Berhenti Menjadi Solehah
Bismillahirrahmanirrahim.
Sejak 'menyepi' dan 'menjauh' dari 'mereka', menyelak gambar-gambar lama. Gambar semasa alam kanak-kanak, gambar menginjak usia remaja, gambar semasa majlis pertunangan, gambar semasa akad nikah, gambar majlis perkahwinan di Cameron Highlands dan Kelantan, gambar kami berdua, gambar sedang mengandung dan meniti gambar-gambar perkembangan Amir Solihin.
Entah kenapa, menjenguk potret lama sering membuat hati terbuai sendiri.
Cemburu. Melihat diri yang dahulu, fizikalnya tidaklah sebesar sekarang. Mujahadah... Mujahadah! Masih mencari dan insha Allah akan terus mencari kaedah untuk 'tidak kebulur' disamping mampu untuk menyusu badan sepenuhnya kepada anakanda Amir Solihin. Sungguh dahsyat penangan menyusu badan.
Sewaktu mengandung dahulu, tidaklah teruk tahap lapar. Tetapi, selepas bersalin (sebenarnya selepas habis pantang, bermula usia Amir 4 bulan) terasa kelaparan dan kebuluran sungguh. Tengah malam pun boleh buka peti ais cari apa yang boleh mengisi perut. Bila berbual dengan sahabat-sahabat yang menyusu penuh (tanpa mencampurkan susu formula), mereka hanya ketawa. Memandangkan mereka sudah ada anak-anak (bukan anak sulung macam Ummi Amir), kelaparan adalah kebiasaan.
Tapi, lihat Puan Limau... beliau tetap vouge! Kena korek tipS dari akak ni :)
Lalu, tersenyum. Benarlah firman Allah taala di dalam Quran bahawa kesusahan seorang ibu di waktu mengandung, melahirkan dan seterusnya menyusu sehingga berusia 2 tahun. Bukan mudah :)
Ana sangat berusaha keras untuk tidak mencampurkan susu formula kepada Amir Solihin, tambahan pula Amir Solihin sangat 'bermusuhan' dengan botol susu. Amir Solihin hanya minum air kosong ataupun air madu di dalam cawan. Tiada istilah botol susu buat Amir Solihin.
Bila melihat diri sendiri di dalam cermin, sungguh 'comel' sekali. Getus dalam hati, macammana nak bercantik-cantik di depan Amir Solihin (dan abinya) kalau semua baju yang cantik-cantik perlu 'disimpan' di dalam almari.
Tergelak melihat coretan teman-teman yang masih bujang dengan impian menjadi isteri solehah, bukan apa... tergelak apabila mereka sangat bersemangat untuk menghias diri di hadapan suami. Kalau baru kahwin, duduk di hadapan cermin berjam-jam pun tak mengapa. Bila sudah beranak seorang, perlu bergaduh dengan anak dan bapa si anak untuk bersolek. Selesai bersolek, si anak insha Allah akan menghadiahkan touch-up kepada pakaian ibunya.
Apabila Amir Solihin menampal segala macam sisa makanan yang berada di tangannya pada baju Ummi, sah sah Ummi Amir sengaja cakap kuat-kuat "Macammana Ummi nak cantik-cantik, Abang Long cemburu!" dan semacam faham-faham saja, Amir Solihin pun ketawa membariskan gusinya yang belum bergigi.
Jadi isteri yang solehah boleh diusahakan dengan mujahadah tanpa banyak rintangan selagi belum berstatus ibu. Tetapi untuk bergerak sekaligus menjadi 'model' kepada suami dan 'role-model' kepada anak sangat-sangatlah memerlukan skills yang mampu menjadikan seorang wanita sebagai SuperMom! Apabila menjadi SuperMom, bolehlah bergerak secara produktif ke arah gaya elegen seorang isteri yang sentiasa cantik, menarik dan tertarik di mata suami.
"Kenapa apabila berkahwin, seseorang yang dahulunya bekerja keras untuk menjadi soleh/solehah sudah semakin slow?"
"Apakah yang dimaksudkan semakin slow?"
"Maksudnya usaha untuk menjadi soleh/solehah?"
Wajahnya ditatap... Tunduk dan cuba untuk mengukir senyuman.
"Kerana dia berusaha untuk kelihatan soleh dan solehah hanyalah untuk mendapat pasangan (berkahwin), apabila sudah berkahwin dia merasakan kehidupan ini lengkap dan dia berhenti dari berjalan dan terus mengembara untuk mengukuhkan lagi ikatan-ikatan bata keimanan pada hatinya. Apabila seseorang berusaha menjadi seseorang adalah kerana seseorang, maka apabila dia telah mendapatkan seseorang tersebut dia akan berhenti menjadi seseorang!"
Dan, Ummi Amir kena kerja lebih keras untuk menjadi SuperMom dan supermodel yang juga perlu berusaha sekeras-kerasnya menjadi role-model.
Susahkan jadi isteri dan ibu?
Sebenarnya seronok saja... apabila meletakkan Allah sebagai destinasi!
Tetapi, kita sebagai manusia pasti akan ada pasang dan susut emosi. Nama pun manusia, bukannya malaikat! :)
"Wanita selalu terlupa menjadi isteri apabila menjadi ibu."
Kata-kata ini sebagai peringatan kepada muslimah semuanya. Tanggungjawab sebagai ibu digalas sebaiknya tetapi tidak meminggirkan tanggungjawab sebagai isteri. Haih, bukan senang nak jadi SuperMom kan? Kalau rasa susah sangat, usahakanlah sebelum kahwin. Jangan panjangkan angan-angan, sebaliknya berusahalah untuk zahirkan kesungguhan.
Lumrah, wanita sukakan perhiasan (menghias diri) dan lelaki suka melihat kecantikan. Pandai Allah susun atur kehidupan. Si isteri bercantik-cantik, si suami senang hati. Bercantik di dalam rumah, bukan di luar rumah... Bukan hidangan buat lelaki ajnabi ye tetapi hanya buat suami ;)
Jom kita jadi solehah!
Sampai berkedut berkerut pun perlu berhias-hias. Hiasan akhlaq, terlentur dengan hasil ikatan bata-bata keimanan. Akhlaq yang cantik akan melahirkan peribadi yang menarik lalu hasilnya akan terbentuk seorang insan yang tertarik untuk menjadi 'model' sahsiah Islamiah. Insha Allah.
p/s: Rasa-rasanya boleh sarung baju kahwin lagi tak? Sesiapa yang ada tipS untuk memperbanyakkan susu badan tanpa menggemukkan badan, silalah berkongsi dengan saya. Sudah berusaha tidak makan (mengurangkan makan) dan al-hasilnya anakanda mengamuk sakan kerana susu badan berkurangan. Jadi, psikologinya kena makan banyak supaya susu jadi banyak. Adei... *LOL*
Selamat tinggal bintang :)
Ummu Amir
6 leaves:
Alhamdulillah..Insya Allah.jom sama2 berusaha menjadi wanita solehah ^_^
Salam ukhti...semoga Allah meredhaimu sekeluarga...
Nak share sesuatu, pesanan dari arwah mak.. kalo nak perbanyakkan susu badan, cuba makan sup betik muda...
Betik yang belum masak dimasak sup...
Mudah2an dapat membantu=)
Assalamu'alaikum...
hmm.. kak munie takda tips sbb belum bergelar ummi.. insyaALLAH wa biiznillah akan menjadi ummi pada August ni :) doakan semuanya sihat dan dipermudahkan urusan kelahiran anakanda kami ye dik syirah :)
walau apa pun..sgt terkesan dgn artikel ni.. Pernah dlu sblum berumahtangga, sudah memikirkan perkara ini. Mampukah seorang isteri excellent menjadi ibu dan isteri dalam masa yg sama. Hakikatnya sudah tentu MAMPU, kerana 'ROLE MODEL' iaitu ibu kita sudah jelas di depan mata :)
* kembali bersemangat *
Terkadang mungkin akan terjatuh sebentar dan terlupa apakah tugas dan tanggungjawab isteri ketika menjadi ibu.. tapi ALHAMDULILLAH.. jika kita meletakkan kebergantungan sepenuhnya pada ALLAH..pasti DIA akan memberi tarbiah secara terus kepada kita :)
* yakin!!! *
wallahu'alam
Untuk menambah susu badan, boleh cuba banyakkan pengambilan lobak putih.Just recommendation dari kawan yg sedang ambil kos kedoktoran..Selamat mencuba...
Assalamualaikum kak Insyirah :)
Lama tidak singgah di blog kesuakaan saya ni :)
semoga akk sentiasa sihat disamping keluarga tersayang.
Salam ukhti, untuk tambah susu badan cuba try ambik virgin coconut oil. Boleh tgk kat link ni:
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.136377093156510.24532.118895471571339&type=3
Post a Comment