"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

29 March 2011

Tenang Selepas Berkahwin

Bismillahirrahmanirrahim.

Seorang ukhti berpangkat "adik" berinteraksi dengan ana menerusi facebook. Sabar beliau menanti balasan mesej dari ana, dan ana tersenyum membaca mesej yang diberikan kepada ana. Usianya baru menginjak 18 tahun dan baru-baru ini selamat menjadi isteri kepada seorang pemuda (yang soleh, insya Allah). Apa yang membuatkan ana tersenyum meleret apabila beliau bercerita dan berkongsi perasaan dengan ana, mungkin kerana beliau merasakan ana juga kahwin di awal usia jadi beliau selesa untuk meluahkan hatinya kepada ana.

Dia ditunangkan oleh keluarga atas dasar pilihan keluarga. Memberontak, itu perkara biasa apabila seseorang merasa terpaksa melakukan sesuatu. Adik ini juga begitu, hatinya berombak apabila terasa dipaksa untuk berkahwin seawal usia 18 tahun dengan pemuda pilihan keluarga. Namun, yang membezakan dia dengan remaja lain adalah dia muhasabah dengan panduan iman. Setelah mengikut kehendak keluarga untuk bertunang, hatinya kian sukar untuk menjaga dan menghafaz al-Quran.

Kepada sahabiah solehah yang sudah peroleh syahadah hafizah Quran diajukan persoalan hatinya, maka sahabiah solehah tersebut memberi saranan agar segera berkahwin untuk menjaga hati. Maka, adik ini memberitahu walidnya akan perihal hatinya yang sukar untuk menghafaz al-Quran setelah bertunang. Akhirnya, rencana untuk berkahwin akhir tahun bertukar segera apabila walidnya menikahkah mereka baru-baru ini. Alhamdulillah.

Ana selalu mengulang... "Bila dah jodoh, Allah pasti akan permudahkan meskipun sebelum tu terlalu banyak ranjau dan duri. Tapi, bila Allah nak jodohkan seolah-olah semuanya jadi mudah."

Disebalik pemberontakan jiwa, akhirnya dia peroleh ketenangan yang sebelum ini tidak dirasai. Tenang setelah diijabkabulkan dengan pemuda tersebut. Hafazan semakin mudah dan hati tidak lagi bergelumang dengan ombak dan pasir.

Kadang-kadang, manusia takut untuk melaksanakan perintah Allah kerana bimbang tidak dicukupkan rezeki seperti yang diharapkan. Manusia takut untuk menghindari maksiat kerana bimbang dirinya akan menjadi 'tidak laku'. Maka, memilih untuk bercinta dan 'mengenali hati budi' masing-masing sehingga akhirnya kecewa dengan harapan yang palsu.

Tidak mudah apabila membuat keputusan untuk berkahwin apatah lagi pada usia yang muda. Sifat keanak-anakan si perempuan yang masih tebal, kurangnya pengalaman dalam mentadbir urusan hati (merajuk), kurangnya kesabaran dalam melayani kerenah suami dan pelbagai kekurangan diri. Tanpa sedar, sebenarnya berkahwin adalah proses tarbiyyah (didikan) yang berterusan.

Suami yang soleh dan berilmu akan mendidik isteri mengikut acuan al-Quran dan sunnah Nabi. Suami yang tugasnya sebagai PENDIDIK perlulah sentiasa memainkan peranan dengan bijaksana. Isteri yang bersifat keanak-anakan, perlulah ditegur dengan hikmah dan ditarbiyyah dengan kasih-sayang. Isteri yang mudah merajuk, usahlah dilayan rajuknya sehingga isteri merasakan merajuk adalah solusi terbaik untuk mendapat perhatian suami. Isteri yang tidak sabar dengan kerenah suami, maka suamilah yang perlu mengurangkan kerenahnya yang keanak-anakan agar isteri akan menjadi lebih matang sesuai dengan usia perkahwinan.

Bila ada sahabat yang mahu melangsungkan perkahwinan, dan adik ini yang berkahwin di usia yang muda... Memang ana tidak ada pengalaman dalam kehidupan rumahtangga tetapi, ana tidak mahu terlepas untuk berkongsi rasa.

BERSYUKURLAH kerana Allah telah memilih kita untuk menjadi seorang isteri kerana di saat ini masih terlalu ramai wanita solehah yang menanti detik-detik untuk menjadi seorang isteri tetapi mereka diuji oleh Allah, bukan kerana Allah membenci tetapi untuk meningkatkan lagi ilmu dan amalan mereka supaya setelah menapak di gerbang rumahtangga mereka lebih bersedia dari kita yang berkahwin di awal usia.


Ramai sahabat yang menanti untuk dilamar oleh lelaki yang soleh, namun kerana KURANGnya lelaki berkualiti (soleh) pada zaman ini menyebabkan ramai wanita yang tidak berkahwin dan ada pula yang memberi seribu satu alasan untuk menangguhkan perkahwinan. Setiap orang diberikan ujian tetapi ujiannya tidak sama. Tetapi, pokoknya sama ~ ujian adalah tarbiyyah dari Allah. Setelah berumahtangga, banyak lagi ujian-ujian yang jauh lebih besar akan ditempuh bersama pasangan berbanding sebelum berkahwin.

Jadikanlah ujian-ujian sebelum berkahwin sebagai wasilah untuk muhasabah diri dan medium untuk melentur hati agar bersedia untuk menggempur badai di alam rumahtangga kelak. Setiap ujian yang datang, apabila diterima dengan hati yang dipandu dengan iman, akal yang diletakkan dibawah rasional dan merasa adanya Tuhan insya Allah kita akan sentiasa melihat ujian adalah hadiah untuk menggerakkan diri menjadi lebih produktif berbanding semalam :)

"Sentiasalah bersedia untuk belajar berubah."

Pesanan ana kepada sahabat-sahabat yang mahu melangkah ke marhalah perkahwinan. Sebenarnya bukan sahaja kepada mereka yang ingin berkahwin tetapi kepada semua individu perlulah ada sikap bersedia untuk belajar berubah kerana pengalaman yang dilalui hasil rencam ujian tidak akan bermakna apabila kita memandang dengan sia-sia, sebaliknya sentiasa bersedia untuk belajar berubah kearah positif akan melentur pemikiran kita menjadi lebih matang sesuai dengan bertambahnya usia kita dari sehari ke sehari.

Jangan takut untuk berkahwin kerana Allah, insya Allah... Allah pasti akan membantu untuk menghadapi kesulitan. Belajarlah menggantung harapan kepada Allah, siapa lagi yang kita harapkan kalau bukan kepada Allah? Belajarlah tawakkal kepada Allah, kerana Allah sangat menyukai orang yang bertawakkal kepada Dia ^_~

Saidatina Aisyah juga berkahwin di awal usia, beliau juga bersifat keanak-anakan dan Rasulullah menjadi suami yang melentur (mentarbiyyah) dengan hikmah. Meskipun berkahwin di usia yang muda, ia tidak menjadi penghalang kepada Saidatina Aisyah untuk menjadi isteri yang berpotensi bahkan diantara isteri-isteri Nabi, Saidatina Aisyah yang paling faqeh. Malah, kalau dikumpulkan seluruh wanita tidak akan mampu untuk menandingi kepintaran Saidatina Aisyah. Belajarlah untuk mencontohi beliau, bukan usia penghalang kematangan tetapi menggilap keupayaan dan potensi diri :)

Wallahua'lam.

Insyirah Soleha.

28 leaves:

mariah 29 March 2011 at 10:39  

Slam ukhti..itulah yang terbaik. kini, kerap dgr alasan yg masih belum bersedia sedangkan bagi ana persediaan itu tidak akan ada jika kita tak cuba untuk menempuh permulaan pada persediaan itu.. cabaran ditempuh untuk menjadi yang sudah bersedia.. begin with the end of mind.. syukran atas perkongsian.

Unknown 29 March 2011 at 11:23  

mekasih atas pengkongsiannya,,
:)

Hasbullah 29 March 2011 at 11:57  

cerita yg menarik.. ana mohon copy cerita ni ya...syukran

Unknown 29 March 2011 at 12:10  

salam,menarik ntry yg saudari tulis...semoga berbahgia bersama pasangan...

Anonymous,  29 March 2011 at 12:32  

alhamdulillah...mabruk buat adik tue...sangat indah berkahwin di usia muda... akak telah laulinya... :)

Unknown 29 March 2011 at 13:23  

kalau kita percaya sepenuhnya dengan Allah, InsyaAllah. apa yang datang, kita terima. apa yang jadi, kita redha. pengalaman leen sendiri, rasa mula-mula tu macam mustahil semuanya. tapi, tiba-tiba Allah ubah semuanya tanpa disangka-sangka. takde hint takda apa terus tiba-tiba nampak jalan yang terang itu... Alhamdulillah.

perkongsian yang baik :)

Anonymous,  29 March 2011 at 14:08  

salam ukhti mohon tulisan ini utk saya manfaatkn di blog...

Anonymous,  29 March 2011 at 14:40  

akak.. akak.. nak share link kat facebook yeeaaa :')

Insyirah 29 March 2011 at 16:11  

Salam ukht Mariah.

tetapi kalau memang benar-benar tiada persediaan yang dilakukan dr sudut ILMU dan kefahaman tentang rumahtangga, usahlah membinasakan kehidupan orang lain (pasangan) dengan berkahwin tanpa bekalan ilmu. ilmu itu penting, setidak-tidaknya perlu kepada basic :)

wallahua'lam

Insyirah 29 March 2011 at 16:12  

Miz Ruha:

Sesekali mendengar cerita orang lain, pasti ada pengajaran yang boleh kita ambil. Insya Allah :)

Insyirah 29 March 2011 at 16:13  

Hasbullah :

Menarik atau tidak, ia terpulang kepada bagaimana kita menghadam apa yang disampaikan, bukan hanya bersandar kepada 'ceritanya' sahaja :)

wallahua'lam.

Insyirah 29 March 2011 at 16:13  

Salam Anak Pendang Sekeluarga:

Insya Allah, moga kasih sayang yang dijalinkan kerana Allah akan membuahkan kemanisan iman dan taqwa sehingga berkekalan di akhir hayat. Amin. Jazakallah.

Insyirah 29 March 2011 at 16:14  

Anon 1 :

Alhamdulillah, mungkin akak juga boleh kongsikan pengalaman untuk dijadikan iktibar kepada mereka yang TAKUT untuk berkahwin :)

Insyirah 29 March 2011 at 16:15  

Leen :

Hati itu berbolak balik sifatnya, maka berhati-hatilah dalam menjaga hati :) Insya Allah, sentiasa penuhi hati dengan ilmu semoga roh sentiasa sihat dengan taufiq dari Allah, amin.

Insyirah 29 March 2011 at 16:15  

Anon 2 :

Silakan, moga mendapat manfaat :)

Insyirah 29 March 2011 at 16:16  

Anon 3 :

Uish, adik yang mana satu ni yer, kenapa tak guna ID. hehe...

naurah 29 March 2011 at 20:11  

salam ukhti, MashaAllah.. bagusnya entri..ana mohon share di blog ana..jazakillah

Akhi Huzaifah 29 March 2011 at 22:55  

salam wbt..

Subhanallah, satu ulasan & perkongsian yang baik... semoga dapat dimanfaatkan bersama..

kirimkan salam ana pada us pool..=)

qemey 30 March 2011 at 00:36  

subhanallah..
hebad3.. bleh try ni kawen awal..

BungaSahara 30 March 2011 at 20:48  

Assalamualaikumm..sgt SUKA membaca ntry ni...senyummmmmm lebar dibuatnyaa.... ^_^
dik syirah... doakan akk ye...
ingin juga merasai ketenangan itu...
doakan semuanya dipermudahkan...insyaALLAH selepas raya tahun ini... :)

Insyirah 31 March 2011 at 10:48  

salam naurah humayra.

bayar tax 20 sen dulu :P

Insyirah 31 March 2011 at 10:48  

Salam Ust Huzaifah :

ALhamdulillah, salamnya sudah dikirim.

Insyirah 31 March 2011 at 10:50  

qemey :

kahwin bukan makan cuba makan nasi lemak, sedap ke tak sedap. kahwin bukan macam cuba-cuba berjaya atau tak. kahwin adalah satu ikatan yang dijalinkan untuk mencari keredhaan Allah, bila berusaha untuk mendapatkan keredhaan Allah mesti kena menggunakan JALAN YANG SYARIE. bukan cuba-cuba... :)

Insyirah 31 March 2011 at 10:50  

Ati_hime :

sama-sama.

Insyirah 31 March 2011 at 10:51  

Wa'alaikumussalam kak Bunga Sahara :

Insya Allah wa biiznillah.
MOga Allah permudahkan jalan untuk mengikut sunnah Nabi dan menutup BANYAK pintu-pintu fitnah dengan perkahwinan yang diberkati. Insya Allah, amin.

Lepas raya tak lama dah tu, moga dipermudahkan urusan. Jaga ikhtilat :) Jaga keberkatan hubungan... (",)

BungaSahara 3 April 2011 at 08:58  

Syukran dik syirah :) alhamdulillah...tenang hati bila ada yang mengingatkan... :)

anispauzi,  3 April 2011 at 17:36  

alhamdulillah..semoga diri kita dipelihara Allah sokmo:)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO