Nak Pergi, Tapi...
Bismillahirrahmanirrahim.
Entri ini ditulis atas permintaan abi. Sekali lagi diulang, ianya permintaan abi. Lama juga mengambil masa untuk draft dan berfikir. Pada suatu ketika, abi out station selama hampir seminggu. Kata orang jauh perjalanan, banyak pengalaman. Sesuatu yang mahal, sebuah pengalaman. Ia tidak mampu dibeli dengan sejumlah harta dunia sebaliknya perlu dilalui untuk merasai sebuah pengalaman.
Maka, seperti biasa abi suka bercerita.
"Seronok sangat tau. Setiap malam ada pengajian, ustaz pun lain-lain. Jemaah ramai sangat, Syirah agak ada berapa orang?"
Belum sempat jawab, abi terus memberi jawapan.
"Pandangan kasar abi, jemaah sekitar 300 orang atau lebih. Muslimat pun ramai, sangat ramai. Yang muda pun ramai."
Ana menguntum senyum. Ana boleh stress kalau lama tak dapat berbual dengan abi dalam tempoh yang lama, bicara bersama abi selalu menenteramkan.
"Alhamdulillah. Ramainya..."
Kemudian seputar kisahnya disambung pada hari esoknya semasa di dalam kereta. Abi sangat suka bertukar pandangan dan membincangkan sesuatu di dalam kereta, bahkan sesi kaunseling juga selalu dilakukan di dalam kereta kerana tiada yang dapat melarikan diri :)
"Cuma satu je yang tak berapa best, seorang ustaz ni muda lagi... Isi kuliah juga seronok cuma penyampaianya kurang molek."
Ana diam.
Kalau isi kuliah seronok, penyampaian kurang indah... Maka, di mana keseronokan abi?
"Biasa la, ustaz muda... Memang la isinya fresh tapi dia banyak perli-perli. Agaknya dia perli apa?"
Soal abi. Ana diam.
"Dia perli jemaah pergi masjid tak pakai kopiah! Katanya dogol, dah lah putih kepala penuh beruban. Tak best la macam tu kan, kebanyakan jemaah adalah yang jauh lebih berusia dari ustaz tu. Patutnya dia meraikan jemaah bukannya melemahkan semangat orang. Kalau iya pun nak tegur orang tak pakai kopiah, cakap lah dengan hikmah. 'Tuan-tuan datang ke masjid ni, alhamdulillah... Insan pilihan, dalam berpuluh ribu orang di sini, tuan-tuan dipilih Allah untuk hadir ke masjid, solat berjemaah dan hadiri majlis ilmu.
Ada yang datang dengan jubah, ada yang datang dengan baju melayu, ada yang pakai t-shirt, ada pula yang pakai serban, ada yang pakai songkok, ada yang pakai kopiah... Alhamdulillah. Kalau semua pakai kopiah, serban... Cantik, putihhhhh je.' Kan molek kalau gitu, ini duk perli-perli. Orang tua ni cepat kecil hati, dari semangat nak imarahkan masjid jadi lemah semangat pula sebabnya ustaz muda-muda ni pendekatannya cakap pedas! Dengan orang tua, cakap kena berhemah."
Ana menongkat dagu, lemparkan pandangan ke luar. Berfikir dengan mendalam.
"Betul tu..."
"Bila abi baca blog Syirah, kan haritu tegur ustaz-ustaz muka 'ketat' nak senyum pun payah. Itu pun satu hal. Muka tak mesra alam, serius je."
Senyum lagi. Teguran bukan termaktub buat ustaz-ustaz tetapi pada diri ana sendiri. Orang selalu cakap purdah itu menyempitkan skop dakwah, ana selalu muhasabah semula. Semasa di KLIA, pernah ana disapa oleh sekeluarga rakyat Jepun minta ana ambilkan gambar mereka. Untunglah anaknya boleh berbahasa inggeris, tidaklah kekok untuk berkomunikasi. Ana memakai purdah, kenapa tiada halangan untuk ana berkomunikasi dengan warga asing tetapi sentiasa dipandang sinis oleh orang Islam sendiri? Muhasabah...
Pernah juga sepasang warga China yang bercuti menyapa ana, minta ambilkan gambar mereka. Sempatlah bersembang sekejap. Bila dia minta nak bergambar dengan ana, keberatan pula sebab yang nak bergambar tu lelaki (pangkat datuk pun tetap ajnabi) dan isterinya nak ambilkan gambar. Ana menolak dengan baik, alasannya ana nak bergambar dengan isterinya. Ok, kata sepakat dicapai.
Kenapa ana sertakan contoh-contoh ini untuk relate kepada kisah yang abi ceritakan? Sebenarnya, ahli agama... Golongan agama sendiri yang selalu menyempitkan ruang dakwah, maaf kalau salah tetapi bila dilihat dengan kasar itulah yang selalu disimpulkan. Bukan semua tetapi selalu yang dilihat begitulah.
Ok, ustaz itu menegur orang ke masjid tidak memakai kopiah. Pertanyaan ana, kalau tak pakai kopiah, tak sah solat ke? Wajib ke solat memakai jubah dan serban? Pakaian tersebut (berjubah/serban) sunnah Rasulullah s.a.w, sunnah itu kalau tak buat tak mendatangkan dosa tetapi meraikan orang yang datang ke masjid itu terlebih patut diutamakan! Kalau nak menegur, silalah berhikmah wahai ustaz-ustaz muda.
Benar, kalian sedang mengajak ummah untuk mengamalkan sunnah tetapi janganlah mengejar sunnah hingga tercicir yang lebih besar! Raikanlah jemaah yang hadir walau pakaiannya hanya berseluar track dan memakai t-shirt tanpa kopiah kerana barangkali solatnya lebih khusyuk dari mereka yang berserban dan memakai jubah. Allah lebih mengetahui.
"Kenapa awak pakai purdah?"
"Saya selesa begini..."
Keselesaan.
Barangkali jemaah itu lebih selesa memakai 'biasa-biasa' berbanding uniform masjid yang sinonim (seolah-olah wajib) di Malaysia ; baju melayu dan kain pelikat bagi muslimin.
Ayuh! Jadikanlah agama itu sesuatu yang mudah.
Ingat, besi yang masih panas bila dimasukkan ke dalam air sejuk, ROSAKLAH susun atur atomnya!
Anggaplah mad'u itu sebagai besi yang panas, hikmahlah dalam mengajak dia kepada Islam. Jangan terus drastik, nanti terkejut dibuatnya.
Mungkin sama-sama harus muhasabah, yang memberi peringatan mestilah berhikmah. Anggap orang yang mendengar tak tahu apa-apa, dan gunalah bahasa yang melembutkan hatinya. Hidayah itu urusan Allah, setidak-tidaknya jadilah 'pembuka' jalan kepada orang melihat keindahan Islam.
Yang menerima peringatan sambutlah dengan hati yang tawadhuk, peringatan tersebut lambang ukhuwah dari pemberi ingatan. Melaksanakan yang wajib dan meninggalkan yang haram tanda pengabdian kita kepada Allah manakala melaksanakan sunnah dan meninggalkan makruh adalah extra cinta kita kepada Allah kerana cinta kepada Rasulullah (sunnah) adalah cinta kepada Allah.
Janganlah sampai orang nak ke MASJID bertapi-tapi dek kerana panas telinga dengan perli-perli bahkan panas hati dengan sindiran tajam. Akhirnya masjid ditinggalkan, maka duduklah tok imam, bilal dan siak di masjid. Mengapa? Kerana kamu sendiri 'menghalau' orang dari masjid dengan lidah tidak bertulang itu.
Janganlah sampai orang yang nak meneguk ilmu di masjid jadi tawar hati, orang yang selama ini rutinnya mendengar ilmu di masjid pun cabut lari.
Ayuh syabab imarahkan masjid! Utuhkan pengabdian cinta pada rumah Allah sebelum 'membina masjid' bersama hamba Allah.
Wallahua'lam.
Insyirah Soleha
15 leaves:
entry ni sape spertimana perbincangan & perbualan antara debat ayah akak, pak lang akak (imam masjid di utara)....pak lang akak ada wat pertikaian mcm2..akak x suke statement dia pabila dia kata
"awat la anak2 muda zmn la ni msk masjid x hormat...kot nk msk,pakai la sopan sikit ..jgn le smpai jeans ke,seluar ketat2x ke,"
ada gak yg betul dgn kenyataan ni..iaitu dr aspek pakaian sopan tp.......klu org dtg masjid bg sy dh ok..especially anak2 muda..cuma,cara teguran perlu ada jalan yg sbetulnya....dikhuatiri dr kte nk ajak org dtg masjid, trs anak2 muda yg liat nk g masjid...x nk g masjid gara2 hal ni
sama2x la memuhasabahkan diri ttg ni
Assalammualaikum wbt
perkongsian yg sgt benar.
mungkin ini juga asbab mengapa dakwah kita tidak berkesan..
bercakap dgn tidak berhikmah.
tp tidak semua punya skill utk bercakap dgn penuh hikmah..
so pada pandangan saya, bukan sahaja percakapan perlu berhikmah tetapi perbuatan juga.
Allahua'lam.
salam, syirah..
bila syirah post ni akak teringat plak kisah benar yg terjadi pd akak.masa 2 kalo x cilap akak p smayg tarawih kat surau@ balasoh(org kelate pggl..hehehe)..tp mende ni terbalik ckt kot..
hm, cmne nk citer ek?
em, ringkaskan criternya..akak nk samakan n rapatkan sof smayang..pas2 akak ckp kat m.cik tepi akak (org kg akak gak la) spya dekat kat akak iaitu kekanan saf..tp m.cik 2 marah akak blk.dia ckp 'nape nk naik atas sejadah org lain?sejadah kt kan da ada.'(sejadah setiap sorg 2 da la besar2, muat 2 org rsanya 1 sejadah..kbtulan plak hari 2 akak bwk sejadah yg bhgn muka 2 je..huhuhu)..dgn suara kuatnya, x berlapiknya..akak jd malu sb kena mrh kat m.cik 2..tmbh plak m.cik2 lain kat surau 2 tgk plak akak..huhu.kbetulan plak x ramai ank muda yg dtg semayg terawih time 2.lpas2 akak pn smayang la tp smpai terawih yg nk msk witir 3 rakaat 2 akak blk umh nenek akak tepi surau 2 sb x tertahan.akak blk smyg witir kat umh plak.x bley la..akak asyik teringat kata2 m.cik 2..pas2 akak fikir 'salah ke akak tegur 2?akak ajk dia suh dkt ke kanan sb dkt sekolah n mtrk akak selalu praktikkan mende 2..betulkan n rapatkan sof..'huhuhu..
lpas dri hari 2,akak pkir blk..mgkn m.cik 2 x tahu kot..xpelah..maafkan la dia..n start dari hari 2 akak niat kalo akak da keje n ada duit nnt, akak nk ajk ustazah ke dtg cni bg ceramah tiap2 mggu @ 2x seminngu sb warga emas ni susah nk di tegur melainkan kalo ustazah sndiri yg dtg ckp..sikit sbnyk dpt gak la diorg terima wpn x semua..insya allah..jika di izinkan n murah rezeki n umur pnjg lagi..amiin..
say thanks to ur abi, benar sangat2. Mungkin ustaz itu tidak sedar apa yg telah dilakukan oleh lidahnya. adakah islam hanya memakai kopiah dan berserban? serta berjubah. Bg ana ia cuma identiti islam yg sampingan. Yg lebih utama adalah akhlaq. antara misi utama Nabi muhammad s.a.w diutuskn adalah untuk menyempurnakn akhlaq.
kadang kala, kita di pesongkn oleh syaitan dengan mengutamakn yg cabang dari yg pokok. Maksudnya meninggalkn yg lebih penting utk melakukan something of lesser importance.contohnya sperti, Seseorang mengejar ilmu semata2 bukan utk peraktikkn, bergasak2 mencium hajaratul aswad atau berdoa depan kaabah hingga terbatal tawaf, tidak sembahyang kerana tiada sejadah,etc.
Bukan mudah utk menilai sesuatu yg dilakukan oleh seseorng itu benar atau tidak. Terdapat bnyak faktor2 yg harus di consider. seperti mana yg berlaku kpd seikhul islam ibnu thaymiyyah, scholars pada zamannya pd awalnya sangat keras terhadap beliu kerana tidak memahami dengan benar2 tulisan2 beliau. sama juga seperti imam syafie dan ramai lagi shcolars. so, kita tidak boleh mengambil mudah dan terburu2 dalam menilai seseorng.
sekadar pandang ana: tiada 2 orng memahami 1 tulisan dengan pemahaman yg sama.
the most dearest to me is the one that point out my mistake so i can fix it(^^)
assalamu'alaikum.
apa pun yang orang lain cakap, janganlah hiraukan sangat.
yang penting utamakan yang Allah pandang.
mari pergi!
wassalam
Assalamu'alaikum warahmatullah Kak Mia.
Benar, syira setuju tentang PAKAIAN SOPAN. Tapi sebenarnya BERCAKAP SOPAN pun perlu juga kan apatah lagi seseorang yang dipercayai oleh masyarakat bahkan antara manusia yang diberikan kepercayaan untuk 'menyebarkan' ilmu di rumah Allah =)
Yang muda-mudi pun janganlah pakai jeans terkoyak, tshirt yang merapu. HORMAT rumah Allah, malu dengan Allah.
Bayangkan kita pergi rumah orang, adakah orang selesa dengan penampilan kita. Kalau orang tak selesa dengan kita, koyak sana sini. Adakah pakaian sebegitu nak masuk rumah Allah.
Sama-sama kena menyedarkan :)
Wallahua'lam.
Wa'alaikumussalam warahmatullah Rue Anemone.
Dakwah berkesan atau tidak?
Sebenarnya yang kita tekankan ialah cara berdakwah kita tu mendatangkan kesan atau tidak?
Pada saya, berkesan atau tidak ianya urusan Allah. Sebagai manusia, tanggungjawab kita sebagai khalifah Allah ialah menyebarkan ilmu agama bukan terletak hanya dibahu manusia 'agama' maksud saya ustaz/ustazah.
Bahkan semua WAJIB untuk menyampaikan kebaikan.
Kadang kita sedih melihat kejahilan manusia lain, tetapi kita tak sedih pun melihat 'kejahilan' orang agama dalam urusan agama. Allahu Allah...
Tidak menempelak mana-mana pihak, saya di tengah-tengah. Bukan ahli agama, bukan juga siapa-siapa. Hanya hamba Allah yang mencintai saudara seagama.
Assalamu'alaikum warahmatullah Kak Suhaibah :)
Alhamdulillah Allah beri kekuatan pada akak untuk mengajak manusia kepada kebenaran.
Jangan bersedih dengan sikap manusia kerana manusia ni bila-bila bisa berubah. Hati kita ni sekejap begitu, sekejap begini. Mohonlah pada Allah diberikan hati yang sentiasa insaf dan rindu untuk menyebut nama Nya.
Kalau hati rapi dalam jagaan Allah, insya Allah ketenangan selalu mengiringi walaupun ombak besar menghimpit pantai hati =)
Kuatkan semangat!
Barakallahu fiki :)
Salam'alayk ehcluz.
Jazakallah adik... Semakin banyak adik komen dalam blog, semakin akak suka dengan komen-komen adik. Ada saja view baru di minda akak bila baca komen adik bahkan terasa boleh jadi inspirasi untuk another posting, pendam sajalah kan takkan setiap kali baca komen Fikri, akak nak posting new entry! :D
Akhlaq... :)
Dengan akhlaq yang baik selalu boleh mencairkan hati yang keras, jiwa yang teguh pun boleh menjadi sayu dengan akhlaq yang indah.
Subhanallah. Subhanallah. Subhanallah.
Wa'alaikumussalam warahmatullah Hamba Ilahi.
Ana setuju, utamakan pandangan Allah. Manusia ni ada berjuta, maka dari berjuta manusia akan wujud berjuta pandangan tentang 1 perkara. Allah hanya 1, maka tetap pada pandangan Allah - hidup sentiasa menjadi 'mudah' kerana hanya dipandu oleh 1 pandangan - pandangan Allah.
Tetapi, BUKAN SEMUA orang berfikir macam akhi Naimul Firdaus :) Orang yang mendengar khutbah di masjid, kuliah dan sebagainya bukanlah semuanya berlatar belakang pendidikan agama. Bahkan mungkin ada yang baru nak kenal Islam, baru nak mengenali apa itu islam, baru nak belajar hidup cara Islam.
Yang BARU terbuka hati dengan Islam, apakah agaknya hati mereka tentang Islam.
Selalu kita dengar muallaf cakap;
"Saya syukur kenal islam sebelum kenal orang islam. Barangkali saya tidak peluk islam kalau kenal orang islam sebelum kenal islam."
Subhanallah!
Khutbah/ceramah dsb guna sajalah BAHASA yang MUDAH dan HIKMAH! Bahasa yang semua orang boleh faham. Kalau bahasa ala sastera pun tak kena juga, bukan semua pendengar minat sastera. Kalau ala intelek tahap gaban pun, adakah orang-orang kampung (macam ana) boleh faham apa yang nak disampaikan.
Lalalalala...
Mari... Muhasabah bersama :)
syukran. sebenarnya komen ana ni bukan mahu tujukan kepada penulis.
tapi sekadar menjawab tajuk artikel dan ditujukan kepada sesiapa yang berfikiran serupa dengan tajuk artikel ni. tapi mungkin orang tak baca kot komen ni noh.
ma'alaiysh lah..
wassalam
Niat yang baik untuk menegur orang perlu diiringi dengan bicara hikmah...bila kata-kata seperti pisau membelah sebiji epal berwarna hijau yang sedap dan comel....orang nak buat baik pun dah jadi tawar hati...
kata-kata yg kedengaran kasar makin mengeraskan hati yang baru tergerak nk melakukan kebaikan....
hentikan kata-kata berbaur menghentam...serulah ke arah kebaikan secara halus dan penuh seni...(suka seni,suka seni!)
masing2 kene ambik peranan, pihak ni tegur baik2....pihak satu lagi, pandai menjaga adab sopan bila ke masjid sbb dikhuatiri mengundang pandangan yg kurang enak...
peribadi yg baik lebih menarik hati org utk melakukan kebaikan..
p/s: senang je nk tau kak Syira senyum...tgk mata jadi kecil tu..ha..^_^
Naimul Firdaus
Insya Allah, ana setia membaca semua komen-komen yang diberikan. Jazakallah atas ingatan yang diberikan.
Adik Rabiah ~
Allah knows everything, insya ALLAH... Luruskan hati pada ALLAH, moga ALLAH sentiasa memandu perjalanan hidup ini menuju redha ALLAH. Ameen!
mintak maaf mencelah.. cuma ter'pikat' dengan analogi besi yang panas jika dimasukkan ke dalam air yang sejuk maka akan rosaklah susunan atomnya.. tp sbrnarnya mmg itulah yang dilakukan dalam engineering, penyongsangan susunan hablur dalam besi itulah yang akan membuahkan kekuatan..bukan kelemahan.. mgkn bleh tuka analogi yg lebih baik ye.. =)
Post a Comment