"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

01 April 2010

Koleksi Award

Bismillahirrahmanirrahim.

Maaf. Setelah memeram sehingga menjadi pekasam dengan jayanya, akhirnya baru sempat kutip kesemua award. (Pura-pura busy je ni, sila jangan anggap ana sibuk sangat)


Award ini dihadiahkan oleh :

Cik Mia ~ Seorang kakak yang sebenarnya tabah walaupun touching je bila baca tulisan-tulisan beliau. Chayok! Chayok! Hidup mesti selalu bersemangat walau jatuh tergolek, tergelincir tersembam hingga terjelupuk ke lantai hidup tetapi keyakinan kepada Rabb mesti diperhebatkan kerana hanya Dia saja yang boleh memujuk kita, kan kan kan? :) Harus kita sedar, kita ni anugerah Allah! Cecece... Ni tahap perasan melampau batas ni :p

Akhi Naimul Firdaus ~ Syukran akhi atas award ni. Apa kata untuk kali yang akan datang, hadiahkan sekeping tiked untuk ana... Contohnya tiked ke Jepun, kalau murah hati sediakan penginapan dan all-in dalam tajaan ye. (Serius, ana bergurau ni!)

Ukhti Jihad ~ Heee... Mekasih atas award ni ye ukhti, lain kali ukhti bagi buku pula yer. Hadiahkan ana satu set buku kegemaran ana, haa... tajuknya dirahsiakan, nanti menimbulkan kontroversi jadi kita sembang di belakang-belakang je ye. Huhuhu, sila kumpul duit dari sekarang! :p

Ukhti Atiqah ~ Heee... Untuk madu ana nih, agaknya nak minta apa yerk?! Eh, perlu ke meminta-minta secara terbuka dengan madu sendiri. Molek rasanya kita sembang berdua jer, ahaks! Yang pastinya sudah ada permintaan 'melampau' sehingga madu ana ni terkilan. Tak payah la nak banjirkan purdah dengan air mata, keceriaan dan kegembiraan harus mewarnai hati supaya hati tidak terus sakit. Wallahi! Tidak sekali-kali permintaan itu untuk membasahkan purdahmu semata-mata tetapi ingin mengajak untuk bersama mengambil sedikit gembira dari hati ini. Mungkin, nanti... purdah ku sendiri yang boleh diperah dek air mata. Hahaha... What ever! Jazakillah khairan katsira. ^_^

Syauqah Nur ~ Hee... Beliau juga dengan murah hati memberi award kepada ana. Ukhti, nanti hadiahkan ana sepasang jubah pula yer! Kalau boleh biar warna yang gelap-gelap sikit. Sebab ana pun tak secerah rembulan yang bersinar terang yang memancarkan cahayanya yang indah walaupun hakikatnya bulan itu berkawah-kawah. Jubah tu nanti lagi best kalau ukhti yang jahitkan... Demanding nih! ^_~

Bidadari Besi ~ Heee... Beliau dengan murah hati memberi award kepada ana. Eh, next time jangan bagi award lagi yer kerana ana tak tahu nak buat apa dengan award ni. Nanti bagi ana kek coklat ke, aiskrim perisa strawberry ke, coklat bar yang sebesar lengan ana yang boleh dibeli di duty free di airport yerk (tempat lain mahal melampau). Ihik ihik ihik ^_~

Terima kasih daun keladi,
Kalau benar mahu memberi,
Sila zahirkan dengan realiti,
Kerana ana setia menanti :D

Selepas ni barangsiapa ingin memberi award, ana nak request seekor teddy bear yang besarrrrrr...! Harganya tak la mahal mana pun, tapi jangan harap ana akan beli sebab ianya satu pembaziran yang nyata. Tak mahal pun, RM399.90 jer...


Sangat comel kan? Posing maut pula... Haih, tergugat iman ana melihatnya! Rasanya kalau baring sebelah teddy ni, ana pun akan kelihatan sangat comel sebab teddy ni lagi besar dari ana. So, kesimpulannya ana ni comel je la. Kuikuikui ^_~

17 leaves:

naimul firdaus 2 April 2010 at 04:42  

ana nak belikan teddy bear tu, tapi sekarang tak ada kesempatan lagi. doakan ana ada peluang untuk menghadiahkan itu. dan tiket untuk ke mana-mana, doa la banyak-banyak sikit, kalau ada jodoh boleh pergi mekah nanti, insyaAllah =)

.:: Imran ::. 2 April 2010 at 07:22  

Maaf...cuma nak bgtahu...
patung @ yg sama waktu dgnya sama ada utk hiasan, yg bukan utk kanak2 adalah haram...
Xperlu rasanya idamkan teddybear 2...
Apa2 pun tahniah byak award!!!
(nasihat ini juga award dr saya - moga sama2 ikhlas kerana Allah)

Insyirah 2 April 2010 at 08:02  

Naimul Firdaus :

Sungguh, entri ni hanya santai dan lawak yang nyata. Alhamdulillah, akhi doakan ana ke mekah, mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan ana untuk ke rumah Nya. Ameen, ameen... Moga akhi juga diberikan peluang untuk ke tanah suci.

Insyirah 2 April 2010 at 08:04  

Imran :

Subhanallah. Memang entri ni suka-suki saja. Ana suka tengok teddy bear tu sebab dia comel (bahkan sangat comel) dan ia sangat besar, masakan ana yang dah besar macamni kepingin memiliki sesuatu yang layak jadi 'bahan mainan' kanak-kanak. Mungkin sekadar teringin peluk teddy bear tu, ana geram dengan bulunya yang gebu... Macam beruang betul-betul. Tapi, mustahil ana dapat peluk beruang (hidup) sebelum ana peluk beruang, ana dulu dibaham!

Santai-santai saja... :)

Jazakallah atas ingatan.

Alhamdulillah.

Unknown 2 April 2010 at 08:23  

salam, syirah..
akak pernah dgr 1 ceramah yg mna ustaz 2 ada ckap pasal bear lbh besar drpd pemilik bear..ustaz 2 nasihatkan drpd beli @ dapat bear yg mcm 2, lebih baik cari 'bear yg hidup'..hehehe

'bear yg hidup' mksd ustaz ialah suami...=D

Ummu Auni 2 April 2010 at 09:32  

assalamu`alaikum, dah lama tak aktif di BMC eh? rindu pula dgn adik

- mardhiah12

Insyirah 2 April 2010 at 09:35  

Salam Kak Suhaibah :)

Aduss... Bear 'hidup' ye kak? Aih, tergelak syirah baca komen akak ni. Kat mana ada jual bear hidup yang akak sarankan tu ye? Syirah nak beli lah... Huhuhuhu.

p/s: Sengal betul syirah ni.

Insyirah 2 April 2010 at 09:37  

Wa'alaikumussalam warahmatullah kak Mar :)

Alhamdulillah kak... Ada juga masuk dalam BMC tapi baca je, sesekali ada masukkan posting tapi BMC sunyi sangat la, kita pun segan nak tulis. Hehehe. Otai semua dah bersara, kita pun senyap juga la :D

Balqis,  2 April 2010 at 11:30  

Salam Insyirah.

Bukan ke memang dah ada teddy bear yang besar? Ups... Ups..! Tersenyum je menanti cik Syirah bawa teddy bear dia. Huhu.

Senget kah Syirah?
Syirah... Sengetkah kamu?

p/s: Meh nak tunjuk dimana ada 'jual' teddy bear hidup. Huhu

Insyirah 2 April 2010 at 11:44  

Mana... Mana teddy bear hidup kak? Cepat tunjukkan pada syirah! Nak..! Nak..! Huhuhu... :D

Kak, memang senget pun sebab kaki syirah tak sama panjang. Hahaha :D

mujahidah 2 April 2010 at 12:27  

assalamua'laikum adik sayang.. alhamdulillah, syukur kepadaNYA kerana memberikan secebis kegembiraan kepada kita semua.. adik, happy tgk adik happy.. =D

Insyirah 2 April 2010 at 12:33  

wa'alaikumussalam.

alhamdulillah. anugerah Allah pada adik... Dia selalu memujuk dngn cara dan kehendak Nya :) saja nak bergurau, melepasi zon stress :)

sayang akak juga!

Unknown 4 April 2010 at 17:40  

hahaha...nakal la syirah ni..
nk 'bear hidup' ek?
doakn lah mdh2an 'bear hidup' 2 akn pergi jmp syirah sndiri pasni..hehehe..
nnt pas2 jgn lupa jmput akak, ek..akan cuba sedaya upaya pergi slagi mampu..

akak nk sgt jmp syirah..insya Allah, smoga Allah permudahkan pertemuan kt nnt ye...huhuhu...

Insyirah 5 April 2010 at 08:16  

Kak Suhaibah :)


Ha... cepat doa, syirah tunggu nak aminkan ni. Cepat la kak, doa cepat. Pagi2 ni, berkat kan... hek hek hek :P

Hoih cik Syirah ni, hilang thiqoh... huhuhuhu X_X

Hamba Ilahi 5 April 2010 at 12:54  

malang betul kalau ada yang kena jadi bear hidup ni..

Insyirah 5 April 2010 at 14:00  

Naimul Firdaus:

Apa yang malang?
Susah nak faham maksud akhi ni.

Hamba Ilahi 5 April 2010 at 15:37  

tak adalah. ana gurau ja. asif..

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO