"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

26 May 2010

Bakal Isteri Seorang Pejuang

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukran jazilan wa jazakumullah khairan pada semua sahabat-sahabat yang meninggalkan doa dan nota di ruangan komen pada blog, doa pada facebook dan email. Sangat bahagia dan berbesar hati tika mendapat nasihat yang amat menginsafkan dari seorang pembaca blog, anugerah Allah mempertautkan hubungan lingkaran hati walau sekadar di alam maya. Tanpa mengenali nama dan wajah, nasihatnya meruntun hati. Sebak terasa.
Pada setiap lirikan-lirikan yang diberikan, buat diri ini semakin kerdil dan kerdil dan semakin kerdil.

"Siapalah yang bertuah memiliki Insyirah?"

Menelan air liur. Mereka mengulang ayat yang sama.
Bertuah? Ditelek-telek diri sendiri.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini. - Petikan cerpen "Saya Sudah Bertunang."

Tiba-tiba, satu rahsia yang selama ini dipendam sendirian sengaja berkongsi dengan abi. Mahu menebak hati si ayah yang sedang menghitung hari sebelum bersalaman dengan lelaki yang bakal dipertanggungjawabkan atas urusan agama, dunia dan akhirat puteri sulungnya. Tetapi reaksi abi tidak berubah, tenang saja wajahnya seakan geloranya barangkali terlalu kecil untuk merubah pantai hatinya. Subhanallah. Alhamdulillah, selesai satu rahsia. Tidak lagi menjadi rahsia.



"Insyirah kan cakap nak jadi srikandi, sekarang kan benar-benar seorang mujahid datang. Allah Maha Adil. Setiap yang Dia berikan, sesuai dengan seorang hamba. Alhamdulillah."

Berkata itu mudah, menulis itu tidak sukar tetapi melaksana itu perlu mujahadah.


Beberapa hari kaki sangat sukar untuk melangkah, sendi dan saraf seakan berpakat untuk mendera ana hibernate dari melakukan apa-apa aktiviti yang memerlukan kudrat fizikal. Subhanallah. Allah nak tarbiyyah untuk kebal menghadapi mehnah dan tribulasi alam rumahtangga yang jauh lebih besar. Tidur juga awal pagi, setelah merehatkan sendi dan saraf-saraf yang berperang sesama sendiri, akhirnya mata dipejam rapat.


"Selamat pagi bulan, selamat tinggal bintang, srikandi kecil mahu syahid dulu... Jumpa lagi kalau ada waktu."


Entah kenapa, terasa seronok bermonolog bersama sang bintang dan rembulan di hujung langit. Tika jauh dan merindui mereka yang tidak mampu bersama di majlis walimah, hanya risalah hati bertintakan kalam-kalam sepi mewarnai malam.

Embun menitis perlahan, sejuk semakin mengigit segenap tubuh. Subhanallah. Macammana nak merasa musim sejuk di luar negara kalau begini saja sudah membuatkan badan sakit semuanya.
Sesekali mengerling pada jari jemari yang sudah membengkok.

"Sakit?"


Senyum saja. Apalah dibandingkan kesakitan yang sedikit ini dengan limpah dan rahmat kurniaan Ilahi yang tersangat banyak?


"Jari-jari Insyirah ni bengkok, sakit tak?"


Ana geleng kepala. Tidak... Mungkin sudah lali dengan kesakitannya hingga tiada kesakitan yang terasa. Alhamdulillah.


"Kalau saya tarik jari Insyirah ni, boleh tahan tak?"


Insya Allah.


"Saya nak angkat tulang belakang Insyirah ni, sakit sikit tau. Kena tahan...!"


Ana sedari tadi menyanyi perlahan dalam hati. Mengangguk perlahan. Silakan berbuat apa saja, ana mesti kuatkan diri.


"Nak panggilkan ummi?"


Ana tersenyum saja. Biarlah, kali ini mahu sendirian menjalaninya.
Beberapa ketika kemudian, setelah puas menahan dan mengawal pernafasan bagi memenuhkan rongga paru-paru dengan oksigan untuk mengurangkan kesakitan. Akhirnya ana menahan nafas selama yang boleh, tanpa sedar ana sebenarnya sedang menggelupur. Muka pucat lesi, badan menggeletar hebat. Padam...

"Alhamdulillah, sedar pun. Insyirah pengsan tadi."


Terkedu sangat, di sisi ada ummi yang sedang melihat.


"Dia lost sekejap, tadi langsung tak bernafas."


Ok, ana rasa nak tergelak sangat tapi badan masih lemah. Tawa disimpan, hanya melemparkan pandangan pada manusia-manusia di depan mata.


"Maaf makcik, next time la angkat tulang belakang Insyirah. Dia tak boleh tahan, sebelum tu dah lembik kami adjust bahagian lain."


Kakak yang merawat ana memandang ana sejenak, di sisi lain dia memegang tangan ana.

"Kuatkan semangat Insyirah ye, Kak Long doa Insyirah cepat sihat."

Ameen.

"Kalau boleh, jangan makan painkiller."


Ana angguk perlahan.

"Insyirah tak makan pedas, dia tak tahan."


Abi memaklumkan keadaan ana pada kakak ipar yang menyediakan makan malam kami.
Perut juga sudah tak larat menerima segala macam dadah. Usus sudah terhakis dek kerana selalu benar dihujani pelbagai ubat. Jadi, sedikit pedas sudah buat perut dilanda tsunami. Suatu ketika dahulu, drug addict (ketagihan dadah; ubat) sehingga perawat senyum kelat.

"Berapa umur awak?"


"16 tahun."


"Buah pinggang ada masalah ni... Usus pun dah ada simptom awal kanser usus."

Alhamdulillah (segala puji pujian bagi Allah). Diam, tersenyum.

Disebabkan letih menempuh fasa-fasa kehidupan yang mencabar dan tercabar iman, ada masa terasa tersungkur dan terlalu payah untuk menghidupkan semangat yang hampir terkubur, akhirnya terasa manisnya hidup sebagai pejuang. Sentiasa berjuang dan memperjuangkan sesuatu, maharnya IMAN. Berjual beli dengan Allah, bukan sebarangan taruhan tetapi IMAN.


Kaki diseret perlahan, perit sungguh untuk mendapatkan satu langkah ke depan. Terkadang merasa tulang belakang (lower back) melekat, hanya imiginasi sendiri kerana merasa terlalu perit.

"Ya Allah, aku ini sakit tetapi aku ini seorang anak yang bakal berkahwin. Aku ini sakit, tetapi aku sangat ingin berbakti kepada kedua ibubapaku. Aku sangat ingin menghabiskan sisa-sisa hidupku sebagai anak untuk berkorban demi kebahagiaan ibubapaku, aku pohon kepada Mu kekuatan dan kesabaran. Pinjamkanlah sedikit kekuatan untukku. Aku sangat ingin berbakti untuk kedua ibubapaku."

Tangan memegang lutut yang sudah menggeletar, sebelah tangan menggenggam erat pinggang yang seakan mahu putus. Allah sentiasa memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Allah pasti memujuk dengan cara dan kehendak Nya. Beberapa ketika, nusrah Ilahi...

Allahu, menitis airmata pada kebesaran Ilahi. Kaki yang diseret beberapa hari dan sangat perit untuk melangkah kini mampu untuk dihayunkan segera. Subhanallah. Kaki menapak di atas tangga.


"Abi, nak minum tak?"


Sudah beberapa hari abi demam, demam untuk melepaskan anaknya - mungkin. Demam kepenatan atas beberapa tugasan dan kecelaruan fikiran untuk menguruskan pelbagai urusan. Ana turun semula ke dapur. Kedua kaki kembali menapak di atas anak-anak tangga. Subhanallah. Allahuakbar. Berjalanlah Insyirah, teruslah melangkah dan usah berduka. Allah pasti membantu, Dia pasti memberi dengan cara dan kehendak Nya. Dia pasti memujuk, yakin dengan nusrah Allah. Alhamdulillah.

"Alhamdulillah, sudah boleh jalan seperti biasa."


Satu mesej dihantar, sebagai berita gembira untuk menolak tawaran melakukan terapi. Hohohoho...

"Insyirah! Jangan berhajat kepada apa yang bukan menjadi rebutan mujahidin, pautlah ranting-ranting kecintaan pada Akhirat agar hati sentiasa merasa cukup dengan apa yang ada. Anak-anak Akhirat akan memandang sinis pada anak-anak Dunia yang berlari berebut sebiji bola!"

Sengaja diulang-ulang bait ayat dari abi, "...sekarang kan benar-benar seorang mujahid datang..." maka hati ini telah dipacak oleh satu signboard "Bakal Isteri Seorang Pejuang" di mana kemanjaan bersama abi dipudarkan sedikit demi sedikit bimbang sifat 'bergantung' pada seorang lelaki akan menyusahkan seorang pejuang.

Coretan email dan layangan nasihat dari mereka disimpan, terkadang diulang-ulang bacaan sehingga beberapa perkara tersemai di dalam benak kepala. Ya Allah, hampir ku hafal setiap bait ayat mereka moga bantuan dari Mu mampu untukku laksanakan amanah ini dengan kudrat yang dhoif. Ameen. Insya Allah :)


Al-Faqirah
Insyirah Soleha

22 leaves:

amami,  27 May 2010 at 00:15  

assalamu'alaikum insyirah mawar merah..:)

ingat lagi x "akak jual buku"? ^_^
hehe, dah lame tak jenguk blog adik, tau2 je dah nak walimah..=p

TAHNIAH..:) barakallahu lakuma..

rasa seperti ingin sekali nak bertemu si mawar merah ni,hihii..nak mengutip semangat2 si mawar merah dlm menempuh mehnah kehidupan..*kagum..kagum* ^_^

walaupun masih muda tp semangatnya telah cukup tua..=p

erm, tahniah sekali lagi dik..:)

wassalam.

p/s: name akak "amami" ^_^

Balqis,  27 May 2010 at 01:07  

Salam'alaikum :)

Alhamdulillah. Semoga cepat sembuh dik, jangan buat kerja berat dan sila berhati-hati dengan tugasan yang dilakukan.Nak jdi srikandi kena tabah, jadi isteri seorang pejuang agi kena tabah tau! :)

Insya Allah.

Ramai la frust baca entri ni, hahaha.

"Frustnya akuuuu!"

hahahaha.. frust betul, tak sempat nak booking buat menantu :D

Pak Cik A, double tumbs up!

Dapat dua menantu dalam sebulan!! Mabruk 'alaik!

Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma.

Haha, saya sudah tahu siapa mujahid tersebut... ^_~

hadi Saaidin 27 May 2010 at 04:45  

assalamualaikum

walaupon kurang memahami isi entry, tp saya rasa entry ini sangat menarik. selamat maju jaya.

Anak Ayah... 27 May 2010 at 08:12  

assalamualaikum...

bergenang air mata ana membaca coretan ini. smga enti trus tabah, sabar n kuat semangat utk melalui sgla ujian Allah. apa pun yg datang menyapa perjalanan hidup, moga diberikan kekuatan untuk terus bangun melangkah, menguntum senyum meskipun sekeping hati mewarnai pelbagai rasa yg hanya Allah mengetahui bahagia mahupun derita...amin...

Shah.Jahan.Mokhtar 27 May 2010 at 09:34  

masyaALLAH..xterkata akak bc post ni..mge ALLAH SWT sentiase memberi yg terbaik di sisiNYA pada syira..di dunia dan juga di akhirat..

*luv this sentence..pinjam ye syg..
Anak-anak Akhirat akan memandang sinis pada anak-anak Dunia yang berlari berebut sebiji bola!

Insyirah 27 May 2010 at 12:47  

wa'alaikumussalam kak amami :)

Alhamdulillah ingat sangat dengan akak, ehe sebab nama akak unik sangat :)

Syukran jazilan kak, mohon doa yer... sudah kelam kabut je semuanya ni, (kepala pun pusing dah) :D

Jangan kagum dengan hamba, tetapi lemparkan pandangan itu pada Pencipta kerana semuanya datang dari Dia dan akan dikembalikan kepada Nya. Bukan ketabahan itu milik insan tetapi ia kurniaan dari Tuhan, milik Tuhan bukan milik hamba :)

Kak, semangat saya macam baby la kak. Sekali bertatih, jatuh.. Saya kena bangun semula kak. Kalau tidak, sampai bila saya tak boleh berjalan dan berlari. Saya kene bangun kak. Saya kene bangun :)

Insyirah 27 May 2010 at 12:48  

salam,
tahniah..semoga bahagia hingga ke syurga..amin..=)

kuatnya semangat adik ni..terima ksh berkongsi cerita yg boleh membuka mata insan lain yag diuji dgn ujian yang x seberapa..dan meng'upgrade'kan smangat yang kian hilang...jzkk..

Insyirah 27 May 2010 at 12:50  

Wa'alaikumussalam Balqis.

(Rasa macam nak buat karipap inti Balqis jer ni, sedap je dengar ni... boleh buat makan-makan masa lepas akad nikah. kui kui kui)

Oit Puan B, jangan ngengada okey! Mana de orang frust lah... adoiyai, banyak lagi budak yang comey-comey tuh.. pergi lah taqdim dorang. kui kui kui. Anak pun tak lahir lagi sibuk cari menantu, adeh... excited nak dapat menantu ker? haha.. :D

Sabar je la dengan sahabat yang seorang ni, hormon belum stabil la tuh :P nanti pesan pada ustaz suh buat air syifa' untuk zaujah dia nih, duk senget je :)

Syukran jazilan ya ukhti.

Jazakillah khairan.

Insyirah 27 May 2010 at 12:51  

wa'alaikumussalam hadie,

pelik saya... tak faham tapi menarik? * pening *

Insyirah 27 May 2010 at 12:52  

wa'alaikumussalam ANak Ayah.

Kak, maaf andai coretan ini merembeskan air mata akak, moga ketabahan selalu bersama akak dalam rentak akak berjalan dan menuju keredhaan Tuhan. Insya Allah.

Insyirah 27 May 2010 at 12:53  

Hurinain :)

Tafaddhal ya ukhti. Kata-kata itu sangat bermakna buat ana, maka ana kongsikan di dalam blog. Moga menjadi jariah buat pemberi kalam tersebut. Semuanya dari ALlah.

Insyirah 27 May 2010 at 12:55  

Salam alaik Insyirah (eh, nama kita sama la) :D

Semuanya dari Allah, saya menulis bukan untuk orang tapi dari dulu saya menulis dan menyimpa tulisan saya untuk diri saya sendiri. Saat saya rebah, saya akan menyelongkar tulisan yang lalu... Di saat saya mampu menghadapi perasaan dan emosi, maka saya akan menulis sesuatu yang akan membantu diri saya bersemangat.

Wallahua'lam.

Anak Ayah... 27 May 2010 at 14:02  

Bismillahirahmanirahim...

Salam kembali buat syira..

Tak ada apa yg perlu akak maafkan syira..n tiada apa kesalahan pun utk syira menulis apa saja yg syira rasa meskipun ada titisan2 jernih dari mata pembaca. air mata itu boleh jadi air mata keinsafan kpda hati2 yg diberikan petunjuk oleh Allah sbg kifarah dosa2 pemilik hati2 itu.teruskan saja meluahkan apa yg dirasa...alhamdulillah jika karya syira blh membangunkan hati2 yg sentiasa mencari kekuatan dlm menghadapi ujian Allah...

InsyaAllah..moga kita sama2 diberikan kekuatan n ketabahan oleh Allah S.W.T dalam melalui sgla ujianNYA.amin...

Daripada ayat syira mcm syira kenal akak..syira tau siapa akak?

Insyirah 27 May 2010 at 15:16  

Ya kak (Anak Ayah...) Syira tahu siapa akak... :) Alhamdulillah, moga Allah memegang hati kita dan terus membantu kita untuk menjadi hamba Allah yang taat kepada Nya. Insya Allah. Ameen!

Anak Ayah... 27 May 2010 at 18:01  

Ameen Ya Allah...
Alhamdulillah...trma kasih syira sbb kenal akak. n semoga walimah esok berjalan sempurna hndaknya. amin...

selamat pengantin baru! semoga srikandi, mujahidah, isteri serta ibu solehah itu menjadi milikmu..amin. :)

Anonymous,  27 May 2010 at 20:41  

salam mujahidah akhirat, tabahnya kekuatan dirimu moga hanya pada Allah disandarkan segala pujian, kerana hanya Dia yang mempu memegang dan memutarbalikkkan hati manusia.. kala hati ini jauh dariNya, artikel ini kembali meneyerete kenangan manis berada dalam dakapannya.. moga segala pujian hanyalah pada yang Esa yang menetapkan jair-jemarimu untuk terus berkarya.. moga Allah sentiasa bersamamu ukhti.. dan semoga ukhuwah maya ini dapat menghubungkan hati antara dua muslimah yang didoakan agar bertemu di syurga..
ana tertarik pada agama ukhti, moga kita sama2 bangkit menjadi mujahidah!!.. ameen Ya Rabb..~~

Anonymous,  27 May 2010 at 20:49  

salam mujahidah akhirat, tabahnya kekuatan dirimu moga hanya pada Allah disandarkan segala pujian, kerana hanya Dia yang mempu memegang dan memutarbalikkkan hati manusia.. kala hati ini jauh dariNya, artikel ini kembali meneyerete kenangan manis berada dalam dakapannya.. moga segala pujian hanyalah pada yang Esa yang menetapkan jair-jemarimu untuk terus berkarya.. moga Allah sentiasa bersamamu ukhti.. dan semoga ukhuwah maya ini dapat menghubungkan hati antara dua muslimah yang didoakan agar bertemu di syurga..
ana tertarik pada agama ukhti, moga kita sama2 bangkit menjadi mujahidah!!.. ameen Ya Rabb..~~

Anonymous,  27 May 2010 at 21:07  

kak mia hanya ada air mata yg tak pernah putus membaca coretan adik ini...

selamat menjadi isteri pejuang dgn limpah kebahgiaan dan dipermudahkan allah setiap langkahan perjalanan ms akan dtg,dik

Anonymous,  28 May 2010 at 07:03  

salam..
pada awalnya,akk juga kurang memahami apa sebenarnya entry ini.tapi akk usaha nk memahaminya dan menyelongkar kembali entry2 awak yang lepas,dan akak mendapat jawapan atas entry ini.walaupon baru menjelajah di blog ini,tapi akk dapat rasakan bahwa ssghnya pemilik blog ini bukanlah calang2 orang.
akak yakin dengan kemampuan awak,dan akak x salah untuk mengagumi awak..
tulisan-tulisan yang lahir dari hati awk yg bersih dan suci, telah membuatkan org yang membacanya tersentuh dan ada sesuatu yang dapat diambil pengajaran darinya.

~salam perkenalan~

mawaddah =)

cahaya_mataku 28 May 2010 at 11:34  

thniah ye dik Insyirah...
sedap name tu...he3
bez bace entri2 yg adik tulis...dapat menanam rasa keinsafan pada diri yg hina ini...
InsyaAllah...
tp kan..cmne adik blh tabahkan ati agar tetap dijalanNya, agar iman kuat bertapak pada tempat asalnya?leh x kongsi ngn akak...

tajnur 29 May 2010 at 19:08  

Assalamualaikum wbt
Semua org bermula dgn kosong sehinggalah Allah menyempurnkan kejadian kita dlm rahim ibu (Surah AsSajadah:9 ثُمَّ سَوَّٮٰهُ وَنَفَخَ فِيهِ مِن رُّوحِهِۦ‌ۖ وَجَعَلَ لَكُمُ ٱلسَّمۡعَ وَٱلۡأَبۡصَـٰرَ وَٱلۡأَفۡـِٔدَةَ‌ۚ قَلِيلاً۬ مَّا تَشۡڪُرُونَ
Kemudian Dia menyempurnakan kejadiannya, serta meniupkan padanya: Roh ciptaanNya. Dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), (supaya kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur.
Hatta Rasulullah saw pun pada asalnya tiada berpetunjuk tetapi Allah yg memberi hidayah kpdnya (Surah Dhuha:7 وَوَجَدَكَ ضَآلاًّ۬ فَهَدَىٰ
an didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)
Kemudia Rasulullah saw berusaha sungguh mempelajari ALQuran sehingga adakala ditegur oleh Allah SWT (Surah AlQiyamah:16 لَا تُحَرِّكۡ بِهِۦ لِسَانَكَ لِتَعۡجَلَ بِهِۦۤ (١٦) إِنَّ عَلَيۡنَا جَمۡعَهُ ۥ وَقُرۡءَانَهُ ۥ
Janganlah engkau (wahai Muhammad) Kerana hendakkan cepat menghafaz Quran yang diturunkan kepadamu menggerakkan lidahmu membacanya (sebelum selesai dibacakan kepadamu). (16) Sesungguhnya Kamilah yang berkuasa mengumpulkan Al-Quran itu (dalam dadamu) dan menetapkan bacaannya (pada lidahmu)
Sebagai bakal Isteri Seorang Pejuang dan Pejuang itu sendiri perlu genggamkan AlQuran didalam dada masing2 semoga diberkati Allah SWT akan penghidupan dunia dan akhirat. Wallahualam

Kash 30 May 2010 at 18:36  

Alhamdulillah, kawin dah pun, dah jadi isteri seorang pejuang dah pun, semoga rahmat Allah akan sentiasa bersama.

Tak sangka pejam celik dah disunting orang. Dulu tgk dari fizikal mcm x mampu menempuh alam ini tapi Allah Maha Kuasa, semuanya berlaku dengan takdir dan izinNYA.

Semoga perkahwinan ini mendapat redhaNYA dan kekal hingga ke syurga. Insyaallah

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO