"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

01 December 2009

Gelagat Manusia

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah atas nikmat-nikmat Nya yang tak terhitung luas dan banyaknya. Ya Allah, jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang TAHU dan MAHU bersyukur atas segala pemberian Mu, jadikanlah kami hamba-hamba yang selalu bersabar atas ujian dan musibah yang menimpa kami dan jadikanlah kami hamba-hamba Mu yang bertaut demi menagih keredhaan Mu. Ameen.

Moga kisah-kisah ini menjauhkan ana dari sifat-sifat riyak, ujub, takbur dan sebagainya. Sekadar perkongsian kepada sebuah sketsa kehidupan.

[Kisah 1]

"Adik nak makan apa?"

"Abi cakap haritu nak makan Secret Recipe."

"Ok."

Sempena dengan ulang tahun adik bongsu ana, maka Adik diberi 'kebebasan' mahu makan apa dan di mana. Selesai makan, baca doa makan. Ummi bersuara.

"Orang lain tak ada duit, kita makan Secret Recipe."


Ana menelan air liur. Jujur, tanpa 'segan-silu' memang ana hidup dalam suasana yang mewah. Jauh sangat dibandingkan dengan kehidupan para sufi. Moga dengan nikmat-nikmat ini akan menjadikan ana lebih menghargai mereka disekeliling.

[Kisah 2]

Pada suatu hari di bulan Ramadhan, ana ke bazar ramadhan tetapi tidak banyak membeli sekadar menyibuk untuk meramaikan. Eh tidak, membanyakkan bilangan plastik yang dibimbit oleh tangan.

"Mahfuzah, kita patah balik sebelah sana ye."

"Nak buat apa, nak beli apa lagi nih?"

"Ikut je lah."

Hati ana sangat tidak sedap kalau tidak U-turn ke arah belakang. Sekeping duit ana hulurkan kepada seorang lelaki yang sedang menunggu di hadapan tabung derma, ana tidak pasti untuk pembinaan madrasah mahupun masjid.

"Assalamu'alaikum dik, akak nak sedekah duit ni untuk adik buka puasa. Untuk adik buka puasa."

Terkebil-kebil lelaki di hadapan ana, ana tidak pasti siapa yang lebih tua. Tetapi, sebagai tanda merendah diri yang tak berapa nak tinggi ana menggelar diri sebagai 'kakak'. Tak kisah sangat lah dengan status, sebab orang ramai kebanyakannya menganggap ana sudah pertengahan 20-an.

Tiba di hadapan, seorang anak kecil yang ana kira dari tempat yang sama dengan pemuda tadi. Sekali lagi ana mengucapkan kalimah yang sama.

Allahuakbar, hiba sangat muka anak kecil itu. Ana puas. Tetapi terselit satu perasaan ganjil dalam diri, ana biarkan saja. Terus melangkah kaki ke dalam kereta kerana sudah banyak plastik yang dibimbit pada tangan.

"Orang bukannya nak makan sangat pun... Tapi kesian orang jual tu, termenung je tak ada siapa yang beli. Orang beli je la." Ana tersengih pada ummi bila ummi tengok bilangan beg plastik yang ada di tangan.

Iya. Selalu begitu, bukan nak makan sangat pun tetapi kesian. Ana warisi dari sifat abi yang cepat kesian pada orang. Tidak banyak, kadang-kadang sengaja abi membeli membeli pada kadar ganjil.

"Karipap 3 ringgit!"

"Eh nak, 2 ringgit lagi ni... Tunggu."

"Tak pe pakcik, saya halalkan."

Bukan nak makan sangat pun tapi kesian.


Masuk dalam kereta, dengan hati yang bercampur baur ana ceritakan kepada abi reaksi pemuda dan anak kecil tersebut. Ana 'ditegur' oleh ummi dan abi.

"Lain kali dalam situasi macam tu jangan bagi duit tetapi lebih baik belikan dan beri."

"Tapi ummi, kalau kita beli dan bagi, they have no choice untuk beli apa yang mereka nak."

"No, dalam keadaan macam tu. They did'nt think what they want to eat but mereka ikut keperluan bukan lagi keinginan."

"Iye ke?" Hanya tergamam dengan pendapat ummi dan abi.

"Dalam keadaan begitu, next time afdhal beli lah apa-apa dan berikan."

Rupanya ana sedikit pun tidak merasai perasaan tersebut. Dalam keadaan yang sebegitu rupanya seseorang memilih untuk menerima apa sahaja tanpa memikirkan keinginan mereka. Sekali lagi ana bersyukur dan istighfar kerana dalam sedar dan tidak sedar terlalu ana dimewahkan dengan pelbagai nikmat. Alhamdulillah.

[Kisah 3]

"Pakcik, satey 30 cucuk."

Kami tinggal 5 orang di rumah. Ummi, abi dan anak-anak perempuan. Ana dan satey ibarat langit dan bumi, bulan dan bintang ala-ala saling melengkapi. Ana sangat menyukai satey! Kalau ana hilang selera makan, sudah pasti satey mampu membuat ana berselera. Di saat ana gering, abi sudah tahu satey mampu mengisi keroncong perut ana yang sudah berhari-hari tidak menjamah nasi.

Satey yang di pesan siap di bungkus. Ana menunggu pesanan dari kedai. Ana memerhari gelagat pakcik yang sedang mengipas satey. Raut wajahnya yang sudah tua, perkiraan ana lingkungan usia 60-an tetapi masih gagah mengipas satey walaupun kakinya diseret-seret ke sana ke sini.

"Pakcik, satey 9 cucuk."


Ana begitu tertarik dengan anak kecil yang sedang ana perhatikan. Barangkali beliau tidak menyedari mata ana galak memerhati kerenah anak kecil ini. Dalam kepala ana tertanya, kenapa tidak digenapkan kepada 10 cucuk. Usianya sekitar 6-7 tahun (ana fikir) dan disisinya ada seorang adik yang barangkali 4-5 tahun. Ana hanya memerhati gerak geri anak kecil ini. Kudus sungguh wajahnya.

Selang beberapa minit, anak kecil ini datang semula tanpa kehadiran adiknya.

"Pakcik, satey 3 cucuk tapi tak nak kuah. Tak payah letak apa-apa."

Ana tergamam. Bermain dengan beg duit di tangan, ana berkira mahu bangun tetapi badan ana seakan kaku. Tak tergerak badan melihat gelagat anak kecil ini.

"Berapa pakcik?"

"RM1 je lah..."

Ana mengira, 1 cucuk satey 40 sen kalau 3 cucuk RM1.20 tetapi atas dasar 'tak payah letak apa-apa hatta kuah' maka harganya RM1. Ya Allah, hampir ana menitis air mata. Entah, perasaan yang sangat susah untuk digambarkan.

Setelah selesai urusan jual beli, maka anak kecil ini berlari ke arah ibunya yang menanti di atas motor. Seorang ibu yang bersih wajahnya, lalu mereka hilang dari pandangan.

"Abi, tadi kan masa orang tunggu di kedai tu orang perhati budak kecil ni beli satey. Abi teka dia beli berapa cucuk?"

"Owh yang naik motor dengan maknya tadi ye, maknye pakai tudung labuh tuh?"

"Iye, yang itu la..."

"Sebelah kereta je tadi..."

"Mula-mula kan abi, dia beli 9 cucuk then dia beli lagi 3 cucuk siap pesan tak payah letak apa-apa."

"Nak lepaskan teringin, kesiannya..."

"Itu lah... orang beli 30 cucuk, orang kira siap-siap dah seorang 6 cucuk je tau! Itu pun tamak, ingat nak beli 50 cucuk tapi tak jadilah. Bila tengok budak tu kan, insaf pula. Ya Allah, orang lain nak lepas teringin beli juga sikit yang orang ni bukan lepas teringin tapi makan sampai kenyang."

Dan diam... Tiada dialog seterusnya dan ana melayan perasaan sambil mengikuti rentak yang sedang dialunkan dari CD. Surah al-Baqarah, kisah lembu. Kena sungguh dengan eid Adha.

[Kisah 4]

Ana berjual beli dengan seorang blogger. Tak pernah kenal dan ta'aruf pun, tetapi ana berminat dengan apa yang dijualnya. Barang baekkkk punya, hihi.

"Ustaz, satu kotak RM15 x 20 kotak RM300. Berapa bayaran pos?"

"Kalau ikutkan memang la kena tapi tak payah la, ana sedekahkan je..."

Ana paling takut perkataan 'sedekah'. Seringkali ana tertanya, layakkah diriku yang dilimpahi kemewahan ini menerima sedekah?

"Ustaz, ana dah bank in RM310. Ana budget pos sekitar RM10. Lebih kurang ana minta halal ye."

Penting dalam urusan jual beli untuk menyebut 'lebih kurang minta halal' sebab takut terkurang bagi duit, terlebih tak apa.

[Kisah 5]


Setelah Solat Eid Adha yang lalu, tahlil di adakan di masjid. Ok lah. Kemudian, 2 orang mak cik datang memberikan sampul kepada setiap jemaah. Balik ke rumah, habuannya menjadi rezeki Adik. Bersorak gembira Adik kerana dapat sampul lebih.

"Abi tak ambil pun, dia bagi abi, abi bagi balik pada dia. Abi tak layak terima sedekah."

Ana diam, tersenyum... Dan... Menutup mata.

Ana sakit mata ni, berair je mata kanan. Titis dengan air zam-zam alhamdulillah sudah tidak sakit seperti semalam. Balik dari Ipoh, malamnya sakit mata. Ni infection ataupun wabak sakit mata terkena pada ana? Atau kaffarah sebab ana memerhati adik yang beli satey tu? Wallahua'lam yang pastinya kaffarah... hihihi.

Ok, dah update blog boleh spam blog jiran-jiran yang berada nun jauh di sana. Ngeh ngeh ngeh... ^_^

8 leaves:

ummu 1 December 2009 at 11:39  

Assalamu'alaikum, adik! Surprise buat adik. Semoga terkejut, ni kerja keras kami tau :)

www.warkahbuatadik.blogspot.com

Anonymous,  1 December 2009 at 12:31  

Salam dik..

(",)..Dalam kehidupan ini, bukan mewah atau taknye seseorang tuh. Akak pun mewah hidup akak walaupun hanya RM50 je dapat sebulan, walau berapa pun yg akak dapat, rezeki yg turun tuh, itu hanya menguji adek, harus bagaimana adek belanjakan duit itu.

Baru-baru ni, ada seorang istimewa(OKU) sedekah RM10 kat akak. Mulanya akak tak nak amik, tapi ayat dia buatkan akak sedih, "Amiklah dik, abg ikhlas nih".. Kat tangan dia, dia beli macam-macam cekedis, akak tanya nak buat ape banyak sgt tuh, dia kate, nak bg budak2...Dia nak semua budak2 tersenyum dan gembira kerana itulah hakikat hidup budak-budak..Duit RM10 tu?..Akak simpan lagi, sebab akak tengah berkira-kira nak beli buku ape supaya pahala dia berpanjangan...Itulah cara akak menghargai org beri sedekah pada akak. Bukan nak kate kita mewah atau tak, kita tak pernah kaya, semua ni harta Allah..yg menyuruh kita utk melaksanakan tugas mengagihkan harta tuh...

CUba adek baca kisah umar dan salahuddin ayubi. Mereka pemerintah, dan seharusnya mereka ada gaji, tapi mereka tak ambil. Merka kata, mereka malu sebab Rasulullah dulu, lagi takde ape2, takkan dia nak ambil harta pulak. Malah, salahuddin ayubi, tidak pernah tersenarai dalam org2 yg patut mengeluarkan zakat, kerana hartanya tidak pernah berlebih. Sampaikan ketika dia meninggal, dia hanya meninggalkan 4 dinar utk mmbeli kain kafannya sahaja. Tidak lebih dan tidak kurang..(",)..

Hidp adek mewah, tapi adek jgn lupe, itu semua bukan hak adek..ada hak org lain yg Allah nak suruh adek dan keluarga adek agihkan...ambil hanya sekadar keperluan sahaja..selebihnya, agihkan..

Harta bukan hak sesiapa..tapi tugas..dan tidak ramai yg berjaya memegang amanah itu hatta yg belajar dan memahami agama. Dan sebabkan itulah pesan ayah akak, jgn lah berdoa diberi rezeki yg melimpah-limpah takut kita tak berjaya dengan dugaan harta tapi mintalah agar Allah mencukupi segala keperluan kita..Maka dengan itu kita akan lebih bersyukur..Dan sebabkan itu, nabi sulaiman dikatakan nabi yg terakhir masuk ke syurga kerana harta yg baginda ade...


Hakikat tulah yg seharusnya kita semua sedar..harta kita, ada hak org lain..kalau tak diagihkan dgn betul, kitalah yg akan ditanya di padang masyar...(",)...


Sedikit perkongsian ilmu..dan semoag kita akan saling ingat mengingati...(",)..

Unknown 1 December 2009 at 16:06  

Mungkin Allah hadirkan kemewahan kpd insan dlm bentuknya yg tersendiri. Pd adik, Allah zahirkan sedemikian...ada org mewah dgn pelbagai cara lain. Pepun, kemewahan yg allah kurniakan, semoga kte bersama2x mensyukuri & membelanjakannua ke jln yg diredhai

Insyirah 1 December 2009 at 16:49  

Wa'alaikumussalam whb Ummu Uwais. Ya Allah, ni yang rasa nak taqdim Uwais... Bila lah Uwais nak besar ni, hehehehe. Kholah sayangggg Uwais!

Insyirah 1 December 2009 at 16:51  

Salam Kak. Alhamdulillah, panjang lebar akak mencoret di sini. Syukran... Benar apa yang akak katakan, moga kita sentiasa bersyukur dan tidak lupa untuk memberi. Insya Allah.

Insyirah 1 December 2009 at 16:54  

Syukran kak Mia. Insya Allah semoga Allah melimpahkan rahmat, maghfirah Nya buat kita, ada kala terleka dan ada kala terlupa. Namun, sama-sama la kita ingat mengingatkan. Insya Allah.

~ZuLhAiRi~ 1 December 2009 at 21:40  

assalamu'alaikum...

santai tetapi bermakna!...syukran atas perkOngsian dan syabas di atas istiqomah utk terus berkOngsi...:)

Insyirah 2 December 2009 at 14:34  

Wa'alaikumussalam akhi. Itulah, entah banyak pula bebelannya dalam posting ini sampai berjala panjangnya... :)

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO