"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

16 March 2011

"Saya Bukan Ustazah"

Bismillahirrahmanirrahim.

Beberapa hari ini, ana menyelongkar beberapa bahan bacaan. Bila sudah mula membaca, selalunya ana malas mahu mengemaskini blog. Kadang-kadang, merapu di dalam monolog-sepi tetapi selalunya ana merapu (bermonolog) di dalam alam sendiri. 'Bercakap' sendirian sambil mengajak minda untuk berfikir.

Alhamdulillah. Semalam, mengikut encik zauj ke Perpustakaan Tun Sri Lanang (PTSL) di UKM. Awalnya, zauj ada diskusi dengan teman untuk tugasan mereka namun akhirnya tugasan untuk mencari bahan di PTSL bertukar apabila mereka perlu keluar untuk mendapatkan penjelasan dari pihak bank bagi menyiapkan tugasan maka bersendirianlah di dalam PTSL. Menyelak satu demi satu buku, alangkah bahagianya kalau boleh membaca dan memahami bahasa arab pasti kitab-kitab tersebut akan menjadi wadah hiburan yang sangat menyeronokkan.

Akhirnya, memilih sebuah buku bahasa melayu dan membaca sambil mengambil beberapa nota yang menarik dari buku tersebut. Suasana di dalam PSTL tidaklah terlalu ramai pelajar, mungkin kerana keluasan PTSL atau pelajar lebih suka belajar di luar perpustakaan. Tapi, bagi ana duduk di dalam perpustakaan sangat menyeronokkan, umpama si anak kecil duduk di taman permainan. Leka :)

Sedar-sedar sudah masuk waktu asar, encik zauj suruh solat di surau bawah PTSL. Ana melihat laptop, apabila membaca mesej encik zauj maka ana terus meninggalkan 'harta dunia' tersebut dan tawakkal saja untuk ke surau. Pertama kali berjalan sendirian di kawasan UKM, selalunya berjalan dengan zauji. Chaiyok! Selesai solat, kembali mendaki tangga. Senaman yang sangat bagus untuk jantung, alhamdulillah. Lihat akhawat di meja sebelah, oh... laptop ana sedikitpun tidak terusik bahkan banyak laptop yang 'ditinggalkan' dalam keadaan 'on' tanpa tuan. Selamat, insya Allah :)

Bila encik zauj kembali ke dalam perpustakaan, kami bertukar tempat ke meja belakang yang lebih tersorok. Mungkin pada awalnya, meja-meja 'privasi' sudah penuh dan zauj tempatkan ana di bahagian depan. Hihihi, punya suami yang 'cemburu' sangatlah seronok kerana sentiasa ditempatkan di tempat yang tersorok jauh dari orang lain. Maka, mahu berlunjur lebih pun agak selesa.

Semak mesej di dalam e-mail, kebanyakan e-mail datang dari akaun facebook, pelbagai group yang ana sendiri pun tak terbaca. Selalunya, ana lebih gemar menyemak mesej di dalam e-mail sebelum membalas di dalam akaun facebook, sudah memilih mesej mana yang mahu dibalas terlebih dahulu mengikut keutamaan.



عن ‏ ‏جابر ‏ ‏قال ‏: قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏إذا استشار أحدكم أخاه فليشر عليه


Dari Jabir r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda : Apabila salah seorang dari kamu meminta nasihat dari salah seorang saudaranya hendaklah (saudara tadi) memberi nasihat (pandangan).

Tidak dapat dinafikan, kebanyakan rakan di dalam facebook adalah mereka yang mungkin mengikuti blog .:: HaRuMaN MaWaR ::. ataupun rakan kepada rakan yang ada di dalam facebook. Mungkin juga kerana ana sudah berkahwin, maka seputar soalan yang diajukan banyak perihal perkahwinan, cabaran di alam pertunangan, bagaimana mahu memilih calon dan pelbagai bentuk soalan bercirikan alam rumahtangga.

Selalu ana gigit kuku, kadang tak sedar habis kuku digigit semasa menjawab soalan-soalan tersebut. Banyak yang ana tak tahu cara nak jawab tetapi apabila melihat hadith sekali lagi dan berkali-kali dibaca, diusahakan juga untuk berkongsi pendapat BUKANNYA nasihat seperti yang diharapkan kerana ana bukanlah insan yang layak untuk menasihati mereka, ada yang jauh lebih berpengalaman (berusia) tentang kehidupan berbanding ana.

Adik-adik yang lebih muda, suka mengajukan persoalan agama. Kalau hanya asas, dijawab juga mengikut kefahaman yang ada dan apabila sudah mula kompleks maka ana menarik tangan encik zauj untuk duduk berbincang sebelum menjawab soalan yang diutarakan. Rasa pelik apabila adik-adik memanggil "ustazah" bahkan bertambah pelik perasaan ini apabila kakak-kakak memanggil "ustazah".

Ana bukanlah pelajar jurusan agama. Jauh sekali seorang ustazah.

Mendapat pendidikan awal di dalam tarbiyyatul aulad oleh ummi dan abi, belajar membaca dan menulis menerusi abang-abang dan seterusnya bertadika, bersekolah rendah dan menengah (baca : sekular!), pernah memasuki kolej dan mengambil jurusan psikologi tapi tak habis. Dah, itu saja sejarah pengajian ana. Habis...

Bila di'suruh' (baca : kena paksa! :p) berkongsi ilmu dan diminta nasihat dari ana, macammana kuku di jari tak habis digigit, ana bukanlah insan yang sepatutnya menasihati tetapi apabila diminta, sebagai seorang saudara seagama maka wajiblah dipenuhi hajat saudara seagama tersebut dalam lingkup apa yang ana tahu. T__T

Allahummar hamna bil Quran...

"Jadilah kamu seorang yang alim. Sekiranya tidak mampu maka jadilah seorang penuntut ilmu. Sekiranya tidak mampu maka jadilah seorang yang mendengar ilmu."

Wallahua'lam.


Budak Yang Tak Berapa Kecil,
Insyirah Soleha

4 leaves:

mariah 16 March 2011 at 09:40  

Assalamualaikum..

Ana suka pada seluruh entri dan khususnya pada kata-kata enti yg terakhir..

Mungkin ana masih pada golongan yg mendengar ilmu.. dan berusaha lagi untuk ke golongan yg seterusnya..

Insyirah 16 March 2011 at 10:01  

Wa'alaikumussalam.

Ukhti, ia adalah hadith nabi :) Saya dapat masa ikuti pengajian dari ustaz (beliau mengajar ketika saya sekolah rendah) dan kini selepas berkahwin pun dapat ikuti kuliahnya di surau. alhamdulillah ^_^

Wallahua'lam.

Syahadah Alina 17 March 2011 at 01:06  

Salam Ziarah..

Subhanallah.. 'entry2' saudari ckup mengisi jiwa sya..

Smoga sntiasa dalam peliharaan dan rahmat Allah SWT selalu dunia dan akhirat: )

Huda Solehah 18 March 2011 at 12:15  

salam....
terasa huda....
heheheh...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO