Dia Saudara Kita
Bismillahirrahmanirrahim.
Sekitar 2-3 bulan yang lalu, mengikuti encik zauj ke kuliah maghrib di surau kawasan Sungai Buloh. Kebetulan, pada hari tersebut kami merancang untuk makan di luar selepas selesai kuliah. Saja beralih selera, nak makan masakan barat dan kebetulan dah keluar jadi terus la ke restoran selepas kuliah.
Pada malam yang sama juga, Allah menemukan kami dengan sepasang suami isteri berbangsa cina yang memeluk agama Islam beberapa tahun yang lalu bersama seorang anak kecil yang berusia 5 bulan. Terkejut juga ana, sangkaan ana bayi tersebut baru lingkungan 2-3 bulan kerana saiz badannya yang agak kecil. Mereka hadir di surau untuk meminta sumbangan dari hadirin bagi membayar sewa rumah dan keperluan sara hidup.
Alhamdulillah. Hasil sumbangan orang ramai pada malam itu dapatlah beliau membayar wang sewa rumah kerana tuan rumah sudah memberi amaran sekiranya tidak dapat membayar sewa maka mereka perlu keluar dari rumah tersebut. Selepas selesai kuliah dan solat Isyak, ana menunggu zauji yang berbual dengan beberapa orang jemaah surau. Sambil memerhati pasangan suami isteri dan anak kecil mereka di dalam stroller, mereka keluar dari kawasan pagar surau...
"Abang, cuba tanya dia duduk mana? Kalau dekat, Abang tolong la hantar."
Ana sarankan zauji untuk kejar suaminya, dalam kepekatan zulumat dan angin malam ketiga-tiga beranak tersebut menunggu kelibat teksi. Alhamdulillah, rumah sewa mereka hanya di Damansara Damai tidak jauh dari Bandar Baru Sungai Buloh. Jadi, zauji tawarkan untuk hantar mereka. Disebabkan mereka bawa stroller, tak muat la nak letak di dalam bonet kereta kami yang comel :)
Abang tinggalkan ana di surau, kebetulan sepupu ana masih ada di surau berbual dengan rakan-rakannya maka zauji pesankan sepupu untuk tengokkan ana sementara zauji menghantar mereka ke Damansara Damai. Sekitar 20 minit kemudian, zauji pun sampai di surau untuk ambil ana. Dalam perjalanan, sempatlah zauji menitipkan beberapa pesan kepada pasangan muallaf tersebut.
"Sentiasa berdoa kepada Allah, jangan putus harap."
"Ustaz, saya tak berhenti minta pada Allah. Sehari 5x saya minta pada Allah."
"Jangan putus asa, bila kita minta kadang-kadang Allah tak terus bagi pada kita sebab Dia nak tengok kita sabar atau tidak dengan ujian. Dia nak tengok adakah kita percaya pada Dia."
"Insya Allah."
Zauji juga tanyakan perihal zakat, mengapa mereka tidak meminta bantuan zakat. Jawabnya, dia sudah lebih 3 tahun memeluk agama Islam jadi tidak boleh menerima bantuan zakat. La haulawala quwwata illa billah. Mereka suami isteri berbangsa cina, memeluk agama Islam dan mempunyai seorang bayi perempuan. Lebih-lebih lagi mereka memeluk agama Islam di Kelantan, maka tidak boleh menerima bantuan zakat dari Selangor. (Hmmm???)
Suaminya, Abdul Rahman. Isterinya bernama Aisyah dan anak mereka bernama Fatimah.
Kita semua sedia maklum, bila memeluk agama Islam pastilah mereka akan dibuang oleh keluarga tambahan pula kedua-dua mereka (suami isteri) adalah 'saudara baru', kehilangan keluarga kerana memilih aqidah yang sohih, meninggalkan agama nenek moyang demi kebenaran Islam... Tetapi, apabila memeluk agama Islam, mereka dipinggirkan oleh orang Islam sendiri.
Tidak mustahil, RAMAI YANG KEMBALI MURTAD kepada agama asal mereka demi memenuhi tuntutan kehidupan. Keluarga menawarkan bantuan dengan mahar menggadaikan agama Islam dan kembali kepada agama asal. Disebabkan kesusahan hidup, kesempitan wang dan berbagai kerenah birokrasi pihak zakat yang tidak mahu membantu maka mereka yang tidak tahan dengan rencam ujian akan kembali menjadi kafir. Tidak terasa bersalahkah kita?
Semalam, sekali lagi Saudara Abdul Rahman menalifon encik zauj meminta bantuan kewangan. Pernah juga beliau menalifon mengadu sudah beberapa hari tidak makan, sekadar mengalas perut dengan air kosong. Sebagai pekerja kilang, berapalah sangat gajinya. Perlu membayar sewa rumah dan keperluan harian yang lain. Isterinya tidak bekerja...
Semalam, beliau meminta bantuan encik zauj kerana anaknya tidak sihat dan mahu dibawa berjumpa dengan doktor. Tambahan pula beberapa keperluan lain juga yang diperlukan. Semoga Allah merahmati pasangan ini dan memelihara mereka di bawah rahmat Nya, dijauhkan mereka dari terdetik untuk meninggalkan agama Islam dan kekal dengan aqidah yang sohih. Aamin.
Ana... Bagi pihak saudara Abdul Rahman, sekiranya ada pembaca yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menyalurkan kepada beliau melalui :
Nama : Md Saiful Azuran B. Md Nawi
Akaun Maybank : 1530 1040 5735
dan hantarkan pesanan ke 013-969 2446 untuk memaklumkan kepada kami jumlah wang yang disumbangkan.
Semoga Allah meluaskan rezeki kalian, jazakumullah khairan.
p/s: Kalau sesiapa ada peluang pekerjaan yang membolehkan saudara Abdul Rahman tidak perlu menyewa rumah (menyediakan penginapan), boleh juga maklumkan kepada kami.
"Harta yang menjadi milik kamu yang sebenar ialah harta yang kamu belanjakan ke jalan Allah." (Saidina Ali)
Wallahua'lam.
Insyirah Soleha.
4 leaves:
Assalamu'alaikumwarahmatullah ya ukhti ...
Ditakdirkan Allah , smlm mak ana ada bg satu iklan ;
TAWARAN JAWATAN KOSONG PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)
Semua wrganegara M'sia yg brkelayakan dipelawa utk brkhidmat di Bahagian Rekod Perubatan di hospital2 Negeri Selangor & Unit Rekod Jabatan Kesihatan Negeri Selangor .
Nama Jawatan : Pembantu Tadbir Gred N17
Kumpulan : sokongan
Gaji : RM54.00 (xtermasuk cuti mingguan ,cuti kelepasan AM & PSH xhadir bertugas)
Syarat Lantikan .
-SPM dgn 4 kepujian termasuk Bahasa Malaysia ,Bahasa Inggeris , Matematik
-Keutamaan kpd calon yg berkebolehan mngendalikan perisian komputer
-berumur dari 21 tahun ke ats
Deskripsi tugas ; mmbntu mngurus laporan perubatan, mmbntu pengurusan rekod , mmbntu mngurus statistik sistem mklumat perawatan pesakit , program casemix dan mmbntu mngurus statistik rawatan harian .
Kemudahan lain ;
-9jam bekerja trmasuk wktu rehat
-Tidak layak utk tuntutan lbh masa
-Caruman KWSP
-Elaun prjalanan knderaan
-Elaun Loging
-Elaun harian
-Elaun makan
SILA DAPATKAN BORANG PERMOHONAN DI KAUNTER BAHAGIAN PERUBATAN DGN MEMBAWA SIJIL ASAL ATAU SALINAN SPM , JAM 8.30PAGI HINGGA 4.30PETANG
Tarikh iklan : 25.4.2011
Tarikh tutup : 4.5.2011, 4.30PETANG
ana cuba jg yg trmampu utk bntu saudara kita .. bkn mreka shj , ukhti pn blh mohon jgk =)
nk ambl borang tu dkt ,
JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR , TINGKAT 9 , 10 ,11 & 17 WISMA SUNWAYMAS , LOT 1 , JALAN PERSIARAN KAYANGAN 40100 SHAH ALAM , SELANGOR
no . tel : 03-51237333/334/335
InsyaAllah klau diterima , akn mula krja 1.6.2011
salam,
subhanaAllah.. mulia sungguh hati ukhti. moga Allah membantu pasangan muallaf ini insyaAllah
Semoga awak sentiasa mmberi smgt pada pasangan itu.
Sedih juga dengar cite pasal Zakat Selangor ni. Macam dah terlupa apa tujuan zakat sebenar. Boleh pulak pilih kasih dan ada procedure yang tak masuk akal camni.
Post a Comment