"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

17 January 2010

Ladang Cintahati


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah.
Ana ketemu CintaHati di masjid. Tempat paling mudah dan selesa, alhamdulillah. Beliau menanti ana sekitar 15 minit di masjid hingga mengantuk. Maaf ya! Banyak yang kami bincangkan, dari seputar kenangan di zaman persekolahan, cerita tentang kawan-kawan juga para pendidik, kalam nasihat yang saling ingat mengingatkan tentang kebenaran dan kesabaran, masalah feqah juga sempat kami bualkan, bicara keluarga juga kami selang selikan dengan tawa, senyum dan usik mengusik. (masing-masing cerita kerenah adik-adik)

Setibanya di dalam masjid, ana terus mendakap erat CintaHati. Sungguh, hati ini tenggelam dengan kasih sayangnya. Terima kasih CintaHatiKu! Berbual dan terus bertanya itu dan ini, sekali ana terkejut dengan kata-kata CintaHati yang berada di depan.


"Akak, buka la. Nak tengok muka..."


Allah... Tersipu-sipu sekejap, macammana boleh terlupa. Hihihi. Asifi ya ukhti! Ana tidak pernah memegang pendapat bahawa muka adalah aurat apatah lagi di hadapan seorang muslimah, sungguh teruja sampai terlupa bab 'kecil' ini. Diakui, sebahagian orang kurang selesa berbicara apabila tak nampak wajah. Ana setuju! Dengan syarat dalam keadaan yang tidak terbuka, kalau di tempat umum pun biarlah terlindung. Macam ada 'batas' yang membataskan keserasian bila bercakap sesama muslimat tapi tak nampak muka. Maaf dik!


Ana memerhatikan seorang demi seorang makcik yang singgah solat di masjid. Tiada masalah, tetapi di sebabkan niqab tidak dibuka sepenuhnya, nampak macam 'bermasalah' pula. Akhirnya, ana buka niqab sepenuhnya dan ukhti di hadapan pula membelek.

"Oh, macam ni ye jahit niqab. Adik nanti dah sambung belajar, insya Allah nak pakai niqab juga."


Dan seputar kemudian, ana berbicara tentang niqab pula dengannya. Ana quote beberapa kalam dan nasihat juga pendapat yang sempat ana simpan sepanjang beberapa tahun mengutip pendapat dan mengorek pengalaman dari ukhtun yang memakai niqab. Alhamdulillah, serba sedikit boleh dikongsi dengan sahabiah yang berhasrat untuk berhijrah. Insya Allah :)


Ana terasa seperti amat mengenali wajah seseorang yang memerhatikan ana, dan ana mula rasa tak selesa dipandang seperti itu. Tapi recall dulu memori, benarkah dia insannya, tak salah orang ke, agak-agak dah benar-benar mampu mengimbau kenangan lalu, akhirnya ana bangun bersalaman dengan seorang yang sedari tadi memerhatikan ana.


"Assalamu'alaikum. Makcik ni kerani di sekolah ** kan?"


"Wa'alaikumussalam. Eh, iya ke? Betul ke?"


Subhanallah. Macam nak menyorok dalam tiang masjid (bukan belakang tiang lagi) sebab makcik tu tanya macam tu. Eh, salah orang ke ni? Tapi, ukhti yang berada di sisi juga turut mengiyakan perkara yang sama seperti ana. Tidak salah orang, makcik tu menguji ana je. Huhu.

"Kamu dah kahwin ke?"

Allah... Awat la semua orang yang jumpa, mesti tanya soalan yang sama. Ternganga ana sekejap dengan soalan tu. Aduhai... Umur muda lagi pun dah puas ditanya soalan ni, kalau umur ana 30 tahun agaknya setiap jam orang tanya soalan tu.


"Tak la makcik, belum kahwin lagi..."
Muka dah merah padam.


"Oh, ingat dah kahwin. Lama tak nampak..."
Hehehe, biasa la tu halimunan memang la orang tak nampak.


"Insya Allah makcik, tak lama lagi nak kahwin..."
Melopong ana mendengar CintaHati cakap macam tu, Allah... Nasib tak lemah jantung, kalau tidak tergolek di situ terus. Aih, kaku badan ana seketika 'dikerjakan' CintaHati. Pandai-pandai je budak ni. Ikut la tafsiran 'tak lama' lagi tu mengikut kamus dewan bahasa atau kamus ana... Hohoho. Ikut kamus dewan bahasa mungkin beberapa bulan atau pape je lah, ikut kamus ana mungkin 20tahun lagi. Kui kui kui... :P Sian makcik tu nanti tunggu kad jemputan, ana tak bertanggungjawab dalam masalah ni tapi CintaHati yang dipertanggungjawabkan kalau makcik tu tertunggu-tunggu. Muehehehe...

Selepas solat Asar, abi ambil dan tolong hantarkan CintaHati ke rumahnya. Hehehe, dah balik tu abi cakap. "Abi ingat nak ajak minum, makan ke dulu... Tapi dah lewat."

Yes, abi ada anak perempuan dan dia akan anggap sahibah seperti anak perempuannya juga. Dihantar hingga depan pintu pagar, dilayan seperti seorang anak perempuan.


"Untung jadi perempuan, nak pergi mana pun ada yang hantar."

Lalalalala... Tu keuntungannya bila tak nak ambil lesen kereta. Ngeeee... Lesen motor jauh sekali, usahkan nak ambil lesen, nak naik motor pun terketar kaki, punya la penakut. Hihihi.


"Entah apa-apa, naik motor takut, bawa kereta takut, kucing takut, lembu takut, ***b*** apatah lagi..."
Amboi, sedap abi mengata ana.

10 leaves:

~ZuLhAiRi~ 18 January 2010 at 01:37  

salam...

fitrah manusia, bila umur bertambah persoalan makin bertambah, dan salah satu persoalan yang benar2 membuat jiwa kacau selagi x dilaksanakan ialah.." bila nak kawen?"...:D

salmanfasiri 18 January 2010 at 03:42  

Assalamualaikum..
selepas 20 tahun, em kesian la abi umi ...lambat lagi nk dapat menantu laki..
adik2 puan pun lagikesian xleh langkah bendul :p

AcHiK_TeDDy,  18 January 2010 at 06:42  

Urm..mkin hr mkin rmai tamu kt teratak bdk tecik ni,xmng tgn rsany duk mlyn.tentu tnsi0n je kn asal sbut psl kawen tntu ramai bg resp0n.kali ni ikhwah lak yg k0men.ada yg brminat ke?hu3..

Nk teh faraulah,ada x utk sy?slalu ziarah tp xde org bg 'syai' pn.haus r,huhuhu..

Anonymous,  18 January 2010 at 08:23  

Insyirah,
5 hari lagi. Siapkan mental dan fizikal, moga dipermudahkan segalanya :)

p/s: Mendoakan dari jauh.

Kak Su,  18 January 2010 at 08:54  

Assalamualaikum syirah, makcik tu aim nak buat menantu agaknya. hahahaha. pelik akak dengan syirah ni, pergi mana pun soklan populer

[1] cikgu ke?
[2] ustazah ke?
[3] dah kahwin ke?
[4] ini anak ke?

memang muka matured agaknya, itu lah syirah siyes sangat agaknye tu yang nampak matured, kihkihkih, tambah dengan sweet ala-ala lolipop, dh plak tu penyayang mcm keibuan, menyerlah kasih sayang... hahaha. Meh la sini jadi adik ipar Kak Su nak? Adik akak ensem tau. wakakaka... kene cekik dengan budak syirah ni :P

pasni syirah kene tampal di dahi 'saya belum kahwin'...kuikuikui, wakkakakaaa

الوردة الشوكية 18 January 2010 at 09:21  

Salam akhi Zul.

Soalan-soalan lain rasanya tidak serumit soalan 'keramat' tu, cuma tidak berapa nak puas hati sebab ana masih belasan tahun... Ehem, muda lagi.

الوردة الشوكية 18 January 2010 at 09:23  

Wa'alaikumussalam salman fasiri,
er takpe... umah zaman sekarang dah takde bendul lagi, boleh je nak langkah terus sebab takde halangan (bendul).

Umi abi tak pe, anak-anak lelaki dah ada, lambat dapat menantu laki pun takpe kan. Lagipun tak lama lagi nak dapat menantu dah. :) Lepastu, jadi auntie lah saya, ada anak sedara... hehehehe.

الوردة الشوكية 18 January 2010 at 09:25  

Aiwah achik teddy, tercekik ana.

Achik, ziarah tak betul-betul lurus hati nieyh, ziarah sebab nak syai... isk! ingat ana ni tokey ladang syai ke? Apa kata achik buat sendiri jer la. :P

الوردة الشوكية 18 January 2010 at 09:26  

Tanpa Nama,
Terima kasih bebanyak. takut juga ni, hehehehe. Excited pun ada, apapun harap tak seteruk dahulu. Insya Allah, chayok3. kene kuat macam Atiq Wazif. Hehehe :)

(Walaupun tak bernama, masih kenal ni...hehE)

الوردة الشوكية 18 January 2010 at 09:28  

Wa'alaikumussalam.

Kak Su, kalau nak buat adik ipar kene bagi yang paling bongsu... sempat ana kumpul duwet nak pinang adek kak Su yang ensem tuh (eh, bukan ke adik bongsu kak Su perempuan?) Ups... perempuan takleh kawen dengan perempuan yer (saja la bagitahu kot terlupa) =))

Kak Su, takleyh tampal di dahi macam gitu. Nanti lain pula masalah yang timbul, adeh macam2 la Kak Su ni. Cuba la sopan sikit gelak tu... Hihihi :D

p/s: Aja-aja fighting!

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO