"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

06 December 2009

Catatan Hati Fatinah


Siri Satu: Melatari Ujian Tuhan

Dalam kehidupan ini, kita sentiasa mempunyai pilihan apabila berdepan dengan ujian. Kadangkala hati berlagu ceria walaupun banyak ujian yang mendatang, bahkan sumber kekuatan berdepan dengan kemelut kehidupan juga adalah dengan hati yang ceria kerana yakin masih punya Allah Yang Esa. Hatta air mata sering menjadi teman tika seorang.


Air mata bukanlah satu kelemahan wanita tetapi ia menjadi sumber kekuatan untuk kembali bangun dan gagah melangkah seiring sang Adam dalam meraih redha Tuhan.

Aku sering tertanya-tanya, mengapa aku selalu mampu untuk menceriakan orang lain sedangkan aku sering menangis kala sendirian. Akhirnya, aku temui kata-kata itu di waktu aku beriadah bersama Nafisah. Katanya, aku ini 'split personality'. Wah, satu tamparan hebat untuk aku menerima kata-kata Nafisah. Split bagaimanakah personaliti aku hingga room-mate aku berkata bergitu.

"Fatinah! Enti selalu nak orang ketawa, enti selalu berusaha untuk menceriakan orang tetapi enti selalu menangis bila sendirian. Ana selalu tengok air mata enti mengalir, walaupun saat enti pura-pura tidur. Kenapa enti tak menzahirkan kesedihan enti? Bukankah perkongsian itu lebih baik."

Nafisah. Sudah 3 tahun aku bersamanya berkongsi bilik yang sama, bahkan ada masa berkongsi katil yang sama terutama apabila musim sejuk menyapa. Aku memang sangat kalut menghitung waktu bilakah akan berakhir musim sejuk.

"Apabila kita membahagiakan orang lain, insya Allah kebahagian insan itu akan turut kita rasai. Senyuman dan tawanya akan menjadi penghibur hati kita walaupun tatkala itu hati sendiri sedang menderita. Ana sangat mudah berkongsi cerita tetapi air mata ini enggan dikenali insan lain selain ana sendiri."

"Ana tahu enti sedang bermasalah bukan? Kenapa tidak enti luahkan pada ana. 3 tahun kita bersama, mengembara di sini. Enti punya ana sebagai teman bicara. Ana sentiasa bersedia menjadi teman enti. Insya Allah."

Alhamdulillah. Dalam aku 'sendiri' bermusafir di bumi Tuhan ini, walaupun aku sedar aku menyendiri di sini tetapi itu hanyalah di mata tetapi jauh di sudut hati setiap bebanan ini terhapus dengan gugurnya kelopak air mata yang menemani. Bukan aku tidak mahu berkongsi bersama Nafisah, teman akrab setibanya aku disini tetapi belum masanya untuk aku berkongsi sesuatu yang sangat berat ini.

Kehidupan itu satu perancangan hebat dari Maha Pencipta. Kadang kala aku tersenyum melihat deretan pokok yang seakan malu-malu untuk mengeluarkan kelopak bunga yang mekar. Sedang aku terus menikmati lukisan alam ciptaan Allah, aku terus tersenyum dengan sapaan sms dari teman yang dikasihi. Indah ingatan sekudus hatinya...

"Berkata Ibnu Qayyum:

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt. Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt. Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt. Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa dengan Nya. Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan Nya serta qadha' dan qadar Nya serta kesenantiasa sabar sehingga menemui Nya. Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada Nya dan bermohon kepada Nya. Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu.

With love, Sa'adah."


Sa'adah. Kami terpisah jauh, dipisahkan dengan jarak dan benua tetapi kesibukan yang mengekori kami sebagai penuntut ilmu tidak sedikit pun menjadikan kami perindu yang ketandusan cinta dan lemas dalam lautan rindu. Kami sentiasa bersama, dalam doa juga ingatan bersama tulisan dari hati.

Biar tidak bersuara, biar tanpa bertemu mata kami sentiasa merasa ada tali penghubung yang melatari persahabatan kami. Kami aman dalam jagaan Allah kerana Sa'adah sentiasa mengingatkan aku sebelum kami berpisah.

"Fatinah jangan sedih, mungkin kita tidak akan bersama untuk meneruskan kembara tetapi ingat tujuan kita tetap sama. Memburu mardhatillah dan akan sentiasa saling mendoakan. Bila ana rindu enti, ana tidak akan menangis kerinduan tetapi kita perlu janji seandainya benih rindu mula terbit hari qalbi, segeralah kita mengambil wuduk dan bertemu dengan Allah, hamparan sejadah pada kiblat yang sama.

Kita sama-sama menadah tangan semoga Allah memelihara keutuhan persaudaraan kita, kita berdoa agar Allah menjaga kita sepanjang kita berkelana di bumi asing. Insya Allah, kita akan pulang ke tanah air sebagai seorang yang lebih baik."


Kata-kata itu menjadi kekuatan untuk aku terus melangkah di bumi asing ini. Sungguh aku kagum dengan sahabatku ini, walaupun banyak ujian tetapi beliau masih mampu tersenyum dalam keriuhan. Semoga aku bisa mengemis cinta dari Nya sepertimana Sa'adah menyulam rindu pada Nya. Insya Allah!

... fatinah ...

9 leaves:

ummu uwais 6 December 2009 at 18:37  

Salam. Pencarian Fatinah bagi menyemai idea Pohon cinta Madinah, hihi. Moga tersemai dan bercambah subur pohon cinta madinah nanti, amin.

satu je, nampak tulisan kali ni agak 'tak terurus', mungkin perlu untuk lebih tajam dalam menyusun kata. Wallahua'lam.

Tak sabar tunggu Fatinah menjelaskan titisan airmatanya yang 'pemalu' untuk ditonjolkan pd yang lain.

lagi satu, fatinah ni study di mana? hehe... musim sejuk gitu... <-- berangan duduk bawah pokok pine. hehehe.

Mia-Ina 6 December 2009 at 20:51  

seakan kufahami maksud luahan rasa fatinah....

Anonymous,  6 December 2009 at 23:02  

Salam. Banyak cerpen yang saudari tulis berdasarkan air mata, ada unsur jenaka tetapi lebih kepada derita. Tidak terbuai fantasi seperti orang lain, semoga kepahitan menjadi penawar resepi bahagia.

selamat menulis.

الوردة الشوكية 7 December 2009 at 08:11  

Assalamu'alaikum Ummu Uwais, aiwah memang 'tak terurus' pun. Hihihi, tak apa la baru nak warming up je ni, intro memang selalu caca merba, insya Allah sedang mengatur langkah bagi memudahkan hati menikmati Pohon CInta Madinah. Catatan Hati Fatinah HANYA SEBUAH WARMING UP untuk syira kak...

p/s: Psttt... sabar ye kak.

الوردة الشوكية 7 December 2009 at 08:12  

Kak Mia, hihihi apa yang akak faham dari Catatan Hati Fatinah. Ini rekaan semata-mata, ala-ala sedang menuai ilmu untuk terus menulis Pohon Cinta Madinah yang tak tersambung. Bila tulis dah panjang lebar dengan tak semena-mena delete jer... Tak de feel. Huhu.

الوردة الشوكية 7 December 2009 at 08:13  

Salam buat tanpa nama. Terima kasih di atas saranan anda.

Mia-Ina 7 December 2009 at 22:37  

akak juga menulis..

"terkadang bile menulis, penulis kebiasaannya boleh menjadikan pengalaman, ilmu yg ditimba dan pelbagai lg sumber either reality or not....ia seakan mempunyai makna,"

Pd insan yg bukan berjiwa penulis, mungkin ia menganggap satu catatan adalah lakaran biasa. Pd seorang penulis, setiap ayat mempunyai maksud tersendiri dr kacamata masing2 sbg insan.

good job kerana menulis,dik

الوردة الشوكية 8 December 2009 at 16:06  

hehehe... its depend pada pembaca la kak mia... (",) insya Allah, moga kak mia juga terus menulis. Nak try seperate, blog ni untuk tulis something yang realy boleh share untuk manfaat dan kisah peribadi syira hanya letak di blog private satu lagi. :)

mujahidah najwa 3 January 2010 at 16:56  

bgus sungguh..ctatan ini..hrap brkekalan..=)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO