"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

24 March 2011

Secebis Pengalaman Itu

Bismillahirrahmanirrahim.

Seputar kenangan ditumpukan pada 'pengalaman itu', pada hari Jumaat yang lalu mengalami sakit belakang yang sudah lama tidak bertandang. Alhamdulillah, tidak memerlukan pil penahan sakit sepanjang kehamilan. Hanya minta zauji bacakan ayat-ayat Syifa' untuk mengurangkan kesakitan. Maka, setelah kesakitan beransur pergi ana menyediakan bahan-bahan makanan untuk kami berkelah di Ulu Yam bersama dengan teman-teman dan anak-anak muridnya.


Karipap, Bihun Goreng ala Singapura dan keropok. Itu menu yang kami sediakan untuk sarapan pagi di Ulu Yam. Menu untuk makan tengah hari disediakan oleh teman. Alhamdulillah, bila sudah membahagi tugas tidaklah banyak keperluan yang perlu dibawa.

Pada Jumaat malam, balik dari kuliah Maghrib yang mana solat Isyaknya jam 10 malam *sigh* zauji tolong gorengkan karipap dan keropok. Pada hari Sabtu, setelah solat Subuh ana terus menggoreng bihun. Memandangkan segala bahan sudah siap ditumis pada malam sebelumnya, ana hanya perlu 'melepaskan' bihun dan sayur ke dalam kuali. Ternanti kelibat zauji yang tak nampak bayang-bayangnya, rupanya terpaksa menggantikan ustaz yang mengajar kuliah Subuh tetapi tidak dapat hadir. Terhasillah bihun yang tak cukup masin dek kerana tak larat dah nak menggaul :P

Alhamdulillah, selesai memasak dan menyiapkan segala keperluan. Salin pakaian dan masuk dalam kereta. Perlu ke madrasah untuk mengambil anak-anak murid sahabat zauji dan kami konvoi ke Ulu Yam.

Suasana yang redup dan nyaman di pagi hari, terasa segar dikelilingi pokok hijau. Sarapan kami di atas wakaf yang disediakan, selepas memasak bihun terasa seperti tidak cukup namun Allah cukupkan kami dengan rezeki Nya. Bihun masih bersisa sehingga akhir dan kami minta budak-budak bawa balik ke madrasah. Bihun terlalu banyak untuk kami berdua habiskan, jadi minta mereka tolong habiskan dan basuh periuk sekali. :P


Hidung mula berhingus, selesema. Mungkin kerana bermain air sungai yang sejuk tapi tidak sesejuk air di Lata Iskandar. Melihat si kecil Amanina yang leka bermain air, ana tambah seronok nak mengusik Amanina dengan memercikkan air tetapi bukannya dia takut malah suka.

Pulangnya... Zauji sudah keletihan, ana menggagahkan diri untuk tidak melelapkan mata. Keesokan harinya pada hari Ahad... Tereng teng teng... Selepas Subuh sudah masak nasi dan lauk. Awal lagi sudah makan nasi (kira set kombo sarapan dan makan tengah hari :P) dan akhirnya terdampar kelelahan, zauji menyiapkan assignment dan ana ketiduran seharian. Bangunnya, perasan sesuatu yang 'tak kena' pada diri.

Akhirnya selepas solat Asar, dengan perasaan yang sukar nak diungkapkan bila zauji ajak ke klinik terus angguk setuju dan zauji talifon klinik sementara ana salin pakaian. Seketika itu, perasaan yang bercampur dan dicampur pula dengan kanak-kanak yang bergaduh di ruangan klinik terasa mahu menangis pun ada.

Bila berjumpa dengan doktor, dan maklumkan tentang keadaan diri yang 'tak kena' terus doktor buat ujian ultrasound untuk melihat status bayi. Alhamdulillah. Dari perasaan yang 'rojak' akhirnya menjadi sedikit tenang apabila melihat si kecil yang sedang sangat aktif. Doktor pun jadi geli hati melihat gelagat si kecil di dalam rahim. Bila ditunjukkan bahagian kaki, maka si kecil pun mengangkat kaki untuk bermain. Bila ditunjukkan bahagian tangan, maka si kecil pun mengangkat tangan. Kepala, jantung dan pergerakannya normal.

Masya Allah. Siapa yang mengajarkannya untuk menggerakkan kaki dan tangan kalau bukan Allah?

"Sihat je anak engkau ni, aktif je dia main. Saya rasa baby OK cuma saya sarankan kamu pergi hospital la untuk check. Uri jauh sangat ni."

Mendengar perkataan "hospital", mungkin doktor tidak mahu menakutkan ana jadi beliau pun berkata-kata seperti tiada apa-apa yang serius. Huhu, takut sebenarnya mahu ke hospital. Tapi, bila doktor buat surat untuk refer ke hospital dan zauji pun memujuk maka selepas selesai urusan di klinik terus menuju ke hospital. Pergi ke ruangan Kecemasan, beliau suruh ana terus ke Dewan Bersalin. Phew!

Soal itu, soal ini. Tukar kain dan menunggu doktor. Sementara itu, sempat melihat gelagat ibu-ibu yang menanti untuk melahirkan anak dalam kandungan. Memerhati dan hati terasa macam bunyi *gedebuk gedebuk*. Dah la handphone ditinggalkan pada zauji, jadi ana tak tahu nak buat apa duduk di situ.

Mahu solat Maghrib, jururawat suruh ana baring diam-diam. Sebenarnya mahu melarikan diri dari keadaan tersebut, solat adalah terapi yang terbaik -pilihan yang ada- tetapi bila disuruh baring diam-diam, maka ana pun berdiam diri. Melihat seorang ibu yang sudah hampir melahirkan, menjerit memanggil jururawat. Ana buat muka seposen melihatnya. Selang beberapa puluh minit, seorang ibu yang sudah tidak tertahan menanggung kesakitan minta dibawa segera ke ruangan bersalin.

Dan seseorang itu menggamit hati ana, mata asyik melihatnya dan hati terasa kagum dengan beliau. Mukanya sudah merah padam menahan sakit tetapi sedari tadi beliau sentiasa tersenyum melihat ana.

"Merah dah muka tu, dah sakit sangat ye?" Jururawat tanyakan kepada ibu tersebut.

"Boleh tahan lagi ni." Dia masih tersenyum.

Selama itu juga beliau kekal tersenyum sehinggalah jururawat meminta beliau supaya baring. Selepas itu, beliau terus baring dan tak bangun-bangun lagi. Ana sangat yakin sekali, kesakitannya semakin kuat dan kerap! Selang beberapa minit, beliau maklumkan air ketubannya sudah pecah kerana terasa basah. Dan ana, masih menunjukkan muka seposen. Jururawat mahu memeriksa keadaannya sebelum dibawa ke ruangan bersalin, namun... aksi cemas berlaku.

"Kak, baby dah nak keluar ni."

"Ha????" Jururawat kelam kabut dibuatnya.

"Cepat kak..."

Dan, tidak ana dengar selain ungkapan "Allah, Allah, Allah" yang keluar dari bibirnya. Ana lihat mukanya yang merah padam dan setia dengan senyuman tadi sudah bertukar, air matanya hampir menitis dan rona wajahnya bertukar. Sungguh, pengalaman yang secebis itu mendidik iman.

Beza diantara mereka yang BERIMAN dan mereka yang TIDAK BERIMAN amatlah ketara, disaat kesakitan yang teramat tiada ungkapan yang keluar dari lidah orang beriman selain menyebut nama Allah. Di saat insan-insan lain meraung dan menjerit menahan kesakitan, insan beriman tenang dengan memadukan keyakinan kepada Allah kerana dia amat yakin hanya Allah yang mampu membantunya dalam apa jua keadaan. Andai saat kesenangan, dia lalai mengingati Allah apakah dia akan mudah mengingati Allah saat genting seperti itu?

Jam menunjukkan angka 9.00 malam, ana pandang ke sisi ana. Seorang remaja berusia 16 tahun yang hamil di luar nikah sedang mengerang kesakitan untuk melahirkan bayinya. Lebih menyedihkan lagi, beliau sudah mula sakit sejak dari jam 1.30 pagi lagi...! Sekarang, jam sudah angka 9.00 malam dan kondisinya begitu lembik. Mendengar kata-kata doktor, ana hanya mampu mendoakan beliau akan insaf dan mengambil pengajaran dari apa yang dilaluinya pada hari tersebut.

"Abang, bukannya senang nak bersalin. Macammana la orang boleh mengandung luar nikah berkali-kali?"

"Entah, mungkin dia rasa macam buang air besar je kot. Dia lebih melihat kepada nikmat bila buat maksiat, tak fikir dah kesan dari perbuatan tu."

"Em, macam orang buang air besar. Lepas tu, dia makan semula... Dia buang air besar pula ye?"

Bila doktor selesai dengan kerjanya, lega sungguh apabila doktor tidak menahan ana di dalam wad. Dibenarkan pulang pada malam itu juga, jam 9.20 malam keluar dari Dewan Bersalin dan mencari kelibat zauji. 5 minit kemudian, nampak zauji... dan kami pulang ke rumah, ana sangat-sangat keletihan tetapi secebis pengalaman itu begitu menginsafkan!

Ya Allah, sayangilah kedua ibubapaku sepertimana mereka menyayangiku sejak aku masih kecil. Aamin...

Insan Kerdil,
Insyirah Soleha.

8 leaves:

~ida~ 24 March 2011 at 08:36  

salamualaikum dik,
napa pergi ulu yam tak singgah rumah...hehe..lain kali kalau datang ulu yam bagitau tau,boleh tumpang sekaki join berkelah..ngeh2

Insyirah 24 March 2011 at 08:44  

waalaikumussalam.

ehehe, ala macammana boleh lupa yerk. takpe, next time insya Allah kita bagitahu pula. kot2 boleh lunch umah akak, ngeee... :p

Tyha 24 March 2011 at 15:14  

Singgah la jugak umah akak...masuk hospital mana ni? Alhamdullillah x de yang serius...jaga diri elok2...pesan kat baby main dlm tu jgn nakal2 sangat...heheheh

Anonymous,  24 March 2011 at 15:15  

tersentuh...

fArhAnA 24 March 2011 at 16:08  

seronok nya pengalaman macam ni. moga akak sihat2 sahaja. dan baby pun sht juga insyaallah :)

Cahaya_Kebahag!aan 25 March 2011 at 14:25  

assalamualaikum...
dah lame x menjegok blog insyirah.. moga insyirah & baby sihat sokmo...(^__^)

Insyirah 28 March 2011 at 18:50  

Umah kak tyha kat mana?

ana.azi,  31 March 2011 at 17:29  

assalamualaikum insyirah. lama rasanya tak jengah ke sini. sibuk. huhu.

ada seseorang pernah beritahu saya, orang yang mengandung anak luar nikah waktu bersalin dia tak rasa sakit macam orang yang mengandung anak halal. bukan tak rasa sakit langsung tapi tak sesakit orang mengandung anak halal. itulah sebabnya dia boleh mengandung anak luar nikah berkali-kali. wallahualam. sekadar perkongsian.

harap insyirah, zauj dan baby semua sihat selalu, insyaAllah. :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO