Murah Rezeki
Bismillahirrahmanirrahim.
Mengimbau memori sebelum-sebelum ini. Entah kenapa, minggu lepas teringin nak minum air zam-zam dan dua hari kemudian balik dari surau Abang bawa segelas air zam-zam, katanya ada orang baru balik dari Mekah. Alhamdulillah. Nikmatnya meneguk air zam-zam, kalau minum dengan ais lagi la terasa nikmatnya, hehe.
Haritu, nak makan satey juga-juga-juga dan tunggu Abang balik surau nak ajak makan satey tapi Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik ada orang beri mee goreng pada Abang, jadi balik dari surau tak jadi la nak keluar makan satey sebab dah kenyang makan mee goreng. Alhamdulillah.
Sehari kemudian, ada 2 orang teman Abang yang baru balik dari Yaman datang ke rumah (Sungai Buloh) dan menginap satu malam di sini. Dah lama tak refill barang dapur jadi tak tahu nak masak apa, Abang kata makan di luar je lah. Jadinya, lepas kuliah Maghrib dan solat Isyak Abang bawa makan di Tree Steak House, Nasi Goreng Chef. Errr... Dalam perjalanan balik rumah, sahabat Abang sms ajak makan capati. Aduh! Dah lama sungguh mereka duk ulang "capati, capati" dalam facebook sampaikan ana duk terbayang-bayang capati. Abang tanya nak ikut ke makan capati, jawabnya tak nak sebab dah kenyang. Lagipun Men'S Outing (Abang, 2 orang kawan balik dari Yaman dan seorang kawan di Sungai Buloh) malas la nak ikut sama.
Esoknya nak hantar 2 teman Abang yang balik dari Yaman nak balik ke Kelantan, mereka naik keretapi di KL Sentral. Jadi, kami keluar rumah lebih awal (sentiasa jadi co-pilot mencari jalan yang lurus untuk pulang ke rumah :p) dan Abang singgah di Restoran Jejantas Sungai Buloh makan satey. Ana duduk semeja dengan Abang, dan kawan-kawan Abang duduk meja yang lain. Setiap kali makan satey, mesti berlumba dengan Abang dan pastinya ana yang sentiasa kalah. Alhamdulillah.
Hari Khamis, 'merengek' nak makan durian tapi port yang selalu beli durian tu tak buka gerai pula. Hari Jumaat, bila solat Jumaat abi belikan durian dan Abang yang memilih durian. Huhu, makan dengan tidak sedar diri sehingga abi warning takut baby melompat-lompat kepanasan. Tak lama lepas tu, memang baby menggelupur. Aduh, kesian baby...
Dah 2 minggu asyik ulang pada Abang nak makan Roti Pisang. Kali pertama order Roti Pisang, Abang tercengang membayangkan apa itu Roti Pisang. Hehehe. Roti Pisang adalah Roti Canai yang diletakkan pisang maka terhasillah Roti Pisang, yum yum! Makan pula dengan kuah dal & kari banjir, pergh!! Abang tengok ana makan dengan penuh pelik, akhirnya geleng kepala je. Hik hik. 6 tahun duduk Pakistan pun tak pernah tengok orang makan macam ana makan, 'lebih teruk' dari Pakistani.
"Makan roti saja pun dah sedap, pisang dah manis la."
"Ish, tak rock la kalau tak ada kuah dal & kari." (banjir pula tu!)
Abang geleng kepala. Ummu Amanina pun cakap "tak sedapnyaaaa" makan Roti Canai+Pisang ditambah dengan kuah dal & kari. Hehehe, nak buat macammana dah sedap di lidah ana.
Selalu je macam tu, bila terlintas nak makan apa-apa kalau bukan hari ini atau esok, mungkin lusa atau tulat atau bila-bila ada je orang yang bagi. Rezeki bukannya datang bergolek, bila kita minta terus dapat tetapi rezeki diberi mengikut keperluan kita. Masya Allah, hebat perancangan Allah.
Semalam, Abang tinggalkan ana di rumah sahabatnya. Abang dan sahabat pergi ke Bangi berjumpa dengan kawan-kawan (Men'S Outing) dan ana malas la nak ikut sebab dah 'puas berjalan' hari Sabtu. Hehehe. Ummu Amanina beli Sup Daging, betapa pemurahnya Allah... Baru je teringat nak makan Sup Daging. Maka, makanlah kami Sup Daging tersebut. Alhamdulillah. Lepas dah rehat-rehat sejenak, dalam jam 6 petang mulalah Women'S Outing pula! Sebelum tu dah bagitahu Abang nak pergi rumah sahabat Abang...
SMS pada Abang, dan Abang izinkan. SMS pada zaujah sahabat Abang pula... Ummu Amanina terpinga-pinga bila talifon Abu Amanina, terus Abu Amanina cakap "Ok, Ok. Pergilah" terus letak talifon. Ana senyum je, baru je 2 minit sebelum tu ana SMS pada zauji itu yang Abu Amanina terus cakap macam tu. Hehe, kesian Ummu Amanina terpinga-pinga, belum cakap lagi zauj dia dah izinkan.
Sampai di rumah sahabat zauji, kami dihidangkan teh panas dan Blueberry Muffin. Masya Allah, baru je sehari sebelum tu bercadang nak beli Strawberry Muffin tapi rasa muak nak makan dek kerana perut dah kenyang dengan Strawberry with Cream. Rupanya, Allah nak gantikan dengan yang lain. Rasa cheese tapi tak buat muak bila makan, insya Allah akan di order kemudian. Kalau ada sesiapa nak order Blueberry Muffin (dan macam-macam lagi), boleh la cuba di Sholef's Bite :)
Kemudian, zauji dan Abu Amanina terus ke rumah sahabatnya (dimana kami berada) tapi tuan rumahnya (Abu Soleh) tak ada, zauji tak masuk rumah pun. Kemudian, adik kepada Ummu Soleh keluar dari rumahnya maka kami pun panggillah zauji masuk ke rumah. Kawan zauji (Abu Soleh) tak ada, semua muslimat. Bila adik Ummu Soleh boleh join, maka Abang pun dapat merasa Blueberry Muffin. Hehe. Ana siap minta nak bawa balik muffin T__T
Inilah jadinya bila suami-suami meninggalkan para isteri, dah jadi Geng Muslimat pula kami bertiga (ana, Ummu Amanina & Ummu Soleh) di Sungai Buloh. *lol*
Hasilnya, hari ini ana sakit tekak yang mengilhamkan ana berbual dengan menggunakan bahasa antarabangsa (bahasa isyarat) dengan Abang dek kerana demam. Hehehe... Puas hati berjalan sampai demam (tak nak mengaku sebab makan durian). *sigh*
Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiaya Kami, akan tetapi merekalah yang menganiaya diri mereka sendiri. (Al-Baqarah : 57)
Insyirah Soleha
7 leaves:
assalamualaikum..
moga Allah merahmati akk sekeluarga,, insyaAllah..
syukran ye kak,, sbbnya post ni sedikit sebanyak menyejukkan hati ana yang sedang diuji,,, rasa seolah berat yang teramat.. syukran... =) ~ Ummu Abiha
Alhamdulillahhhhh.. hehehe. dengar pasal roti pisang tu kan, leen terfikir-fikir. sedap ke ya roti tampal ngn pisang? alamatnya ada yg mimpi pisang malam ni. :)
take care :)
Waalaikumussalam amirasoy.
Setiap ujian yang datang apabila dipandang dengan hikmah insya Allah akan mendatangkan hikmah :)
Leen, bukannya roti canai ditampal dengan pisang sebaliknya pisang dimasak sekali dengan roti canai. Cubalah! ^__^
assalamualaikum
tersenyum sorang2 ana bila mbaca post enti kali ini..murah rezeki enti sekeluarga..
ana baru brcadang nak mkn roti pisang mggu lps..tp part yg sukar nak dibygkn bila mkn roti pisang dgn kari dal..hehe.
insyaallah nnt ana cuba.
moga ALLAH merahmati enti sekeluarga.Jaga diri ya ukhti:-)
Waalaikumussalamukht Noor Azlen,
alhamdulillah :)
eheh, sedap la makan roti pisang dengan kari dal. tak caya? nanti cuba la sekali, hehehe...
assalamualakum..
trma ksh selitan cerita sholefs bite..:)
Post a Comment