Selangkah Ke Depan
Alhamdulillah, majlis pertunangan yang berlangsung pada September 2009 beberapa hari selepas Eid Fitri (Maaf, tak ingat tarikh pertunangan) dan ikatan pertunangan itu akan diputuskan melalui akad nikah pada 14 Mei 2010. Insya Allah, semoga segalanya berjalan lancar. Ameen.
Alhamdulillah, rumah masih terkawal tidak bersepah dengan segala macam khazanah alam yang bakal 'terjah' ke rumah selepas majlis akad nikah & walimah di pihak perempuan (kakak ipar). Iya, selepas majlis walimah di pihak perempuan, maka akan bermula segala kesibukan. Buah tangan untuk tetamu, dan segalanyalah. Bersiap sedia untuk mengerah tenaga... Hihi. Macam susah sangat je nak buat, mengada-ngada! ^_^
Masa majlis bertunang, kalau ana tak salah pihak perempuan bagi 21 dulang hantaran. Ngeh ngeh ngeh... Baru lepas Eid Fitri, orang kampung bagi lemang, ketupat, rendang, kuih raya, dan macam-macam ada.
Abi mahu segera selesaikan kad-kad jemputan, baru 'kecoh' dengan kad jemputan. Setiap malam selepas solat Isyak akan buka 'warung kad jemputan' sehingga tengah malam. Best juga, boleh bergaduh dengan semua!
"Ummi, jangan la cross abi. Biar seorang-seorang, pening ni... Confuse la. Jap, ulang semula nama siapa tadi."
"Adikkkk... Kan dah cakap bla bla bla."
"Adik, cuba buat kerja elok-elok."
"Aiman, tolong la lipat cover ni... Kalau semua buat kan cepat siap."
"Woi, diam-diam... Tak dengar ni."
Sebenarnya tak kecoh mana pun tapi sengaja mengecohkan keadaan. Lalala...
"Abi, dah kirim coklat kat Abang?"
Muehehe... Mengada-ngada nak coklat dari jauh.
"Malaysia pun ada coklat juga la."
Ummi nak join buat 'kecoh'.
"Tapi nak coklat yang ada kurma."
As usual, ada je alasan ana... Lalalalala.
"Abi, cakap kat Abang 1 kg dah la."
"Eh, 2 kg la. Ummi pun nak makan juga!" - Aik, ummi pula nak lebih. Tadi cakap Malaysia pun ada coklat. Hikhik.
"Ummi tak boleh makan banyak, kencing manis." - Chance nak mengenakan ummi, macam la ana nak makan 1 kg dan ummi makan 1 kg coklat tu.
"Sekeh juga budak ni kang..."
Lalalala. Semua orang berhasrat nak sekeh budak ni (ana la tuh) tapi tak sekeh-sekeh pun. Soalan tambahan, kenapa orang selalu rasa nak sekeh ana?
Insya Allah, abang dijadualkan sampai di Malaysia pada 3 Mei 2010.
Alhamdulillah, abang menunaikan umrah bersama bakal bapa mertua dan bakal abang iparnya. Jadual awal, mereka berangkat ke Tanah Suci pada bulan 3 tetapi delay kepada 24 April. Jadi, tiba di Malaysia pada 3 Mei, 11 hari sebelum majlis akad nikah.
"Abang buat penyucian jiwa sebelum kahwin..."
"Kenapa tak pergi selepas kahwin? Nanti kelam kabut."
"Hehe, dah bakal bapa mertua dia nak bawa juga..."
Tiba-tiba kami buat andaian itu dan ini.
"Ala kalau Abang tak sempat balik pun tak pe, bapa mertua dia akad je lah kat sana..."
Nakal betul kami ni. Ada lak fikir macam tu. Huhu.
Baru sibuk-sibuk dengan persiapan majlis walimah. Sambil kecoh adik-beradik, abi mula berangan nak main dengan cucu. Aduh, tolong la abi nih... Baru nak dapat menantu, dia dah berangan main dengan cucu.
"Kalau kembar, dapat 2 terus!"
Hik hik... Ana ada sejarah genetik kembar di sebelah ummi. Ummi ada sepasang adik kembar (lelaki & perempuan). Kalau belajar biologi, secara amnya berkemungkinan berpeluang untuk ada anak saudara kembar. Sebenarnya tak ada apa pun yang 'pelik' sebab semua dari kita punya genetik kembar. Zuriat Adam & Hawa juga kembar, kita juga dari rumpun yang sama. Jadi, semuanya ada genetik kembar cuma bezanya genetik itu 'cair' atau 'pekat' saja dalam DNA kita. (",)
"Kak, garden wedding ye? Orang nak tabur bunga ros banyak-banyak la nanti..."
"Tak la dik, last minute kan tukar venue jadi tema pun tukar juga."
Aduh! Ana baru berangan nak tabur bunga mawar banyak-banyak. Biar seharum dan seindah mawar. Lalalala... Berangan sendiri je la nampaknya!
Haih, tak sangka masa kecil-kecil bergaduh rebut makanan dengan Abang, Abang dah nak kahwin. Masih ingat kami 3 beradik maka ada 3 rotan tergantung di rumah, hujung rotan tu abi pecah-pecahkan jadi bila kena badan memang berdesup je rasanya, sungguh enak! Dan kami bertiga selalu je sorok rotan tu bersama-sama, komplot pula. Kalau satu rotan ummi jumpa, maka ketiga-tiga sekali dapat habuannya jadi semua rotan di sorok tempat yang kami fikir ummi dan abi tak boleh nak jumpa. Lalalala... Nakal sungguh!
Balik kampung, 'berkubang' dalam sawah bila pacat melekat mula melolong sampai lembu-lembu yang lepak tepi sawah pun cabut lari. Mandi air perigi sampai Mak Lang marah takut kami terjun dalam perigi yang tak tahu berapa dalamnya perigi tu. Boleh pula kejar ayam sampai ayam terjun dalam perigi buta (perigi lama tiada air) kemudian cari alasan nak ambil tangga untuk turun dalam pergi untuk selamatkan ayam.
Belum lagi kisah merayau dalam hutan cari kulat yang tumbuh pada pokok getah selepas hujan. Balik dengan beg plastik penuh kulat, teruk kena marah dengan Tok Bah sampai terfikir nak lari pergi Siam. Mentang-mentang la Kedah dekat dengan Siam. Kui kui kui.
Melalak tak nak raya dengan Tok Bah hanya gara-gara kena marah dek kerana merayau cari kulat dalam hutan sampai ummi menangis (time tu ummi dalam pantang adik bongsu) sebab semua anak-anak tak nak raya dengan ummi (sebenarnya 'marah' dengan Tok Bah), giliran raya di kampung sebelah abi adalah satu kenikmatan tiada bandingan kerana kami bebas dari leteran Tok Mak.
Bila hujan lebat, ana dan abang-abang memegang 'senjata' masing-masing yang terdiri dari penyapu, penyodok sampah dan juga baldi. Kami main hujan dan tangkap labi-labi yang selalunya turun di celah air mata air belakang rumah. Tangkap labi-labi dan letak dalam baldi siap berikan nama lagi, bangun esoknya labi-labi dah hilang.
Saspek utama kami ialah ummi. Ummi lepaskan labi-labi, kemudian ummi buat seolah-olah labi-labi tu keluar dari baldi (sebab baldi tumbang). Selepas orang mesin rumput, bila rumput kering kami kumpul rumput dan kutip ranting kayu buat 'rumah' di halaman rumah. Semut adalah penghuni 'rumah' tersebut. Kalau time 'sengal mendadak' akan keluar kereta mainan abang yang diparking dalam 'porch' yang terbina dari ranting dan rumput kering.
Pernah abang kedua ana ambil bunga raya dan 'conteng' dinding rumah jiran. Penuh warna merah. Abi menjegil mata, dan abang diarahkan untuk mencuci dinding rumah jiran. Bukannya dia takut, malah bersorak gembira dapat main air dan sabun. Huhuhu. Sekadar picisan cerita untuk dikenangkan. Nakal sungguh kami 3 beradik waktu kecil, 3 adik di bawah ana tak senakal kami (ana dan abang-abang).
p/s: Dah baik dah, tak nakal dah... Lalalalalaaaaa...
Saya Dah Besar ^_^
Insyirah Soleha
15 leaves:
=)..hehe..
kak..jgn lupa hntar kad jmputan umah wan ye..hik3..moga dpermudahkan segalanya k.insyirah..insyaAllah..amin~..
Salam..
Tahniah sebab bakal dapat kakak ipar..
Semoga Allah memberkati semua usaha yang membawa kepada terbinanya sebuah kehidupan berumah tangga, dan semuanya berjalan lancar sepertimana yang dirancangkan.
hmm...bila la cik syire ni nak kawin lak yer?? lalalalala~ ;P
=)hehe..kak..nnt jgn lupa hntar kad kt umah wan skali ye..hik3..moga dpermudahkn smuanya kak insyirah..=)..senyum sokmo..jaga diri..
Adik Ridzuan :
Adik, takkan akak nak kene pergi Jordan untuk sekeping kad? Boleh je tak da masalah cuma Wan tolong sediakan tiked pergi-balik lah untuk akak, ngeeeee... =P
Insya Allah, khair dik :)
Nur Aziela,
Terima kasih. :)
Mesintaip:
Khair, insya Allah. Usaha 'membina' masjid, mudah-mudahan keluarga sakinah. Insya Allah ameen :)
Cik Syudde ~ jangan risau wahai sahabatku, tunggu jer posmen yerk. Lalalala ^_~
Kalau posmen tak bagi tuh maknanya belum lagi la... Kalau dah dapat posto dari posmen tu, ehem... faham-faham je lah ^_^
Salam.
Lalalala... :-"
Patutnya entri ni DUA LANGKAH KE DEPAN, ahaks! Takpa, kita buat step by step ye dik... Hihi. Insya ALLAH moga segalanya berjalan dengan lancar.
Pak Cik A :
Alhamdulillah, lepas ni bertambah lagi anak-anak PakCik.
Syira!
Jangan cerita sangat kisah nakal zaman kanak-kanak nanti dah kahwin, ada zuriat sendiri. Akan pening dengan kerenah mereka, nak marah pun tak boleh sebab zauj akan pantas berkata:
"ELeh, awak tu duluk lagik lah nakal dari anak-anak awak"
"eleh, dah maknye dulu nakal tahap gaban, tak mustahillah anaknya nakal macam ninja..."
hehehe... secret tuh cerita nakal zaman kanak-kanak, cannot story lagi-lagi dengan zauj. Ahaks! Nanti 'cerita lawak' jadi bahan zauj untuk mengenakan... huhu.
p/s: Lepas ni Pak Cik A nak gaduh dengan sapa yer? T_T
disibuk cerita pasal abg, pasal dia tak mo cerita ka....ngeh ngeh ngeh
baca posting syira sambil tersenyum..buat2x fhm je la..mcm tersirat sungguh ayat tue...hehehe
Salam Sis Balqis:
Khair Insya Allah, patutnya akak tanya "lepas ni syira nak gaduh dengan sapa?" wawawawa... abi takpe jer, ramai yang nak gaduh dengan abi. Paling tidak pun ummi ada jadi regu gaduh, hik hik :D
2 langkah ke depan?
Boleh sabar sekejap tak?
Selangkah demi selangkah la. Kalau terus 2 langkah nanti tersungkur pula kot. Hehehehe...
Pak Cik Kash -
Cerita saya takde yang menarik, hehehe...
kak mia,
alhamdulillah faham pun akak :P
ala kak, ayat simple je tuh... kalau tak faham memang nak kene gigit dengan syira la tuh :D
Post a Comment