"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

05 April 2011

Hati Yang Kaya

Bismillahirrahmanirrahim.

Jari segan-segan silu nak menaip. ^__^

Teringat pada wasiat Rasulullah s.a.w. kepada Abu Hurairah. "Redha dengan pemberian Allah nescaya kamu akan menjadi manusia yang kaya hatinya."

Redha dan sabar umpama kembar siam, ungkapan yang sering dikepilkan bersama saat menghadapi sesuatu musibah. Apabila melihat manusia lain diberikan ujian, tidak jarang kita mengungkapkan ungkapan "sabar dan redha, insya Allah ada hikmah dari Allah."

Walaupun nampak macam kembar siam, hakikat redha dan sabar sangat berbeza.
Sabar ~ menahan diri dan mengikat hati dari merungut dengan apa yang berlaku.
Redha ~ tiada apa yang mahu diluahkan, tak rasa 'tercuit' dengan apa yang berlaku.

Ramai yang sabar dengan takdir (ujian, bala, musibah) tetapi sangat sedikit yang redha. Redha di dalam hati yang mana hanya urusan dia dan Allah sahaja.

Sebuah kisah yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas di mana Rasulullah s.a.w. bersabda mafhumnya; "sekiranya mahu melihat wanita syurga, maka lihatlah pada wanita itu." Apakah hebatnya seorang wanita yang lemah (fizikalnya) sehingga dikatakan sebagai ahli syurga. Kita pasti pernah mendengar hadith dari Rasulullah bahawa kebanyakan penghuni neraka terdiri dari wanita, jadi... mari kita berkenalan dengan wanita penghuni syurga.

Dia bukanlah seorang srikandi yang berjuang di medan perang membunuh kaum kafir musyrikin, dia bukanlah seorang wanita yang selalu menjadi sebutan orang atau dia tidaklah dikenali sebagai seorang wanita yang hebat namun dia adalah wanita yang Rasulullah ungkapkan "sekiranya mahu melihat wanita syurga, maka lihatlah pada wanita itu."

Pada suatu hari, seorang wanita berjumpa dengan Rasulullah s.a.w. dan minta supaya Rasulullah mendoakan untuknya agar diberikan kesembuhan oleh Allah taala dari penyakit sawan babi.

Rasulullah s.a.w. menjawab "aku boleh berdoa minta Allah sembuhkan kamu tetapi kalau kamu sabar maka kamu akan mendapat syurga." Lalu wanita tersebut meminta kepada Rasulullah s.a.w. mendoakan agar Allah tidak menyelak kainnya ketika diserang penyakit sawan babi.


Rasulullah s.a.w. menjamin bahawa wanita tersebut masuk ke dalam syurga... Allahuakbar!

Di dalam keadaan yang tidak sedar apabila diserang penyakit sawan babi, pastilah seorang wanita akan kelihatan aib apatah lagi auratnya mungkin akan terselak dan dilihat oleh orang lain. Dalam keadaan yang tidak sedar (darurat) pun beliau MALU sekiranya auratnya dilihat oleh orang lain, inikan kita yang sedar (sihat dan waras fikiran) tidak segan silu menunjukkan aurat di hadapan orang lain. Bahkan, merasa bangga! Na'uzubillah.

* Usah minta dikurangkan ujian tetapi pintalah diberatkan iman *

Kita hanya sukakan perkara yang baik dan melihat ujian serta musibah adalah bala. Hakikatnya, seorang manusia hanyalah hamba Allah yang layak untuk diuji. Setiap orang teruji tetapi dengan ujian yang tidak sama. Ada manusia yang diuji dengan kebahagiaan sehingga dia terlupa bersyukur kepada Pemberi kebahagiaan tersebut. Ada manusia yang diuji dengan derita berpanjangan sehingga terlupa bagaimana rasanya menjadi bahagia.

Hakikatnya, keindahan, kelazatan dan kenikmatan yang zahir itu adalah ujian yang lebih berat dibandingkan dengan ujian keresahan, kesengsaraan dan sebagainya. Apabila diuji dengan perkara yang membuatkan kita SERONOK, maka kita akan mudah lupa dengan Allah dan sangat sedikit yang tetap bersyukur kepada Allah sedangkan manusia yang diuji dengan perkara yang MENDUKACITAKAN maka kita akan merasa 'disentap' dan berfikir, moga taufiq dari Allah akan memandu kita kembali ke pangkuan Nya.

Kadang-kadang, kita melihat orang yang diuji dengan pelbagai rencam ujian tetap dengan wajah yang tenang... Kita jadi pelik dan dalam masa yang sama merasa kagum apalah yang menguatkan hatinya sehingga begitu kukuh berdiri. Kita lupa untuk merasa bahawa wajah yang tenang lahir dari hati yang punya hubungan akrab dengan Allah. Mereka berpuas hati (redha) dengan segala pemberian dari Allah, maka hati yang kaya itu tersinar pada wajah mereka.


Meski hujan, dia tetap mahu berjalan sakan pada cerun bukit. Kembaranya baru bermula dengan langkah pertama, bezanya dia BERANI mencuba meski jatuh berkali-kali dia tetap bangun memulakan langkah baru dengan senyuman yang sungguh menggoda. *grrrr...*

Tidak penting sebanyak mana ujian yang menghempap kamu, yang penting bagaimana kamu berdepan dengan ujian tersebut. Caiyok! Caiyok! ^_^

Wallahua'lam.

Insyirah Soleha.

5 leaves:

:: Zahratu Billaurah :: 6 April 2011 at 11:48  

Rabi'ah suka post ni! ^_^
(lama xjenguk akak,hihihi)

dunia sememangnya medan ujian,
ujian pula ada dlm bentuk kesenangan dan kesusahan..
bila ada ujian di situ kene kena pandai mengeluarkan senjata kesyukuran atau kesabaran..
hadapi dgn iman..kembali kpd Allah akhirnya..

ha'ah, betul akak, ujian kesenangan lebih berat, lagi senang nak buat diri lupakan Allah dan tenggelam dlm nikmat, tapi kalau diuji dgn susah, rs nk sujud pjg2, doa nangis2 dpn Allah tu ada lagi

sabar tu..xputus asa dan terus berusaha..
reda..pasrah dgn ketentuan Allah, kan akak?

dlm menjalani manis dan pahit maung kehidupan, hanya yakin dgn aturan Allah =) perancangan-Nya sungguh cantik

nur_baby 6 April 2011 at 12:29  

Alhamdulilah..terima kasih kerana menyedarkan saya..sesungguhnya kita selalu bersabar tetapi kadang-kadang kita xmmpu untuk redha dengan ujian tersebut..Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Penyayang memberikan petunjuk kepada saya melalui Syirah..terima kasih..

Insyirah 9 April 2011 at 10:04  

Syauqatul Wardah (Rabiah) :

Keselesaan adalah anugerah, jarang manusia sedar tika keselesaan, bukan bermakna Tuhan tidak berbicara tika selesa tapi manusia alpa. Tika keperitan baru manusia sedar Tuhan sedang berbicara. - dalam ilmu sastera arab disebut "lafzul khas uriida bihi al am"

Insyirah 9 April 2011 at 10:05  

Nur Baby :

Kepunyaan Allahlah segala taufiq dan hidayah, Dia memberikan kepada siapa yang dikehendaki dan menyesatkan sesiapa yang dikehendaki.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO