"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

28 December 2009

Catatan Hati Fatinah [9]


Siri Sembilan : Warkah Buat Sahabat

Sahabatku,

Tatkala relung hati terbuka, terkenang kembali memori lama yang tercipta. Ada kala kita ketawa riang, tersenyum simpul, beramah mesra dan saling beriringan. Ada kala ujian Nya datang menghampiri bagi mengukuhkan keutuhan ukhuwah kita. Dia sengaja memberikan semilir angin yang mendamaikan, Dia sengaja mengaturkan onak berduri untuk kita sama-sama redahi.

Sahabatku,

Semilir angin, onak berduri dan segala kenangan yang pernah kita lalui... Aku selalu teringat akan ikrar kita, "Berjuang kerana Allah, berakhlaq sebagai penuntut ilmu." Ramai yang bertanya dan tertanya, harus mengapa kita laungkan bersama untuk berakhlaq sebagai penuntut ilmu.

Sahabatku,

Aku masih teringat akan senyuman manismu, santun pekertimu dan lembut katamu pada hatiku...

"Bagaimana akan mendapat ilmu yang berkat dan bermanfaat andai pekerti tidak seperti orang yang ingin menadah ilmu? Bagaimana ilmu akan mudah diingati dan dizahirkan dengan akhlaq andai hati belum lurus kepada Ilahi? Kita berjuang kerana Allah, kalah dan menang bukan debatnya tetapi jalan berliku yang membawa kepada Tuhan akan digagahi walau kudrat badan tidak segagah pahlawan agung, kita tetap berusaha menjadi srikandi. Impian yang besar pada usaha yang sangat kecil, tetapi itu lebih baik dari hanya berimpian tanpa ada usaha untuk mencapainya."

Aduh, betapa hati ini terbuka akan nasihat keimanan darimu. Benar, hidup mati ini untuk Allah, apakah akan tersimpan setiap duka andai biasan bahagia menanti di hadapan? Andai mereka menangis kerana gagal di dunia, kita tetap menangis di dunia kerana gagal menjadi contoh kepada yang lain, gagal membawa mereka kepada Islam yang mulia.

Sahabatku,

Alirkanlah air mata... Biarlah kering air mata kita di dunia ini, aku harapkan kita sama-sama akan beriringan tangan di alam abadi kelak, kita sama-sama tersenyum dan ceria. Hidup ini hanya satu permusafiran, sama ada jambatan itu kukuh, roboh atau berlopak di sana-sini... Kitalah yang akan menjadi arkitek dan kontraktor pada jambatan hidup kita.

Sahabatku,

Telah Allah berikan jalan untuk kita, diberikan Islam sebagai agama kita, diberikan Rasulullah s.a.w. sebagai qudwah kita, apakah kita masih teraba-raba di lorong sepi bagai hilang punca dan tenggelam arah tuju?

Sahabatku,

Aku harapkan kita akan terus berpegang tangan, sama-sama beriringan menuju Khaliq. Saat air mata menitis kerana tak terbendung perasaan cinta dan rindu pada dirimu yang jauh dari mataku, segera aku memujuk sekeping hati agar segera tunduk pada Ilahi.

Sahabatku,

Kata orang bercinta, biar jauh di mata tetapi tetap di hati. Andai rindu menggigit sukma, pandanglah pada sang rembulan di malam hari kerana bulan itu hanya satu dan di mana juga kita berada, kita tetap memandang bulan yang satu.

Kata orang berkasih, biar jauh di mata tetapi hadir dalam doa. Andai dilanda rindu dendam, segera memandang langit yang luas agar terasa keluasan rahmat Tuhan, mudah-mudah Allah yang Maha Pemurah itu segera mengaturkan pertemuan.

Kata orang saling menyayang, biar jauh di mata tetapi tetap diingati walau ke alam mimpi. Andai terasa sayangnya meluap-luap, pandanglah ke tanah agar segera mengingati mati, mudah-mudahan ingatan pada kematian akan melenyapkan keripuhan hati yang melanda.

Tetapi, pesan aku padamu wahai sahabat yang teramat, amat, amat aku sayangi... Andai di hatiku atau hatimu terdetik rasa yang tak mampu diluahkan dengan kata-kata... Aku tidak mampu berkata apa-apa kerana dirimu terlalu istimewa. Aku tak mampu meluah rasa sekeping hatiku pada dirimu wahai sahabat.

Aku hanya mampu memujuk hati.

Jauhmu dariku adalah kerana Allah.
Sepimu dariku adalah kerana kesibukan seharianmu sebagai penuntut ilmu.
Senyapmu adalah kerana jadualmu padat sebagai pejuang agama Allah.
Diammu adalah kerana dirimu dikelilingi sahabat-sahabat yang soleh solehah.

Dan aku hanya terdaya meminta dan terus meminta dari Allah agar sentiasa memelihara sahabat yang aku cintai ini dengan sebaik-baik penjagaan. Kerana, hatiku selalu yakin bahawa tiada penjaga yang lebih hebat jagaannya selain dari Allah yang Esa. Hatiku terpujuk, jiwaku menunduk, perasaanku terduduk...

Sekeping hati ini aku berikan pada Allah, lantunan doa buat sahabat yang sentiasa hadir setiap sujud terakhir dalam solatku.

Sahabatku,

Di saat mereka memandang rembulan, melempar pandangan pada keluasan langit, menjatuhkan hati memandang debu tanah yang berhembus perlahan... Aku tidak mampu menutup rasa hatiku, kerana kita sebenarnya punya KIBLAT YANG SATU. Hanya itu yang mampu mendamaikan ripuh gelora kalbuku saat merindui dirimu wahai sahabatku.

Sahabatku,

Walau di mana dirimu berada, apakah di utara selatan timur mahupun barat... Aku selalu mendoakan kesejahteraan buatmu hatta diriku tidak lagi beriringan di sisimu. Kita tetap bersama, dalam doa dan sujud saat memandang kiblat yang satu.


Yang menyayangimu,
Durrah Fatinah

Aku layangkan pesanan hatiku pada e-mail, aku gambarkan perasaan sepiku pada sahabat... Andai dia mengerti rasa hatiku. Aku tidak mengharap balasan kasih darinya, cukuplah di hatiku terus menyayangi dirinya yang teramat istimewa! Insya Allah.

... fatinah ...

** Ana titipkan juga cebisan hati ini buat sahibah yang dirindui, sodiki hakiki yang disayangi juga belahan jiwa yang tak tersebut di sini (ramai sungguh belahan jiwa sepi ini), cukuplah kalian memahami tanpa perlu di beritahu untuk siapa dan kepada siapa. Moga madah dari HATI ini akan sampai ke dalam HATI insan-insan yang ana maksudkan. Allahu Rabbi... Maafkan diri yang serba kekurangan ini wahai sahabat-sahabatku!

15 leaves:

AcHiK_TeDDy,  29 December 2009 at 05:50  

Assalamualaikum..
suka sngt ngn entri kali ni,dh brp kali ntah sy bc:) terus terang sy ckp MaDaH DaRi HaTi ni btl2 mnyentuh ht n mngesankn sy.cebisan ht yg ckup istimewa..
sy jga merasakan yg sy adalah di antara (belahan JiWa) awk. btl kn? he3;))

mujahidah 29 December 2009 at 07:25  

Assalamua'laikum ya habibati...

Syukran jazilan.. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana mengikat hati2 kita dengan jalinan kasih sayang kerana ALLAH..

Abu Uwais,  29 December 2009 at 07:49  

Assalamu'alaikum adinda insyirah,
Pertama, TAHNIAH sebab selalu berjaya buat belahan jiwaku (ibu anak-anakku) menitiskan air mata dek sebab terharu dengan untaian katamu. Sepi tak bersuara tapi auranya sangat besar!

(Kalau diubah sikit2 ni boleh jadi surat cinta ni) :P Kui3

** Okey. Berusaha istiqamah guna NICK ini. Tapi tak janji lah, hu3

ibu,  29 December 2009 at 08:49  

Anak kecil berbakat besar! Salam sayang buat anakanda, maaf atas kesuntukan masa untuk bersama anakanda, sampaikan salam buat ummi juga keluarga.

الوردة الشوكية 29 December 2009 at 19:52  

Wa'alaikumussalam achik, wah lama tak nampak achik kat sini. Entah-entah dah kahwin senyap-senyap, hik hik hik. Syuttt, dah... Tak mo main-main (siyes ni). Achik tak yah baca banyak kali sangat, nanti terhafal pula. Baik achik pi ulang baca kitab yang bertimbun tu, nanti boleh achik mengajar syirah pula :)

الوردة الشوكية 29 December 2009 at 19:54  

Wa'alaikumussalam whb ya habibati ukhti syuhada. Hehehe. La syukran ukhti, moga hati-hati yang bertaut terus saling ingat-mengingatkan akan kebesaran Tuhan. Insya Allah!

الوردة الشوكية 29 December 2009 at 19:56  

Wa'alaikumussalam Abu Uwais. *Hahaha* tergelak tengok nick ni.

Alala, Ummu Uwais je yang emosional, ana okey je la. Ana sepi ye? Memang lah... Sepi angin ke Kota London.

Haip, usah sesekali berangan nak menjadikan watikah beta sebagai suratan cintaan pula. Haiii.. Sabar je lah!

p/s: Salam rindu buat Uwais N Geng!

الوردة الشوكية 29 December 2009 at 19:57  

Ibu...!!

ANak kecil? Ingatkan syirah dah besar rupanya masih 'anak kecil' di mata ibu, hehehehe. Terima kasih atas nasihat ibu, insya Allah syirah akan ingat. Ibu jaga diri baik-baik ye, kirim salam pada pakcik :)

Insan Hina,  29 December 2009 at 20:21  

Ingin sekali untuk menjadi sahabatmu, mengorek rahsia ketabahan hatimu...ya.Saya tau,kekuatan kerana-Nya menjadi pendinding dirimu.

Mungkin tidak sekarang.Insyaallah satu hari nanti.

Sentiasa menjadi pembaca yang senyap dan setia kepada setiap entrimu wahai sahabat.teruskan perjuanganmu.

balqis,  29 December 2009 at 22:05  

"Tuhan, bawalah aku ke daerah cinta Mu agar aku sanggup meredahi lautan luas ini dengan penuh yakin bahawa Engkau setia disisiku sebagai Peneman dan Penguat semangat tika aku rebah. Hanya Engkau ya Allah... Hanya Engkau... Allahumma ameen."

Amin ya Rabb!

Insyirah, rasanya memang boleh buat surat cinta la (bagus idea Abu Uwais).Jap kena edit dulu then boleh bagi pd zauji..... ihiks! After this kita menyelinap masuk blog ummu uwais, ada kuts luahan hati balasnya terhadap suratan cintaan tentang sahabatan kekitaan... (uish, bahasa apa ni! insyirah la ni start. isk3... budak ni, dah boleh jadi mak budak pun macam budak2 je)

Uishhh... bulan depan besday sapa ek? dah bau arang bakar satey je nih, hehe:))

AcHiK_TeDDy,  30 December 2009 at 06:14  

smua ckp psl 'suratan cintaan' je,cik syira kita ni bdk2 lg ar.mn fhm smua tu.dia hanya cinta kt eskrem n satey je..ngeh3:-"

mmm..bkn stkt lama xnmpak tp xpenah nmpak pun.lain ar klau2 cik Syira penah nmpak achik dlm mimpi.ye la,achik kn antara belahan2 jiwa(perasan) syira.hehehe;))

xpe klau hafal pun,bkn sng nk jd antara belahan2 jiwa cik syira ni(perasan lg).achik beruntung tau:) lgpn 'MaDaH DaRi HaTi' mmg smpai ke dlm ht achik.biar la achik jdkn ia sbgai pnguat ht&jiwa achik,serta motivasi utk imtihan yg makin hmpir nih.

**xsabar nk bc CaTaTaN HaTi FaSiHaH seterusnya.
adakah catatan hati ni akan tamat??hrp2 tak la ya,hu3:((

**mga2 sntiasa cht n hepi sokmo:)

~syukran 'ala kulli hal,wslm..

AcHiK_TeDDy,  30 December 2009 at 06:15  

smua ckp psl 'suratan cintaan' je,cik syira kita ni bdk2 lg ar.mn fhm smua tu.dia hanya cinta kt eskrem n satey je..ngeh3:-"

mmm..bkn stkt lama xnmpak tp xpenah nmpak pun.lain ar klau2 cik Syira penah nmpak achik dlm mimpi.ye la,achik kn antara belahan2 jiwa(perasan) syira.hehehe;))

xpe klau hafal pun,bkn sng nk jd antara belahan2 jiwa cik syira ni(perasan lg).achik beruntung tau:) lgpn 'MaDaH DaRi HaTi' mmg smpai ke dlm ht achik.biar la achik jdkn ia sbgai pnguat ht&jiwa achik,serta motivasi utk imtihan yg makin hmpir nih.

**xsabar nk bc CaTaTaN HaTi FaSiHaH seterusnya.
adakah catatan hati ni akan tamat??hrp2 tak la ya,hu3:((

**mga2 sntiasa cht n hepi sokmo:)

~syukran 'ala kulli hal,wslm..

الوردة الشوكية 30 December 2009 at 07:58  

Insan Hina.

Tulisan saya tidak ada apa-apa yang istimewa, ia hanya bahasa hati yang kadang-kadang tidak ditamsilkan dengan perkataan, kadang-kadang dilepaskan dengan air mata (gembira, terharu dsb). Hakikatnya, ia hanyalah satu tulisan. Hanya kepingan ayat-ayat yang bercantum menjadikan ia satu KENANGAN untuk saya sendiri :)

Terima kasih atas kesudian. Semoga ia memberi manfaat, insya Allah.

الوردة الشوكية 30 December 2009 at 07:59  

Puan Balqis... Aiwah, saja la tuh. Kalau betul2 sayang kat zauj, tulis surat dengan BAHASA HATI sendiri, bukan ambil bahasa orang dan olah kepada perasaan sendiri. Lalalalala... (ayat buat abu uwais juga) :P

Bulan depan besday.... er... er... haaa, besday ummi liza! :D

الوردة الشوكية 30 December 2009 at 08:03  

Achik, owh macam gitu yerk!

Bagus la achik ni, mesti dah banyak menghafal kitab ni. Iye la kan imtihan dah dekat, just around the corner tak yah la bincang pasal surat cintaan macam dorang (puan balqis wa abu uwais) sebab dorang dah kawin, suke hati la nak bercintaan macam monyetan pung kannnn! Hik hik... Ade lak cinta monyet, cinta orang dah kawin tak sama dengan cinta orang belum kawin. BIARKAN MEREKA BERCINTA, hik hik.

Waa.. tolong la, baca ayat achik rasa semacam je. Macam tengah cakap dengan gorilla, meremang bulu roma. Ade lak achik ni belahan jiwa syirah, adusss.... tahap perasan yang kronik nih. Sejak bila lah pulak syirah belah jiwa syirah ni... ayoyoyo... tak mo! tak mo! :P

Yup, catatan hati FATINAH nak berakhir dah :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO