"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

04 March 2011

Semoga Allah Permudahkan

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, nikmat di pagi Jumaat. Insya Allah ada keberkatan, sakinah yang dikecapi ditemani bunyi-bunyi beburung yang berkicauan di sekeliling, ada desiran air sungai yang mengalir menambahkan lagi muzik-muzik asli, terlalu asyik dan menenangkan fikiran. Semuanya sedang berzikir pada al-Khaliq dengan cara mereka sendiri, sedang manusia yang Allah kurniakan akal terlupa untuk mensyukuri nikmat-nikmat yang Allah pinjamkan, terlupa untuk menghargai apa yang Dia berikan lantas merasa kekurangan di sebalik setiap yang dimiliki. Na'uzubillah.

Hampir setiap pagi, abi ambil segenggam nasi yang dimasak semalam untuk ditaburkan pada halaman depan rumah. Kemudian, apabila masuk ke dalam rumah sambil bersiap untuk ke pejabat, abi intai dari jendela melihat burung sedang mematuk nasi yang abi taburkan tadi. Ya Allah, dengan gelagat dan kicauan mereka di pagi hari sungguh memberi terapi kepada hati bahawa setiap makhluk yang Allah ciptakan sudah disediakan rezeki masing-masing.

Jadilah seperti burung, keluarnya di pagi hari mencari rezeki dan pulangnya ke sarang dengan perut yang kenyang. Tawakkal seekor burung. Allah, rezeki Allah begitu luas. Terkadang, bila difikirkan... Terasa Allah terlalu banyak memberi dan manusia terlalu kedekut hatta untuk mengungkapkan kalimah syukur apatah lagi berkongsi rezeki dengan orang lain.

Pernah abi sedang menikmati bekalan nasi goreng yang dibawa ke pejabat, abi letakkan beberapa biji nasi di luar jendela dan tutup jendela. Sambil menikmati sarapan, abi perhatikan gelagat seekor burung yang "terhendap-hendap" nasi yang abi letakkan sambil melihat sekeliling. Seperti bimbang pada perangkap, abi tersenyum sendiri. Jendela bilik abi pula gelap, pasti burung tak nampak dan terhendap-hendap bimbang ditangkap. Akhirnya dengan kecepatan terbang, si burung pun mematuk nasi secepatnya dan beredar.

Terkadang, riuh di halaman rumah dengan kicauan burung. Mungkin burung-burung sudah terbiasa ditabur nasi oleh abi, maka selalu pula beburung datang bertenggek di pohon kelapa depan rumah. Menanti abi menabur nasi :)

Insya Allah... Hari ini Abang akan bentangkan proposal tesis. Puas pening mencari tajuk sampaikan pesan pada ana untuk tanya pada sahabat-sahabat "Apa yang mereka nak tahu tentang Islam, kalau sesuai boleh Abang buat kajian" dan ana pun puas termenung nak suruh Abang buat kajian tentang apa. Macam-macam idea yang entah apa-apa keluar dan menambahkan lagi kepeningan Abang. Akhirnya, Abang dapat ilham untuk membuat kajian mengenai isu semasa. Alhamdulillah.

Minggu lepas, setelah merasa begitu teruja dengan pembentangan rakan sekuliah, Abang dengan tidak sengaja dibawah minda separa sedar telah mengangkat tangan untuk membentangkan proposal tesis pada hari ini. Rakan sekuliah yang duduk serumah dengan Abang terkejut bila Abang angkat tangan sebab beliau maklum Abang belum buat proposal lagi. Toink!

"Entah, ana pun tak tahu macammana boleh angkat tangan."

Tergelak bila Abang cerita semula. Terlalu teruja dengan pembentangan orang lain sampai tak sedar angkat tangan untuk 'setuju' nak bentangkan proposal sendiri.

"Khair, insya Allah. Cabaran untuk siapkan proposal minggu ni juga."

Alhamdulillah. Positif, positif! Walaupun kelam kabut dengan proposal dan assignment yang berlambak, Abang tetap melayan juga ana. Abang pernah cakap, masa ialah sesuatu yang flaksibel. Ada masa kita kena kelam kabut, supaya kita perlu bahagikan masa dengan bijak. Ada masa tenang-tenang, supaya kita manfaatkan masa dengan bijaksana. Ada masa kita dipertengahan supaya kita tahu hidup tak selalunya kelam kabut. ^_~

Bagi meredakan tekanan, maka bawa Abang jalan-jalan tengok bunga dan berguling di ladang teh. Disebabkan tidak ramai orang maka boleh la untuk menikmati jalan-jalan ala percutian. Abang balik ke UKM, kembali ke situasi yang asal iaitu assignment, proposal, library dan... masjid. Bila tension, duduk masjid. Ok. TipS untuk lelaki yang runsing, rimas dan berkecamuk atau jiwa kacau bak kata orang-orang muda...

"Kalau rasa 'tak best' je, duduk lama-lama di masjid insya Allah akan jadi 'best' semula."

Baby pesan : Good luck untuk pembentangan abi. Mudah-mudahan Allah permudahkan segala urusan abi harini dan abi boleh bentang dengan penuh keyakinan, insya Allah. Chaiyok abi... Ummi dan baby doakan yang terbaik untuk abi. Jaga diri baik-baik :)


Sunnah Orang Berjuang

Sudah sunnah orang berjuang
Mengembara dan berkelana
Miskin dan papa jadi tradisi
Berenggang dengan anak dan isteri

Biasanya para pejuang
Rumah mereka merata-rata
Rezekinya tidak menentu
Tidur baringnya tak berwaktu

Orang lain membuat harta
Tapi dia membuangnya
Orang lain kawan terbatas
Tapi pejuang kawan merata
Orang lain musuhnya kurang
Pejuang musuh tidak terbilang

Tidak kurang yang sayang padanya
Orang lain mati dilupa
Para pejuang tetap dikenang
Sejarahnya ditulis orang
Makamnya sentiasa diziarahi
Walau perjuangan tak berjaya


Tak macam orang mengandung sebab Abang yang berisi, hihi.
Sabar ye Abang, lepas Sayang bersalin nanti, Abang kurus la macam dulu :P

Allahummaj'alni hubbak wa hubba man ahabbak, waj'al hubbaka ahabba ilayya minal maail baaridi. Aamin ya Allah.


Aisyahmu,
Insyirah Soleha.

11 leaves:

Umm Uwais,  4 March 2011 at 10:56  

Assalamu`alaikum adik Insyirah yang manis, didoakan dalam keadaan yang baik, sihat dan ceria, bahagia dalam dakapan Allah dan kasih sayang suami.

Alhamdulillah. Moga Allah permudahkan urusan hamba Nya untuk agama Nya, sekiranya kamu menolog agama Allah pasti Allah akan menolong kamu. InsyaAllah!

Jaga baby baik-baik yer, moga membesar dalam ruang lingkup biah solehah oleh ummi dan abi yang soleh solehah. Lazimkan baca ayat-ayat dari surah Maryam untuk mudahkan bersalin. Memang tak nampak macam orang mengandung, tak nampak perut pun :-)

Syafa Mohamed 4 March 2011 at 13:47  

wah..nampak indah..tapi tak semua org mampu lalui kan...
slamat berbahagia hgga akhir hayat buat akak n kluarga=)

Secawan Kopi 4 March 2011 at 17:39  

Assalamualaikum..tuan/puan punya blog..boleh tahu backgorund muzik blog ni apa tajuk lagunya?

Secawan Kopi 4 March 2011 at 17:40  

Salam kepada tuan punya blog..saya nak tahu apa nama lagu untuk muzik latar belakang blog ni..t.kasih

Nashays 5 March 2011 at 15:08  

assalam, sy suka puisi itu..
mengubat rindu org jauh.. :)

ukhti,mardhiah 6 March 2011 at 23:58  

Assalamualaikum ya banat,
bagaimana kandungannya?
bagaimana pula kesihatan ibunya?
ketabahan suaminya?
bagaimana pula imannya?
(",)
mard tanya sebab concern.
jaga kandungan dan kesihatan baik-baik
semoga segala yang baik2 dan yang diharapkan bakal kakak lalui...
Allahuma Amin.

Insyirah 7 March 2011 at 09:00  

Wa'alaikumussalam umm Uwais ^__^

amin ya Allah, terima kasih atas doanya :)

Insyirah 7 March 2011 at 09:00  

Syafa Mohamed : terima kasih :)

Insyirah 7 March 2011 at 09:00  

Secawan kopi : Doaku by haddad alwi

Insyirah 7 March 2011 at 09:01  

Nashays : Bukan puisi, itu lagu Nadamurni :)

Insyirah 7 March 2011 at 09:01  

Waalaikumussalam Mardhiah.

Alhamdulillah, setakat ini baik-baik saja :) doakan kami ya (",)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO