Blessing Wedding
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah. Syukur... Majlis akad nikah pada 28 Mei 2010 di Masjid Abu Bakar, Cameron Highlands berjalan lancar. Dengan sekali lafaz, sah sebagai suami isteri. Syukur, abi sendiri yang menikahkan kami. Majlis walimah di pihak ana pada 29 Mei 2010 juga berjalan lancar. Ketibaan kami disambut dengan kabus yang sangat tebal dan berangin, sejukkkkk! Rasa nak menyorok je memandangkan pakaian kami dari kain organza, bila bertiup... Huhu, ketar lutut :)
Terhutang budi pada sepupu-sepupu, Kak Cik, Angah, Kak Nurul (dan semua) yang work hard for our wedding day (walimah ana dan abang sulung). Kak Cik dan Angah 'mengerjakan' ana sebelum akad nikah, aduhai...
"1st time make-up semalam (semasa akad nikah), last time make-up harini (semasa majlis walimah)."
"Pakai niqab tak apa orang tak nampak. Tak make-up lagi cantik."
Ana sendiri tak percaya tengok muka sendiri depan cermin. (Boleh pula terkejut tengok muka sendiri)
Setinggi-tinggi penghargaan buat Ukhti Syifa' yang bersungguh-sungguh datang dari Kedah untuk menghadiri walimah ana, beliau juga bekerja keras untuk 'siapkan' ana untuk majlis walimah. Pada 2 sahabat dunia akhiratku, Cik Aisyah dan Cik Hafizah. Jazakillah khairan katsir. Mereka berdua datang awal, kehadiran yang teramat membantu. Pillow's Talk juga buat ana tersenyum sendirian setiap kali teringat perbualan kami. Sweet memory, thanks girls. Buat Ukhti Amiera yang struggle hard untuk hadir di majlis walimah walaupun tiba pada penghujung majlis, terima kasih banyak-banyak tolong cabut semua aksesori.
"Tak dapat nak siapkan pengantin, akak 'rosakkan' pengantin pun jadilah..."
Ukhti Amiera dari Melaka bersama Akhi Adnan, zaujah dan anak-anak. Amni sangat teruja melihat ana memegang fresh roses (bunga ros segar), ana pun bagi pada Amni untuk posing dengan bunga jambangan tangan, akhirnya sekuntum demi sekuntum jatuh terus umminya tak bagi Amni pegang bunga :)
Khairun, Fariza, Musfirah dan Azizi, syukran-syukran!
Ada dua pasangan pelancong (asing) yang bertandang ke majlis walimah kami, alhamdulillah kami raikan kehadiran mereka. Tak sempat berkenalan dengan pasangan pertama, kami hanya sempat berkenalan dan bergambar dengan pasangan kedua dari Holland tetapi mereka menetap di Singapura.
Terima kasih pada sahabat-sahabat yang menghantar SMS, maaf sangat hp ana rosak.
"Itu siapa?" Zauji menyoal ana pada susuk seseorang.
"Ummi, itu siapa?" Ana menyoal pada ummi.
"Itu menantu Tok Long Ah."
"Rasa macam pernah tengok." Zauji memberi respon.
"Ya, dulu dia di Mesir." Ana memberi jawapan, mungkin mereka pernah berjumpa.
Selepas tetamu semakin berkurangan baru la zauji dan menantu Tok Long berbual.
"Kenal, dulu dia jual kuih di Kaherah." Zauji bisik pada ana.
Selesai majlis, pulang ke homestay. Rasa naif sangat dengan kata-kata Pak Cik.
"Hang tunggu la kawan-kawan jalan dulu baru hang jalan dengan laki hang, boleh berdua-duaan pegang tangan."
Aduhai, naif.. Innocent je, seperti diajar "bagaimana untuk bercinta". Alhamdulillah, sebelum ni tak pernah bersembang, selepas kahwin baru bersembang... Beginning from 0! Menikmati cinta halal.
"Ini pilihan siapa?" Mak Yah (ibu angkat) bertanya semasa di majlis walimah.
"Pilihan Allah." Terus Mak Yah memeluk ana seerat-eratnya. Subhanallah, semuanya dari Allah.
Syukran wa jazakumullah khairan pada SEMUA ahli keluarga yang mengerahkan kudrat untuk majlis walimah kami. Insya Allah, kenduri di pihak suami minggu hadapan.
* demam *
Seorang Isteri,
Insyirah Soleha.
28 leaves:
Assalamualaikum Insyirah..
Tahniah..
Baraka Allah Lakuma..
Semoga jadi isteri yang solehah dunia akhirat..
Insyaallah..
Dan semoga tabah dalam menghadapi setiap dugaan...
Moga Allah sentiasa bersama mu sahabat..=)
Assalamualaikum...
tahniah.. moga rumahtangga muslim yang dibina akn mendpt keberkatan dari Ilahi...
bersabar dan tabah dalam menghadapi segala mehnah dan ujian yang menimpa.. moga Allah pemudahkan segala urusanmu ukhtie..
amiin..
assalamualaikum...
congratulation.....moga bahagia hingga ke hujung hayat dunia dan akhirat....amin.
assalamualaikum...
congratulation.....moga bahagia hingga ke hujung hayat dunia dan akhirat....amin.
salam'alaik..^_^
Alhamdulillah..alhamdulillah..selamatsemuanya..:)
moga Allah limpahkan mawaddah,mahabbah wa rahmah..^__^
mabruk alaik ya ukhti (^-^)
Assalamualaikum.
Mabruk'alaik ya ukhti.
Bahagia ana tengok slide ni walaupun SANGAT tidak puas, gambar sikit sangat la sayang. Cuba letak banyak-banyak.
Demam kene tinggal dengan zauj ke ni? Hehehehe :D
Alhamdulillah, saya turut tumpang gembira..saya pun berharap cepat ketemu zaujah pilihan Allah =D .."jeles" tgk orang dah dapat cinta halal hehe...Untuk Insyirah dan suami, saya doakan perkahwinan ini berkekalan di dunia dan akhirat ..InsyaAllah =)
alhamdulillah... always pray for you...
baraka allah lakuma..
so sweet for both zauj wa zaujah (^^)
semoga dipermudahkan segala urusan. Im so happy (^^).. indahnya.
Assalamua'laikum.. menumpang kegembiraan seorang adik.. moga ALLAH merahmati bait al-muslim yang dibina.. tahniah dik, kerana telah menyempurnakan separuh dari agama..=)
Salam....
Baraka Allah Lakuma...Tahniah ye kpd kak Insyirah...semoga kalian berdoa berbahagia sehingga ke anak cucu..amin
Assalamualaikum..
tahniah Insyirah..
semoga Allah memberkati Insyirah dan suami..amin..
salam a'laiki^_^,
~tahniah buat insyirah...barakallahu lakuma...moga berbahagia sehingga ke syurga n mnjadi isteri yang solehah..doakan tok sy juga..=))
Assalamualaikum, ukhti..
Semoga pernikahan ukhti dan zauji diberkati Allah dan semoga kekal dengan izinNya..
Ameen..
salam syira. tahniah. hee;) ana tumpang gembira dengan sahabat ana yang sorg ni. heee. gembira!
Assalamualaikom..
tahniah dekat syirah dengan ust saiful..
semoga di rahamati Allah dan bahagia dunia akhirat..amin ya rabb!!
maaf terlewat wish..sibuk dengan exam..hehe..dan maaf gk sbb x sempat dtg kenduri kawen syirah dengan ust saiful..
ckp kt ust saiful dtg buat kt mesir plak.klu buat mesir..i.allah akhi pergi..hehe
tahniah! maaf akak tak dapat hadir :(
congrats sis!
jadik isteri yang baik..kitaorg suka sgt dengan ustaz..sporting & sempoi jer..hehe..
tak sempat sembang lama2 aritue..penat sgt2 + demam selsema membuatkan diri mau tidor jer...
love ya..take care..=)
Assalamualaikum ya ukhti.. mabruk 'alaik :)
seronoknya da dpt bercinta dngn cara yang halal.. ana maSih menunggu peluang tu.. buat ukhti, kuatkan diri untuk menjadi tulang belakang suami ya.. :)
As-Salaamu 'alaikum w.b.t.
Tahniah kepada Ustaz dan Ustazah atas baitul Muslim yang telah dibina.
Moga Allah membantu dan menguatkan kalian dalam meneruskan langkah perjuangan dalam gerbang dan fasa baru ini.
Assalamualaikum ukhti Insyirah..
Tahniah ukhti!Sy tumpang bahagia..
Semoga kekal bahagia bersama suami hngga ke syurga..insyaAllah..
Pasti ukhti tambah kuat kini,sbb ade peneman di sisi..heee.....
Semoga rumahtangga ukhti sentiasa dpt keberkatan Ilahi..
Alhamdulillah, kak Insyirah dah bergelar seorg zaujah buat suami. Sy tumpang gembira utk akak. Semoga perkahwinan diberkati-Nya, dapat anak-anak yg soleh & solehah serta perkahwinan ni kekal hingga akhir hayat... sampai ke tempat yg paling diidamkan semua org.. insya-Allah.. Tahniah kak Insyirah.. (:
Assalamualaikum ukhti Insyirah..
Tahniah..
Baraka Allah Lakuma..
Salam, semoga semuanya berjalan lancar, semoga bhagia hingga bila2.
salam akak,tahniah....suka flow blog akak....semoga bahagia n dlam rahmat ALLAH...
Salam..salam perkenalan...
Tahniah.. Barakallah hu lakum..
baru mengenali blog anti.. ketika sedang mencari2 jawapan utk pilihan yg besar dlm hidup..
sedang berkira2 walaupun dh hampir utk diikat..(ditunangkan)..
tp entahla ukhti knpa hati terkadang rsa tidak yakin...
insyaAllah nti nk pohon pndangan ukhti..
najiha_murshidah@yahoo.com.my
Post a Comment