Kisah Perkahwinan Ana
Bismillahirrahmanirrahim.
Semakin hampir hari akad nikah semakin banyak soalan yang diutarakan kepada ana, pelbagai bentuk dan beraneka corak bahasa membuahkan cantuman perasaan yang saling bertindak. Akhirnya ana hanya membiarkan hati monolog sepi tanpa melontarkan apa-apa jawapan yang diperlukan, biarlah muhasabah sendiri.
"Insyirah, kahwin nanti enti pakai niqab?"
"Insyirah, akad nikah tak payah la pakai niqab."
"Insyirah, untuk wedding tak payah la berniqab. Just for your day, semua orang mesti nak tengok pengantin."
"Insyirah, buka je la niqab tu masa wedding. Lagipun muka bukan aurat."
Begitulah corak soalan yang diberikan, ada yang provokasi dan dalam masa yang sama ada sahabiyah yang memberi semangat dan galakan. Tapi, ana 'berdiri' bukan kerana siapa dibelakang atau hadapan mahupun kiri dan kanan ana. 'Berdiri' kerana Dia yang setia menemani, tetap berkeras hati dan hanya melemparkan senyuman setiap kali diprovokasi tentang niqab.
Dalam keluarga, hanya ana yang memakai niqab. Di pihak keluarga sebelah abi mahupun ummi, hanya ana yang berniqab. Ana sedia maklum cabaran dan dugaan untuk mempertahankan sesuatu yang tidak dilakukan oleh orang kebanyakan. Ana tidak syadid, ana juga tidak memegang hujah muka adalah aurat maka tidaklah wajib untuk berniqab (seperti yang diperkatakan orang) tetapi bila muhasabah semula, ana berniqab bukan untuk sesiapa tapi ana berniqab sebab ana nak berniqab dan Allah sentiasa di sisi menemani setiap pahit dan manis.
Sentiasa ana katakan, ini jalan ana. Ana yang pilih dan ana sendiri harus perjuangkan. Alhamdulillah, ummi dan abi tidak membantah mahupun memaksa. Mereka memberi ana membuat pilihan sendiri sama ada mahu memakai niqab mahupun membuka niqab semasa akad nikah dan walimah setelah ana berbicara hati ke hati dengan mereka, sekadar meluahkan sedikit perasaan yang terbuku selepas di asak dan di hentak sekeliling.
"Buka je niqab tuuuu..."
Diam. Senyum saja. Itu yang mampu ana lakukan, hati monolog dan terus berlagu sendiri. Jangan sedih, Allah bersama. Sebelum memilih untuk memakai niqab pun, ana sudah istikharah bukan sekali dua tetapi berkali-kali dan sebelum memutuskan untuk memakai niqab, ummi terlebih dahulu memberi nasihat yang sehingga kini ana pegang.
"Sebelum niqab, ada ujian-ujiannya. Selepas dah berniqab nanti lebih banyak ujian, ummi tak nak Syirah pakai niqab suka-suka sekadar nak pakai tapi pakailah sungguh-sungguh. Banyak ujian untuk orang pakai niqab ni."
Nasihat keramat dari ummi, lahir dari hati ummi dan sehingga kini ana kekalkan di dalam hati ana.
"Pakai niqab guna kain yang jarang la... Nampak muka samar-samar."
Subhanallah. Terdiam, senyum saja. Bening mata semakin layu. Kelopak mata jadi sayu, janganlah dibiarkan air mata gugur di hadapan manusia kerana seorang pejuang itu tidak lemah bahkan kelihatan sangat gagah di hadapan manusia sedangkan di hadapan Tuhan dia tunduk menangis tersedu sendiri. Itulah seorang pejuang, di hadapan manusia sentiasa kelihatan gagah kerana hatinya bersalut yakin dengan pertolongan Tuhan.
"Ustaz, masa akad nikah nanti... Ana pakai niqab takpa ye."
SMS dilayangkan kepada tunang. Dalam bertanya, sebenarnya mahukan kekuatan.
"Khair, insya Allah. Akad nikah nanti hanya saudara terdekat je kan? Kalau tak berniqab pun tak apa, tapi ikutlah keselesaan."
Akhirnya semasa membeli kain untuk baju akad nikah dan kahwin, ana membeli kain tudung bidang 60 dan ana minta 2 meter.
"Ummi, kain tudung beli 2 meter. Tudung dan niqab."
Ummi dan abi tak banyak bersoal, mereka lebih tahu gelora hati puteri sulung mereka.
Disebabkan pakaian untuk pengantin, makanya tukang jahit mahu menyulam dan itu ini begitu dan begini. Ana diam, berfikir sambil monolog. Antara iman dan qarin saling bertelagah. Akhirnya ana tersenyum. This is my day, please respect my choice.
"Kak, baju saya ni longgar tau. Saya tak nak shape, tak nak cutting."
Pastinya lebih dari 3x ana memesan kepada tukang jahit. Selepas siap, abi mengambil baju yang ditempah. Pertama kali tengok, ana termenung dan hampir menitis air mata. Macam nak menjerit rasanya, terus tangan mencapai talifon bimbit dan meluahkan perasaan pada ukhti. Dugaan sungguh. Baju lace untuk jubah sangatlah mengikut bentuk badan di bahagian pinggang manakala jubah di bahagian (lapisan) dalam besar, makanya baju menjadi kembung di sana dan sini. Lengan di bahagian tangan juga singkat. Subhanallah. Baju pengantin macam ni?
"Nanti ummi buangkan span."
Ummi cuba 'memujuk' selepas melihat ana ternganga.
"Pakai tudung tak nampak dah..."
Abi cuba memujuk. Ana masih berdiri di hadapan cermin, mahu saja ana menjerit. Usah 'dimain' dengan ana, silap hari ana selongkar almari pakai jubah yang selalu dipakai je. Huhuhu... Solat hajat hari-hari minta Allah permudahkan dan istikharah pohon Dia berikan yang terbaik buat hamba Nya.
Alhamdulillah, sehari sebelum akad nikah my bestfriend forever suruh pakai baju pengantin dan mereka tercengang. Hehehe, memang baju pengantin sangat 'kelakar' dan ana sabarkan diri selain cuba redha dengan baju 'kartun' tersebut. Pusing-pusing seperti model, akhirnya mereka mencadangkan pengubahsuaian dilakukan terhadap design baju pengantin. Semasa bersiap semasa hari walimah, selepas sahabat-sahabat siapkan ana abang sulung (yang juga pengantin) masuk melihat ana.
"Nampak gemuk la... Cuba pin sikit di bahagian ni." (Abang menarik jubah ana pada bahagian yang beliau rasakan 'hodoh')
Tadaaa... Hasilnya jadilah seperti hari walimah 29 Mei 2010 tersebut. Alhamdulillah.
Allah sengaja nak uji untuk melihat bagaimana ana yakin dengan pertolongan Allah :)
Jujur, ana tidak pernah make-up dan memakai kasut bertumit. ^_^
Untuk walimah, ummi meminta ana untuk berkasut tumit. Redha sajalah. Walaupun tahu tulang belakang akan terbeban apabila memakai kasut bertumit tapi untuk ummi tercinta, apa salahnya ana berkorban sedikit selepas ummi berkorban banyak perkara buat ana.
Masa akad nikah, buat pertama kali dalam sejarah ana telah 'dikerjakan' oleh sepupu-sepupu. Solekan dibuat oleh Kak Cik, rasa muka macam alien. Touch up mata oleh Angah, terasa seperti bukan diri sendiri. Pening juga kepala apabila veil dan crown diletakkan atas kepala dengan muka yang diletak 'tepung' dan mata yang seperti 'menipu'. Sabar je lah, macam nak ketawa melihat wajah sendiri.
"Ini untuk suami. Lepas akad nikah, buka la niqab."
Mereka mengusik tak henti-henti.
"Bersolek untuk suami jadi ibadah, bersolek pada ajnabi jadi fitnah."
Ana mengenyitkan mata. Menahan gelora emosi dengan 'wajah alien' dan pening kepala. Tapi, Allah nak menjaga... Masya Allah, Dia sentiasa membantu dan terus setia bersama ana. Selepas akad, jamuan kecil diadakan di masjid. Ana cuba membuka niqab, malangnya ada jarum peniti yang dicucuk pada tudung dan veil turut terkena pada niqab. ^_~ Tengok saja orang makan, ana makan yang kering-kering saja, selak niqab dari bawah. Alhamdulillah.
Makanya, wajah alien ana tidak dilihat oleh sesiapa apatah lagi suami. Lalalalalaaaaa...
Hari walimah (sehari selepas akad nikah) ana disolek sekali lagi oleh kawan abang (perempuan) yang turut hadir semasa majlis akad dan walimah. Beliau menawarkan khidmat menyolek ana. Berkali-kali ana pesankan.
"Light ye, jangan tebal-tebal."
Pada semua bahagian disolek tipis. Ana bukan saja tidak selesa tapi bimbang solekan jadi tatapan selain dari suami. Tabarruj, berkali-kali ana tersenyum setiap kali suara menyuruh ana membuka niqab. Ana berkeras dalam diam, senyuman tetap mewarnai wajah walaupun hati bagai diketuk dan hentak. Bersyukur, mempertahankan niqab telah menyelamatkan ana dari tabarruj dan dalam masa yang sama ana menyelamatkan suami dari menjadi dayus apabila membiarkan isterinya melakukan apa yang Allah larang. Alhamdulillah!
Selesai majlis walimah. Buat pertama kalinya suami melihat ana dalam keadaan bersolek, beliau memandang ana pelik. Huhu, dalam keadaan segan yang amat duduk depan lelaki yang selama ini 'asing', dipandang pula dalam keadaan pelik lagi lah malu. Akhirnya, sama-sama tunduk. Ana minta diri dan cuci solekan, baru nampak suami tersenyum.
"Tak make-up lagi cantik."
'See... I told you already...' Monolog kecil dalam hati membayangkan satu per satu wajah yang memaksa ana bersolek untuk suami. Ahaks! Padahal ana sendiri pelik apabila melihat wajah di hadapan cermin, sehingga hari ini rasa nak ketawa bila memikirkan kenangan tersebut.
"Kak, boleh tak nak tengok gambar akak pakai make-up tanpa purdah?"
Adinda yang dikasihi memujuk semasa ana berziarah ke rumahnya.
"Boleh, ini dan ini..."
"Akak.... (sensored)"
Alhamdulillah, walimah di rumah zauj di Kelantan... Rasa selamba sangat, ana tidak diproses dengan solekan bahkan ana bersiap sendiri. Ngeeeee. Finally, kakak ipar dan abang menyiapkan ana pada bahagian veil dan crown. Kemudian, suami yang membuka veil dan crown untuk ana :) Allah nak menjaga, rupanya di rumah suami... Saudara-saudara terdekat suami nak melihat ana tanpa niqab. Ada hikmah rupanya ana tidak 'dikerjakan' oleh sesiapa. Alhamdulillah.
Ana bukan bidadari dari kayangan yang putih gebu, berkulit halus, bermata galak, bibir merah bak delima, hidung mancung seperti si polan atau si polan, pipi gebu bak kueh apam. Ana hanya seorang Insyirah yang mahu setia menjadi bidadari hanya untuk suami, ana hanya mahu cantik di hadapan suami... Izinkanlah ana untuk terus menjadi bidadari untuknya...
Pada niqabis, "Apabila kamu berazam maka tawakkallah kepada Allah" itu saja yang mampu ana kongsikan. Allah sentiasa membantu. Allah yang beri ujian, Dia pasti akan memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Insya Allah :)
Cup Of Love,
Insyirah Soleha
Baiti Jannati
40 leaves:
Assalamualaykum Puan Insyirah ^_^
Puan, anda sangat... hehehehehe... Allah sentiasa memujuk dengan cara dan kehendak NYA. Alhamdulillah, Happy je tengok Puan Syira sekarang ceria dan bahagia :D
Ehem, cepat-cepat jadi ibu ye ;)
tahniah..ana kagum dengan penyampaian enti..tersentuh di hati ana..sebak rasa.. salam ukhwah:)
Syabas ukhti nsyirah Solehah..
Allah sentiasa bersama hambaNYa yang sabar..
Mabruk ya Ukhti...
salam,
seronok dgr kisah akak. beruntungnye akak dpt menjaga segala-galanya hanya untuk suami tecinta.
Semoga akak bahagia bersama suami tercinta dan keluarga baru akak...=)
akaaaaaak.... adoiai... malu la adik... fofular mak ngan ayah.. huhu
Salam sejahtera buat Insyirah ngan Ust saiful azuran,gerbang perkahwinan sudah ditempuhi. Perjuangan melingkar memberati bahu masing2 agar diperjuangkan. Perjuangan agama suci.
Pandang ke hadapan kelihatan ufuk yg dibatasi garisan seurat benang. Jagalah perasaan zauj setiap masa setiap ketika bg Insyirah dan belajarlah dgn zauj tentang perjuangan yg penuh dengan cabaran dan dugaan.
Ada pepatah bahasa arab menyatakan "Kullu jadidin lazizun" wassalam.
assallamualaikum sayangku..betapa terharunya dgn blog ni adikku. menitis airmata...sungguh kuat ujian itu. akak pn dah merasa apa yg syira rasa.walaupun sekadar bertunang. nasib baik lah kening akak tak digondolkan. menjerit-jerit akak minta jgn dicukur kening ni....yg akak nk adalah kesederhanaan..bukan apa yg terserlah dlm gambar. tp bila kata sedih, makcik2 akak kata..utk keluarga kita..bukan utk sape2...akak diamkan diri. sungguh Allah menguji hambaNya bkn dgn sengaja. tapi penuh dgn hikmah..semoga perkahwinan adik, senantiasa dilimpahi rahmat Allah swt.
Wa'alaikumussalam Ukhti Balqis.
Alhamdulillah. Ceria dan bahagia sebab ada 'teddy bear' hidup yang sentiasa ceria ^_^
Jadi ibu? Hehehehe... Bukan ke selama ni memang dah ramai anak. Anak kucing, anak kunci, anak tekak... hehehehe :P
Durrotun Nashihah.
Semuanya dari Allah :)
Salam ukhuwah buat ukhti Durrotun Nashihah, ukhti dari Indonesia?
Ukhti Wanita Mustanir.
Benar, janji Allah adalah kepastian. Cuma ujian dari Allah hadir bagi melihat sejauh mana kita yakin dengan pertolongan dari Nya :)
Syukran.
Faizreen :
Alhamdulillah. Semuanya dari Allah.
"Apabila kamu berazam maka bertawakkal pada Allah"
Sesiapa pun apabila melakukan sesuatu, biarlah kerana Allah. Jalannya mungkin berliku dan perit namun semuanya menjadi satu kemanisan pada mereka yang menghargai mahalnya nilai sebuah IMAN. Wallahua'lam.
Syauqah Wardah :
Erk... Populer? Isk, saya tak bertanggungjawab apa-apa nih... *_*
Salam sejahtera buat pendamping, sahabat yang hebat buat zauj... Ustaz Hamdan. Zauj asyik bercerita saja tentang kalian :)
Kisah dari maahad sampai ke Pakistan kemudian ke Mesir sehingga la sekarang ni. Ada saja kenangan zauj dengan ustaz yang kelakar dan mencuit hati. Moga ukhuwah kalian berkekalan hingga ke syurga, ameen.
InsyaAllah, perkahwinan bukan sekadar sebuah tanggungjawab tapi medan perjuangan untuk masing-masing. Bernikah atas akidah dan agama, maharnya sebuah iman dan islam maka... memang berat untuk melepasi setiap ujian dan cabaran.
Memang banyak cabarannya... Apapun, doakan kami. Moga ada rezeki untuk ketemu dengan Harraz! :) Insya Allah.
p/s: Pepatah arab tu... senyum je la.
Wa'alaikumussalam Kak Cda.
Hidup ini medan ujian dan sesungguhnya kita hanya hamba Allah dan kita berhak untuk diuji oleh Allah.
Usah menangis kerana ditimpa ujian tetapi menangislah kerana dipilih Allah untuk menghadapi ujian :)
Masa bertunang Syira kan kak... jeng jeng jeng, teramatlah simple sampai tak tahu nak cakap macammana simplenya tu. Allah banyak membantu sebab suami Syira pun alhamdulillah sangat menjaga :) Jadi, Allah nak jaga kami bersama. Majlis pertunangan yang teramat simple sehingga kini kami sentiasa tercuit bila kenangkan peristiwa tersebut. Semuanya berlaku dengan cepat (",)
Syira tidak berkeras dengan orang, orang cakap apa pun senyap dan senyum tapi dalam hati pohon doa berterusan moga Allah kuatkan diri (orang degil camtu la kak, huhuhu). Syira ni degil, kalau Syira kata tak nak maka tak nak la jawabnya. Keras hati agaknya.
Jadi, bila keluarga suruh buka niqab Syira sabar je... Senyummm. Syira tahu nak tak nak mesti orang make-up, so dah kira tabarruj. dalam Quran Allah ada ingatkan bahawa "...isteri-isteri dan anak-anakmu sebagai ujian..." jadi tak nak lah membiarkan suami terbeban di awal fasa perkahwinan yang mana ujian tu datang dari Syira. So, kuatkan hati juga la.
Moga akak diberi kekuatan masa walimah nanti.
salam...tahniah...selamat pengantin baru ye syira...sye suke entri nie...memang menyenth hati...teringat kembali akan ujian-ujian yang diberikan selama ini...semoge dilimpahi kebahagian di dunia dan akhirat...semoge kekal hingga akhr hayat amin... ;)
salam...tahniah...selamat pengantin baru ye syira...sye suke entri nie...memang menyenth hati...teringat kembali akan ujian-ujian yang diberikan selama ini...semoge dilimpahi kebahagian di dunia dan akhirat...semoge hingga akhr hayat amin... ;)
alhamdulillah....semoga kekal seperti diharapkan.....:-)
assalamualaikum ukht insyirah...
masyaAllah..kisah enti betul2 bg inspirasi buat ana ntk meghadapi hari yg terpenting dlm hidup seorang muslimah yg berniqob mcm ni...
buat insyirah dan zauj...barakallahu lakuma wa baraka'alaika wa jama'a bainakuma fi khair....
salam ukhuwwah salam mahabbah~
^_^ wassalam.
Salam Syirah.
Lepas kahwin ni nampak bersinar-sinar je, hehehe...bahagia la tu, insya Allah ^_^
salam ziarah.
tahniah untuk Puan. :)
tersentuh baca entri ni.
Salam Cahaya_mataku.
Salam ukhuwah buat ukhti :)
Usah menangis apabila diberikan ujian Allah tetapi menangislah kerana dipilih Allah untuk diuji. Kerana dalam setiap ujian itu ada tarbiyyah dari Allah, pandanglah ujian dari sudut iman. Moga peroleh kebaikan dunia akhirat buatmu. Moga Allah berkatimu sahabat.
Wallahua'lam.
Kak Mia,
Allahumma ameen, moga Dia terus bersama di sisi.
Wa'alaikumussalam Syaukah Wardah.
Ameen allahumma ameen... :)
Syukran 'ala doa (",)
Semoga Allah memberi kekuatan buat ukhti dalam mujahadah. HIdup ini lapangan ujian, hidup seorang pejuang takkan sepi dari ujian maka perjuangkanlah apa yang sepatutnya :)
Wallahua'lam.
Salam Ummu Aniq.
Heheh, yeke bersinar? ALhamdulillah... Hehehe, ada nampak blink-blink tak? Ahaks!
Salam ukhuwah buat I*K*T*I*R*A*F :)
assalamualaikum syira.
kakchik membaca kisah ini bersama kesan nostalgia yang kuat. seperti kembali ke masa lapan tahun yang lalu.
tahniah syira! kini dia alam perjuangan yang lebih mencabar.
Wa'alaikumussalam Kak Cik :)
Ya, betul tu. Alam perjuangan sekarang JAUH LEBIH BESAR... Banyak nak kene belajar dengan Kak Cik Dan Ummu Abbas, insya ALLAH nanti ke Kelantan boleh try setting date untuk jumpa Kak Cik. :)
Subhanallah.
Sungguh teguh prinsip ustzah.Moga terus istiqamah selamanya. Amin ya Robb
salam ukhti syira..sungguh terharu akak mmbaca nukilan yang adik nukilkan...mabruk ya ukhti..smoga akak pun jadi sesabar diri ukhti.barakallahufik..
Suka baca post Insyirah ni. Semoga terus berkongsi. Dapat saya jadikan penguat dan semangat untuk turut mendekati Allah =)
alhamdulillah,,,sejuk hati membace nukilan yg d k0ngsi..ser0n0k!!~
''seindah mawar berduri''
c0ngratulati0n,,!!sem0ga berjaye menempuh dugaan mendatang,
tahniah!!!.....
bermanfaat ...
wajaza
masyaALLAH,indahnya...
kagum dengan kurniaan ALLAH..
ana harap sgt dpt jadi mcm ukht syira..(^_^)
berlinang air mata saya membaca "apabila kamu berazam, brtawakallah pada Allah"
saya baru sebulan berniqab
moga Allah kuatkan iman saya dan istiqamah spt ukhti
:) syukran
Panduan hidup...yg baik itulah dijadikan ikutan. Saya doakan enti sentiasa dlm istiqamah. Amen
Salam pkenalan,
Seronok baca kisah org yg ada pendapat yang hampir sama.
Sebelum saya nikah pun macam2 pressure...saya bukan niqabi...nikah tidak bermake up...tak berhantaran...cuma mas kahwin dan cincin...tak bersanding..tak hias bilik pengantin..sewa bilik hotel for privasi..semua tu susah juga keluarga terima.....masih ingat lagi ada sedara yang cakap...mas kahwin $**** sahaja?...budak lepas spm pun lebih lagi...berhias lah masa akad nikah nanti....sekali je..tapi alhamdulillah saya berjaya meyakinkan mereka..bagi. Saya kenapa kita nak cemari majlis suci dengan dosa2 sebegini..knp nk jamu mata2 hadirin dgn hal2 yg tak sepatutnya...kenduri tetap meriah...harap hidup kami sentiasa bersederhana...insyallah
Salam alaik, subhanallah, entri yang sangat menyentuh hati. May Allah bless you sister. Kisah ni sedikit sebanyak membantu ana untuk melihat apa bentuk "cabaran" yang bakal dihadapi. Memandangkan ana juga hampir berada dalam situasi ukhty, satu-satunya insan yang memakai niqab dalam keluarga, belah mak dan ayah. Allahu. Moga hidup kalian diberikan barakah hingga ke jannah, InsyaAllah.
-Ana Shahirah-
Assalamualaikum....
Suka saya baca perjalanan puan untuk persiapan akad nikah.....Alhamdulillah...Kukuhnya...
Semoga kehidupan berkeluarga, penuh dengan rahmatNYa...amin
Assalamualaikum....
Suka saya baca perjalanan puan untuk persiapan akad nikah.....Alhamdulillah...Kukuhnya...
Semoga kehidupan berkeluarga, penuh dengan rahmatNYa...amin
Post a Comment