"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

02 March 2011

Sunnah Semakin Punah

Bismillahirrahmanirrahim.

Pertamanya, harap tiada yang melompat selepas membaca entri ini. Keduanya, mungkin skop perbincangan dikecilkan bersekitar di negara Malaysia. Jadi, harap boleh berlapang dada, dan sekiranya kritikan mahu diberikan maka hulurlah dengan cara yang membina :)

Berbual dengan zauji, beliau sangat gemar berkongsi cerita dan bahan ilmu yang diperolehi dengan ana walaupun ceritanya tidaklah sehebat mana tetapi apabila difikirkan pada sudut yang positif dan merangsang kemahuan untuk berfikir maka selalu yang diceritakan dengan ana jadi semacam tazkirah dan muhasabah. Muhasabah adalah menilik kelemahan dan kesalahan DIRI SENDIRI bukannya mencari dan mengorek kelemahan orang lain.

Perbualan kami pada awalnya adalah dari persoalan yang ana lontarkan, dan Abang tersenyum kerana soalan ana telah dibahaskan oleh rakan sekuliah Abang di dalam kelas Musykil Hadith minggu lepas. Jadi, Abang pun memetik beberapa hadith yang bertentangan situasi mengenai perihal kencing berdiri. Maka, Abang pun menerangkan secara ringkas dan padat kemudian terus kepada rumusan.

"Hadith dari Aisyah r.a., bahawa sesiapa yang mengatakan Nabi pernah kencing berdiri maka dia adalah seorang pendusta. Umar al-Khattab pernah mengatakan bahawa, selepas aku memeluk Islam maka aku tidak pernah kencing berdiri. Tetapi, ada hadith lainnya yang diriwayat oleh Huzaifah di mana Nabi menyuruh Huzaifah berpaling ke arah lain dan kemudian Nabi kencing berdiri. Jadi, apa kesimpulannya?"

(Zauj berikan 3 hadith yang menolak dakwaan Nabi kencing berdiri dan kemukakan 3 hadith yang mengatakan Nabi pernah kencing berdiri tetapi ana hanya ambil sedikit sahaja sebagai contoh)

"Ini yang Abang belajar dalam kelas Musykil Hadith. Apabila ada dua (situasi) hadith yang bertentangan, mana yang kita nak pakai. Kesimpulannya, lihatlah kepada situasi. Lelaki, boleh kencing berdiri tetapi dengan syarat tidak dilihat oleh orang lain. Perempuan tak boleh kencing berdiri sebab nanti najis terpercik merata-rata. Dan, hadith Aisyah r.a. yang mengatakan bahawa Nabi tak pernah kencing berdiri adalah kerana Aisyah r.a. melihat Nabi di rumah tak pernah kencing berdiri."

"Oh... Jadi, kesimpulannya lelaki boleh kencing berdiri?"

"Tetapi ia dikira tidak beradab, atau kurang sopan. Lelaki Arab menjadikan kencing berdiri sebagai salah satu rawatan untuk tulang belakang."

Betul, betul, betul. Maka, ana pun teringatkan beberapa fakta dan teori sains berkaitan masalah buang air kecil dan kaitannya dengan tulang belakang.

Kemudian, kami berbincang beberapa perkara lain. Zauji ceritakan pula tentang teori seorang rakannya mengenai pecahan ilmu dalam Pengajian Islam dan kesan dakwah kepada masyarakat. Seorang pelajar Syariah Islamiyyah boleh dikesan melalui pemakaiannya, manakala pelajar Quran dan Hadith juga boleh diketahui melalui pemakaiannya. Lazimnya, pelajar Syariah kelihatan 'simple' dan terkadang tak tahu pun beliau adalah seorang pelajar jurusan Syariah manakala pemakaian pelajar Quran dan Hadith memiliki personaliti yang agak menonjol, menyimpan janggut, berkopiah, 'nampak hebat'.

Jadi, masyarakat melihat satu golongan agamawan seperti 'ekstrim' manakala satu golongan lagi 'boleh di bawa ke mana-mana'. Abang sambung lagi, yang menariknya mereka berbincang kesan dakwah terhadap masyarakat. Ia, kesan kepada masyarakat.

Seorang pelajar jurusan Syariah, tidak menguasai ilmu (meskipun perkara asas) dalam jurusan hadith. Seorang pelajar usul feqh tidak menguasai ilmu hadith. Pecahan-pecahan bidang dalam pengajian islam menjurus kepada skop yang lebih kecil kepada pelajar jurusan agama. Semasa mendengar teori-teori yang dikemukakan oleh zauj, ana teringatkan tulisan Ustaz Zaharuddin tentang perkara ini.

"Ustaz Amin cakap, kadang pelajar Syariah bila masuk ilmu hadith walaupun yang asas, dia dah tak boleh kuasai. Satu kesan akibat pecahan bidang dalam pengajian islam. Ulama' dulu, mereka belajar SEMUA bidang pengajian islam (syariah, usuluddin, usul feqh, hadith dll) kemudian baru mereka menonjol dalam satu jurusan. Contoh ulama' syariah, mereka faham tentang usul feqh dan tahu macammana nak tarjih hadith mengikut keadah feqh."

Zauj bulatkan mata dan angguk kecil. Satu persoalan bermain di minda ana, sedang menari-nari dalam kepala. Betapa islam memerlukan seorang yang genius untuk mendalami dan menguasi ilmu agama supaya dapat menghadam ilmu-ilmu tersebut :)

"Persoalan kawan Abang ni seolah-olah terjawab bila kami pergi Darus Syifa', kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Tarmizi."

Antara keistimewaan Rasulullah adalah kerana beliau diutuskan kepada seluruh ummat, musuh menjadi gerun kepada umat Islam meskipun tempoh sebelum berperang adalah selama sebulan. (Zauj menyebut 6 keistimewaan Rasulullah tetapi ana mahu berkongsi dua sahaja sebagai point of view.)

Istimewanya lelaki bernama Muhammad Rasulullah itu adalah beliau diutuskan kepada seluruh ummat, bukan saja kepada orang Arab bahkan membawa rahmat kepada seluruh alam (bukan sahaja manusia tetapi segala isi dunia), musuh menjadi gerun kepada Muslim sehingga melakukan apa saja bagi mengelakkan kebangkitan jiwa seorang Muslim.

Maka, 'dakwah' oleh golongan Barat sememangnya berjaya dengan 'flying colours' atas penyebaran bahawa serban hanyalah adat orang Arab jadi untuk apa dipakai dan diagung-agungkan, jubah hanyalah adat masyarakat Arab jadi tidak perlulah untuk disanjung sangat kerana Nabi dilahirkan sebagai seorang Arab maka segala yang dibawa oleh Nabi dikatakan 'adat' masyarakat Arab. Maka, kita yang merasa terpinggir dan membenarkan dakyah mereka terus mempersetujui perkara tersebut lalu kita pinggirkan sunnah Nabi seperti serban dan berjubah.

Kita besar-besarkan pakaian selain jubah, kita katakan pemakaian kot tidak salah kerana kita nak tarik orang awam untuk dekat dengan Islam. Kita katakan Allah tidak melihat kepada pakaian sebaliknya hati kita. Kita katakan bila memakai jubah, kurang efisyen untuk menyebarkan dakwah kerana orang "TAKUT" melihat kita.

Dan... Silalah bersetuju untuk mengatakan minda kita BERJAYA dijajah oleh golongan bukan Islam. Siapa yang menakut-nakutkan kita bila melihat orang berjubah dan berserban? Tidak lain, musuh Islam bahkan orang Islam sendiri pun 'dibayangi oleh bayang-bayang sendiri'.

Kerana apa?

Imej Islam kalau dibawa dan menjadi satu amalan kehidupan oleh muslim bukan sahaja imej islam dengan jubah dan berserban sebaliknya membawa satu pakej kehidupan seorang muslim yang berlandaskan syariat dari segi adab dan akhlaq pasti akan melahirkan rasa hormat dan gerun orang lain terhadap Islam. Contoh termudah, bila ke kedai seorang berbangsa India atau Cina dengan memakai jubah dan kopiah baru pulang dari masjid maka kita dilayan dengan penghormatan.

"Selamat petang haji, nak cari apa..."

"Selamat malam haji, mau apa..."

Pernah berjalan di tepi pantai Klang, semasa di gerai jagung rebus, tuan gerai tersebut terus menyapa.

"Assalamu'alaikum haji, nak beli apa?"

"Wa'alaikumussalam. Mana awak tahu saya haji?"

Zauj jawab dengan nada gurauan yang akhirnya kecoh satu gerai dengan usik mengusik. Bila kita bawa imej Islam, tak semestinya kena duduk masjid, asalkan kita pandai menyesuaikan diri untuk bersama mereka dan menyelarikan pemikiran dengan mereka yang disasarkan insya Allah kita mampu untuk meredakan jurang perbezaan.

Bila zauji kongsikan ilmu dari kuliah tersebut, ana tersenyum. Di Malaysia, seorang lelaki tua yang sudah uzur tetapi memiliki jiwa kental dengan semangat perjuangan... Dia dihormati oleh golongan tua dan muda, dia digeruni oleh pihak musuh sehingga ditaburkan pelbagai fitnah dan tohmahan namun jasad tua lelaki tersebut masih bergerak dan terus bergerak di dalam perjuangan Islam, dengan jubah dan serbannya... Dia masih bergerak dan menyebarkan dakwahnya. Siapa dia?


Inilah insan tersebut, yang mengigit perjuangan sekuat hati walau ombak dan taufan sentiasa menghempas pantai kehidupannya. Dia bukan sahaja selesa dengan imej Islam tetapi dia begitu menjaga pakej Islam yang dibawa, dengan adab dan akhlaq Islami.

p/s : Tak pernah terfikir bahawa musuh Islam gerun dengan imej Islam sehingga mewar-warkan bahawa pakaian sunnah adalah adat masyarakat Arab. Astaghfirullah hal azhim.

Wallahua'lam


Jom Ikut Sunnah!
Insyirah Soleha

10 leaves:

azurah anuar 2 March 2011 at 11:09  

sangat menarik. saya setuju dengan tulisan saudari. :)

sedkit demi sedikit kita dimomokkan dengan imej sederhana dengan alasan untuk mudah mendekati orang ramai atas alasan dakwah.

terima kasih kepada membuka mata dan minda atas isu ini.

insya allah saya akan cuba terapkan pemakaian sunnah kepada anak-anak.

Unknown 2 March 2011 at 14:38  

assalamualaikum :)

salam perkenalan. perkongsian ni amat menarik. insyirah pandai olah ayat so that yang benar akan terus benar. yg salah itu, tak usah diselindung. kipidap ya.

kalau nak komen mengikut pengalaman peribadi leen, ya. mmg benar. orang zaman ini lebih suka point apa yang menjadi sunnah itu (serban, janggut, purdah dsbg) adalah budaya arab semata, sedangkan yang dibawa dari barat diikut dengan berlapang dada. bila kena pada diri sendiri, ada sedikit kecewa. tapi harus leen akui, senario zaman sekarang, bermujahadah di jalan Allah ini kadang terasa agak sulit. dititik titik. ya, apa yang kita buat untuk menepati suruhan Allah Suhanahu Wataala dilihat semakin ganjil. yang banyak dan merata-rata sekarang, adalah kelompok yang mahu mengambil semua secara sederhana. tak keterlaluan. maka, disebut serban dan jubah itu adalah keterlaluan. :) oh, terpanjang pula luahan hati di sini. hihi.

leen baru pertama kali tinggal komen... :)

Nadrah Yusra 2 March 2011 at 17:41  

menangis baca ayat akhir... Tuan Guru Nik Aziz

Nadrah Yusra 2 March 2011 at 17:49  

Sedih... mengkagumi ulama itu...

Anonymous,  2 March 2011 at 18:21  

Di mana ada sunnah, di situ ada kejayaan.

A/p Zulkipli 2 March 2011 at 22:25  

Salam kak..
Kat sekolah saya dulu ada ditampal satu keterangan bahawa :

Apabila azan berkumandang, syaitan terbakar lalu bagi mengurangkan kesakitannya..

Para syaitan tu ambil air kencing orang yang kencing berdiri untuk dilumur ke badannya..

Betul atau tidak?

Al-Faqir ilallahil 'Aliy Abu Muhamad Al-Jembaly 3 March 2011 at 15:12  

Assalamu'alaikum w.b.t...

Alhamdulillah...masih ada yg sudi menyokong perjuangan ulama'2 kita...
Itulah mihnah dalam menegakkan ketinggian ISLAM yg sememangnya tinggi walau ia tidak ditinggikan mana2 pihak...
Seperti apa yg telah Rasulullah terangkan didalam bicaranya...yg mafhumnya pada akhir zaman,umat islam yang ingin mengamalkan ISLAM diibaratkan seperti memegang bara api...
apa yg dibicarakan oleh saudari,itulah apa yg kami si para santri pondok terima...
memakai serban dan berjubah kemana pun pasti ada yg memandang serong...
sedangkan itu adalah syiar islam...
terkadang pada suatu2 keadaan,ia penting bagi membezakan Ahli dengan yg bukan ahli...
tetapi pemakaiannya tetap sunnah...yg boleh kita bertabarruk dengannya...
malangnya,mereka tidak mahu mengambil berkat yg ALLAH limpahkan pada sunnah tersebut...termasuk para ustaz sendiri yg lupa apa yg telah dibincangkan oleh para ulama' didalam laman adab mu'allim wal muta'allim...

semoga Allah menyayangi mereka dan diri kita...

Tok Guru Nik Abdul Aziz sering ditohmah dengan apa jua cara sekalipun...
itu kerana ia termasuk dikalangan orang yg ALLAH kasihi dan telah ditunjukkan bagi masyarakat oleh ALLAH S.W.T bahawasanya dia adalah kekasih-Nya...

seperti insiden yg mengatakan Tok Guru menyatakan PURDAH itu xpenting didalam islam...
Sy pasti orang yg mendengar silap aini mendengar dan fahamn percakapan tok guru...

Apa yg tok Guru maksudkan adalah Purdah itu adalah khilaf Ulama'...apa yg diutamakan adalah yg Usul dahulu...bahagian furu'iyyah tetap dijalankan dan bakal menyusul dengan serius setelah bhgian Usul selesai...

Malang,ramai yg terpengaruh dengan bawakan angin tersebut...

Allah memberkatinya Qaddasallahu Sirrahu Insya'Allah...(^_^)

Blog yg baik...Semoga Allah memberkati tuan punya blog dan suami...Baarakallahu Fiikuma...

Wassalam 'Alaekum w.b.t...

Hafriz Mohamad 3 March 2011 at 17:28  

Salam ziarah..

betul tu kak. sy stuju. trima kasih krn sudi brkongsi artikel yg mnarik sbgini..

yg pling truk skg adalah kita x sdar yg kita mmpermainkan sunnah Rasulullah. huhu ~_~

Insyirah 3 March 2011 at 18:52  

Salam buat Qurratu 'Ayun.

Akak ada tanyakan pada suami mengenai soalan adik, maaf akak tak pernah dengar ada hadith mengenai perkara tersebut dan suami akak pun tak pernah jumpa hadith tersebut, wallahua'lam.

kadang-kadang orang mereka-reka sesuatu bagi mengelakkan kita melakukan perkara yang tidak sopan, maka orang mereka-reka hadith. Nauzubillah.

Insyirah 3 March 2011 at 18:53  

Abu Muhammad al-Jembaly,

saya tak tahu nak cakap apa bila baca komen yang dihantar, rasa sebak kerana mendoakan kami. jazakallah.

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO