Bintang-Bintang Ke Syurga
Bismillahirrahmanirrahim.
Pertama, maaf kalau ada silap taip kerana masih menggunakan satu tangan untuk menaip (still wearing arm sling most 23 hours ++/day tolak time wuduk dan masuk tandas. Ya, mahu sembuh laju-laju)
Kedua, syukran jiddan pada pemberi buku ini (wah, dedikasi pula) siap dengan autograf penulis. Tak boleh snap autograf dan publish dalam blog, jadi OKU begini malas mahu rumit-rumit. Telah diberi 'tugasan' untuk review buku ini, maka dengan berat hati nak kene review sebagai tanda terima kasih daun keladi pada pemberi buku, lainkali dapat hadiah lagi masa PBAKL. Hihi. Ok. Tak nak merepek, terus kepada point :)
Tajuk : BINTANG-BINTANG KE SYURGA
Penulis : Xarine
Harga : RM19.90 (Sem. Malaysia)
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Baca sinopsis pada belakang kulit buku;
Urusan ini perutusan cinta. Seperti sabda Rasulullah, tidak beiman seseorang kamu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri.
Islam itu cinta. Cinta itu fitrah terpateri dalam hati. Hanya cinta dalam hati yang akan menyatukan kita dan semu manusia. Sepertimana alam kehidupan yang satu ini ditampung oleh bongkah-bongkah alam yang sedang bercinta; roh cinta yang mutlak terpateri pada hukum qadar Nya. Dan setiap detik pasir-pasir dan burung-burung itu mengucapkan 'cinta' ke hadrat Tuhan mereka.
Maka aku berusaha mencintai semua, dan mengikat hati pada simpulan iman kepada qada dan qadar Allah.
Imran lulusan kejuruteraan, anak miskin yang tidak punya apa-apa kecuali kecintaannya kepada Allah. Lalu wajarkah dia ada hati kepada si dia yang punya segala-galanya? Atau orang miskin hanya layak untuk dijodohkan dengan orang yang tidak punya apa-apa juga? Kalau begitu, apa pula maknanya sekufu?
Lama juga ana ambil waktu membaca sinopsis ini, oleh kerana otak ana senget dalam hal-hal cinta, ambil masa berfikir bila nak mula baca. Dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, bab pertama dibaca terasa nak gelakkan diri sendiri yang mempunyai otak senget, akhirnya satu per satu bab dihabiskan dan semuanya selesai pada hari ke-3. Tahniah ya Insyirah... Otak ana dipulihkan oleh En Xarine selepas selesai membaca hingga muka surat terakhir! Alhamdulillah.
Bagi ana hampir setiap bilah perkataan dan juga metafora yang digunakan oleh penulis menunjukkan kematangan, unsur sastera digarap bersama fakta sains dan dalil bersumberkan quran dan hadis agak mengasyikkan jiwa pembaca seperti ana! Ya, En. Xarine seorang jurutera, wajarlah fakta sains banyak diaplikasikan dalam karya beliau.
Contoh yang dibawa juga menarik hati untuk terus mengetahui kisah selanjutnya. Plot cerita ada unsur saspen (untuk watak Safia si gadis penuh misteri), kelakar (si Muslimah yang 'senget' otaknya) dan macam-macam watak yang agak menarik seperti watak utama; Imran sendiri :)
Kisah ini kisah Imran, perutusan cinta... Ana tidak mahu mengolah bicara cinta itu, antum kena baca sendiri. Sekadar mahu berkongsi apa yang ana suka dari buku ini.
Muka surat 91 : Ada cerita orang gila... Ana tak sangka En Xarine akan mengolah kisah orang gila tersebut kepada sesuatu yang amat bermotivasi. Setiap yang berlaku ada hikmahnya, pasti ada kebaikan syaratnya apabila kita memandang dengan pandangan iman, insya Allah. Kemudian, diolah pada kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir yang kemudian bersangkutan dengan keimanan para sahabat di zaman Rasulullah saw, menarik bukan? (",)
Muka surat 132 : Bicara Imran mengenai aurat apabila dikatakan 'yang penting hati... don't judge the book by its cover'. Ana tersenyum dengan jawapan ringkas dari Imran (antum kena baca sendiri). Menariknya, dakwah yang ditonjolkannya begitu simple dan langsung tidak rigid kerana teorinya mudah "besi yang panas apabila dimasukkan ke dalam air sejuk, rosaklah susun atomnya."
Kalau ikut, ada lagi yang menarik mahu dikongsikan tapi tangan dah lenguh... hihihi. Lain la kalau ada yang nak tolong taip :P
Ringkasnya, buku ini perutusan cinta tetapi menariknya olahan En Xarine tentang alam tidak hanya kiasan pada cinta tetapi diterapkan unsur islami dan mengajak pembaca untuk berfikir. Ok, ana rasa otak ana tak senget lagi selepas berfikir-fikir apa yang mahu En. Xarine sampaikan walaupun ada part yang ana agak 'kekirian'... Oh, masih senget lagi otak ana.
Ahadiat Akasyah juga seorang penulis berlaterbelakangkan kejuruteraan tapi hanya cinta... cinta... cinta saja yang di'lumat'kan dalam karyanya. Ana rasa En Xarine akan di senaraikan sebagai penulis yang ana akan kumpul buku-bukunya. Really, ia menarik! Satu lagi buku - Yuda Di Padang Maya (Xarine) belum dibaca, anyone nak bacakan untuk ana? Hihi... Oh dear, jadi OKU ni melatih sabar sebanyak-banyaknya. Rindu nak baca semua buku-buku yang sedang que :)
Lagi... Sapa nak baca buku Bintang-Bintang Ke Syurga, kalau tak puas dengan review ni ana akan sambung bila tangan dah sihat. Lenguh tuhhhhhhh... Adeh! T_T
p/s : Nak detail, beli dan baca sendiri la ye... Hihihi.
5 leaves:
mujarab ubat encik xarine...otak yang senget pun boleh sembuh ye...
salam. insyirah, boleh la cuba baca novel dari saidatul saffaa juga - kemilau mutiara raudhah. terasnya cinta (mmg cinta tu nilai komersial utk menarik pembeli) tp ada pengisian juga. tp sy lebih rekemen ceriteranya - damai - dlm buku yg bertajuk 'damai' juga. cuma mgkn kurang sesuai sbb dua ceritera lain itu lebih berteras cinta manusia.
dan mgkn, kalau boleh bertahan membaca bahasa rojak, cubalah karya hlovate. novel2nya byk pengisian. :)
skdr cadangan. terpulang utk memilih. salam.
p/s: novel yg sy sebut semuanya dr publisher yg sama dgn novel xarine.
terima kasih insyirah. :)
most welcome En Khairi.
Saya yang kene ucap terima kasih sebav banyak yang saya suka dalam buku ni cuma tak dapat nak tulis semua. InsyaAllah nnt akan usaha untuk sambung.
mcm best je buku ni..insyaallah akan cari juga
Post a Comment