majlis perkahwinan, en zauj akan soal dengan soalan yang sama. Ana pun tertanya, apa bezanya walimatul urus dan majlis kesyukuran lalu membuat kesimpulan sendiri tanpa bertanya bahawa walimatul urus adalah majlis perkahwinan dan majlis kesyukuran pula macam majlis doa selamat. Grrr... Punya la suka memendam, nasib baik tak sesat dan selamanya dalam kesesatan.

En zauj akhirnya menerangkan kepada isterinya yang agak-agak blur.

"Di Kelantan, kalau walimatul urus maksudnya kita pergi kenduri tu masa balik kena salam dengan tuan rumah beserta dengan 'huluran' wang. Panggil 'mengele'. Kalau majlis kesyukuran pula maksudnya, kita makan free tak payah bayar apa-apa."

"Ha...! Peliknya. Kenapa pula macam tu?"

"Hmm... Entahlah! Biasa, berlumba nak buat majlis besar-besaran tapi tak cukup duit jadi dia berhutang dulu dan kemudian dengan harapan duit yang orang bagi (ngele) tu untuk bayar hutang. Abang cukup tak suka dengan benda ni, nak buat majlis kahwin buat je la setakat yang mampu. Nabi pesan sekurang-kurangnya seekor kambing, kalau tak mampu nak beli lembu seekor tak payah la buat besar-besar."

"Mungkin sebab zaman sekarang kalau buat kecil-kecil orang fikir bukan-bukan pada pasangan yang baru kahwin tu. Nanti jadi fitnah orang pula."

"Entahlah. Kalau musim cuti, banyak dapat kad undangan. Ma selalu mengeluh sebab pergi kenduri kena bayar duit. Selalunya kalau perempuan bayar dalam RM5, lelaki pula RM10. Abang pun tak faham."

Baru ana faham... Di Kelantan, kalau walimatul urus maksudnya majlis tersebut dibuat besar-besaran (kadang tak berapa besar pun pada pandangan ana) dan tetamu yang hadir diwajibkan membayar wang kepada tuan rumah. Jadi, baru ana jelas, terang dan bersuluh pada situasi ana dahulu semasa menjemput sahabat-sahabat, situasi abi yang menjemput pekerjanya ke majlis walimah yang terang-terang tertera WALIMATUL URUS dianggap sebagai 'surat saman' kerana datang majlis kena BAYAR...! Dan mereka adalah orang Kelantan. Kih kih kih :D

Setahu ana, negeri di Semenanjung Malaysia kalau istilah walimatul urus maksudnya jemputan kahwin tapi tidak pula diWAJIBkan tetamu untuk membayar kepada tuan rumah. Menghulur duit kepada tuan rumah adalah PILIHAN sama ada nak memberi mahupun tidak, selalunya tangan yang memberi adalah berdasarkan kepada membantu kawan (tuan rumah) yang buat kenduri kerana masing-masing faham apabila membuat kenduri, banyak wang yang digunakan.

Tetapi, berbeza suasana di Kelantan. Walimatul urus bermaksud tetamu wajib memberi wang kepada tuan rumah dan majlis kesyukuran pula tetamu makan free. Jadi, bila banyak jemputan walimatul urus tiba, masing-masing mengeluh... Satu suasana yang tidak sihat. Meskipun kadar biasa yang ditetapkan RM5 bagi perempuan dan RM10 bagi lelaki tapi kalau 5-6 undangan seminggu, untuk orang kampung yang sangat menghargai nilai wang... Pasti teragak-agak untuk menghadiri jemputan tersebut meskipun hatinya teringin nak berkongsi kegembiraan kawan dan jiran yang menerima menantu.

Lepas ni, kalau bagi kad pada sahabat-sahabat Kelantan kena cetak khusus 'majlis kesyukuran' agar mereka TIDAK susah untuk mencipta alasan tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan. Lalalalala... Pada ana, adat tempat masing-masing saja. Lain tempat, lain pula suasananya. Jangan pula menghukum siapa benar dan siapa salah kerana orang Melayu sangat mementingkan adat. (fuh, ayat... cannot go!)

Wallahua'lam.

p/s: Orang Kelantan, jangan marah. Ini hanyalah penjelasan kepada rakyat Malaysia tentang adat di Kelantan :)

Saya dah kahwin!
Insyirah Soleha

22 leaves:

Muslimah Optimis 5 December 2010 at 10:45  

salam alaik...ooo..begitu ya dat di kelantan.. hehehe... tapi majlis perkahwinan a.k.a walimah juga merupakan majlis kesyukuran..nama saja berbeza kerana ada sepasang mempelai yang diraikan.. Yang penting syukur...

bintuawang 5 December 2010 at 10:55  

assalamualaikum pn.insyirah..
saya orang pahang mak mak dgn arwah ayah orang kelantan...adat2 tu mmg ada..tpi dah jarang kot..bru nie balik kelantan..sepupu khwin..x ambik pun ngele 2..apa2 pun..suka baca catatan dan coretan pn.insyirah..

~ZuLhAiRi~ 5 December 2010 at 11:00  

salam...

hahaha...rase nak gelak tergulek2 je bace entry ni, sbb ayat saman tu rasenye mcm ayat ana...:p

utk part adat kat klate tu mmg btul la tu, biasa mcm tu, kalau kad tu tulis walimatul urus kene bayau, kalau majlis kesyukuran free...

tapi istilah surat saman tu mmg kami, org klate n sahabat2 luar kelantan ana yg len pun selalu gune, mungkin ade perbezaan definasi ni...hehe...kami maksudkan dengan surat saman sebab bila dapat kad tu x kire majlis kesyukuran atau walimatul urus, maka WAJIB datang jika tak de perkara yang menghalang...mcm saman la, musti kene bayar...:D

fhm cik insyirah?...eh puan...hehe

ahLia shahril 5 December 2010 at 12:06  

salam...

haha... sy or klate. dan sy juga tidak berapa setuju dengan adab ini.

btw nice n3 =)

i suke blog u

tajnur 5 December 2010 at 12:13  

Assalamualaikum wbt
Apabila kita sebutkan `walimatul urus` ia bermakna urusan (penyerahan) perwalian dimana selepas aqad pernikahan amanah utk menjaga seorang anak diserahkan kpd pengantin lelaki. Selama ini, urusan menjaga anak perempuan dibawah seorang bapa berasarkan kpd Surah AtTahrim:6 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ قُوٓاْ أَنفُسَكُمۡ وَأَهۡلِيكُمۡ نَارً۬ا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلۡحِجَارَةُ "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari Neraka yang bahan-bahan bakarannya: Manusia dan batu".
Malah perwalian ini diluaskan juga melibatkan persaksian Allah dan org2 beriman (Surah Almaedah:55 إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ ٱللَّهُ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ يُقِيمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَيُؤۡتُونَ ٱلزَّكَوٰةَ وَهُمۡ رَٲكِعُونَ
Dlm Islam, pemberian mas kahwin adalah yg paling mudah dlm kemampuannya spt diriwayatkan dari Uqbah ibnu `Amir bhwa Rasulullah saw bersabda,`Secaik2 sadaqah (mas kahwin) apa yg palin mudah baginya.
Suatu ketika dahulu, dinegara Arab masalah mas kahwin sudah menjadi trend berlumba2 sehinggakan ramai pemuda2 tidak sanggup utk berkahwin, lalu wujudlah diantaranya Ikhwanul muslimin utk memulakan kembali sunah Rasulullah saw. Wallahualam

d-zehra 5 December 2010 at 12:18  

tapi baru2 ni ada pulak dengar kata ada bantuan utk sesiapa yg nk kahwin di kelantan...kalau dah ada bantuan, tak perlu ngele lagi kot di majlis walimah...:)

Nadzipah 5 December 2010 at 15:46  

hehehe..
sangat menarik dan tertarik dengan entri kali ni...
saya pun dah banyak kali terangkan benda ni kat kawan2...
tp tu mmg adat kt kelantan..
x faham gak kenapa mcm tu..

xpe insyirah..
xmarah dan xambil hati pun...^^

bagus perkongsian ni sebenarnya..~*^^*

Aniss Syahida,  5 December 2010 at 16:17  

Bismillah..

Kami di Johor panggil majlis walimatul urus atau perkahwinan. Tidak pasti pula jika ada nama lain seperti di Kelantan; majlis kesyukuran.
Berdasarkan perhatian, orang jawa Johor jadikan hulur duit itu sebagai satu kewajipan. mungkin ini untuk orang lama2..ada yang jenis ingat.
"ok, hari ni majlis dia aku bagi RM10"
kemudian bila time si pemberi ni buat majlis..dia akan expect dia dapat RM10 atau lebih daripada si pulan tadi.
benda ni berterusan..serius..dan jadi bebanan.
generasi kedua ada yang meneruskan..dan ada yg tidak.
Hal ehwal beri duit ni, daripada sumbangan sudah bertukar jadi "adat".Yang pastinya serata Johor macam ni.
Mungkin generasi muda boleh ubah sedikit demi sedikit..agar duit itu menjadi sumbangan ikhlas dan bukan kewajipan.

wallahua'lam ^__^

kapten 5 December 2010 at 18:56  

salam...thanks...atas pencerahan....rupanya lain walimatul urus dan kenduri kesyukuran...

eliana 6 December 2010 at 01:42  

betol tu.. di kelantan, adatnya mmg camtu.. walimatul urus dan kenduri kesyukuran mmg berbeza.
cadangan cetak awal2 'jenis kenduri' tu mmg bagus..br org x pening kan..hehehe

aida 6 December 2010 at 02:32  

sorry, i am a kelantanese. Tapi org kg akak takde pula minta duit. Sama masa makcik2 n pakcik2 kawen. Mungkin adat tu di kampung suami awak. Akak tak tersentap. Cuma nak menerangkan adat kg akak lain

ansorullah 6 December 2010 at 07:50  

assalamua'laikum..hehe, ni org kelantan nak menyampuk.. uhuk..

=).. memang kebiasaannya klau walimatul urus ni org akan bg duit..tp, setahu akk, benda ni tak wajib pun.. =)..depend pd org yg nak bg tu..=).tak tahula pulak klau ada sesetengah tempat yg memg MEWAJIBKAN bayaran..=). biasanya ngele ni untuk tolong Tuan rumah..hehe, mmg pelik sikit, kan? n jumlah yg nak bgi tu depend pd kita..org dulu2, bg rm2 pon ada, rm1 pon ada..bgantung pd keikhlasan n kemampuan tetamu..sebelum ni, 'ngele' ni dengan niat nak membantu tuan rumah..tp dah dijadikan adat..sampai ada yg rasa berat utk hadir sbb kena bayar kan?=).

Apa pun, terpulang pd individu.. Jangan serik untuk menyahut undangan ke Kelantan ya..(^_~)y

Ummu Auni 6 December 2010 at 07:58  

erk...akak orang kelate pun tak tahu. rasanya tengok saudara kahwin, tak ada yang terikat dgn itu. sebaliknya ada yang beri hadiah bukan duit semata.

Insyirah 6 December 2010 at 10:11  

Kak Aida,
Bukan kampung suami je... Banyak juga kampung-kampung lain, pada Syira ini bukan apa... Tapi hanyalah ADAT especially di kampung-kampung, kalau dah ke bandar sikit tu mungkin dah tak de adat macam ni sebab dah banyak yang educated :)

Wallahua'lam.

p/S: Maybe sesetengah tempat kot, cuma Syira 'ter'jumpa banyak kampung di Kelantan macam ni.

Insyirah 6 December 2010 at 10:13  

Ansorullah

Kak Syuhada, ehehe.. entah lah wajib atau tidak tu 'hukum tetap' atau boleh berubah-ubah, kena lebihkan pemerhatian lagi :)

Tapi rasa pelik, kalau tisu kita di tangan pun sewaktu salam, ditarik juga meskipun kita pegang tisu kuat-kuat tapi tetap di tarik lebih kuat. Hehehe... Salah faham agaknya, mungkin tuan rumah ingat duit.

Insyirah 6 December 2010 at 10:14  

Ummu Auni Afif:

Kak Aini, yerp... mungkin mengikut kepada tempat juga kot. Entahlah, Syira belum habis jelajah satu Kelantan lagi. Maybe faktor educated juga antara penyebab... Wallahua'lam.

Muslimah Optimis 6 December 2010 at 10:17  

pasal surat saman tu, cek 1st time dengaq...

kalo di kedah, memang dah jadi adat kot bagi duit masa pi kenduri tu cuma ia bukanlah wajib.

tapi kalo kenduir kesyukuran atau doa selamat selalunya orang tak bagi duit tapi selalu orang bagi gula atau beras....

semua ni tujuan dia nak merapatkan silaturrahim...

ansorullah 6 December 2010 at 11:23  

wah2, banyak betol respon ya..=).

ye dik, biasanya sesetengah tempat je.. nanti cakap pada en.Zauj, bawak g jejalan lagi ye.. boleh tau banyak benda..=)..

n sekarang ni tak rmai orang yang buat 'ngele'... =)..

apa pun, semoga kekeliruan ini mampu dirungkai oleh srikandi Insyirah kita.. (^_~)..

chaiyok, chaiyok... =p

nurIslami,  6 December 2010 at 20:59  

Assalamualaikum:

Keberkatan ikatan perkahwinan terhakis sedikit demi sedikit disebabkan kepelbagaian jenis adat berbentuk materialistik dididik di awal perkahwinan lagi..

persimpangan di antara mencari keberkataan yang tersembunyi(bersederhana) dengan mencari pujian manusia dengan kemewahan yang di luar kemampuan..

Khazinatul_Asrar 7 December 2010 at 16:31  

Rasanya bukan di kelantan je. Malahan di KL juga. Kebanyakannya bermentalitikan kene byr time makan kat kenduri. Huhu. Siap kira kalau 3 org pergi, dlm rm20 camtu. Adeh, pening ana kdg2. Wajarkah? Erm..

Lebih baik bagi hadiah. Kalau ana nanti, xperlulah duit semua tu. Cukuplah do'a tu, itu yg paling dikehendaki time macam tu, mcm juga kita bina rumah baru, kita panggil orang baca doa slmt dan makan2 :)

Mungkin sesetengah tempat je kan :)

Cahayamylife 10 December 2010 at 20:42  

Ana ni nama je orang kelantan.
Tapi tak tahu pun pasal ni sebab kami memang sangat payah untuk pergi bekwoh di sana memandangkan menetap di Selangor.

alynn 28 March 2012 at 16:24  

salam

saya rasa perlu diperbetulkan tanggapan ini....'Walimatul urus' bukan maknanya wajib untuk menhulur duit kepada tuan rumah...ibu saya kelantan dan ayah org johor...nenek dan atuk belah kelantan juga masih ada...dan byk kenduri yg dihadiri...tidak ada pula pernah saya dengar sebegitu cara adatnya....saya rasa puan telah salah tafsir....

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO