"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

08 March 2011

Dari Pena Kecilku

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana mendapat ilham setelah seorang sahabat membuat permintaan, maka... Ana selak kembali lembaran-lembaran yang lalu untuk dikongsikan di sini. Moga bermanfaat kepada sesiapa yang sudi. Teringat akan kata-kata seorang yang tak pernah ana ketemu tetapi sekadar mendengar cerita tentang dia menerusi seorang ukhti sebagai pengantara, kata-kata yang sungguh membuat hati ini berfikir-fikir apabila bermala-malasan.


Dakwah itu sentiasa harus berjalan, andai kemampuanmu hanya pada penulisan jangan berhenti menulis, sehingga saat rohmu bercerai dari jasad, menulislah dengan hatimu. Kalau harimau mati meninggalkan belang biar manusia mati meninggalkan peringatan. Dan andai peringatan itu melalui tulisan, tulislah apa yang kau rasa. Semoga manusia sentiasa saling ingat mengingati dengannya ~ Ukhti Izyan


Sekadar perkongsian status-status di dalam facebook yang pernah dicatatkan. Sekadar satu renungan peribadi buat ana. Daripada meletakkan status yang 'kosong' lebih baik berkongsi sesuatu yang berisi, kalau ia sesuatu yang dimanfaatkan oleh orang lain maka ia tidak menjadi sesuatu yang sia-sia. Insya Allah.

[1]

Kekuatan itu bukan pada gagahnya sebatang tubuh manusia, kelemahan manusia juga bukan pada kekurangan pada jasadnya tetapi hebatnya seorang manusia itu adalah kerana punya hati yang mempunyai ikatan kuat dengan Allah. Yang menjadikan manusia kuat dan rapuh hanyalah pada sekeping hati, yang mencacatkan dan memuliakan akhlaq seorang manusia juga berpunca dari hati. Maka, haruslah sentiasa berhati-hati menjaga hati supaya hati tidak mati dan akhirnya mengalah dengan duri-duri yang melekat di kaki dalam kembara menuju Rabbi.

[2]

Tak ada manusia yang kuat dengan ujian, tetapi bila ditarbiyyah dengan ujian dan kita bersabar menghadapinya, menyerahkan pergantungan kepada Allah dan menggantung harapan kepada Allah insya Allah kita akan menjadi kuat dengan tarbiyyah Allah.


[3]

Manusia memerlukan nafsu tetapi perlulah dikawal dengan iman dan taqwa kepada Allah. Andai manusia tiada nafsu, maka tidaklah kita ghairah untuk beribadah meraih redha Allah. Andai manusia tiada nafsu, maka tiadalah keinginan untuk kita menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Pupuklah nafsu dengan ilmu dan amalan yang sohih agar nafsu tunduk kepada iman bukan hati tunduk kepada nafsu.


[4]

Jika ingin baiki dunia, kita perlu baiki manusia. Untuk membaiki manusia, kita perlu membaiki hatinya. Bagi membaiki hati, kita mesti bermula dengan S.O.L.A.T, ya bunayya aqimis solah...!

[5]

Wanita yang baik akan menjaga kehormatan untuk orang yang disayangi bukan memberi kehormatan pada orang yang disayangi itu sebelum diijabkabul dan lelaki yang baik akan menjaga kehormatan orang yang disayangi bukan meragut kehormatan orang yang disayangi itu sebelum diijabkabul.


[6]

Love someone is about sacrifice without a goal. It is about loyalty without gruelling, as far as we could create a joy in relationship. It is not just we happy together, but also could had the best moment without miserable :)

[7]

"Wahai, kaum muslimin! Lawan dan musuhmu berani menyerang dan menjajah kamu hanyalah kerana Allah meninggalkan kamu. Janganlah kamu mengira bahawa musuhmu telah meraih kemenangan atas kamu tetapi sesungguhnya Allah Yang Maha Pelindung dan Maha Penolong telah berpaling dari kamu. Demi Allah, musuh-musuhmu bukannya kuat, tetapi umat Islam yang lemah." (As-Syahid Hasan al-Banna)


[8]

Sesuatu kepahitan itu jangan terus diluahkan kerana setiap kepahitan itu bukan semuanya merosakkan bahkan ia menjadi penawar. Sesuatu kemanisan itu jangan terus ditelan kerana bukan semua kemanisan itu kenikmatan tetapi akan menjadi racun yang membunuh.


[9]

Sesungguhnya tawakkal itu adalah satu 'magic' yang sangat hebat apabila kamu menyerahkan sepenuh pergantungan dan kepercayaan kepada Allah.


[10]

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN, setiap yang payah pasti ada KESENANGAN, setiap kesabaran pasti ada GANJARAN. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang boleh memberi HALANGAN. Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.


[11]

Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah. Cinta yang satu akan menyatukan manusia. Cintailah Allah seikhlas hatimu, insya Allah pasti akan bertemu dengan insan yang juga menyintai Nya. Sentiasalah betulkan niat kita dalam berbuat apa jua perkara. Jangan mudah lupa dan lalai dengan permainan hati dan perasaan :)


[12]

Apa yang ALLAH berikan, kita rasa ia milik kita tapi hakikatnya semuanya milik DIA. Pinjaman yang DIA berikan supaya kita menjadi manusia yang bersyukur tetapi selalu pula kita kufur, merasa ia adalah milik kita sedangkan kita tak punya apa-apa. Hati kita ALLAH ciptakan hanya satu tetapi kita penuhi dengan pelbagai perkara lalu lupa kepada DIA yang menciptakan segala. Astaghfirullah hal azhim.


* mahu terus memberi dan memberi sebelum Dia menarik nyawa kembali ke pangkuan Nya, biizinillah.


"Namun dalam penulisan perlu disertakan dengan ilmu. Perlu ada parameter, jangan menulis seikut rasa, semahu suka." - Zauji


Kaktus yang cantik, indah namun keindahannya tidak dibiarkan dipergunakan oleh makhluk lain lalu duri yang memagari keindahannya akan selalu mengawal keindahan tersebut. Betapa setiap ciptaan Allah pasti ada 'ibrah andai kita melihat dan berfikir... Seorang manusia yang indah luarannya, haruslah mempunyai akhlaq yang juga indah agar keindahan luarannya tidak menjelikkan manusia lain memandangnya. Kerana akhlaq adalah keindahan yang paling menawan di dunia... :)

p/s: Ana sudah membuang muzik latar di dalam blog, apabila diri sendiri yang 'off sound' semasa publish entry maka lebih baik dibuang. Mungkin 'budak dalam ni' tak suka dengar muzik, makanya umminya sekarang rimas mendengar muzik. ^__^

Pena kecilku,
Insyirah Soleha

8 leaves:

mariah 8 March 2011 at 11:41  

Alhamdulillah dengan peringatan. syukran2 ukhti.

p/s:saya juga buang music sebab rimas masa nak pblish entry.. :)

www.coretankalamrabbani.blogspot.com 8 March 2011 at 12:15  

Thanx..
post yg sgt berinformasi dan membakar
smgt utk terus berjuang..

Salam dakwah..

Hafsa 8 March 2011 at 14:34  

assalamualaikum... owh sudah di buang muziknya.. patutlah senyap je.. hihihihi.. pe ek nama muzik tu ?

athirahariffin 8 March 2011 at 19:37  

salam kak, minta izin kata-kata yang akak kongsi ye..

syukran jazilan~

Insyirah 9 March 2011 at 14:34  

Mariah : dulu pasang pun tak dengar sangat... then rasa lebih baik tak ada. :)

Insyirah 9 March 2011 at 14:34  

Quranicprincess :

Semoga terus kekal di jalan dakwah :)

Insyirah 9 March 2011 at 14:34  

Cik Hubb : ini linknya - http://www.youtube.com/watch?v=NiWJqIIRyk4

Insyirah 9 March 2011 at 14:35  

Salam buat Atirah - silakan.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO