Alhamdulillah, Kenangan Itu Indah!
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Tak tahu nak ucap apa selain kalimah, 'Alhamdulillah'. Segala puji-pujian bagi Allah!
Pertama, seseorang yang ana sayangi dan amat kagumi memberikan 2 buah buku pada ana. Terharu. Jujur, sangat speechless memegang 2 judul buku tersebut, menyelak sedikit pada muka surat hadapan dan belakang, review buku seketika dan terlihat sekeping nota ditulis tangan. Subhanallah, ana menahan rasa. Terharu yang melampau sehingga hampir menitis air mata (kegembiraan). Tak tahu rupanya dari kejauhan ada dia yang mendoakan ana, insya Allah Insyirah sentiasa doakan ibu Insyirah yang seorang ni :) Insya Allah, I will do that (apa yang ditulis dalam surat tersebut).
Kedua, kenangan yang sangat indah. Allah saja yang tahu...
"Abi, bila orang takut mesti sakit perut."
Ya, ana nervous bila perlu berada sekali dengan lelaki (makhluk asing, haha - Women from Mars, Men from Venus).
"Ya Allah, nak takut apa? Buat biasa dah la, mesti ramai muslimat. Insya Allah, nanti ada la kawan dalam tu."
Cuba pujuk juga hati. Mesti ada muslimat lain, setelah memujuk rayu ukhti... Nampaknya banyak halangan untuk berada di sisiku (chewah!), rupanya Allah dah 'hidangkan' yang lebih baik. Insya Allah. Ana dapat ramai sahabat-sahabat baru, ana dapat kenalan dari pelbagai latar belakang dan pekerjaan.
"Awak umur berapa? Study lagi? Kerja ke?"
Tiba-tiba terasa, ana ni yang paling muda. Yuhuuuu! Dengan status 'paling muda' memberikan kredit terbesar untuk self-confident dan ana boleh sesuaikan diri dengan suasana yang dikelilingi oleh para senior (lebih tua dari ana). Bahkan ada seorang muslimat yang usianya 33 tahun, boleh mesra dengan ana. Alhamdulillah!
"Kalau pakai purdah, susah nak dekat dengan mad'u. Jangan ekstrim!"
Salah sangat ke memakai purdah? Benarkah purdah itu ekstrim? :)
Selalu ana ulang dan tidak jemu-jemu untuk mengulang.
"Purdah itu tidak salah, yang salah ialah orang yang memakai purdah."
Baru hari Jumaat yang lalu, ana berbicara dengan teman maya melalui YM (Yahoo Massenger) yang mana beliau telah memberikan kenyataan lebih kurang begini ayatnya.
"Kadang ustaz muka 'ketat' nak senyum dengan kaki lepak pun susah."
Ya, terkadang perasan bagus sebab belajar agama sehingga susah benar nak melemparkan senyuman. Bukankah senyum itu satu sedekah? Bukankah Rasulullah s.a.w. seorang yang sangat pemurah dengan senyuman. Kamu mahu berdakwah tetapi tidak mahu mengikut qudwah yang diberikan oleh Rasulullah, bagaimana kamu mahu menarik orang untuk mengenal Islam. Jangan jadi fitnah pada Islam kerana merasa kamu saja yang betul, orang lain semua salah. <-- Ingatan buat diri sendiri.
Dalam suasana majlis ilmu yang ana hadiri selama 1 hari setengah tersebut... Ana dapat ramai kenalan, dari Pahang dan Kelantan juga seseorang yang istimewa. Seorang muslimah yang baru memeluk Islam sekitar 5 bulan. Subhanallah. Awalnya beliau biasa-biasa saja (kebetulan duduk di sebelah kanan ana) tetapi akibat tidak faham apa yang dibentangkan oleh penceramah, ana faham banyak istilah baru yang ditemui dalam kelas tersebut. Mahu menerangkan, dalam majlis ilmu. Diam dahulu. Semasa waktu rehat, ana cuba bertanya dan terjadi perbualan dua hala (maksudnya ana tak bercakap sendirian).
Dari persoalan yang tidak faham dalam kelas, sehingga terjadi persoalan-persoalan yang terhimpun di benak ana.
"Apa yang membuatkan akak tertarik kepada Islam?"
"Alhamdulillah, melalui pergaulan. Akak ada banyak keluarga angkat, jadi melalui keluarga angkat (muslim) ini la akak melihat Islam."
"Alhamdulillah. Orang macam akak ni kan lebih kuat dari orang yang lahir dalam keluarga yang sedia Islam." Ana kenyitkan mata.
"Maksud adik, kuat tu macammana?"
"Maksud saya, jati diri seorang muslim."
"Depend pada kenapa kita peluk Islam juga dik. Ada yang hati betul-betul tekad, ada yang nak kahwin. Macam-macam sebab..."
Dialog-dialog masih banyak, tetapi tak sampai hati nak menaip sehingga habis. Ya, kami ke hulu dan hilir bersama. Seorang berpurdah, seorang memakai selendang. Tiada yang janggal, kami bergurau dan berkenalan. Tiba di tandas, ana menanggal purdah dan dia membeliakkan mata sambil ketawa.
Ingat sahabat-sahabatku yang seangkatan, usah terlalu kedekut untuk mempamerkan wajah sesama muslimah. Terkadang, ana pelik apabila ada niqabi yang tetap memakai niqab (purdah) walaupun suasananya perempuan (seperti dalam tandas/musolla).
Hari pertama selesai, keletihan yang teramat kerana beberapa urusan.
Hari kedua menjelang, ana duduk di sebelah muslimah lain. Iya, sambil menceduk ilmu dapat kawan baru. Bukankah ianya menyeronokkan?
Rehat sebelum Zohor, semasa orang lain makan ana terlebih dahulu mencari sahabat muslimah (saudara baru). Kami terus ke tandas, ana berwuduk dan menunggu azan. Terus jamak Zohor dan Asar kerana belakang sudah memberi signal, duduk berlama-lama juga 'penat' dan ana menghadapi kesukaran untuk rukuk apabila lama duduk atau banyak berjalan. Manja! ^_~ Maka, selepas selesai solat baru ana makan. Kami masih mengamalkan perbualan dua hala, ana mengorek cerita keislaman beliau. Menarik :)
Terkadang matanya kemerahan menahan gelora rasa, terkadang anak matanya bersinar-sinar. Sukar untuk diungkap dengan kata-kata, ana hanya memerhati dan mendengar dengan penuh semangat. Teruja untuk mendengar yang seterusnya, begitulah waktu rehat dimanfaatkan.
Semasa muslimin keluar menunaikan solat Asar, disebabkan sudah jamak solat... Ana hanya berjalan bagi 'merehatkan' tulang belakang. Entah berapa kali mengetuk tulang belakang semasa duduk dalam kelas, kaki juga diketuk-ketuk takut kaki 'tertidur' dan malas 'bangun' bila perlu berjalan. Kaki selalu jammed bila belakang memberi signal lampu kuning, sebelum jadi lampu merah elok lah dipaksa berjalan-jalan. Hihi, manja kaki ni.
Selesai bersiar-siar, minum petang dengan sahabat-sahabat yang baru. Taaruf dan bercerita, susuli dengan gelak ketawa. Menarik bukan? Ana menarik purdah tanpa ragu-ragu kerana yakin muslimin keluar solat Asar. Beberapa muslimah yang uzur syari'e tiba-tiba tepuk tangan.
"Yeyyyy!"
Terlopong sekejap.
"Dah tengok muka dia..."
La, ingatkan apa la tadi. Dan mereka bercerita sambil ana mendengar tiba-tiba seorang ukhti bertanya (soalan yang sangat kerap ditanya, hihihi), ana jawab. Lalu, terbuka satu kisah... Allah, kecilnya dunia ni. ^_^
Lalu, terjadi sesi interview mereka terhadap ana.
Hei kawan! Purdah itu menyeronokkan :)
Kamu bisa peroleh RAMAI kawan bukan kerana mahu menjadi aneh tetapi mahu lebih meluaskan skop dakwah, jangan rigid jangan statik.
"Akak dah tahu dah... Dah tahu dah..."
"Tahu apa kak?" Mereka sangat gemar mengusik ana.
"Bila kamu senyum, mata kamu kecil. Jadi, bila mata kamu kecil maksudnya kamu tengah senyum."
Setiap kali memandang ana, dia senyum dan ana senyum walau dia tak nampak ana tersenyum.
"Senyum la tu."
Allah!
Insyirah Soleha
9.19 pagi
24 leaves:
Alhamdulillah ^_^
p/s: Tak nak komen banyak-banyak. Emosi senget, mahu senget di belakang2 saja, jaga tsiqah! :D
betul kak, kadang2 yang baru lebih kuat daripada yang lama. Iman xleh diwarisi....bila Islam dianggap satu warisan tanpa dihayati...hancurlah...jati diri x kukuh...
Rabiatul teringin nak pakai purdah...tapi x tau nak mula dari mana...
Ada kawan Rabiatul, dia nak pergi belajar dekat Mesir...dia kata nak mula pakai dari situ...^_^
Rabiatul nak gak tahu mcm mana kak Insyirah berpurdah...mula macam mana kak...
p/s: "Abi, bila orang takut mesti sakit perut." (haha..sama dgn Rabiatul..kalau rasa berdebar je, perut sakit ^_^)
Senyum pengikat ukhuwah :)
Uhibbuki fillah ya ukhti!
AlhamduliLLAH, dakwah2..
teruja nak tau apa yang dibualkan bersama saudara baru
Sis Balqis :
Jaga tsiqah depan belakang kak. Bukan depan je jaga tsiqah, belakang dah terlebih tingkah. Ngeh ngeh ngeh! See like me, depan orang ka belakang orang ka... datang sengal, sengal juga. Datang senget, tak peduli dah :P
alhamdulillah! :)
Rabiatul (rasa macam nak panggil Rabiah).
Begitu juga la dengan kehidupan ini, kalau kita bersungguh-sungguh nak sesuatu kita akan fight sehingga peroleh. Selain usaha, harus berdoa dan seterusnya tawakal kepada Allah.
"Apabila kamu tertekad maka tawakallah kepada Allah"
Jati diri muslim ini kuat dengan dalaman, selain dr itu sokongan luaran... Insya Allah.
Sama juga macam purdah dik, bila kita nak buat sesuatu perlu kekuatan yang kuat dari dalam, kemudian sokongan dr luar adalah bonus saja.
Orang yang memeluk islam juga, keinginan dr dalam. Susah kalau kita peluk islam sekadar ikut-ikutan, nak berdepan dengan cabaran keluarga, masyarakat... hebat dik. hebat ujiannya :)
p/s: Akak rasa sakit perut mungkin sebab stress la. Hehehe :P
Sesi perbualan bersama saudara baru -- auto sensored. Hehehe (kedekut), bukan tak nak cerita tapi tunggu la mungkin suatu hari nanti insya Allah. Tak boleh cerita serentak dalam satu post. Mungkin akan diselit-selit dalam post akan datang, insya Allah.
Alhamdulillah.
Teringat satu slot yang mana disebabkan selepas bersin, afrika muslim mengucapkan "alhamdulillah", semasa pemuda perancis tanya "kenapa kamu ucap perkataan tu?" sbb taknak bg pemuda perancis tu makin tak faham, dia hanya jawab "sebab agama saya mengajar perkara tersebut."
Rupanya pemuda perancis tu sorang profesor. Beliau buat kajian, ternyata semasa bersin, jantung BERHENTI SESAAT (bleh tanya semua doktor yang ada). Kalau takda rezeki, alamatnya wassalam. Disebabkan perkara ni pun profesor ni peluk Islam. Betapa... Allah... MAHA PENGASIH dan PENYAYANG!
2 tahun kemudian, mereka ketemu di masjidil haram semasa melakukan haji di depan kaabah! Subhanallah.
salam...
kan ada hikmah kitaorg takleh "ambil berkat" sama2 dgn hah kat masjid negara last week?
p/s: nanti ceta eh apa yg dia ajar kat sana...tuntut ilmu awal2...hehe
take care
Salam.
Hehehe :">
Dont say like that darling, u make me shy... im blushing rite now. Huhuhuhu... teacher la ajar saye, saye innocent :D
ooo kedekut ye..xnak bagitahu,....xpe2,. akan datang suatu masa nanti cerita itu akan didengari dengan panjang lebar insya Allah
boleh wat drama tuh..
moga saudara baru sentiasa diberi kekuatan
Tak nak la buat drama, nanti kena cari pelakon pula. Susah nak mencari pelakon yang boleh membawa penghayatan maksud di sini penghayatan roh bukan hanya perasaan semata-mata :)
Buat buku jer lah, menuskrip... jeng jeng jeng. Nak tolong? :)
Insyirah.
Buku pertama mana?
Tiba buku kedua pula. Bagus la, selalu kena rancang supaya tersusun je jadual hidup. Boleh serius dalam penulisan ni. Insya Allah.
p/s: Kena baik-baik, qudwah hasanah T_T
Alhamdulillah, suka baca post2 di blog ukhti. Pernah terdetik di hati ingin memakai purdah, tapi parents sepertinya tidak bagi,mgkn kerana furu' kita berbeza. moga, suatu hari nanti Allah bukakan hati mereka :)
ukhti ada back pain ke? mungkin kita lbh kurang sama..erm. semoga cepat sembuh ya,mohon doakan diri ini juga agar terus kuat ;)
Semoga terus tsabat di jalan dakwah ini ^_^
suka entry post ni...semoga penuh dgn senyuman selalu dik
Balqis:
Kak, ada masalah teknikal... Mungkin lewat, wallahua'lam. Sama-sama la sabar yer. Ana relex je, akak yang lebih-lebih bersemangat. Ngeh ngeh :D
suka laaa... nak baca lagi.. nak baca lagi... hihihi
Anonymous.
Syukran ukhti, ya... back pain, lower back pain. Alhamdulillah selepas terapi demi terapi, dah banyak sembuh. Boleh jalan-jalan (nak lari pun boleh tapi dalam mimpi lah :D) tetapi perlu berhati-hati supaya tidak terlebih banyak berjalan/duduk lama. Tulang ana bengkok, tulang belakang menekan saraf tunjang itu yang menyebabkan kaki selalu jammed :)
Insya Allah, moga ukhti juga terus thabat. Ameen.
Anonymous.
Syukran ukhti, ya... back pain, lower back pain. Alhamdulillah selepas terapi demi terapi, dah banyak sembuh. Boleh jalan-jalan (nak lari pun boleh tapi dalam mimpi lah :D) tetapi perlu berhati-hati supaya tidak terlebih banyak berjalan/duduk lama. Tulang ana bengkok, tulang belakang menekan saraf tunjang itu yang menyebabkan kaki selalu jammed :)
Insya Allah, moga ukhti juga terus thabat. Ameen.
Kak Mia :
Senyum adalah terapi paling MURAH... hehe, senyummmmm *wink*
Hehehe.
summertowinter:
insya Allah :)
sedang malas tayep... :)
Assalamua'alaikum:
Ukhti, ada satu artikel terbaru dari Ustaz Hasrizal tentang kisah saudara baru, benar-benar sangat bermanfaat dalam menyelami iman yang dimiliki saudara baru..:
Tajuknya: "Ke gereja untuk ke masjid"
emm,bagaimana klu kte ni mmg ad jiwa nakal @sift2 mazmumah yg ad mse zman2 " jahiliyyah",tbe2 rasa selesa nk pkai purdah agar lbih terbatas sgala mazmumah tu boleh ke? lg satu,klu kita pakai purdah,mesti org akn pndg mcm2,cth kte teralpa wktu tu(insan yg sering alpa)adakah org seperti ini akan menjatuhkan maruah muslimat2 yg berpurdah?mohon hikmah..-runsing-may Allah bless us..
emm,bagaimana klu kte ni mmg ad jiwa nakal @sift2 mazmumah yg ad mse zman2 " jahiliyyah",tbe2 rasa selesa nk pkai purdah agar lbih terbatas sgala mazmumah tu boleh ke? lg satu,klu kita pakai purdah,mesti org akn pndg mcm2,cth kte teralpa wktu tu(insan yg sering alpa)adakah org seperti ini akan menjatuhkan maruah muslimat2 yg berpurdah?mohon hikmah..-runsing-may Allah bless us..
NurIslami :
Wa'alaikumussalam.
Syukran ya. Moga Allah melimpahkan rahmat Nya dan memberkati kehidupanmu. Insya Allah.
Raudatussakinah:
Salam buat ukhti. Setiap masa perlu mujahadah dan muhasabah diri, insya Allah sedikit demi sedikit. Purdah itu tidak bermaksud seorang itu "complete", tiada yang sempurna. Apa yang penting, kita berusaha ke arah kebaikan dan membantu orang lain untuk tidak mencari kesalahan kita.
Kalau bimbang akan mendatangkan fitnah, maka berhati-hatilah :) Kalau kita seorang yang bermulut laser, kurangkan bercakap dan banyakkan berzikir bagi mengelakkan dari bercakap sesuatu yang menyakitkan hati orang lain.
Berusaha! :)
Insya Allah.
Salam perjuangan buat ukhti.
Apa yang boleh ana katakan, istikharahlah. Mohon Allah berikan langkah terbaik buat kita dalam mencari keredhaan Nya.
Wallahua'lam.
Post a Comment