"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

24 January 2010

Misi Hibernate

Bismillahirrahmanirrahim :)

Alhamdulillah. Bagi yang setia dengan blog .:: HaRuMaN MaWaR ::. jazakumullah khairan ana ucapkan. Ramai yang menegur ghaibnya shout box pink yang berada di sisi kanan blog. Sengaja ana remove buat seketika mengikut suasana, kalau perlu ana tidak akan memasukkannya lagi atas sebab-sebab tertentu. Lalalala...

Alhamdulillah. Semalam (Sabtu - 23 Januari 2010) ana sudah melakukan terapi. Sharing is caring, ahaks! Nak kongsi sikit-sikit je, part yang lawak untuk gelak terguling-guling je. Pertama, ana pesakit pertama yang sampai, wah bangganya! Bila semua ahli terapi dah bersedia, panggil ana masuk bilik rawatan.

Bila mereka melihat IC, mereka semua cakap... "Eh, esok birthday dia la. Jom kita bagi 'hadiah'." Gurlp, rasa macam nak cabut lari je. Kus semangat, huhu. Bila dah ready, memejam mata dengan rapat, membayangkan sedang menikmati secawan teh panas di kaki gunung di tepi ladang teh sambil memotong scone lalu menyapu dengan jem strawberry lalu buka mulut perlahan-lahan, ngap ngap ngap... Aduh, sakitnya. Gurlp, failed da... Sambung berangan yang lain pula.

Ok, ok... Bayangkan sedang tawaf di baitullah kemudian bersaie, tahallul, minum zam-zam, solat di dalam masjidil haram... Lalalala... Ouch! Sakittttt... Buka mata. Masya Allah, terkujat je. 6 orang tuh! Dah la macam 'menyerah diri' untuk dibelasah je. Hohoho... Menci betul la. Buat la sikit-sikit, kalau dah 6 orang sekaligus tak tahu nak tahan sakit yang mana dulu. Wawawa...

1. Spinal cord
2. Tulang belakang
3. Kaki kiri
4. Kaki kanan
5. Bahu kiri
6. Kepala

KuSsss! Ingatkan 2-3 orang je macam selalu.

"Eh, muka dia dah tak tahan sakit sangat la... Sian la aku tengok."

"Eh, tak boleh kesian nanti macammana dia nak sihat."

"Eh, dia dah nak nangis la..."

"Dik... mana yang paling sakit?"

Boleh pula dia tanya? Allah, kelu lidah nak jawab apa-apa.

"Ops... Dia dah sakit sangat tak boleh nak cakap apa-apa. Kita buat love-love ye..."

Rasa macam nak jerit panggil ummi je, adeh la. Sakit semuanya one shot, itu pun ada orang cakap 1 jam 30 minit tu SEKEJAP AJE??? Ini yang menanggungnya rasa macam berpuluh jam je, uhuks. Tapi, demi pengorbanan ummi dan abi, ku teruskan juga. Sabar ye Syira, sabar... Huhu.

Selesai je 'dibelasah' seenaknya oleh 6 terapist tersebut, makcik yang selalu buat terapi tu datang. Check apa yang patut. Jangan sesiapa berani nak sentuh bahu ana, kena slap free je satgi. Huhu.

"Vacuum sat bahu dia ni, bengkak sangat ni."

"Kita buat spinal cord dengan back bone dulu."

Toink! Toink! Rasa macam nak menjerit je, alhamdulillah tulang belakang yang berbentuk 'S' sudah tidak berapa ketara lagi. Alhamdulillah. Alhamdulillah... Cuma bengkok sikit belum 'dibetulkan' sebab ana dah lembik. Nangis tak tahu berapa kali, lalalalalaaaaaa.

"Ambil touch light sat, nak tengok mata dia..."

"Kamu ni pikir apa banyak sangat? Kamu understress teruk ni, tengok mata kamu besar sangat ni."

Erk, mata ana besar? Setahu ana, mata ana comel je... Kui kui kui.

"Muka dia tak macam orang ada masalah pun..."

"Dia ni kuat memendam, tengok mata dia. Orang kata dari muka dah leh tahu masalah ke tidak tapi dia ni kuat memendam, tengok anak mata dia. Ni mata pun bengkak..."

Ngeh ngeh ngeh. Tak pasal dorang duk 'irab mata ana dalam bilik rawatan.

Macammana tak bengkak, dah 6 orang 'belasah' hidup-hidup, nangis lah... Takkan nak ketawa tergolek-golek laks! Lalalala...

Balik terus rehatkan badan, tempat yang kena vacuum semuanya lebam :)
Malamnya Mak Ngah dan Mak Teh ajak makan steak. Hihihi... Lalalala...

Happy Birthday Insyirah Comey :D
Happy 20th Birthday...

Hadiah paling besh --> Demam.

Awat la ana stress sangat? Mungkinkah kerana mesej-mesej itu? Hoh! Mungkinkah? Mungkinkah? Mungkin agaknya... Hanya Tuhan yang tahu ^_~

p.s: Tata... Hibernate sekejap till sihat. Take care of imaan :)

6 leaves:

faiez_daud,  24 January 2010 at 10:38  

assalamualaikum wbt..

alhamdulillah dh abis terapi.mdh2an lps ni awk smbuh sepenuhnya,dberikn kesihatan iman dan fizikal yg brpnjangn.ameen..

nurIslami,  24 January 2010 at 17:12  

Assalamualaikum:

Moga segera sembuh ya..

kenapa hanya bahu kiri disentuh..bahu kanan tak diusik?

salmanfasiri 24 January 2010 at 19:48  

"itu pun ada orang cakap 1 jam 30 minit tu SEKEJAP AJE???"<<< sape cakp gini ni?:d

sang penculik agaknya..

apa pun alhamduliLLAH semua berajalan spt yg dirancang

abezuh - Muhamad Zuhaili Saiman - 25 January 2010 at 06:59  

semoga anti sihat n sentiasa di dalam jagaan Allah SWT...

mujahidah 25 January 2010 at 07:59  

Assalamua'laikum adik sayang.. selamat menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-20.. =)

Semoga iman dalam jagaanNYA sentiasa, aminn

api,  28 January 2010 at 03:56  

boleh saya tahu name penuh n nama emak enti??..sy nk tolong enti sedikit..insyaAllah saya ada cara ckit nk ubati..tolong reply msj sy.appi_022yahoo.com.my
syukran

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO