Allah Sedang Menegur
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, hari ini banyak mengajar untuk bersabar dan bersabar. Boleh dikatakan hari yang kurang 'bertenaga' dari sudut psikologinya, mengalami swing mood yang sangat entah apa-apa, ia adalah fasa yang terlalu tak best okey! Bila mood yang tak best menjelma, maka sukalah diri ini berdiam diri dan menjadi seorang yang sangat pasif untuk berkata-kata lalu hari ini seakan menjadi si bisu yang tidak tuli. Er...
Bagi mengelakkan swing mood yang tak best terus merajai fikiran dan merasuk hati, maka bertungkus lumus mengerah kudrat untuk melakukan aktiviti fizikal. Maka, misi mencuci dan mengemas dilakukan dengan penuh perasaan. Kalau nak lepaskan perasaan, lebih baik begini ada juga manfaatnya. Insya Allah.
Bila selesai misi mencuci dan mengemas, terjumpa barang-barang yang 'comel' dan senyum sendirian. Rasanya masih banyak barang-barang 'comel' yang ummi simpan, barangkali di dalam stor belakang cuma masalah besarnya takut nak masuk dalam stor, khuatir terserempak dengan cik cicak pula. Beberapa barangan 'comel' diasingkan, ummi pulang dari pejabat mahu minta izin ambil barang-barang tersebut untuk 'budak dalam ni'. Yeayh!
Muhasabah. Monolog sambil mencuci tandas, ya... Tandas adalah tempat untuk 'qadha hajat' manusia, maka segala jenis kekotoran sama ada kecil atau besar maka tempatnya adalah di dalam tandas. Tetapi, ada juga yang jenis suka 'membuang' dimana-mana sama ada di tepi jalan, di dalam semak dan asal boleh 'membuang' saja.
Maka, terfikir. Tandas yang diciptakan oleh manusia untuk membuang apa yang tidak diperlukan oleh badan, sememangnya sesuatu yang kita pandang jijik apabila terpaksa memegang najis orang lain. Tidak ramai orang yang berbesar hati untuk membersihkan najis orang lain yang dibuang merata-rata, mungkin fikirnya ia adalah perbuatan yang tidak bertamadun.
Malah, lebih menyedihkan apabila kita sanggup menggajikan orang lain untuk membersihkan najis ibubapa yang telah uzur sedangkan semasa bayi, ibubapalah yang membersihkan najis kita dengan kasih-sayang.
Sama seperti hati. Setiap hari kita berdepan dengan pelbagai kerenah manusia dan pelbagai masalah yang menimpa, maka setiap hari hati seperti 'tandas' tempat membuang segala sisa yang tidak diperlukan oleh badan. Bila marah dan geram, terasa hati menggerutu bagai digerudi. Bila suka dan ketawa, terasa hati bagai digaru dan menggelikan. Tetapi, 'sisa-sisa' yang dikumpulkan di dalam hati tidak dibersihkan.
Ubat untuk mencuci hati adalah dengan zikrullah, mengingati Allah dalam apa juga keadaan. Ada orang saat marah dan geram, dia masih mampu untuk tersenyum dan beristighfar sebanyak-banyaknya untuk menepis hasutan syaitan yang sedang melompat-lompat. Ada manusia yang suka dan gembira tetapi tidak ketawa malah cukup dengan sebuah senyuman yang menzahirkan rasa bahagianya, tanpa melupakan al-Khaliq lalu dia mengucapkan "alhamdulillah" segala puji pujian buat Allah.
Maka, hari ini ana belajar. Swing mood yang berlaku adalah disebabkan banyak sisa-sisa yang 'dibuang' ke dalam hati hatta pada sudut yang berada di aras atas apatah lagi lembah yang paling dalam tidak dibersihkan dengan baik. Selepas merehatkan fizikal yang sudah kepenatan, menanti masuknya waktu solat yang masih 20 minit maka terus mengambil al-Quran.
Seolah-olah mendapat hiburan yang lebih enak dan indah, si kecil yang sedang membesar di dalam rahim turut sama 'membaca' al-Quran. Lalu, tiadalah siapa yang lebih bijaksana dalam memujuk manusia selain Allah cuma manusia saja yang lari dari Allah tetapi mengharapkan pujukan dari Allah. Astaghfirullah hal azhim...
Ya, Allah sedang menegur tanpa disedari bahkan buat-buat tidak sedar diri.
Seorang pekerja bangunan sedang sibuk menyusun batu-bata di tingkat atas, setelah bata ditempatnya habis dia berteriak kepada para pekerja bangunan yang berada di aras bawah untuk membawakan batu-bata yang baru padanya, berulang kali dia berteriak namun tiada seorang pun yang melihat keatas.
Kemudian pekerja tadi cuba melemparkan wang syiling. Wang itu mengenai badan pekerja yang berada di bawah, namun bukannya dia melihat keatas malah sibuk memungut wang yang jatuh.
Berulang kali dia melempar wang hingga akhirnya dia berputus asa, di tengah keputus-asaannya dia cuba melempar batu. Kali ini batu itu tepat mengenai kepala pekerja yang berada di bawah dan ternyata usahanya berhasil.
Pekerja tersebut melihat keatas. Mungkin dengan wang dia tidak berhasil memanggil, tetapi dengan batu dia dapat memeranjatkan pekerja-pekerja di bawah.
Mungkin seperti itu juga manusia saat ditegur oleh Tuhannya dengan cara menyenangkan dia tidak menyedari, dan apabila ditegur dengan cara yang keras dia baru memahami dan mulai bertaubat.
Ana tidak tahu ada cara lain selain mengingati Allah untuk meringankan bebanan perasaan. Ana tidak tahu ada cara lain selain mendekati Allah untuk melawan swing mood yang menjenguk. Ana tidak tahu ada cara lain selain mengenali Allah untuk belajar dan mendidik hati berjiwa hamba. Dan sebenarnya ana tidak tahu apa-apa untuk mententeramkan hati selain memohon Allah untuk menjaga hati ini dari tergelincir ke lembah yang menghinakan diri di depan Allah di akhirat kelak. T__T
Hati cakap : Kan best kalau Abang ada.
Iman jawab : Allah kan sentiasa ada.
Akhir-akhir ini, ana runsing mendengar muzik. Alhamdulillah, ia juga satu teguran dari Allah. Apabila banyak mendengar muzik dan hati dihiburkan dengan cara yang menjauhkan diri dari Allah, maka hati akan menjadi kusam. Tidak ada muzik yang lebih enak dan indah dari kalam-kalam Tuhan. Lalu, pada sesiapa yang bertanya muzik latar di blog yang sudah dibuang boleh KLIK DISINI.
Wallahua'lam.
La haulawala quwwata illa billah...
Ladang Hati,
Insyirah Soleha
1 leaves:
pelik kan. bila benda tu resah, segala yg dibuat jadi serba salah. bila benda tu gelisah, segala benda jadi tak enak dan tak seronok. hilang fokus hilang tumpuan. benarlah sabda Nabi bahawa benda itu adalah raja dalam diri. dan benda itu adalah HATI.
~ masih ada lagikah cara lain utk menenangkan hati selain dari kembali mengingati Allah?
Post a Comment