Kerana MULUT Badan BINASA
Bismillahirrahmanirrahim.
Seminggu ini badan kurang selesa, demam masih on-off. Mungkin juga kerana tempias makan durian minggu lepas sehingga demam, belum demamnya betul-betul kebah ana dengan rakusnya makan laksa di rumah bapa saudara. Asalnya sekadar mahu menjamah sedikit tapi dek kerana kuah laksanya yang betul-betul ho liau, banyak pula yang dimakan. Tambah pula dengan cendol, slurp...! Aisnya sudah cair, tapi masih terasa sejuk.
Cuaca sekarang agak panas (memang panas), menikmati cendol di waktu petang terlalu nikmat. Alhamdulillah. Zauj selalu cakap, "macam dalam syurga je, asal terlintas nak makan, Allah bagi" walaupun tidaklah datang sekelip mata. Allahu Allah, betapa luasnya rezeki Allah.
Makan Laksa Penang di waktu petang, esok paginya langsung tak boleh nak bangun. Memang sah-sah ana tak boleh nak 'sentuh' laksa sebab laksa dibuat dari beras pulut, bahkan kalau makan pulut pun sekadar mencuit-cuit saja. Nampak ketupat di hari raya, pandang macam tak ada nafsu tapi bila tengok orang lain makan sehingga menjilat jari memang tergoda akhirnya.
Kalau balik rumah mertua, bila ibu mertua ada tempahan pulut untuk pengantin yang diserikan dengan pelbagai warna kadang-kadang tengok anak-anak saudara makan, terliur juga. Ibu mertua yang sangat memahami, selalunya sendukkan juga sedikit pulut untuk ana tapi siap berpesan "jangan makan banyak-banyak ye", hehehe. Jarang ana menikmati ketupat di rumah mertua, takut tumbang tak bangun-bangun nanti menyusahkan semua orang.
Kalau di rumah ummi, nak makan ketupat segantang pun ummi tak larang sebab ummi dah puas tengok ana sakit sampai ummi tak kisah nak biar ana makan apa pun. Hehehe. Tapi, bila dah sakit, ummi mesti cakap "tak apa, sedap kan?" jadi nak tak nak diri sendiri yang perlu mengawal pandangan mata dari melihat makanan yang 'not allowed' ke dalam tubuh.
"Di Kelantan, orang tua jarang makan laksa tapi makan laksam."
Encik zauj berkongsi tips. Ya benar, laksam sangatlah lazat dimakan waktu pagi tetapi malangnya susah nak mencari laksam di kawasan Sungai Buloh. Jarang orang menjual laksam, kena cari orang Kelantan untuk buatkan laksam. Weeeee, tetiba nak makan laksam pula ni. ^_^
Badan yang baru nak pulih demam dari bias makan durian, demam semula selepas makan laksa. Hihihi. Ditambah pula dengan sakit tekak dan batuk. Alhamdulillah, zauj buatkan air teh hijau panas yang dihidang tanpa gula untuk ana. Akhirnya kesakitan tekak berkurangan dan kahak juga sudah banyak yang keluar melalui muntah selepas batuk tak henti-henti. Alhamdulillah. Satu kelegaan... :)
Dulu, selalu demam. Bila paru-paru berair, demam. Bila dihendap costocondritis, demam. Bila berjalan jauh, demam. Sekarang jarang-jarang demam, bila demam rasa manja pula. Masakan tak manja, bila batuk je terasa nak muntah. Sambil muntah, boleh pula menangis macam budak-budak. Sekarang, kalau costocondritis pun dah tak demam. Kadang, tak tahu pun costocondritis mengendap bila termengah-mengah baru la check rupanya costocondritis dah membengkak tinggi jadi kene rehat tak boleh banyak-banyak berjalan :P
Manusia pada fitrahnya sentiasa mahukan perkara yang membawa KEBAIKAN. Jadi, apabila seseorang manusia berhijrah ke arab kebaikan, dia sebenarnya kembali kepada fitrah kejadiannya cuma manusia dibekali dengan nafsu ditambah pula dengan godaan dari syaitan yang berusaha mengajak manusia bersama-sama menjadi penghuni neraka. Manusia memerlukan nafsu tetapi nafsu perlu dididik supaya tunduk pada bisikan iman bukannya iman ditundukkan oleh nafsu.
Kalau tidak ada nafsu, masakan manusia akan bersungguh dalam melakukan kebaikan.
Jadi, tidak salah nafsu untuk makan makanan yang kelihatan lazat kerana manusia memang dibekali dengan nafsu. Bezanya, perlu kepada penilaian akal yang rasional untuk menikmati makanan yang kelihatan lazat kerana pulut santan binasa, kerana MULUT badan BINASA. Nikmat hanya seketika, dan kesannya lebih lama.
Hai mata, sila jaga pandangan dari melihat makanan yang tidak sepatutnya dimakan.
Hai mulut, sila jangan biarkan makanan yang tidak sepatutnya dimakan memasukimu.
Hai perut, sila jangan menerima makanan yang tidak sepatutnya dimakan menghunimu.
Hai akal, tolong ingatkan hati agar jangan tertipu dengan pandangan mata.
Hai iman, tolong ingatkan akal agar tidak menipu hati dengan bisikan nafsu.
"Badan bukan nak guna harini je, tapi lama lagi nak guna." Kalau tempoh penggunaannya sekejap saja pun, itu bukan permasalahannya tetapi amanah yang Allah titipkan perlu dijaga. Ok, ana berusaha untuk tidak mahu degil lagi. Mujahadah! ^_~
"Kenapa orang tua-tua, kalau dengar perempuan mengidam dia bersungguh-sungguh nak tunaikan hasrat perempuan tu. Nak makan apa pun sanggup cari dan dapatkan."
"Ye la, zaman dulu bila bersalin ni hidup-mati. Tak tahu lepas tu boleh makan lagi atau tak. Zaman sekarang, ada teknologi. Bila tak boleh bersalin biasa, banyak cara lain yang diusahakan untuk selamatkan ibu dan anak."
Betul juga, kan? Jangan 'mengidam' yang pelik-pelik sudah. Buatnya 'mengidam' nak makan harimau? Haish... Tak sempat makan harimau, harimau yang makan kita. Rupa-rupanya harimau tu pun mengidam nak makan manusia juga. Teeet..!
Anakanda Amanina menikmati 'Aye Janggut' sampai terangkat kaki.
Aunty Jie dan kawan-kawan, bila pula nak datang ziarah Amanina ni?
Allah tahu apa yang Dia rancangkan :) Kalau berat naik mendadak, nanti kesakitan pada bahagian tulang belakang akan membuatkan hamba Nya 'patah sayap' untuk terbang tinggi-tinggi. Insya Allah. Allah always know the best ^_~
Wallahua'lam.
Insyirah Soleha.
11 leaves:
assalamualaikum..kak insyirah..
nak kongsi ckit..
org tua2 pun ada cakap jugak..kalau si ibu tngah mengandung mengidam nak makan something,kena cepat-cepat dpatkan.. sebab mungkin baby yg nak 'makan'..nanti bila dah keluar,takut baby berair liur..
Allahu'alam..org tua2 yg cakap..
adik muda lagi ^_^hehe..(gurau je)
apa-apa pun..semoga akak dan cik baby sihat walafiat..
AMIIN..=))
assalamualaikum puan insyirah:
makanan apa yg dalam kotak tu? Macam menarik saja..
apa nama tempat tu?
Assalamualaikum,hati2,jaga kandungan,apa2 masalah minta pada Allah ye kakak.
semoga segalanya selamat.
InsyaAllah.
be strong ya.
Assalamualaikum Syira. Tersenyum-senyum kakchik membaca coretan Syira kali ni. Orang mengandung ni memang seleranya macam-macam kadang langsung takde selera. Itu dari apa yang kakchik tengok yang dilalui oleh kakak2 dan adik kakchik semasa mengandung. Apa-apapun kesihatan kena jaga sebab ia amanah yang penting dr Allah. Take care my dear adik.
Waalaikumussalam Nadia.
Hihi, orang tua-tua memang banyak cakap :P tapi tak semua yang dicakap oleh orang tua perlu diikut, hehehe. maksud akak, kekadang tu orang tua terlalu banyak sangat pendapat sampai buat kita terfikir semula "biar betul..." yelah, kita hormati mereka sebagai orang yang lebih berpengalaman tapi apapun kena kembali juga kepada sunnatullah.
ibu x makan, anak yang meleleh? padahal dalam Quran dah diterangkan, anak yang lahir dari perut ibu itu sebenarnya Allah yang keluarkan dari perut ibu, baby tak tahu apa-apa. macammana baby boleh request nak makan itu ini? Lalalala... keh keh keh ^__^
Waalaikumussalam NurIslami :
Dalam kotak tersebut berisi Egg Tart atau dikenali dengan nama Portugis Tart, boleh didapati di kedai kek :)
Wa'alaikumussalam kak Mardhiah.
Akak dah bersalin? :)
Insya Allah, semoga Allah pelihara kami.
Wa'alaikumussalam kakchik.
Hehehe, banyak sangat ragam dan songehnya kan? Kadang, rasa lucu dan pelik pula. Tapi tak boleh terlalu ikutkan rasa hati, kene jaga kesihatan dan fikirkan apa yang terbaik untuk kami. Kena mujahadah, hehehe.
Assalamualaikum..
kak insyirah,mohon share kate2 akk kt post neyh ea..(^_^)
assalamualaikum
selama ini akak hanya silent reader.tetapi hari ini terpanggil untuk meninggalkan jejak.
seronok baca pelbagai entry yg amat berguna dari adik insyirah.masya Allah memang adik dikurniakan bakat menulis yang unggul di beri Allah.akak suka membacanya kerana ia penuh makna.
emm teringin nak makan laksam ye?akak boleh buatkan.tapi syirah dok tang mana kat sg buloh tu?akak di sri damansara.sesekali ada juga turun sg buloh..
Ummu Raisha :
wah wah wah (dah terbayang laksam ni) hehehehe.
insyirah duduk di bandar baru sungai buloh ^__^
Post a Comment