Anjakan Paradigma
Bismillahirrahmanirrahim.
Kehidupan semasa masih anak dara dan kehidupan sebagai isteri seseorang banyak yang berubah. Walaupun corak kehidupan masih beritma biasa namun frekuensi sudah banyak yang berubah. Ramai yang bertanya keadaan ana selepas bergelar isteri, alhamdulillah perubahan yang positif. Insya Allah (",)
Dahulu, setiap hari ada saja yang mahu digaduhkan dengan ummi, abi dan adik-adik tetapi sekarang ada saja isu yang nak digaduhkan dengan suami. Terkadang isunya kecil je, tapi sengaja cari gaduh. Setiap kali zauj menyampaikan ilmu, pasti berulang kali ditanya dan ditanya.
"Faham tak?"
Tabiat ana setiap kali bertanya dan diberi ilmu, pasti menunjukkan reaksi 'tiada perasaan'. Blur semacam, mungkin tabiat yang positif (insya Allah) kerana orang yang memberi akan terus menerangkan panjang lebar. Alhamdulillah. Apabila mendengar seolah-olah tak tahu apa-apa, pasti yang memberitahu akan berusaha untuk bercakap dengan nada yang paling sederhana dan bahasa yang mudah. Bukankah ianya akan memudahkan ana untuk memahami sesuatu? :)
"Faham tak?"
"Alhamdulillah, faham."
"Betul faham ni?"
Tergelak kecil. Masakan tidak, kalau rupa blur semacam mesti orang yang menerangkan ilmu tiada keyakinan untuk merasakan orang yang disampaikan ilmu memahami dengan muka blur. Haha, itu kelebihan ana. Sentiasa kelihatan tidak faham, tidak tahu, lambat pick-up walaupun semuanya sudah terangsang dalam saraf otak. Hihihi. Makanya, selalu ana mendapat huraian panjang lebar dek kerana difikirkan tidak faham.
Kini, muka blur sedikit sebanyak diubah. Kalau sentiasa dengan muka blur, tekanan perasaan pula suami kalau tiap hari dirasakan ana tak faham-faham setiap kali memberi ilmu. Hihihi... (",)
Ana meminjam Arissa. Ana, zauj dan Arissa berjalan-jalan... Arissa seorang anak kecil yang pemalu, sangat sukar untuk mesra dengan orang asing apatah lagi dengan lelaki (dewasa) tetapi dengan zauj, Arissa mudah mesra malah bergelak ketawa apabila bergurau senda. Terkejut ummi apabila ana ceritakan Arissa bermain dengan zauj sambil bergelak ketawa kerana maklum keadaan Arissa yang sangat sukar untuk mesra dengan orang yang baru dikenali.
"Abang jampi apa pada Arissa?"
"Hehe, jampi kasih sayang."
Pada satu petang, bersama zauj dan adik perempuan mandi sungai. Hoho... Dah lama teringin nak mandi sungai tapi selalu ada halangan, memandangkan zauj suka mandi air sungai suatu peluang besar untuk ana terjun sekali. Hihi. Mula-mula pergi sungai belakang rumah sekadar duduk berendam kaki dalam air sambil bercerita itu dan ini, beberapa hari kemudian up-grade sikit ajak zauj pergi mandi air terjun. ^_~
Memandangkan kawasan air terjun TIDAK ADA orang, hanya kami saja makanya ana pun terjun sekali. Yihhaaaa...! Sejuk menggigil dibuatnya. Segar! Tiba-tiba ada orang datang, zazzzz... dah duduk dalam air ni... Pejam mata duduk belakang batu. Finally bila semua orang dah balik baru kami balik.
Suatu pagi, duduk dengan zauj tiba-tiba zauj cakap.
"Kawan Abang cakap; Berani zaujah enta tu ye."
"Kenapa?"
"Berani hidang air."
Termenung seketika.
"Kenapa dia cakap zaujah Abang berani?"
"Selalunya kalau orang pakai niqab, memang langsung tak keluar."
"Oh..."
"Abang cakap la ; Ana tak kisah la, kan dah pakai niqab mana ada orang nampak."
"Yup, Abang tak muncul-muncul pun. Tunggu Abang di dapur, kalau makan tak ada air nanti tercekik pula."
Masih termenung dengan kata-kata 'Berani zaujah enta...'
"Ya, Abang tak kisah selagi mana tidak berlaku ikhtilat. Kalau situasi di sungai tu kan, zaujah kawan Abang ni pun pakai niqab juga. Dia akan 'lari' duduk di tempat yang tak ada orang lelaki boleh nampak dia."
Termenung.
"Hebat... Hebat." Hati hanya monolog kecil.
Dahulu, di alam persekolahan. Ana adalah antara pelajar yang agak berani ke depan dan 'kurang malu' untuk berada di hadapan. Boleh bagi speech di perhimpunan pagi depan semua pelajar dan guru tanpa berasa malu-malu kucing. Boleh speak-out meluahkan sesuatu yang ana rasakan betul meskipun semua orang merasakan ia satu kesalahan. Boleh mempertahankan sesuatu yang semua orang halang ana lakukan, memang ana 'degil' sehingga kini kedegilan tetap ada.
"Insyirah, cikgu tak bagi pakai sarung tangan."
"Insyirah, sarung tangan tak dibenarkan di sekolah."
Insyirah itu Insyirah ini, Insyirah begitu Insyirah begini. Ana hanya buat muka sardin sambil diam, tersenyum dan berlalu.
Pendidikan sekolah sekular, ana tidak dibenarkan memakai baju kurung yang mempunyai butang di pergelangan tangan. Ana memakai t-shirt berlengan panjang berwarna putih semata-mata kerana tidak dapat memakai baju kurung berbutang di pergelangan tangan. Kemudian, ummi membelikan ana sarung tangan berwarna putih sedondon dengan baju sekolah. Pada ketika itu, ana satu-satunya pelajar yang memakai sarung tangan. Sahabat-sahabat akrab semuanya pengawas sekolah, mereka serba-salah menegur ana. Setiap kali ditegur, ana hanya buat muka sardin.
Beberapa tahun 'melakukan kesalahan' yang sama tanpa rasa bersalah. Biarlah, hanya salah di mata manusia tetapi ia bukan kesalahan di mata Rabbi. Hanya itu yang ana 'kemam' dalam hati, degil sungguh ana. Sehingga suatu hari, seorang pengawas yang merupakan AJKT bertanya kenapa ana memakai sarung tangan (walaupun selalu ditegur). Setelah ana huraikan pendapat ana, baru beliau memanjangkan perkara tersebut kepada Guru Pengawas. Keesokan harinya, pengawas tersebut jumpa ana.
"Dah slow talk dengan cikgu, cikgu kata OK selepas terangkan apa yang Insyirah bagitahu. Cikgu benarkan pakai sarung tangan."
Alhamdulillah. Haq tetap haq... Kemenangan mungkin lambat tetapi kebenaran pasti mendapat kemenangan andai istiqamah mempertahankannya. Insya Allah! Hari demi hari, semakin ramai sahabiyah yang menjaga aurat dengan memakai sarung tangan. Alhamdulillah.
Degil.
Keras kepala.
Apabila teringat kata-kata "berani zaujah enta..." buat ana termenung. Berfikir. Kenalan ummi dan abi hanyalah orang-orang biasa, ana selalu menunjukkan diri pada tetamu sekiranya ummi dan abi ada bersama tetamu tetapi situasi dan suasana selepas berkahwin memutarkan ana 180 darjah. Kenalan zauj orang-orang yang 'luar biasa', bukanlah alien dari planet Marikh tetapi orang-orang yang berjuang dan para pejuang, isteri-isteri mereka ana rasakan hebat dengan sentuhan tarbiyah dan mujahadah.
Aduh! Duduk dan termenung selalu... Berfikir dalam diam, walau muka blur tetapi otak sedang berkecamuk dengan segala maklumat untuk diproses.
"Belajarlah perlahan-lahan, kehidupan adik dah tak sama dengan dulu."
Ayat seseorang bermain dalam kepala.
"Tahu tak kenapa Insyirah sakit?"
"Sebab Allah sayang lebih..."
"Sebab, Allah nak tarbiyyah kuatkan jiwa Insyirah. Dia menyediakan seseorang yang hebat, makanya Dia tarbiyyah Insyirah untuk jadi kuat. Bukan mudah jadi isteri pejuang, tetapi Dia dah uji supaya Insyirah kuat. So, kena kuat!"
Allahuakbar.
Diam. Berfikir.
Anjakan paradigma. Termenung...
El-Faqirah,
Insyirah Soleha
Baiti Jannati
13 leaves:
:)suka baca..
sangat suka apabila dapat baca setiap kali kak insyirah wat new posting
salam..saya suka baca blog insyirah ni..mungkin juga kita sehaluan dalam berjihad ke jalan Allah..bukan mudah utk kita nak berhijrah dan pertahankan haq yang benar..walaupun lambat untuk mencapai kemenangan,tapi dgn berkat kesabaran dan yakin Allah sentiasa bersama dgn kita insyaAllah kebenaran tu akan terbukti..saya igt lagi masa tu saya pulang dari pejabat,dan semasa di rumah, ibu saudara saya menegur pakaian saya yg memakai jubah pada masa tu..dia kata saya ni macam org peminta sedekah dgn pakaian jubah..dalam hati terus beristighfar..dan dihadapan dia saya terus menadah tgn dan mengaminkan alhamdulillah..biarlah ape yg dia nak kata asalkan aurat saya terjaga dan suami juga kurang beban utk menanggung dosa saya...alhamdulillah Allah sentiasa bersama...
semoga insyirah sihat dan kuat semangat dalam menempuh ujian2 yg mendatang..
Bile mandi akak tetap kene pakai purdah juga ke ek?
Subhanallah,tersentuhnya hati..memakai niqab,itu salah 1 dari impian sy sehingga kini.ttp,sy mnunggu hingga saatnya sy bersedia..insyaAllah..1 hari nnt=)
salam insyirah,
k.shima suka baca entry2 syirah..nama syirah pun k.shima berkenan dr dulu lg..kan dulu ada drama tajuk insyirah kan..xsilap tv2.. jgn boring menulis lg erkk...
salam,
shima
adik kak fiza
salam insyirah,
k.shima suka baca entry2 syirah, nama syirah pun berkenan dr dulu lagi, sejak ada drama tajuk insyirah kat tv2 xsilap k.shima, jgn boring menulis lg erkkk....x boring baca...
salam,
shima
-adik k.fiza-
Cik Lily, TQ :)
Norhayati Rostam : TQ... :) Banyak merapu je.
Hana :
Salam :)
Insya Allah, jalan kita sama mungkin cara saja yang berbeza. Saya kuat merapu, huhuhu...
Faizreen :
Perkataan "tetap pakai purdah" tu tak tepat dik :) Akak mandi sungai pakai purdah sebab akak yang nak pakai, takde sesiapa paksa/suruh :)
Sachi Asukai :
Khair, insya Allah moga dipermudahkan niat yang baik tersebut :)
Shimazawari :
Oh, Kak Shimah yang baru kahwen tu yerk? Kak Fiza? That mean aunty saya lah kan? Kira Kak Shimah ni pangkat aunty lah jugak sebab kakak kak Shimah aunty saya :p
Post a Comment