"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

12 May 2010

Sukarkah Menjadi Srikandi?

Bismillahirrahmanirrahim.

Pada sang bintang yang bertaburan di langit, semoga cahaya kalian di hujung sana memberi inspirasi untukku terus berfikir dan merasai kehadiran kalian di dalam hati. Indah yang hanya sesekali menerpa kalungan fikiran, bisa menenteramkan pelupuk emosi yang terkadang menemani rembesan air mata hamba dhoif ini.

Pada sang rembulan yang menyinar di hujung sana, terkadang senyum dan kilas cahayamu memberikan tautan indah di hatiku. Saat hati di rundung pilu, segar membugar emosi pada sinar kelam yang diterjemahkan oleh sang awan. Tuhan mencipta untuk di fikirkan. Mahu mengambil 'ibrah si bulan itu, dasarnya berkawah dan penuh debu namun sinarannya mendamaikan bahkan menambat hati yang memandangkan, menyejukkan pandangan, meredakan gelora emosi. Indah yang bukan pada zahirnya tetapi indah pada cahayanya! Subhanallah, moga terus diusahakan diri ke arah Mu, demi cinta Mu.

(Monologku tentang Bulan Bintang sejak akhir-akhir selalu saja menghiasi fikiran lalu diterjemahkan dalam Monolog Sepi yang terkadang kelihatan 'mengada-ngada'. Biar, mahu ku terjemahkan dengan kalam agar suatu hari nanti Bulan Bintang akan merasai apa yang dirasai.)


Malumu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Wahai puteriku sayang, kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya...

Bulan... Cahayamu indah! Indah lagi wajah Penciptamu, moga keresahan jiwa yang terpujuk dengan cahayamu akan terhapus tatkala memandang wajah Penciptamu. Apa aku mampu memandang wajah indah Penciptamu, Pencipta kita?

Hate To Cry!

Air mata tumpah. Tumpah untuk meredakan pelupuk emosi yang terkadang menendang iman, jatuh dan tersungkur lumrah kehidupan. Harus segera bangkit. Kita sendiri yang mesti membantu diri kita. Kita sendiri yang perlu bangun dan kembali berjalan, terus menjahit baju yang terkoyak walau dengan jari yang masih berdarah. Hidup satu medan ujian.

Namun, hati ditebak oleh si ayah yang selalu menjadi punca hati ini menangis... Memandang wajah abi saja bisa buat air mata ana rembes begitu saja. Akhirnya, tangisan itu terzahir juga di hadapan abi. Bukan tiada usaha untuk mengagahkan hati namun tewas dengan kasih sayang abi, isakan tangis dihentikan sejurus merasa abi turut menahan genangan air matanya.

"Maafkan Syirah..."

Lirihku perlahan.

Ana harus kuat.
Ana mesti tabah.

Pada lewat renungan jendela di luar, mengirim salam rindu pada bulan yang tiada... Bintang, hebahkan salamku buat bulan di sana (",)

"Ustaz, berikan ana satu nasihat."

"Nasihat tentang apa? Ana rasakan motivasi ukhti jauh lebih tinggi berbanding ana."

Kerana di hati, memandang tinggi dengan sahabat maka ku jaga adab. Sangat menjaga. Kalau orang lain, sudah muntah bicara "Hak seorang sahabat apabila diminta nasihat, maka kena bagi nasihat." Ana masih suka memeningkan sahabiyah, kadang ana suka bila mereka rasa nak ketuk kepala ana dengan hammer. Ana masih geli hati apabila mereka nak cekik dan sekeh ana sepuas hati. Ana rasa macam nak terguling-guling setiap kali mereka cakap nak gigit dan telan ana hidup-hidup. Ana suka! Bila hidup mereka kucar kacir, ana rasa berjaya buat mereka ribut dengan ana.

"Seseorang itu akan diingati sekiranya dia jadi orang yang PALING baik atau PALING jahat! Kalau setakat biasa-biasa, sekejap je orang lupa." - Cikgu Mohd Akbar, 2001

Ana nak jadi yang PALING nakal, jadi mereka akan mendoakan ana supaya jadi baik, jadi solehah, jadi orang yang dengar cakap, jadi orang yang lembut ^_^

Hakikatnya, hak kita selalu dituntut tetapi hak orang lain sukar sekali kita ingat dan tunaikan. Sedarlah Insyirah, kamu bukan siapa-siapa untuk menuntut hak seorang sahabat selagi belum menunaikan hak kamu sebagai seorang sahabat!

"Bagaimana untuk jadi srikandi yang kuat?"

"Nak jadi srikandi contohi semangat pada Salahuddin Al-Ayubi. Jangan jadi macam sesetengah yang mengaku pejuang agama tetapi hanya ambil pada semangat. Lupa pada punca istiqamahnya iaitu ketaqwaan. Pilihan Salahuddin bukan pada yang hebat di medan perang tetapi yang bangun tahajud di malam hari."

"Subhanallah, dah ramai yang jadi Srikandi Umar dan Srikandi Abu Bakar. Ana mahu jadi Srikandi Salahuddin yang pertama."

"Kalau nak jadi Srikandi Umar bukan ketika berhujah saja tetapi menjadi tikus di malam hari semasa tahajud kemudian menjadi singa di siang hari berdepan dengan manusia. Kalau nak jadi Srikandi Al-Banna kena baca mathurat. Ini tidak, hanya mengambil semangat saja. Katanya pejuang tetapi bila sendirian, solat Subuh pun tidak! Nafsu sendiri pun kalah."

Terdiam. Kekunci ditarikan lagi.

"Ana selalu berfikir kenapa susah sangat, lambat sangat Islam nak menang... Puncanya...."

Tanpa sedar kata-kata itu menerjah lubuk hati.

Benar, sangat benar. Mahu jadi srikandi mahupun mujahid yang mempromosikan Islam, harus mujahadah mengambil ajaran Islam yang sebenarnya. Saat berhujah, berapi dan panas semacam kerana katanya mahu jadi Srikandi Umar, adakah malamnya menikus mengadap Rabb? Umar al-Khattab menikus mengadap Rabb dan menjadi singa di hadapan manusia. Hubungan dengan Allah sangat dijaga, hubungan sesama manusia dipelihara.


Sujudku mendambakan keredhaan Mu,
Hidup matiku hanyalah untuk Mu!

Layakkah aku, seorang Insyirah?

Biarlah jadi Srikandi Insyirah yang sentiasa mujahadah untuk terus menenangkan hati, meredakan pelupuk emosi... Seorang hamba yang sentiasa berhajat kepada Allah tidak pernah menanggalkan rasa dan rindu untuk mengadu pada Allah, Allah segala-galanya. Andai benar hidup hanya untuk Allah, maka mujahadah dan melawan segala bentuk ancaman yang mengintai, mengetuk diri adalah satu bentuk pertarungan yang indah! ^_^

Kalau mahu jadi Srikandi Abu Bakar, maka turutilah kesemua sunnah Rasulullah s.a.w, kerana Saidina Abu Bakar, As-Siddiq itu berusaha keras untuk menuruti setiap sunnah yang dianjurkan oleh Rasulullah sehingga kewafatan Rasulullah, Abu Bakar masih bertanya pada ummul mukminin, Saidatina Aisyah r.a. yang juga puterinya; "Apa lagi sunnah Rasulullah yang belum aku ikuti?" Subhanallah! Kita yang mengaku Srikandi Abu Bakar, mana sunnah yang konsisten diamalkan? Muhasabahlah wahai hati...

Kalau mahu jadi Srikandi Uwais al-Qarni harus bersungguh untuk mentaati ibu selagi mana tidak bercanggah dengan syara'. Mesti berusaha menatang hati seorang ibu walaupun berlawanan dengan kehendak hati kita sebagai seorang anak.

Kalau mahu jadi Srikandi Ali mestilah sentiasa bersangka baik dengan Allah, setiap hajat yang dipohon kiranya tidak dimakbulkan Allah masih tenang dan bersulamkan keyakinan bahawa Allah pasti memberi. Teringat Ramadhan yang lalu, tazkirah yang diberikan berkisarkan tentang Saidina Ali... "Aqidah Saidina Ali ialah 'Allah tidak pernah tidak memberi', bahkan apabila doanya dimakbulkan Allah maka Ali gembira 1x dan sedih 9x kerana apabila Allah tidak memberi itu tandanya Allah menangguhkan pemberian kerana nak beri yang lebih baik." Wallahua'lam.

Kita semua tahu, pengakhiran kehidupan ini adalah kematian, pemutus segala nikmat. Kita di sini sebagai pengembara yang menyusuri arus dunia... Selangkah tersasar boleh sesat beribu langkah. Mujahadahlah! Biar husnul khatimah memeluk erat roh yang terpisah dari jasad, kerana pertunangan dengan kematian itu satu kepastian. Kelangsungan tarikhnya satu misteri yang tidak mampu kita rungkaikan, ia rahsia Allah. Bersiaplah... Mujahadahlah Insyirah!

"Yela 'tunang' ukhti tu tahu menyentap saja..."

Ana seronok dan sangat bahagia setiap kali mereka mengingatkan ana tentang 'tunang' ana. Subhanallah, mesej tersebut memberi kesan juga pada yang membaca.

"Insya Allah, 'tunang' yang itu memang pasti, tak boleh putuskan ikatan. Akan 'berkahwin' cuma tarikh belum tetap lagi."

Hati hiba mengenangkan
Dosa-dosa yang ku lakukan
Kerna hilang dari jalan
Menuju redha Mu ya Tuhan

Terima kasih pada yang menyampaikan salam buat debu-debu...
Terima kasih pada abang yang menunaikan hasrat untuk makan coklat kurma (",)

"Nasib baik salam tu 'kum' (buat semua) kalau 'ka' (buat kamu), mati ana!"

Puas nak sampaikan salam pada semua debu kalau setiap debu nak disampaikan salam, entah trilion debu pada satu-satu masa.

Wallahua'lam.

Salam Mujahadah,
Insyirah Soleha

6 leaves:

Anonymous,  12 May 2010 at 22:32  

ada org nk bg doorgift "coklat kurma" ke di hari yg indah?hehehehe

nurIslami,  13 May 2010 at 18:00  

Assalamulaikum:

Tersenyum membaca artikel ni..

Sangat bermanfaat sekali..

Syukran..

Anonymous,  14 May 2010 at 18:01  

sayangku adik insyirah..

kita raikan saja yah..
akak suka letakkan diri ditengah-tengah.kita cuba fikir begini "ah itu lebih baik daripada mereka mengambil semangat nazi,black metal,hitler,britney dan bla.bla"

insya Allah.
semangat tersebut akan perlahan-lahan mendidik mereka.

kak ummi sudah faham satu perkara.
jangan berani perlekehkan/menghakimi niat,hati,jasad dan peribadi manusia sebab kita sendiri takkan pernah pasti dan yakin pengakhir kita dibahagian mana. :)

maaf.

Insyirah 16 May 2010 at 18:41  

Kak Mia,
ehe... takde la door gift tapi teringin nak makan =)

Insyirah 16 May 2010 at 18:41  

Wa'alaikumussalam NurIslami:

Alhamdulillah, moga Allah melimpahkan rahmat dan ilmu Nya kepada semua, allahuma ameen :)

Insyirah 16 May 2010 at 18:45  

Assalamu'alaikum kak Ummi.

Insyirah TAK SUKA judge atau mengatakan kamu salah, kamu betul atau kamu tidak sepatutnya begini sama ada kamu sepatutnya begitu. Sangat TAK SUKA untuk buat keputusan bagi orang lain :)

Insyirah menulis sebagai medan muhasabah, satu lapangan untuk sama-sama berfikir. Terkadang kita melihat orang lain itu dan ini, jarang melihat diri sendiri. Maka, dalam kebanyakan penulisan (kecuali merapu) adalah refleksi pada diri sendiri, bukan untuk pembaca.

Kalau ada yang mendapat manfaat, alhamdulillah. Kalau ada yang merasakan ia sia-sia, maka tidak perlu terus membuang masa :)

Dalam SEMUA tulisan, tidak pernah nak kata itu salah dan ini benar dalam bentuk yang general, melainkan sesuatu hukum yang sudah termaktub halal/haram dimana tiada keraguan dalam perkara tersebut.

Kita adalah sangkaan kita pada orang lain (",)

Wallahua'lam.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO