"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

11 April 2010

Macammana Ada Baby?

Bismillahirrahmanirrahim.

"Kak Yang, macammana boleh ada baby?"

Tarik kain tutup muka, pusing tempat lain. Menyorok... Intai di sebalik kain, Adik masih tercegat depan ana.

"Kak Yang, cakap la macammana boleh jadi baby."

Kepala yang tak gatal pun boleh gatal dengan tiba-tiba. Muka macam kena simbah dengan minyak panas.

"Adik tanya abi lah..."

Larikan diri. Dengar hujung-hujung saja perbualan dua hala antara abi dan Adik, muka ana merah menyala.

"Lelaki dan perempuan kahwin, lepas tu ada la baby."

Nasib baik Adik tak tanya, kenapa orang tak kahwin pun ada baby. Huh...

"Tapi, macammana boleh ada baby?"


Comel kan? Terasa macam nak gigit pipi yang mulus. Dia makhluk fitrah :)


Adik masih tak puas hati dengan jawapan abi.

Zazzz...! Terus membelek tafsir al-Quran.

Kitab (Al-Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa. [Surah Al-Baqarah (2) : Ayat 2]

Apa juga bentuk ketidakfahaman (sebenarnya tak tahu nak terangkan proses kejadian manusia) maka rujuk kembali pada al-Quran, sekiranya tiada maka rujuklah pula kepada hadis. Insya Allah, sekiranya 2 perkara ini digenggam erat selamanya berada dalam kebenaran.

Dialah yang membentuk kamu dalam rahim sebagaimana dikehendaki Nya. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [Surah Ali-Imran (3) : ayat 6]

Dialah Yang menciptakan kamu dari diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya. Maka setelah dicampurinya, isterinya itu mengandung kandungan yang ringan, dan teruslah dia merasa ringan (beberapa waktu). Kemudian tatkala dia merasa berat, keduanya (suami isteri) bermohon kepada Allah, Tuhannya seraya berkata: "Sesungguhnya jika Engkau memberi kami anak yang sempurna, tentulah kami termasuk orang-orang yang bersyukur". [Surah Al-A'raf (7) : Ayat 189]

Hai manusia, jika kamu dalam keraguan tentang kebangkitan (dari kubur), maka (ketahuilah) sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setitis mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar Kami jelaskan kepada kamu dan Kami tetapkan dalam rahim, apa yang Kami kehendaki sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian (dengan beransur-ansur) kamu sampailah kepada kedewasaan, dan di antara kamu ada yang diwafatkan dan (ada pula) di antara kamu yang dipanjangkan umurnya, supaya dia tidak mengetahui lagi sesuatu pun yang dahulunya telah diketahuinya. Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air di atasnya, hiduplah bumi itu dan suburlah dan menumbuhkan berbagai macam tumbuh-tumbuhan yang indah. [Surah Al-Hajj (22) : Ayat 5]

Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. [Surah Al-Mukminun (23) : Ayat 12]

Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). [Surah Al-Mukminun (23) : Ayat 13]

Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Suci lah Allah, Pencipta Yang Paling Baik. [Surah Al-Mukminun (23) : Ayat 14]

Yang membuat segala sesuatu yang Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulai penciptaan manusia dari tanah. [Surah Sajdah (32) : Ayat 7]

Kemudian Dia menjadikan keturunannya dari saripati air yang hina (air mani). [Surah Sajdah (32) : Ayat 8]

Kemudian Dia menyempurnakan dan meniupkan ke dalam (tubuh) nya roh (ciptaan) Nya dan Dia menjadikan bagi kamu pendengaran, penglihatan dan hati; (tetapi) kamu sedikit sekali bersyukur. [Surah Sajdah (32) : Ayat 9]

Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan [Surah Al-'Alaq (96) : Ayat 1]

Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. [Surah Al-'Alaq (96) : Ayat 2]

Ayat-ayat ini ana susun mengikut turutan surah dalam juzuk. Buat rujukan semula ya. Jangan ambil bulat-bulat, mungkin ada yang silap. Wallahua'lam.

Semasa di tingkatan 3, akan belajar bagaimana proses kejadian manusia dalam matapelajaran Sains. Persenyawaan manusia. Sperma dan ovum, hanya sperma (dalam setitis mani ada berjuta sperma) yang kuat saja akan berjaya melepasi bla bla bla... dinding uterus, bla bla bla... Masa tu baru terfikir, selama ini ingatkan seorang bayi itu duduknya dalam perut (usus) rupanya duduknya dalam rahim. Patutlah dikatakan mengandung = anak itu dikandung dalam rahim. Maha Suci Allah.

Kesimpulannya, KITA SEMUA DILAHIRKAN SEBAGAI JUARA kerana dari awal kejadian lagi we fight for live (hanya sperma yang kuat saja akan berjaya menembusi ovum)! Kerana manusia itu dilahirkan sebagai khalifah Allah, menjulang panji dan mendaulatkan Islam.

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (Surah At-Tiin (94) : Ayat 4]

Wallahua'lam.

If oneday my kid ask me "Ummi, macammana ada baby?"

Jawabku "Pergi buka blog ummi, ummi dah tulis dah masa Mak Su tanya dulu-dulu..." Hohohoho. Pening anak-anakku kalau ada ummi macam ni, haihhhh! Lagi pening kalau anak-anak semuanya ikut perangai umminya. Isk isk isk...

p/s: Adik... Ni jawapan yang Adik nak, semoga Allah merahmatimu :)


~ Sleeping Beauty ~

Insyirah Soleha
Mengintai rembulan disebalik awan :)

10 leaves:

Kerikkerik 11 April 2010 at 07:32  

wktu ana kecik2 dlu pnh gak la ada tnda tny cmni...last2 buat kesimpulan sendiri bahawa:

Dlm perut manusia mmg ada baby tp size dia kecik ja...sebesar ibu jari gitu...pstu bila kita mkin bsar, baby tu pun makin besar...bila dh kawin...trus beranak la..

Then, dkyah ni pun disebarkan kepada semua kwn2 seangkatan...h0h0h0! ;P

Mesintaip: 11 April 2010 at 11:02  

1. Bagus paparan.

2. Kanak-kanak memang begitu. Daya ingin tahu mereka begitu luas melangkaui batas-batas yang tidak kita duga.

Khazinatul_Asrar 11 April 2010 at 19:19  

kanak2 itu mmg fitrah mahu mengetahui sesuatu kan? kdg2 kita je yg xreti nak jawab mcmana. seni menjawab soalan kanak2, kena blaja ni. hehe.

situasi kini pelik, ramai yg membuang anak. sedih. sungguh sedih.

Insyirah 12 April 2010 at 08:40  

Syudde de Nurul Muslimah :P

Ana tak boleh bayangkan imiginasi enti ni, terlalu tinggi sampai ana tak terbayang. Hihihi... Baby saiz macam ibu jari gitu? Allah, sabar je lah. Dah tu sebar pula dakyah pada kawan seangkatan, haihhh... imiginasi tinggi sangat :)

Insyirah 12 April 2010 at 08:42  

Mesin Taip.

Paparan ini mungkin bagi orang lain ianya perkara biasa maka dihuraikan dari sudut sains, biologi kehidupan manusia dsb. tapi terlupa sebenarnya ia telah dijelaskan oleh Allah taala dalam kitab al-Quran yang mulia.

Kanak-kanak adalah makhluk yang paling bersemangat dalam MENcARi tahu!

Insyirah 12 April 2010 at 08:43  

khazinatul asrar.

Kena belajar psikologi kanak-kanak and parenting silibus... hahaha (im not joking but it sounds a joke) memang tak reti nak jawab macammana tapi kena belajar bagaimana untuk menjawab, satu hari nanti insya Allah situasi itu akan berubah. Anak-anak pula yang akan bertanya kepada kita... :)

Orchid 12 April 2010 at 15:14  

theory Nurul muslimah mmg pernah di establish dulu.Manusia kecik atau homunculus.kalau xsilap la. Theory ni cakap manusia berasal dari sperm sahaja.Maksudnya, perempuan jadi carrier je( ana agak terbuka). Menariknya, mereka tidak boleh nak explain kenapa si anak menyamai ibu dan bapa.(the traits of both parents can be detected in the progeny).Lg menarik, kalau tidak silap ana, sekitar tahun 1600 masihi, ada orang refute theory ni.Tp xde bukti lg(maksdnya pikir sendiri lah).
tp surah al_alaq cakap ngan detail, and beberapa lg surah.subahanallaah!!
.saudari insyirah dah tulis kot surah yg bekenaan

.Wallahua'lam.

Anonymous,  12 April 2010 at 20:48  

hehe..kelakar lak..teringat ms belajar sains psl kejadian manusia & belajar agama..ustazah cite psl ni la..bagaimana manusia diciptakan ....pertanyaan ni mmg menjawab

IMmeHuda 13 April 2010 at 21:55  

uhh...

mmg complicated nk jawab soalan mcm ni..

but this is a very good entry...factual & informative dan sgt selari dengan al-Quran..

someday, if i ever had a kid, i'll quote this phrase;

"pergi buka blog cousin mommy, she has done a great deal of explantion there"

p/s: kunun2 berangan anak pandai cakap omputih..hehe

thanks sis..hope that everything is smooth-sailing now..*wink*

Insyirah 14 April 2010 at 17:51  

Sis Huda my Lovely Cousin :

Hikhik, waiting the Right Man for you, biiznillah! :)

Aiwah! Anak teror cakap omputeh tu dah cuns dah tu, hehehe. Anak I nanti nak ajar cakap arab lah, hehek :P

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO