"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

19 March 2011

Buat Kamu : "Teruskan Melangkah!"

Bismillahirrahmanirrahim.

Pena ini bukan hanya untuk dia sahaja tetapi buat kamu, kamu dan kamu yang sedang merebahkan diri. Bukan diriku sedang mendabik dada melangkah gagah tetapi aku mahu kalian terus melangkah meski setiap langkah kaki dihalangi sejuta rintangan.

Assalamualaikum,
Maaf sekiranya saya mengganggu. Sebenarnya saya inginkan bantuan daripada pihak saudara. Saya sebenarnya peminat blog Pn Insyirah. Dan saya sering terbayang kesakitan Pn sebelum kalian bernikah dahulu. Tetapi rasanya sekarang dia lebih bersemangat. Mungkin tuanlah pembawa semangatnya.

Sebenarnya saya sedang sakit teruk. Saya pun tak tahu adakah saya sakit jantung, atau tidak. BP (blood presure) normal, ECG normal, nadi normal. InsyaAllah 27hb ni baru saya akan berjumpa Dr pakar. cuma semalam saya makan ubat GTN. Kata Dr ubat ini boleh memberi diagnosis awal adakah saya sakit jantung. Dan rasanya saya cenderung ke sakit jantung....

Dan hari yang mendatang, saya rasakan suram, segala yang ingin digapai rasanya sudah hilang. Saya merupakan calon pensyarah di universiti saya, lecturers ramai yang memasang harapan pada saya. Tapi sekarang. I dont know what to say.

Dan saya harap tuan dapat berikan sedikit semangat, supaya saya kekal kuat. Kalaupun tak sekuat Pn Insyirah. Asif jiddan mengganggu.

Melihat 6 tahun ke belakang dan merasa sesuatu yang menari-nari di dalam fikiran. Lama menimbal dan menolak ke tepi, berkali-kali juga melihat dan membaca apa yang sudah ditaip akhirnya dengan sekelip mata membuang kesemua catatan dan ana menulis sekali lagi. Moga lebih baik dari sebelum-sebelum ini, insya Allah (iya, sudah berkali-kali menulis dan membuang topik yang sama).


Kalau 6 tahun dahulu perasaan yang sama juga menghenyak kanvas sepi hati ana, lalu hari ini masih berjalan di bumi Tuhan atas rahmat Tuhan juga. 6 tahun dahulu, setelah penat dan berputus asa dengan khidmat dari pakar perubatan maka kedua ibubapa ana sepakat mahu membawa ana berziarah ke haramain (Tanah Haram) bagi melaksanakan ibadah umrah membawa sejuta harapan dan impian melihat ana sembuh seperti kanak-kanak lain.


Sebelum berangkat ke Jeddah dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) tak terbilang ramainya manusia berpesan supaya ana berdoa untuk diberikan kesembuhan total (mutlak) oleh Allah taala apatah lagi saat berada di dalam Raudhah di Masjid Nabawi di Madinah al-Munawwarah di mana ia adalah tempat yang mustajab untuk berdoa. Selain itu, mereka juga mengingatkan supaya ana tidak malu meminta Allah memberikan kesihatan yang cemerlang saat beradu di multazam di Masjidil Haram di Makkah al-Mukarramah kerana ia juga tempat yang mustajab untuk berdoa.


Hati jadi runtun, sebak dan hiba. Semua memberi 'amanat' untuk meminta agar kesihatan fizikal disembuhkan oleh Allah taala sedangkan tiada yang mengingatkan hati yang alpa untuk meminta Allah menggantikan hati yang lebih baik, hati yang lebih lunak dan redha dengan segala ketentuan dan kehendak Allah sama ada perkara yang ana suka mahupun tidak. Maka, ana mula merasakan bahawa diri hanyalah 'beban' kepada semua orang terutamanya pada ummi dan abi yang sudah banyak menghabiskan wang untuk tujuan perubatan ana.


Fikiran saat itu. Ana sayangkan ummi wa abi, tetapi... sentiasa saja menyusahkan mereka.

Setiap hari, setiap masa meneguk air zam-zam pasti abi akan mengingatkan ana untuk meminta kesembuhan dari Allah. Lalu, ana menambah permintaan semoga Allah menggantikan hati ana dengan hati yang lebih baik supaya jasad fizikal yang selalu rebah dan tersungkur kaku tidak akan membuatkan hati menjadi beku dengan lemahnya fizikal. Setiap kali solat di dalam permusafiran (doa saat musafir juga adalah mustajab), saat sujud terakhir pasti ana memohon kepada al-Khaliq. Permintaan yang teramat bersungguh, memohon dengan sangat-sangat:

Ya Allah, sekiranya mati adalah lebih baik untukku maka Engkau matikanlah aku ketika aku sedang sujud di dalam sujud terakhirku di MASJIDIL HARAM. Ya Allah, sekiranya hidup adalah lebih baik untukku maka Engkau hiburkanlah hatiku dengan kehendak Mu. Janganlah Engkau membiarkan aku sentiasa berduka dengan ujian-ujian ini.

Maka, setiap kali saat bersolat sunat di Masjidil Haram ana tidak pernah mempercepatkan sujud terutama sujud terakhir ana. Kerana, berdoa di Masjidil Haram itu suatu nikmat yang teragung dari Ilahi. Setiap hari di Makkah, maka semakin berkuranglah waktu ana di sana. Dan, ana tersangatlah sedih setiap hari memulakan hari yang baru kerana doa ana untuk 'ditamatkan' riwayat di Makkah semakin tipis.

Suatu hari, abi membawa 'ziarah' sekitar Masjidil Haram dan ketika itu melihat orang mengusung mayat untuk solat jenazah selepas solat fardhu (setiap waktu!). Ya Allah, ana tak tahu nak gambarkan perasaan apa sehingga ana membayangkan abi wa akhun adalah insan yang sedang membawa keranda tersebut, ana berada di dalamnya!


Setelah bersedih dengan apa yang berlaku, duka yang sering mengetuk pintu dan segala kisah luka yang merobek jiwa... Akhirnya, keinginan ana hanyalah mati di Masjidil Haram. Itu saja.

Tetapi, 'tragisnya' di Makkah bukannya ana sakit bahkan ana semakin sihat dan bertambah sihat. Allahu Rabbi, betapa Dia Maha Berkuasa ke atas segala makhluk Nya. Pulang kembali ke tanah air, ana bermuhasabah. Banyak impian dan doa ana semasa di Madinah dan Mekah dikabulkan oleh Allah kecuali harapan yang terlalu bersungguh iaitu "Ya Allah, sekiranya mati adalah lebih baik untukku maka Engkau matikanlah aku ketika aku sedang sujud di dalam sujud terakhirku di MASJIDIL HARAM" tidak juga berlaku... :)

Sebenarnya, Allah mahu ana melihat... Bukan dengan mata tetapi dengan hati bahawa segala ciptaan Allah tidak dicipta dengan 'tidak sengaja' atau tersilap semasa meniupkan roh ke atas manusia. Allah cipta manusia pasti dengan sebab yang sangat kukuh, supaya beribadah kepada Allah.

Ibadah tunggang terbalik, ada hati mahu Allah makbulkan doa dalam keadaan yang terbaik. Ibadah entah terbang ke mana, ada hasrat mahu berhenti beramal ibadah kepada Allah. Astaghfirullah hal azhim.



Maka, ana menerima muhasabah diri tersebut bahawa walau apa juga keadaan ana sebenarnya ana punya misi. Sebelum berangkat pergi ke Kampung Barzakh, ada misi yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya (pastinya bukan hanya ana sebaliknya KITA semua).

Jadi, untuk kamu yang sedang berduka... Lets the time healing your feeling! Wake up and please tight your cloth :)

Setidak-tidaknya, kamu sedang diberi peluang oleh Allah taala untuk menuai bakti kepada masyarakat untuk memberi ilmu sebagai pensyarah. Bukankah ilmu yang bermanfaat apabila diamalkan, maka jariahnya tetap mengalir kepada kamu?

Bila menyibukkan fikiran dengan kerja-kerja dakwah (mendidik anak bangsa) maka kamu akan terlupa dengan kesakitan kamu, meski ia mencengkam namun kamu akan menggagahkan fizikal kamu untuk memberi dan terus memberi manfaat kepada orang lain. Allah sudah berjanji di dalam al-Quran. Apabila kamu membantu agama Allah, Allah pasti akan membantu kamu.

Bahkan, anugerah terindah... Setidak-tidaknya, kamu 'dikembalikan' kepada fitrah manusia iaitu merasa adanya Tuhan. Ramai manusia yang beragama (hatta Islam) tetapi tidak rasa adanya Tuhan, maka ambillah peluang ini untuk merasai nikmatnya perasaan berTuhan. Merasa lemah dan mengharapkan Allah, itulah sebenarnya yang seorang hamba perlukan. Setiap manusia, ujiannya berbeza.

Tidak penting sebanyak mana ujian yang menghempap kepala, yang penting bagaimana kita mengambil 'ibrah dari ujian tersebut dan bagaimana kita belajar melalui ujian itu. Insya Allah ^__~


~ Innallah hama'ana ~
Allah yang memberi ujian, biarlah Dia memujuk dengan cara dan kehendak Nya


Kubur yang sempit itu tidak akan luas lagi sekiranya peluang berada di atas muka bumi dipersia-siakan. Kubur yang gelap itu tidak akan terang lagi sekiranya peluang berada di atas muka bumi dipersia-siakan. Jasad yang bakal dimamah binatang tidak akan diberikan peluang sekali lagi... Maka, kenapa perlu kita persia-siakan peluang di DEPAN MATA?

Sekali lagi ku ulanginya penaku... Bukan diriku sedang mendabik dada melangkah gagah tetapi aku mahu kalian terus melangkah meski setiap langkah kaki dihalangi sejuta rintangan.

Wallahua'lam.


Hanya Seorang Hamba,

Insyirah Soleha.

6 leaves:

sU_EbAh 19 March 2011 at 20:56  

subhanallah...
x terkata akak membacanya..
menyedari yg diri ini pun bnyk lagi amalan kebaikan dan bekalan ke sana tidak ada dalam dada..huhu...

mudah2an Allah masih mem beri peluang untuk beramal dan menimba ilmu...ameen..

kemboja putih 20 March 2011 at 09:20  

salam..
Alhamdulillah..perkongsian yg indah.^_^..

NooR AzLen BinTi HaRoN 20 March 2011 at 12:49  

assalamualaikum

subhanallah..terasa diri terlalu kerdil saat menatap warkah di teratak ini..

Sungguh ALLAH MAHA PENGASIH dan MAHA PENYAYANG.

hadi Saaidin 21 March 2011 at 14:11  

Salam.

Alhamdulillah.

Suatu ketika dulu, saya pon masih keliru dengan semua yang berlaku. apa yang terjadi, hikmat dan musibah yang berlaku menjadi bebanan kepada hidup saya untuk memikirkannya.

Alhamdulillah, rasanya macam telah diterangkan hati untuk memahami apa yang sedang berlaku, kehendak dan takdir Allah yang berlaku.

Apabila kamu membantu agama Allah, Allah pasti akan membantu kamu.

semoga Allah meredhai segala ilmu yang kita kongsikan. Amiin.

yaqut hulaif 21 March 2011 at 16:55  

Assalamualaikum kak Insyirah Soleha,

saya baru jumpa blog nie, bagus pengisiannya open diary yang bermanfaat kepada semua orang.

moga terus dapat berkongsi.mohon tunjuk ajar.

Anonymous,  21 March 2011 at 21:30  

:-( terima kasih..semoga hatiku semakin lembut

-knoreza-

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO