Big Red Strawberry Farm
Kelihatan buah strawberry segar di waktu pagi, bersiap untuk dipetik oleh tangan-tangan manusia dan seterusnya akan dimasukkan ke dalam mulut dan akhirnya dikunyah-kunyah sehingga lumat dan ditelan ke dalam usus, kemudian akan keluar melalui saluran yang sepatutnya. Nasib si buah strawberry...
Bismillahirrahmanirrahim.
1 Mac 2011 keluar bersama encik zauj mahu melihat panorama alam Cameron Highlands, disebabkan waktu yang terbatas maka ana memilih untuk bersiar-siar di Big Red Strawberry Farm selepas sarapan pagi. Antara faktor yang menariknya di sini ialah :
[1] Percuma ~ fakta penting ni
[2] Kawasan kecil ~ tak larat nak jalan
[3] Parking dekat ~ tak perlu mendaki bukit
[4] Ada cafeteria ~ yup! perlu menambah tenaga selepas penat berjalan
[5] Strawberry picking ~ yeah!
Keberadaan lokasinya di Brinchang mungkin orang kurang 'perasan' akan kewujudan Big Red Strawberry Farm kerana ia terletak di kawasan yang agak ke belakang. Ia dilindungi oleh kawasan kaktus dan bunga yang terbesar (serasa ana lah :p) di Cameron Highlands iaitu Cactus Valley. Mungkin Cactus Valley lebih menjadi perhatian orang lain. Tidak dinafikan, Cactus Valley juga mempunyai pemandangan yang indah.
[1] Berbayar
[2] Kawasan 3-4x ganda lebih besar dari Big Red Strawberry Farm
[3] Sebelah bukit hanya memuatkan pelbagai jenis cactus
[4] Sebelah bukit hanya memuatkan pelbagai jenis bunga-bungaan
Camera blur atau tuan camera yang terketar-ketar, kurang pasti akan hakikat sebenar gambar ini. *wink*
Bagi yang 'gila' bunga dan cactus, mempunyai stamina yang kuat dan camera memory card yang besar dialukan untuk menziarahi Cactus Valley ~ oh, ana dah puas merayau atas bukit tu sampai tak larat lagi dah nak panjat tangga-tangga yang ada. Malangnya, Cactus Valley tidak menyediakan kawasan letak kereta jadi pengunjung perlulah meletak kereta di bahagian kaki bukit dan selamat mendaki ^__^
Kami berjalan, mendaki tangga yang tidak terlalu banyak di Big Red Strawberry Farm menikmati pohon-pohon yang menghijau, bunga-bungaan yang warna-warni juga pelbagai jenis salad yang disediakan. MasyaAllah, sangat menghiburkan mata dan perasaan. Baru keindahan di dunia, belum lagi keindahan yang kekal abadi... Allahuakbar.
Setelah 1 jam 40 minit meneroka kawasan Big Red Strawberry Farm, kami duduk di cafeteria. Tiada hajat mahu memetik strawberry tetapi mahu makan strawberry. Ada pelbagai produk yang dihasilkan berasaskan strawberry yang disediakan seperti :
[1] Strawberry Milk Shake
[2] Strawberry Cheese Cake
[3] Strawberry Yogurt Shake
[4] Strawberry with Chocolate
[5] Strawberry with Yogurt and Honey
[6] .... and more :)
Ana memilih ini, tadaaaa...! Rasa masam manis, lazat dan enak berkrim. Alhamdulillah :)
Strawberry with Yogurt and Honey :)
* Semalam, ikut encik zauj ke kuliah. Berbual dengan zaujah kepada anak murid zauj, beliau berulang kali memanggil ana dengan panggilan "kakak" dan ana pun jadi lah "kakak". Sebelum wida' beliau tanya umur ana. Hik hik! Alangkah... terkejut beliau, syutttt...
"Abang, Sayang ni nampak tua sangat ker?"
"Tua la juga." - ok, encik zauj ketawakan ana tanpa perasaan T__T
"Bukan tua, matured." - adeyyy... sampai ke sudah ditertawakan zauj. Tiba-tiba, boleh tak nak salahkan ubat-ubat yang selama ini mempercepatkan ana nampak 'tua'. Haha, macam tak ada kaitan je.
Insyirah Soleha
0 leaves:
Post a Comment