"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

03 May 2010

Gembira Dengan Pilihan Tuhan

Bismillahirrahmanirrahim.

Ada yang menyatakan bahagia itu relatif sifatnya. Yang sakit, merasakan sihat itu bahagia. Tetapi bila sihat, benda lain pula dirasakannya sebagai bahagia. Pada yang miskin, kaya itu dirasakan bahagia. Tapi yang kaya merasakan kaya itu bukan bahagia. Tidak percaya? Baca senarai panjang orang kaya, ternama dan popular membunuh diri atau sakit jiwa. Itu bukti nyata mereka tidak bahagia.


Masalahnya bukan tidak mampu mencapai bahagia tetapi ramai yang tidak mengetahui apakah erti bahagia sebenarnya. Begitu kata ahli-ahli hikmah bila ditanyakan:


"Mengapa ramai manusia yang tidak bahagia?"


Jadi teraba-rabalah manusia mencari bahagia. Bila tidak tahu apa yang dicari, maka sudah pasti tidak akan ditemui. Anehnya, manusia kerap bercakap tentang bahagia - rumah tangga yang bahagia, pasangan yang bahagia atau diri yang bahagia. Bercakap tanpa tahu makna?


Kerap kali orang menyangka orang lain lebih bahagia daripadanya. "Rumput diseberang sana kelihatan lebih hijau," begitu maksud pepatah Inggeris. Ini menyebabkan kita sentiasa tidak puas. Hidup dilihat sebagai satu perbandingan dari pertandingan. Bukan satu kesyukuran yang harus dikongsikan. Jadi, apa makna bahagia sebenarnya?


Kebahagiaan sebenarnya adalah satu ketenangan. Ketenangan itu letaknya di hati. Hati yang tenang ialah hati yang dapat menghadapi apa juga ujian hidup dengan sebaik-baiknya. Jika yang datang nikmat, hati yang tenang bersyukur. Jika yang datang musibah, hati yang tenang sabar. Hati yang tenang dipenuhi rasa qanaah, tawakal, redha dan sifat mahmudah. Hati yang sedemikianlah dinamakan hati yang sejahtera - qalbun salim. Hati yang mesti dimiliki walaupun cuma sedetik, sebelum kita menemui Ilahi.


Bagaimana hati boleh tenang? Tidak lain... Hanya ingat pada Allah. Begitu maksud yang diungkapkan dalam al-Quran. Rumah tangga yang tenang, ialah bila setiap anggotanya ingatkan Allah. Apa maksud ingatkan Allah? Cukupkah dengan ucapan dan sebutan subhanallah, alhamdulillah dan kalimat-kalimat zikir yang lain? Belum. Maksud ingat Allah itu luas. Hati teringat, mulut menyebut, anggota bertindak. Ingat yang menjunam di lubuk hati, terluah pada ucapan lidah dan terzahir dalam tindakan dan perlakuan.


Bila diuji dengan kekurangan, kemiskinan, kesakitan bahkan kematian, terasa kita layak menerima. Tidak mengeluh, "kenapa aku yang kena?" sebaliknya terasa "Aku telah dipilih," "Aku hamba Allah, aku layak diuji". Kata ulama, untuk tidak terasa susah apabila luput satu nikmat, jangan berasa memiliki nikmat itu. Rasakan diri hanya peminjam. Bila nikmat yang bukan milik kita itu ditarik, hati yang tenang menyerah dan pasrah kepada Allah - Pemilik segalanya.


Jadi, untuk meringankan beban hati menghadapi ujian hidup atau bala, ikatlah hati dengan Allah. Hendaklah dikenal bahawa Allah lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
Bila kita kenal Allah yang maha pengasih dan penyayang, kita tidak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu sesuatu yang tidak baik. Iktikad (keyakinan) kita, bahawa semua ketentuan Allah itu baik - pasti ada hikmah di sebaliknya akan menyebabkan hati terubat.

Hati tidak dapat tidak, mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin qada dan qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung qadar dengan sabar, bahkan gembira dengan pilihan Allah (ujian adalah pilihan Allah, bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka!


Maha Suci Allah yang tidak akan menzalimi manusia walaupun ketika Dia menguji hamba Nya, hati yang tenang akan berbisik;

"Tuhan... Aku belum nampak akan kebaikan di sebalik kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tetapi aku yakin ya Allah, ilmu Mu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebalik ujian ini. Yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan..."

Maha Adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada harta, nanti si miskin akan merasakan diabaikan. Maha Adil Allah yang tidak meletakkan bahagia pada kesihatan, kelak yang sakit akan terasa dipinggirkan. Allah meletakkan bahagia pada HATI yang tenang, sesuatu yang boleh dimiliki oleh semua manusia.

Bahagia itu bukan relatif dan subjektif sifatnya. Tetapi ia adalah sesuatu yang mutlak, yang perlu dicapai oleh setiap insan. Mujur dan syukur, perjalanan menuju bahagia itu pun sudah satu kebahagiaan. Ingat, kebahagiaan itu bukan hanya di hujung jalan, tetapi ia ada di sepanjang jalan! Not a destiny, but a journey! Kata bijak pandai, orang yang bahagia tidak sempat bertanya 'apakah aku bahagia?'.


Wallahua'lam.

"Bila kita nak membahagiakan orang, kita sendiri perlu bahagia.
Kita akan bahagia bila melihat orang lain bahagia.
Kesimpulannya, bahagiakan diri sebelum membahagiakan orang lain.
" - Insyirah Soleha

p.s : Tenangkan diri sebelum menenangkan orang lain (",)

10 leaves:

izuddinrahim 3 May 2010 at 12:37  

tenang letaknya pada hati,bukan pada emosi..emosi dipengaruhi nafsu,hati pula dipimpin iman..betol tak?kalo salah tolong betolkan ye kak..^^,

btw,like dis post..!~saya kasi 5 bintang..haha

Insyirah 3 May 2010 at 12:39  

Aiwah! Hati yang bersih dipimpin iman, hati yang gelap gelita... Bukan iman pemimpinnya tetapi nafsu mengawalnya. :) JAGA HATI (",)

p/s: Er... Benar ke saya yang lebih TUA ni? Suka suki panggil kakak, hisshhh.

~ZuLhAiRi~ 3 May 2010 at 15:45  

salam 'alayk...

kenapa sekarang banyak nau org bercakap soal pilihan, termasuk ana jugalah...:D

btw...bahagia terletak pada hati yang tenang!...inilah yang sebenar benarnya tanpa keraguan apa pun lagi!...ramai yg tidak tahu apa itu bahagia sebenarnya...:)

IMmeHuda 4 May 2010 at 12:15  

hehe...saya pon bahagia...bahagia dalam kehidupan segalanya...

hanya diri sendiri shj yang dapat menentukan samada kita bahagia ataupun tidak.. =)

Anonymous,  4 May 2010 at 13:50  

inilah apa yang saya hadapi sekarang...
terima kasih =)

Insyirah 4 May 2010 at 18:43  

Wa'alaikumussalam Ust Zul~

Bercakap soal pilihan kerana kita sentiasa diberi pilihan oleh Allah. Peluang sentiasa diberikan ALlah untuk kita MEMILIH kebaikan =)

Insyirah 4 May 2010 at 18:44  

Sis Huda ~

Alhamdulillah, antara MENCARI bahagia dan MENGEKALKAN bahagia.. Mencari lebih mudah dr mengekalkan. So, keep it =)

Semoga Allah redha pada kita.

Insyirah 4 May 2010 at 18:45  

Anonymous ~

Bukan anda sahaja bahkan kita semua diberikan ujian oleh ALLAH, hanya bentuk ujian saja yang brbeza. Moga tahap demi tahap ujian itu LULUS di sisi Allah, allahumma ameen.

Semoga kamu memperkemaskan hati kamu pada ALlah supaya bahagia itu bukan dengan memiliki sesuatu tetapi merasai mempunyai ALlah yang memiliki segalanya.

Insya Allah.

Selamat berjuang!

Anonymous,  5 May 2010 at 18:26  

alhamdulillah,terima kasih...

Kash 6 May 2010 at 15:08  

kebahagiaan adalah apabila kita mendapat keredhaan Allah. Insyaallah

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO