✿ Tudung Labuh ✿
Bismillahirrahmanirrahim.
Comel pula tajuknya. Tudung labuh ✿
Tudung yang labuh. Tak semestinya tudung bulat, tak semestinya tudung tu kena jahit di tengah, tak semestinya kena labuh sampai lutut, tak semestinya tudung tu ada nama-nama tertentu (Tudung A, Tudung B atau apa nama sekalipun).
Tak wajib pun nak pakai tudung labuh, tetapi yang WAJIBnya menutup aurat dengan sempurna. Bahkan, bertudung pun tidak wajib sebab yang wajibnya ialah menutup aurat dengan sempurna. Maksud sempurna tu macammana?
✿ Labuh
✿ Longgar
✿ Tebal
✿ Tidak melekat pada badan sehingga nampak bentuk tubuh
Nak pakai apa sahaja tudung, ya silakan. Asalkan menepati kritiria menutup aurat dengan sempurna. Nak pakai kain guni pun tak apa. Kalau ada halangan ibubapa tak bagi pakai tudung labuh bulat tu, janganlah merajuk dengan mereka. Sebab Islam ni mudah, janganlah kita susahkan pula.
Zaman sekarang, ibubapa tak takut anak free hair tetapi takut bila anak nak bertudung litup. Jangan salahkan ibubapa, kerana zaman sekarang ni macam-macam anasir yang meracuni fikiran manusia. Takut kepada Islam dan takut melihat orang beramal dengan syariat Islam.
Jangan tanya apa yang orang boleh lakukan.
Tetapi...
Apa yang anda boleh dilakukan?
Mulakan dengan menutup aurat dengan sempurna. Langkahnya, boleh mula dengan tudung bidang 45 atau 50 atau 60. Labuh dan longgarkan. Pakai sarung lengan, pakai stokin. Paling cantik, bila disertai dengan menjinakkan diri dengan majlis ilmu. Cari ilmu, cintakan ilmu dan cintakan orang yang berilmu.
Bila berilmu, maka beramallah dengan ilmu tersebut. Mudah-mudahan 'langkah demi langkah' penghijrahan akan membuatkan ibubapa juga turut jatuh cinta dengan syariat Islam.
Hati, Allah yang pegang
Bolak balik sifatnya. Bila Allah nak 'turn', sekelip mata (bahkan kurang dari tu pun) boleh! Didik hati bersangka baik pada Allah, semoga Allah mengurniakan jalan-jalan kebaikan untuk kita; dunia dan akhirat. Wallahua'lam.
InsyaAllah. Aamin
Ummu Amir.
1 leaves:
Salam,
Setelah mencari2 identiti diri allah ketemukan saya dengan blog saudari..alhamdulillah di atas penulisan serta nasihat saudari saya telah berhijrah dari segi pakaian saya.jalan2 nya ALLAH yg tunjuk..terima kasih saudari..alhamdulillah..kadang2 saya terpesona dengan bait2 tulisan saudari..seakan2 membuatkan saya berfikir akan kebesaran ALLAH..boleh tak saya share blog saudari buat pengajaran kepada umat islam di luar sana..?
Post a Comment