"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

27 September 2010

Tabir Buat Muslimah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, Allah masih menyinarkan matahari di siang hari dan meminjamkan keindahan bulan di malam hari. Semalam, bulan sangat cantik di dada langit dan ana merenung lampu-lampu yang menghiasi jalan-jalan. Cantik, namun kecantikan cahaya yang indah pada lampu tidak terbanding dengan keindahan ciptaan Ilahi pada bulan yang membiaskan cahayanya. Allahuakbar.

Andai muslimah itu ibarat lampu, keindahan itu tidak mampu terbanding dengan keindahan pada sang rembulan yang menyinari langit di waktu malam. Muslimah solehah itu adalah sang rembulan yang menebakkan cahayanya, memukau pandangan mata dan mampu membelai halus perasaan dan jiwa manusia. Betapa berbezanya hakikat seorang muslimah dan muslimah solehah...


Muslimah adalah seorang wanita muslim. Tidak semua muslimah mengikut acuan Al-Quran dan sunnah Rasulullah, maka pada tafsiran muslimah dan muslimah solehah itu sangatlah berbeza. Seorang muslimah itu indah namun tidak seindah muslimah solehah. Lampu neon yang kepelbagaian warna itu cantik namun tidak mampu menandingi kecantikan dari sang rembulan walau hakikatnya permukaan bulan diselaputi kawah-kawah manakala lampu itu dihiasi dengan kaca-kaca yang indah ukirannya.

Zahir bukan penentu pada biasan cantik dan indah sesuatu. Lampu kaca yang cantik dan mahal ukirannya, indah dipandang mata tidak mampu menawan hati-hati yang rindu pada redupnya kerdipan cahaya. Bulan yang berkawah, cahayanya mampu membelai jiwa yang layu... Arh... Perumpamaan yang sukar untuk ditamsilkan dengan kata-kata. Dan ana, biarlah tidak seindah ukiran kaca yang mahal, cukuplah kekurangan diri ini memaksa untuk terus berfikir dalam zikir supaya lebih memaksa diri untuk menawan hati sang suami agar mampu kelihatan seperti tersenyum umpama bulan di waktu malam. Cahaya yang mendamaikan, senyuman yang memukau...


... Sila berjiwa sastera sikit ye, bulan memang tidak pernah tersenyum :p

Pernahkah seorang muslimah terfikir atau berfikir kenapa di dalam masjid dan surau (di Malaysia) dibuat tabir bagi memisahkan ruangan muslimin dan muslimat? Pernahkah seorang muslimin terfikir atau berfikir kenapa di dalam masjid dan surau (di Malaysia) ditabirkan ruangan muslimat dan terlindung dari pandangan muslimin?

Ini adalah kerana Islam sangat memelihara dan menjaga kehormatan juga kesucian para wanita muslimah. Allahu Allah... Islam begitu 'cemburu' membiarkan wanita dipandang sewenang-wenangnya oleh lelaki. Rasulullah s.a.w. tidak menggalakkan wanita untuk solat (berjemaah) di masjid tetapi Rasulullah s.a.w. berpesan supaya tidak menghalang para wanita untuk turut solat (berjemaah) di masjid.

Kenapa? Kerana duduknya seorang wanita itu adalah di dalam rumahnya :)

Tetapi, Rasulullah s.a.w. meraikan juga kehadiran para wanita yang datang bersolat di masjid, namun bagi menjaga para wanita ini, selepas solat Rasulullah tidak akan segera balik tetapi akan berbual dengan para sahabat (lelaki) sehingga hal ini memberi peluang kepada muslimah untuk pulang ke rumah dahulu sebelum jemaah lelaki meninggalkan masjid. Lihat bagaimana Islam meletakkan wanita di tempat yang sangat istimewa. Alhamdulillah.

Selepas kewafatan Rasulullah s.a.w., para wanita mula bertabarruj (berhias/bersolek) sehingga Ibnu Umar pernah melarang para wanita keluar rumah untuk ke masjid dan Saidina Umar r.a. mengisytihar 'perang dingin' kepada anaknya sendiri kerana melarang wanita ke masjid sedangkan Rasulullah s.a.w. sendiri membenarkan para wanita untuk ke masjid. Ini adalah kerana Ibnu Umar merasakan bahawa wanita-wanita mula menimbulkan fitnah apabila bertabarruj untuk ke masjid dan Saidina Umar r.a. pula menjaga adab dengan hadith Rasulullah, menghalang wanita ke masjid adalah sama seperti mengharamkan apa yang dibenarkan oleh Rasulullah s.a.w., begitulah akhlaq para sahabat dengan hadith nabi...

Pada zaman Saidatina Aisyah sendiri, beliau pernah mengatakan bahawa; "Sekiranya Rasulullah s.a.w. melihat bagaimana para wanita bertabarruj pastilah Rasulullah tidak akan membenarkan mereka ke masjid."

Jadi, masalah tabarruj di kalangan wanita yang mahu ke masjid sudah berlaku pada zaman Umar dan Aisyah.

Selepas zaman tabi' tabiin... Untuk tidak mengharamkan (menghalang) para wanita ke masjid sedangkan ada unsur-unsur tabarruj, maka ulama' berpendapat bahawa tabir di ruangan muslimah adalah bagi mengelakkan dipandang oleh muslimin.

Pernahkah kalian terfikir, kalau di dalam solat pun ditabirkan wanita dari pandangan lelaki sedangkan di waktu solat hati dan jiwa berbicara dengan Sang Pencipta. Untung bagi mereka yang khusyuk dalam solat. Maka, pernahkah kalian merasakan bahawa wanita itu sangat indah dan lebih indah apabila ia tertutup indah dari pandangan lelaki-lelaki berpenyakit hati? Dan ana yakin, cahaya lampu dan bulan sangat berbeza impaknya kepada hati manusia. Muslimah dan muslimah solehah itu sangat berlainan sifatnya.

Jadi, mengapakah kalian wahai muslimah yang ku cintai sewenangnya membiarkan tubuh kalian diratah oleh pandangan nafsu sang lelaki? Bukankah Islam sudah meletakkan kalian pada kedudukan yang terlalu istimewa? Rasulullah sangat mencintai para wanita sehingga tidak membiarkan kalian menjadi tatapan mata lelaki yang soleh sekalipun... Islam begitu menjaga kesucian dan kehormatan kalian, mengapa kalian bogelkan maruah sebegitu rupa?

Jadi wahai muslimin yang ku hormati, mengapakah kalian tegar membiarkan ibu, saudara perempuan, isteri dan anak-anak perempuan kalian diratah tubuh mereka dari pandangan nafsu lelaki? Bukankah kalian diamanahkan sebagai imam dan pelindung kepada muslimah-muslimah itu? Mengapakah kalian menjatuhkan martabat wanita-wanita yang ku cintai ini? Katanya kalian berbangga menjadi umat Muhammad, tetapi adakah akhlaq Muhammad diikuti? Sanggupkah kalian membiarkan muslimah-muslimah itu dibogelkan maruah sedangkan mereka menjadi tanggungjawab kalian...

Apabila mereka memandang dengan pandangan pelik ke arah diri ini, ana hanya melemparkan senyuman di balik sehelai kain buruk ini... Apabila mereka menghina pada pakaian ini, ana hanya melihat dengan perasaan kasihan.

"Kenapa kamu pakai purdah?"

"Untuk menjaga mata-mata lelaki..." Dan pandangan mata itu laksana anak panah beracun dari syaitan, barangsiapa yang memelihara pandangannya dari melihat perkara haram maka Allah mewariskan kelazatan hatinya sehingga dia bertemu dengan Allah! Allahuakbar.

Ana mencintai saudara seagama dan ana tidak mahu mencampakkan mereka ke dalam azab api neraka asbab dari diri ana.

"Macammana kamu makan?"

"Saya makan macam awak makan."

Maaf, ana tidak suka jawab sebegini... Ia statik, membuat sesuatu tanpa penjelasan. Kalau kita raikan soalan-soalan mereka yang bertanya, mereka akan lebih faham kenapa kita memakai purdah dan kita juga seorang manusia yang menikmati kehidupan ini dan mengambil kehidupan ini sebagai alat untuk kehidupan di akhirat. Menghuraikan dengan panjang lebar akan membuka mata (dan mungkin juga hati) seseorang untuk memandang munaqqobah (orang yang memakai purdah) sebagai seorang biasa, bukan alien dari planet lain :D

"Insyirah, kalau pergi kenduri atau majlis macammana kamu makan?" Soal seseorang.

"Saya memilih tempat yang tersorok, kalau tempat lelaki dan perempuan diasingkan saya akan membelakangkan lelaki dan mengadap ke arah perempuan. Kalau tidak pun, makan tepi dinding... Tapi, kalau makan secara 'open' maka kamu kena tengok macammana saya makan, kamu akan rasa betapa khusyuknya saya menikmati makanan tersebut :P dan tengok keadaan juga la, bila crowded saya tak suka makan. Bila pakai purdah, saya kena jaga untuk hormat kepada purdah saya. Tak boleh suka-suka nak buka di khalayak ramai."

Tiba-tiba sang suami bersuara.

"Nasib baik isteri saya pakai purdah."

"Kenapa?"

"Bila kereta lalu sebelah kita, dia akan tengok isteri saya dulu..."

Hahaha... Nak tergelak dibuatnya. Satu lagi kelebihan berpurdah, boleh meminimakan tahap cemburu suami apabila isterinya dipandang oleh lelaki lain. Sebenarnya, semua suami perlu ada perasaan cemburu (kalau tak ada tu maksudnya something wrong la) kepada isteri. Cemburu di sini ialah cemburu yang selari dengan syariat Islam.

Sekian ~ mengarut lagi la Insyirah ni ~ sebelum lebih banyak mengarut, lebih baik ana sudahkan entri ini :)


"Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat." - pandangan dari ulama' Mazhab Hanafi.

Diwaktu solat, di dalam masjid ditabirkan wanita bagi mengelakkan fitnah kepada lelaki. Jadi, di luar solat di luar masjid bukankah fitnah itu lebih kuat kepada lelaki?

Wallahua'lam.

Munaqqobah Berjiwa Bulan,
Insyirah Soleha.

19 leaves:

amylia 27 September 2010 at 16:39  

Salam. Saya sangat suka entri ini. Saya yakin ramai muslimah berpurdah ditanya soalan2 yang sama. Terutama tentang cara bagaimana makan di khalayak ramai. Saya sendiri melalui pengalaman yang sama. Lucunya apabila saya sekeluarga keluar makan, pasti ramai yang tertunggu untuk saya mula makan. Amat lucu! Alhamdulillah, saya masih sabar menghormati purdah saya. Semoga saya kekal bersamanya!

n.amirahhhh 27 September 2010 at 18:55  

salam.sukaaa sangat n3 ni.harap2 impian nak menjadi niqabi tercapai.inshaAllah. :)

Unknown 27 September 2010 at 18:57  

Insyirah tak megarut tapi menulis sesuatu yang benar. Bab-bab makan di tempat awam ni kakchik sudah ada cara tersendiri. Kadang2 kita terpaksa makan semeja dengan kaum lelaki. Taknak makan... ada yang kecik hati, dah tu org tak fikir maslahah kita jadi kakchik reka cara khas untuk makan dlm keadaan begitu. Kakchik pakai niqab bergetah dan bila nak makan, angkat satu helaian tudung ke hadapan muka, tarik purdah ke bawah dan kakchik makan macam biasa. Mula2 dulu org pelik kot tapi takde sapa yang berani kata apa2, lagipun macam pakai ghaswah je. NAsib baik situasi begitu hanya sekali sekala saja.

Anonymous,  27 September 2010 at 19:38  

Assalmualaikum syirah...,sy ingin bertanya. Ayat "Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat." syirah dpt di mana ye?

ernahazwani 27 September 2010 at 19:40  

salam.....saya ade 2 org kenalan kak yg memakai purdah. Mereka juga pernah jadi housemate saya....saya tertarik dengan mereka.jadi mereka yg purdah dah jadi familiar dengan saya...saya juga pernah bertanyakan soalan yg sama dengan mereka...jawapan yang kamu berikan sama dengan apa yag kak sye berikan. semasa membaca entry kamu, saya tersenyum....kerana teringat persoalan saya dengan kak saya...semoga anda kekal bersamanya...InsyaAllah..

Insyirah 27 September 2010 at 21:11  

Salam Puan harsaamulia...

Terima kasih atas perkongsian puan dalam entri saya ni, hehehe.

Saya cuba untuk berkongsi beberapa pengalaman yang kelakar di dalam post, selain cuba memberi jawapan secara umum tentang permasalahan purdah kepada orang yang tertanya-tanya. Apapun, bila kita menjawab dengan seronok dan berlapang dada insya Allah orang yang bertanya pun akan berlapang dada dengan jawapan kita :) Biiznillah.

Insyirah 27 September 2010 at 21:12  

Salam itekkiut (hehehe, terbayang rupa itek)

Insya Allah, moga impian itekkiut untuk menjadi niqabi dimakbulkan Ilahi. Amiin... :)

Insyirah 27 September 2010 at 21:13  

Kakchik, syira pun suka pakai niqab yang bergetah berbanding pin atau ikat sebab getah sangat flaksibel dan selesa, alhamdulillah. Nak tahu macammana syira makan, kena tengok sendiri. Family cakap syira terlalu khusyuk sehinggakan tak peduli langsung apa yang berlaku di sekeliling :P

Insyirah 27 September 2010 at 21:15  

Faizreen :

Ditegah wanita muda mendedahkan muka kerana ditakuti fitnah, bukan kerana ianya aurat. --- pendapat dari Imam at-Tohawi (mazhab Hanafi)

Permasalahan niqab ni adalah khilaf yang KUAT dikalangan ulama' jadi masing-masing perlulah berlapang dada untuk menerima pendapat yang bertentangan dengan apa yang kita pegang. Apa yang penting, hujah kita bersandarkan dalil (sama ada memegang ianya WAJIB-aurat atau sebaliknya)

Wallahualam.

Insyirah 27 September 2010 at 21:17  

Cahaya_Cerdas_Pemberianku,

Hehehe... alhamdulillah, semoga ukhti terus ceria :)

Apa yang ana alami mungkin sama atau lebih kurang je dengan apa yang dialami oleh niqabi lain cuma bezanya bagaimana kita nak menerima suratan takdir (soalan cepumas tersebut :P) yang datang secara bergolek-golek :)

ummu mujahid 27 September 2010 at 22:30  

salammm,saya teringinn sgt berniqab,dan sya dah pernah beli dah pon,tapi ibu saya x restui :(
ape patot saya buat ye?

di sebalik wajahku.. 28 September 2010 at 12:07  

salam, akak sy bg award.. ambik kat blog sy ^^,

ZFCM 28 September 2010 at 19:29  

ada statistic tak utk niqabii? Cm kat malaysia ni brapa percent orng pakai. Annual increment brapa? Ada peningkatan ke x?-just ter wonder je-
kejap, owh: seseorng itu bukanlah seorng mukmin sehinggalah ia meninggalkn yg halal kerana takot terjatuh kedalam yg haram. Any idea who said this? Poor memory.
Bila kita membawa imej islaam, pandangan masyarakat harus dititik beratkn tetapi harus menurut acuan syari'ah. Ia merupakan tanggungjawab. Janganlah kita menjadikn agama Allah itu jauh dari manusia. Eh apa ak merepek ni?

makcikpc 29 September 2010 at 23:38  

Saya suka part purdah boleh meminimakan tahap cemburu suami..

Harap insyirah boleh beri pendapat tentang wanita berpurdah dan bersukan.

Cahayamylife 12 November 2010 at 14:11  

Kak Chik: Erm, xfaham.Maksudnya kak chik tutup muka menggunakan sehelai tudung ke time makan?

Wah, bagusnya kak Insyirah.
Boleh khusyuk lagi masa makan.
Saya dah tak boleh fokus pada meals lagi dah.
Dok fikir, 'apsal tetibe makanan ni jadi banyak?'
hee~

nia 13 November 2010 at 12:11  

salam....
saya mohon pendapat..
saya masih baru berpurdah dan masih banyak perkara nak belajar pasal berpurdah ni...
saya masih bersekolah, jadi saya hanya berpurdah di luar sekolah...
1-dalam family, hanya saya yang berpurdah...kami selalu pergi holiday...kadang-kadang kami pergi theme park,saya ni jenis yang suka cuba permainan yang extreme2,camne ngan purdah sayer???mestilah terselak kot...tlg bagi pendapat..
2-kalau saya ikut lawatan sekolah camne??? saya sekolah di smk biasa je bukan sekolah agama..kalau ikutkan hati nak berpurdah je... mohon pendapat...

nur najjah 16 November 2010 at 07:41  

salam wbt. entri yg menarik buat niqabi.. alhamdulillah, wlupun pn bru sthn jagung berniqab, terlalu indah rsenye.

berkongsi tentang cara makan,bila ana terpaksa mkn di khalayak ramai ana akn sediakan 1 tisu utk ttp muka. alhamdulillah lbh selesa nk mkn...

sekadar berkongsi pndgn..

wallahua'lam.. salam wbt...

Anonymous,  14 December 2010 at 09:28  

basmalah..
assalamualaikum..
saya suka sangat melihat wanita yang berpurdah,bila keluar berjalan kemana dan bertembung dengan mereka yang memakai purdah, saya akan terus memandangnya. rasa terpesona. bila melihatnya terasa macam ada suatu keindahan pada wanita tersebut.
saya hendak bertanya pada kak insyirah,sebelum ini saya pernah bersembang dengan seorang kawan saya,dan dia membangkitkan tentang persoalan purdah. dia mengatakan bahawa mereka yang telah memakai purdah tidak boleh membukanya setelah memakai. kerana setelah dia memakai purdah, wajahnya dianggap aurat.benarkah begitu?
syukran jazillan jika sudi memberikan jawapan.=)

fatin azmina,  22 February 2011 at 13:15  

assalamualaikum...mintak izin share ye=)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO