"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

04 June 2010

Seminggu Menjadi Isteri

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, sudah seminggu menjadi isteri. Baru faham istilah "Bercinta Selepas Kahwin" dan keindahannya. Sebelum ini, minda telah disiapkan bakal suami adalah seorang yang tegas dan garang maka jangan berperangai budak-budak dan bergaduh seperti aktiviti bersama abi dan ummi.

Sebelum ini, tidak pernah berbual hanya pernah bercakap (berbeza istilah berbual dan bercakap) maka selepas diijab kabul baru berbual, terasa 'pelik'nya ana. Dialog pertama setelah menjadi isteri.

"Orang balik dulu ye. Eh, ada ke orang?"

Disebabkan selalu bahasakan diri sebagai 'orang' maka sebut orang jugalah. Monolog sendiri dalam hati, memang la Insyirah Soleha seORANG manusia, bukannya anak patung. Itulah, kekok sungguh rasanya. Terasa betapa istimewa dan bertuahnya menjadi seorang muslimah yang Allah berikan anugerah untuk berniqab, reaksi muka tidak mampu dibaca oleh orang lain. Hihihihi. Kalau orang tahu reaksi muka ana masa tu, mungkin dah ketawa berguling dari atas bukit sampai kaki bukit.

Di waktu malam, zauj menalifon untuk bertanya sesuatu. Rasa pelik je bercakap dalam talifon kerana sebelum ini tidak pernah bercakap dalam talifon, hihihi. Mungkin sebenarnya ana seorang yang pelik. Sahabiyah yang bersama turut merasa perubahan rona wajah ana sehingga mereka memalingkan pandangan memberi peluang kepada ana untuk 'bertenang'.

Hari kedua menjadi isteri, dan hari yang sama majlis walimah. Sementara menunggu 'dikerjakan', zauj menunggu. Selesai 'dikerjakan', rasa seperti anak patung yang diarahkan berbuat sesuatu. Sebelum keluar rumah, bergambar dengan zauj... Kekok sangat sampai menyorok belakang almari. Sah, memang bengong sikit ana ni. Penat nak set dalam minda.

"Dah kahwin la, itu suami akuuuuu...!"

Puas diketawakan oleh orang kerana ana sangat statik macam patung. Rasa macam duduk sebelah alien saja, jarak punya jauh sehinggakan sahabiyah terpaksa cakap.

"Dekat la sikit.."

Tunduk je, encik zauj membiarkan puan zaujahnya bertenang.

"Insyirah malu tu... rilex, rilex."

Makanya, gambar-gambar awal semuanya berjarak sekaki. Aduh, rosak gambar. Nasib la orang dalam gambar comel je, boleh cover juga la jarak yang cacat. ^_~

Selesai majlis walimah di dewan. Pertama kali zauj melihat ana dalam keadaan bersolek, dipandangnya ana pelik. Aduh, macam ana buat salah je. Mujurlah sehari di dewan, ana dah boleh 'menerima' status suami isteri. Tidak lagi kaku macam anak patung yang statik dan ana asyik terasa macam duduk sebelah alien. Huhu. Segala rasa pelik dah berkurang. Alhamdulillah.

"Abang, abang ni unexpected lah..!"

Ana rasa macam bertunang dengan orang lain dan berkahwin dengan orang lain. Watak yang serius dan garang sebelum ini terpahat dalam kepala tiba-tiba berwatak lain. Muka yang susah nak senyum, tidaklah sesusah mana pun. Cuma memerlukan sedikit skill untuk mencetus kemahuan beliau untuk senyum.

Tiba-tiba, tergelak sendiri. Seolah-olah faham dengan ukhtun yang selama ini ana tertanya "macammana kakak ni hidup dengan suami yang muka serius gila, tengok pun takut" tapi mereka bahagia je pun. Keyword mereka telah ana korek, sedikit masa lagi kunci dan mangga akan dibuka... huhuhu.

Setelah ditinggalkan, insya Allah esok ketemu sama Cinta (Encik Zauj). Terasa seolah-olah 'dihalau' dari rumah, ummi suruh bawa baju macam lama sangat ana nak duduk rumah mertua. Abi pula pesan ubat itu dan ini bimbang stock ubat ana tidak cukup sepanjang duduk di rumah mertua.

Seseorang bertanya pada ummi.

"Tak sedih ke bagi anak kahwin?"

"Nak sedih apanya, bukan anak kurang tapi bertambah!" Jawapan ummi, subhanallah. Tersenyum ana terkenangkan tulisan terdahulu.

Ujian-ujian awal telah kami lalui, walaupun tempoh pertunangan pendek namun geloranya masya Allah hampir saja ana merasakan dia bakal mengundur diri dari meneruskan ikatan ini. Hanya tawakal dan redha dengan apa yang Dia isyaratkan dalam kembara memberi kekuatan untuk terus bertahan dan berkorban perasaan.

Tiada harapan menggunung dalam perkahwinan ini, hanya mahu berkorban demi sebuah kehidupan.

Setiap pasangan berkahwin merasakan pasangan adalah milik mereka. Isteriku adalah milikku, suamiku adalah milikku. Ana rasakan tiada sesuatu yang menjadi milik kita, semuanya milik Allah. Allah pinjamkan suami untuk seorang isteri memberi khidmat dan Allah kecilkan skop dakwah dan lingkungan ibadah, itu anugerah indah buat muslimah.

Allah pinjamkan isteri untuk seorang suami lebih kukuh di jalan dakwah, ada yang mendorong dan menjadi pencetus semangat, andai setiap dari kita melaksanakan peranan kerana sebuah ibadah, tiada masalah menuntut hak (engkau milikku atau aku milikmu) kerana masing-masing faham ibadah kerana Allah, untuk bercinta sampai ke syurga! (",)


Ditinggalkan oleh zauj dalam keadaan demam dan terus diserang demam panas sehingga badan terlalu sakit dan penat, subhanallah. Ada sesuatu yang Dia mahu sampaikan. Dia mahu ana berdikari dan jaga diri sendiri, bagaimana mahu menjadi sayap kiri kepada suami andai sayap sendiri patah sendinya?

"Apa perasaan abang?" Sengaja menebak hatinya.

"Alhamdulillah tenang..."

"Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki,) isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir." (Surah Ar-Rum : 21)

Ana sangat yakin, dalam sebuah perkahwinan ada keberkatannya. Jagalah hubungan dari awal, moga kesuciannya dari awal terpelihara agar di tengah dan hujungnya menatijahkan kemanisan iman dan taqwa berpanjangan. Ameen.

Membaca komen dari sahabat-sahabat zauj, tersenyum. Allah lebih tahu.

Abang, maaf harini 'terkena' dengan zaujah abang... Tak boleh bayang rupa 'terkejut'nya bagaimana walaupun selalu berlagak 'tenang'. Baru seminggu, belum sebulan. Kalau setahun, pening kepala abang kan... ^_~


Hadirnya tanpa ku sedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hati untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat dihati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Baiti Jannati
Puan Insyirah Soleha
1.38 pagi

p/s: Insya Allah akan bertolak ke Kelantan, walimah di rumah zauj pada hari esok (Sabtu).

16 leaves:

Diari Hati Nayli 4 June 2010 at 03:00  

Salam 'alaik... cantik la ukhti.. simple saje.. bj tempah sndr ke?? maaf la tnye ye.. sbb InsyaAllah ana pon akan melalui fasa hidup spt ukhti, cuma blm tahu bila.. bunga tangan pun cantik.. :)

Unknown 4 June 2010 at 06:20  

selamat datang ke negeri kelantan..
negeri tanah airku...hehehe...=D

Orchid 4 June 2010 at 07:41  

Puan insyirah... apakah nama suami puan???
Alhamdulillah, bg ana. Isteri merupakan sebahagian diri ana sendiri yg telah hilang dan perlu dicari. Mungkn bila di ijabkabulkn barulah diri ini rasa complete.
Mgkn begitu. jiwang ciket.haha
semoga memikul tanggungjawab dengan penuh teliti.
- perfectionist- human has limit, but we try.

Hamba Ilahi 4 June 2010 at 08:28  

salam..
kelihatan tulisan puan sudah berubah, sedikit matang mungkin.
(^_^), semoga Allah redha walau apa keadaan pun..

Ummu Auni 4 June 2010 at 08:57  

adikku sayang, pertama sekali akak pohon kemaafan kerana tidak menghadiri kenduri syira. lewat senja usia, akak kira syira pasti tahu status akak sekarang ini. sedikit (banyak sebenarnya) terkilan apabila melihat gambar2 yang dipaparkan di sini. huhu. kita tidak pernah bertentang mata. insya Allah, ada rezeki, akak jenguk FB adik :)

kak amami,  4 June 2010 at 10:05  

salam'alaik..:)

gembiranya hati akak (tumpang aje ye) setiap kali bace catatan insyirah mawar merah yg dah bergelar isteri solehah (mudah2an) ^_^

Anonymous,  4 June 2010 at 10:52  

so sweet membaca entry pertama insyirah bergelar isteri

Mencari Redhatullah 4 June 2010 at 15:27  

TAHNIAH ukhti!
ukhti sgt2 lawa ^_^

moga menjadi isteri solehah dunia akhirat ok..^_^

Unknown 4 June 2010 at 19:54  

selamat datang ke kelantan...hehehe..
hm, apa nma kg husband syirah?akak ada m.sedara kat wakaf bharu..nnt blh la kalo time akak p sana n syirah ada kat c2 time 2, blh la akak p jmpa syirah nnt...=D

tumpang gembira,  4 June 2010 at 21:38  

walaupun tak kenal, tapi saya rasa happy sgt untuk Insyirah...harap Insyirah terus menulis, kerana tulisan Insyirah selalu jadi inspirasi saya..=)

Khazinatul_Asrar 4 June 2010 at 22:22  

Ukhti,
Semoga terus kuat dan tabah.
Ujian yg dihadapi mungkin ana tidak tahu sedalam mana sakitnya dirasai oleh enti. Namun, ana pasti, Allah telah memilih enti kerana DIA tahu enti mampu atasinya.

Dan kini, syukur alhmdulillah, enti sudah mengikat tali perkahwinan yang sah. Mabruk!

Jaga diri ya PUAN INSYIRAH.

p/s : lahir tahun 1990 ke? tgk umur 20tahun-2010 tu. hehe.

Mesintaip: 5 June 2010 at 07:50  

"Ya Allah, berkatilah rumahtangga saudaraku ini. Semaikan benih kasih sayang antara kedua-dua mereka. Tumbuhkanlah tunas-tunas baik yang soleh dan solehah dari kedua-duanya. Berikanlah mereka buah sabar dalam melayari bahtera rumahtangga.Amin..."

p/s: TAHNIAH! sedikit nasihat:
Jagalah TIGA perkara suamimu, pertama AKALnya, janganlah engkau runsingkan dengan beban masalah, HATInya, janganlah engkau guriskan dengan kata-kata dan tindakkan melampau, dan PERUTnya, janganlah engkau biarkan ia kosong dan tidak terurus pemakanannya.

saffa@srar 5 June 2010 at 16:21  

salam alaik,
mubarak alaiki dik...semoga kekal ke syurga.." barakallahu lakuma, wabaraka alikuma..wajama'a bainakuma fil alfi2 kheir...~amen.
p/s: doakan akk dipermudhkan urusan jg...coming soon..~

Amir Arshad 7 June 2010 at 12:27  

Mabruk ya ukhti. dah jadi isteri orang. menarik betul entri tuh. ntah mcm mana rasanya dah berkeluarga ya?
semoga ikatan tu berkekalan sehingga keakhirnya. kata nak bercinta sampai ke syurga kan? kami doakan. ameen..

Amir Arshad 10 June 2010 at 15:39  

Tahniah dah jadi isteri orang. Semoga menjadi srikandi sejati

Anonymous,  11 June 2010 at 16:08  

Assalamualaikum..
ana minta izin untuk link blog anti ke dalam blog ana...
ana dah linkkan...
terima kasih...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO