"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

17 September 2010

Buat Pengikut Dan Pembaca Blog

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Setelah 11 hari membiarkan blog sepi tanpa sebarang khabar dan berita. Alhamdulillah, dapat mencuri sedikit ruang waktu untuk mencoretkan sesuatu. Pertamanya, SALAM SYAWAL dari ana dan zauj kepada sahabat-sahabat yang mengenali kami mahupun pembaca (dan pengikut) yang setia mengikuti perkembangan ana yang semakin mengecil (ayat sengaja). ^_^

Alhamdulillah, tahun ini ana meraikan Eid Fitri di kampung halaman zauj di Kelantan. Maka, ana pun 'berkampung' dari melayari internet kerana sangat tertarik dengan buku zauj yang tersusun kemas di rak. Yihha! Teruja sungguh apabila memegang buku-buku yang usianya hampir sebaya dengan diri ana. Berjaya menghabiskan sebuah buku yang sangat membakar semangat, sambil menikmati kesesakan jalanraya dalam perjalanan beraya sempat meluahkan hasrat di hati.

"Abang, nak tulis cerpen bersiri macam Catatan Hati Fatinah tapi versi pejuang pula..."

Yang dimaksudkan pejuang ialah pejuang yang bukan berjuang ilmu meneguk mutiara dari syeikh mahupun profesor tetapi rantaian tarbiyyah langsung yang ditempa hasil peperangan dan juga perjuangan dalam menegakkan kalimah tauhid. Allahuakbar. Entah kenapa, sebuah buku tersebut merantai hati ana untuk terus menyusur galur kisah-kisah yang terangkul di dalamnya.

"Insya Allah, nanti bila dah ada zuriat... Sebelum tidur, akan baca kisah-kisah ni pada mereka." Monolog kecil sambil melihat gelagat manusia di jalanraya, besar sungguh impian dan cita-cita.

"Sayang tak pernah hidu darah syuhada (orang yang mati syahid), kan?"

Tersenyum.

"Kalau macam ni tak boleh la nak ada anak yang jadi syuhada." Abang perli semacam bila diluahkan betapa kecutnya perut melihat darah. Ana sangat-sangat tak tahan melihat darah dalam jumlah yang banyak, usahkan darah orang sedangkan darah sendiri yang meleleh dari tiub di jari pun sudah berpinar.

"Allahuakbar." Tiba-tiba menjerit. Terkejut. Mercun di sini sana. Abang menjenguk ke jendela, melihat keluar.

"Bagus betul budak-budak ni. Kalau hantar ke Palestin mesti diorang tak rasa takut, dah biasa booom sana kemudian booom sini."

Ana garu kepala. Bunyi mercun yang bertalu-talu dari sudut sini dan sana, umpama berada di dalam peperangan. Subhanallah, alangkah kuatnya semangat para mujahid yang sentiasa merindui pertemuan untuk bertemu dengan Rabb. Mereka berlumba-lumba mencari kematian sebaik-baik pengakhiran. Ya Allah...

Seminggu di Kelantan, menyelongkar almari kitab Abang... Diterjah idea-idea untuk menulis, alhamdulillah. Beberapa tulisan Arab yang mengharapkan terjemahan dari Abang.

"Insyirah, tulis la buku. Kawan ana ni ayahnya kerja dengan majalah ANIS. Maybe dia boleh tolong enti kembangkan bakat."

Tersenyum. Ana hanya mampu menulis sesuatu yang ana rasa nak luahkan. Idea tidak selalunya seperti aliran air :)

"Adik, tulislah buku..."

Tersenyum.

"Kak suka baca blog Insyirah, ayat macam dalam buku. Sastera."

Tersenyum.

Ana hanya tersenyum. Teringatkan pada manuskrip ana buat ana tersenyum dan terus tersenyum. Lelah. Akhirnya, ana ungkapkan bahasa hati pada zauj, teman luahan ana.

"Tulis sebab nak tulis... Bila orang minta tolong, kita pun bersemangat nak bantu tapi bila follow-up pun macam tak ada progress lama-lama biar je lah."

Tidaklah sampai ke tahap merajuk, tapi mungkin sudah malas nak 'bertanya khabar' bimbang disangka menyibuk. Lama-lama, ana rasa lebih bahagia menulis dan terus menulis di dalam blog. Tidak terikat hak cipta penulisan kepada mana-mana pihak, andai ada yang sudi menyebarkan... Alhamdulillah. Andai ada yang plagiat, alhamdulillah. Setidak-tidaknya, dia sangat berjasa dalam penyebaran. Bila dizahirkan dalam bentuk buku, mungkin penyebaran lebih meluas tetapi di kotak minta masih melakar banyak perkara.

Merapu, melalut atau apa saja. Itu yang nak ditulis, kalau rasa kritikal sangat pandai-pandai lah sisihkan apa yang tidak patut disimpan.

"Insya Allah nak letak nama Amir Mujahid lah... Ketua Pejuang."

"Biar lahir dulu baru letak nama."

"Eh Abang ni, sibuk lah. Ni watak dalam cerpen orang la..." Ketawa.

Dalam perjalanan panjang, lelah di dalam kereta menanti tibanya kami di destinasi. Ada saja soalan ana, terkadang berbincang persoalan fekah dengan zauj buat ana 'pening lalat' juga tapi pengakhirannya selalu menyenangkan kepala untuk memahami.

"Abang, nak tanya soalan cepumas boleh tak?"

"Apadia pulak..?"

"Apa yang Abang berkenan dengan zaujah Abang?"

Merona muka zauj, hihi... Lalala... Yes! Yes! Diam. Tiada bahasa, tiba-tiba kelu lidahnya untuk berkata-kata. Bab nak mengenakan zauj, serahkan saja pada Puan Insyirah. Hik hik... Tapi, sekarang Abang pun dah pandai kenakan ana bahkan jauh lebih dahsyat lagi dari ana.

"Berkenan dengan tulisan."

"Erk?!!!"

Maka dengan ini, insya Allah... Ana dan zauj akan berkongsi 'rumah' maya kami di .:: HaRuMaN MaWaR ::. memandangkan penat ana memaksa zauj untuk menulis tetapi kemalasan beliau menaip membuatkan ana terfikir untuk mencari alternatif lain iaitu 'mengajak' beliau bersama-sama di teratak pink ini. Insya Allah. Walaupun alamatnya http://niqobgirl.blogspot.com dan penulisnya mungkin kopiahboy tapi tak kisahlah asalkan isinya diterima pembaca. :)

Zauj ana menggunakan nama pena salmanfasiri. Nama Salman diambil kerana orang-orang Arab memanggil zauj dengan panggilan Salman semasa daurah suatu ketika dahulu. Fasiri pula kerana beliau berasal dari Alor Pasir, Kelantan.

Salam 8 Syawal


Minal Eid Wal Faizin

dari kami

Insyirah Soleha & Ust Saiful Azuran
Baiti Jannati

19 leaves:

Unknown 17 September 2010 at 00:52  

salam inshirah. kakchik terus teringat kpd adik yg kakchik jumpa semasa open house PERAKAN. kami berkenalan tp suasana yg bingit menyebabkan kakchik tak dengar apa namanya. serupa rasanya dgn Inshirah yg dlm gambar ni :)

kakchik pun suka baca tulisan adik niqobgirl ni.

Insyirah 17 September 2010 at 01:00  

salam kakchik.

open house, hihi... rasanya bukan insyirah kot :) sebab insyirah tak ada pergi open house yang crowded. hanya ke rumah kawan-kawan zauj :)

hadi Saaidin 17 September 2010 at 01:36  

rajin betul anda tulis entry panjang2.

aida 17 September 2010 at 02:14  

salam syira, rasanya masa akak kenal awak kecik lagi.. hehehe

eid mubarak syira, teruskan menulis

akk syg 17 September 2010 at 07:58  

assalamua'laikum dik syirah syg.eid mubarak..=)

Unknown 17 September 2010 at 11:49  

kakchik tau, sebab adik tu masih single cuma caranya memakai hijab+niqab amat serupa dgn cara insyirah kat dlm gambar tu :)

sifaza 17 September 2010 at 11:58  

=) Salam Aidilfitri juga Puan Insyirah

Insyirah 17 September 2010 at 21:42  

salam kak aida ~ silent reader je dalam blog akak. salu senyum sendirian :P

ye lah, time saya kenal akak pun fawwaz baru baby... hehehe.

Insyirah 17 September 2010 at 21:43  

waalaikumussalam akak sayang, eid mubarak :)

Insyirah 17 September 2010 at 21:44  

kakchik ~ hehehe... kekadang ada orang kata macam jumpa insyirah di suatu tempat sedangkan insyirah di tempat lain. teringin juga nak jumpa orang yang muka sama macam diri sendiri... hehehe :D

rupanya kakchik jumpa adik yang niqab dan tudungnya sama macam insyirah :D

Insyirah 17 September 2010 at 21:45  

salam aidilfitri juga buat CIK sifaza :)

Anonymous,  17 September 2010 at 22:37  

salam aidilfitri wat syirah & suami..baru kini kak mia sempat jenguk blog ...

ZFCM 17 September 2010 at 23:15  

selamat hari raye utk Puan.Insyirah dan zauj. sy pown raye kat kelntn. mmg orng kelantan, tp tahun ni nampak mcm suram sikit raye. lama dah x comment.bc je..

Anonymous,  19 September 2010 at 13:35  

Salam aidilfitri...=),
semoga kamu mendapat cahaya mata yg akan memperjuangkan hak2 islam dan memerdekakan palestine.. insyaAllah...aminn...

ansorullah 19 September 2010 at 20:20  

Assalamua'laikum dik..uhuk, Syuhada here..=)..

Insyirah 20 September 2010 at 07:32  

Kak Mia ~ hehehe, syira pun dah lama tak online. Hibernate :P

Insyirah 20 September 2010 at 07:32  

radiating lamp.

Owh ore kelate juga... hehe, suram tu mungkin sebab apa entah saya pun tak tahu. Tapi sangat meriah dengan walimah :D

Insyirah 20 September 2010 at 07:33  

Faizreen :

Allahumma amiin. Nak mendidik dan memelihara semangat perjuangan tu mencabar tapi insya Allah kene usahakan ke arah tersebut :)

Insyirah 20 September 2010 at 07:35  

Waalaikumussalam kak Syuhada.
Maaf la lambat sket approve komen, hehe. Sibuk beraya, kumpul duit raya, habiskan kuih raya orang :D

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO