"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

29 June 2010

Wasiat 5 Perkara

Bismillahirrahmanirrahim.

Sejak dua menjak tiga ketika dan empat musim ni banyak sangat tentang "Diary Insyirah" dan juga "Catatan Seorang Isteri", bukan tiada idea lain tapi tak tahu nak tampal apa pada dinding blog (maksudnya update blog) apatah lagi duk merapu sendirian dalam Monolog Sepi, lagi tenang dan damai. Hihi. Nama pun monolog, sepi pula tu makanya sendirian mengomel. Ngeeee!

Suatu Subuh yang indah, sambil membuli dengan niat memeningkan kepala encik zauj yang masih lagi bertahan (setakat ini) dengan kerenah ana.

"Bagi kuliah Subuh cepat." Lalalala, nada paksa tu. Bukan saranan tapi arahan, banyak ketawa selepas kahwin sampai Adik pun tegur. Ok, ok... Sekarang ana serius.

Maka, zauj pun dengan muka seriusnya membaca sepotong hadis dari Abu Hurairah r.a yang diriwayatkan oleh Imam Baihaqi. Sila jangan harap ana akan posting dengan ayat serius okeh! Ana nak awet muda ni, ceria-ceria dan santai saja. Insya Allah. ^_~


[1] Jauhi perkara haram nescaya engkau akan menjadi manusia yang hebat dalam ibadah.

[2] Berpuas hati dengan pemberian Allah nescaya engkau akan menjadi manusia yang paling kaya hatinya.

[3] Berbuat baiklah dengan jiran tetangga nescaya kamu akan menjadi mukmin yang sejati.

[4] Sayangilah manusia lain seperti menyayangi diri sendiri nescaya engkau akan menjadi muslim yang sebenar.

[5] Janganlah engkau banyak ketawa kerana banyak ketawa akan mematikan hati.

Wallahua'lam. (Hadis ini dibaca oleh zauj dan ana menulis mengikut bahasa ana, sila rujuk semula.)

PERTAMA, siapakah yang dikatakan manusia yang paling hebat dalam ibadah? Manusia yang banyak solat tahajud, qiyamullail tak pernah tinggal, umrah 2-3 kali setahun, haji setiap tahun, sedekah dan juga pelbagai ibadah lain. Hebat... Hebat... Bukankah ini yang dikatakan manusia yang hebat dalam ibadahnya? Tidak. :)

Hebat dalam ibadah adalah mereka yang menjauhi perkara haram kerana mereka yang banyak ibadah tidak semuanya ikhlas kerana Allah, ada penyakit hati yang barangkali turut melekat semasa melakukan ibadah seperti riyak, ujub dan sebagainya.

Apakah perkara haram? Apa yang Allah haramkan jauh lebih sedikit berbanding apa yang halal (sunat, harus dan makruh). Dalam perniagaan, Allah memberi lapangan untuk kita berniaga dan mengaut keuntungan tetapi Allah mengharamkan riba', penipuan penimbangan dan sebagainya. Dalam soal makanan, apa yang Allah haramkan jauh terlebih sedikit berbanding apa yang Allah halalkan. Maka, jauhilah yang haram dan syubhah kerana terlalu banyak lagi makanan yang dihalalkan.

Orang yang menjauhi perkara-perkara haram inilah orang yang hebat dalam ibadahnya. Berkahwin juga jauh lebih mudah berbanding mengelak dari zina. Maka, berhati-hatilah menjaga 'kesucian' diri. Jauhilah zina mata, zina telinga, zina hati dan sebagainya.

KEDUA, berpuas hati dengan pemberian Allah. Apabila dikurniakan kekayaan maka bersyukurlah, perbanyakkanlah sedekah dan bayar zakat apabila sampai waktunya. Apabila diuji dengan kemiskinan tetap juga bersyukur dengan rezeki yang Allah berikan, masih berusaha untuk memperbaikkan kehidupan. Manusia yang sentiasa redha dengan pemberian Allah akan sentiasa merasa ketenangan kerana bersyukur apa yang Allah berikan adalah rezeki, apa yang Allah tidak 'pinjamkan' nikmat Nya adalah kerana Dia pasti akan menggantikan dengan yang lebih baik.

KETIGA, berbuat baik dengan jiran tetangga. Dewasa kini, berapa ramai dari kita yang mengenali jiran tetangga. Siapakah yang dikatakan jiran? Kiraannya 40 di kiri, 40 di kanan, 40 di atas, 40 di bawah, 40 di depan, 40 di belakang. Ramainya jiran, tetapi sejauh mana kita mengenali jiran kita. Keluar subuh, pulang maghrib. Kalau bertemu pun masing-masing bergegas dengan urusan masing-masing, sekadar melemparkan senyuman. Itu sudah jauh lebih baik berbanding kita mencela, mengumpat dan melakukan perkara yang menyakiti hati jiran termasuklah melalak dalam rumah berkaraoke tanpa menghiraukan jiran yang sudah lanjut usia atau mempunyai anak kecil.

Bukan mudah untuk menjaga hati jiran tetangga, barangkali ada tindakannya yang menyakiti hati kita dan mungkin juga kita yang menyakiti jiran tetangga dengan bergaduh suami isteri sehingga mengganggu ketenteraman jiran. Berbuat baiklah sesama jiran tetangga, moga kita tergolong dikalangan manusia yang berusaha untuk menjadi mukmin yang sejati. Insya Allah.

KEEMPAT, sayangi manusia lain seperti menyayangi diri sendiri. Sejauh mana kita menyayangi diri sendiri, sejauh mana kita boleh berkorban untuk orang lain dan membelakangkan kepentingan diri sendiri. Tidak akan disayangi manusia yang tidak menyayangi. Kasih sayang itu tautan hati yang mengikat jiwa-jiwa, simpulan kasih yang terjalin akan membuahkan rindu.

Masakan hadir kerinduan andai hati tidak diikat dengan kasih sayang, masakan kita mampu menyayangi orang lain sebelum menyayangi diri sendiri. Belajar mengenali diri sendiri agar kita mampu menyayangi diri kita, supaya kita tahu bagaimana untuk menyayangi orang lain. Apakah yang dikatakan sayangi manusia lain? Sayang dalam konteks ini ialah kita sama-sama nak ke syurga bersamanya, sayang yang menatijahkan husnul khatimah. Insya Allah. Ameen. ^_~

KELIMA, janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa mematikan hati. Dewasa kini, selalu terlihat wanita apatah lagi muslimah yang bergurau senda di khalayak ramai sambil menarik perhatian dengan ketawa yang berdekah-dekah. Dengan pakaian yang tidak sopan dan hati yang tidak dibalut dengan perasaan malu, ketawa yang kuat mengundang perhatian ramai. Apakah yang difikirkan oleh orang? Hebat? Cool? Tidak, selain mereka memandang sinis pada kalian. Maka, hindarilah perkara yang mematikan hati, kerana hati adalah wasilah tautan antara hamba dan Pencipta. Andai hati telah mati, tiada lagi pandangan kebaikan yang terlihat selain kenikmatan dalam melakukan maksiat. Na'uzubillah.

Wallahua'lam.


Nota ini buat diri sendiri, simpanan buat bakal anak-anakku... Wahai anak-anakku sayang, ibu kalian berpesan tentang 5 perkara ini. Maka wahai anak-anakku, jadilah manusia yang memberi manfaat kepada orang lain. Manusia yang paling baik adalah manusia yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Insya Allah (",)

El-Faqirah,
Insyirah Soleha
Baiti Jannati

15 leaves:

Anak Ayah... 29 June 2010 at 08:52  

Assalamualaikum...
haip cik adk syira...^_~

lama dh rasanya akak x mengomen kt cni..singgah sebentar utk mbaca saja.x sempat nk mengomen...hihi..

aih...kata x nk post dlm nada serius..tp nengok n bacanya serius je...hehe...buli zauj yea...^_~

Insyirah 29 June 2010 at 08:55  

Wa'alaikumussalam kak.

Hehehe... cik adik Syira yer? Yahooooooo, sudah bersuami pun panggil cik juga. Ni yang sayang akak ni, ni yang tertunggu-tunggu komen akak sebab semua panggil puan. Kih kih kih :D

Hehehe, mana ada serius la. Itu akak yang baca serius sapa suruh :P

Insyirah 29 June 2010 at 08:55  

Kak, kalau Syira tak buli zauj, dia yang buli Syira... Hohoho. Baik Syira yang manfaatkan dia :D

Anonymous,  29 June 2010 at 10:32  

wah wah...same-same jd pembuli la.baru seronok..hahaha

fArhAnA 29 June 2010 at 12:50  

jazakillah untuk sharing :)

Sh!MaZaWaRi 29 June 2010 at 17:55  

keep it up, syirah....

sama-sama kita tingkatkan iman kita.,..
amin-

Insyirah 29 June 2010 at 19:11  

Kak Mia,
Tak boleh la kak :P

Kalau Syira kene buli nanti Syira nangis, keh keh keh.

Insyirah 29 June 2010 at 19:12  

Farhana :)

Takde apa-apa, just a sharing moment.

Insyirah 29 June 2010 at 19:13  

Kak Shima,
Insya Allah :)

Bawa hatimu kepada Tuhan ^_~

Anak Ayah... 29 June 2010 at 20:35  

amboi3....hepinye die....
hehehe...
akak nk selamanya pgil cik adk syira bleh??
x best lerr pgil puan...
sbb bg akak syira ttp kanak2 blackcurrent..heheheh...

hoho..akak yg baca serius yea...
jp nk pk..t bg jwpn.ngeh3...

huhu..nakalnye x hbs2.cian zauj asyik kena buli ngn syira.
krm slm kt adik manja akak yg 2org 2 yea syira..
menurun perangai syira..ekekeke..

Insyirah 29 June 2010 at 21:43  

Hihihi,
Happy lah sebab dah naik pangkat pun orang masih lagi panggil "Cik". Hik hik, kalau dah jadi ummi pun akak panggil "Cik" juga tau! Mesti selamanya Syira rasa macam kanak-kanak je, ngeeeee!

Besh jer kalau jadi kanak-kanak kan, lagi besh kalau jadi baby. Makan, tidur, pastu orang yang mandikan. Ngeeeee... :P

Insya Allah, 2 adik manja tu tak nakal, Syira tak benarkan nanti susah pula Syira nak jaga. Hik hik, Syira je yang boleh nakal. :D

Jaga diri baik-baik tau ^_~

Anak Ayah... 29 June 2010 at 23:14  

baikkk...
syira akn salu jd cik d hati akak..
hihi..

umah akak 1org baby..2 kanak2 ribena.lau nk dtg la ngn zauj amik..
hehehe...(dlm hati "ish..jgn! syg tu.hikhik..")

aih syira..
bru 2 adik manja 2..
lum ada penyeri tamannya lg
ekekeke...ampunnnn! ^_~

Fastabiqul Khoirat 1 July 2010 at 00:08  

assallamualaikum dik cra..
ohh membuli yea.
bila turn dia kena buli balik tu..hehe

ehh akak mohon copy 5 pesanan ni..nk tgu bakal zauj akak yg pesan, kna tgu turn mcm cra hehehehe...tq cra ^_^

Insyirah 1 July 2010 at 21:10  

Anak Ayah :

Hik hik, ada baby yerk? Jaga-jaga esok lusa syira wat serangan hendap nak kidnap dorang. lalalalalaa... bek akak upah bodyguard, ngeeee :P

Insyirah 1 July 2010 at 21:12  

wa'alaikumussalam kak cda.

ihiks, sila la kalau akak nak copy, kalau nak kopi, nescafe, milo, cengkudu, vico semua-semua pun sila lah... takde masalah punya :D

Erks, sila jangan buli zauj :D

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO