"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)
Lilypie Fifth Birthday tickers
Lilypie Third Birthday tickers

19 January 2010

Saya Sudah Bertunang


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.


Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.

Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.

Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.

Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.

"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"

Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."

"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."

"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."

Ibu angguk perlahan.

Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.

Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.

"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"

Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.

"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."

Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.

"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"

Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.

"Bila enti menikah?"

Aku tiada jawapan khusus.

"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.

"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.

"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.

"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."

Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...

"Usah berlebihan ya..."

Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.

"Insyirah, jom makan!"

Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.

"Tafaddal, ana puasa."

Sahabiah juga semakin galak mengusik.

"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"

"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."

Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.

.......................................

"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."

"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."

"Ya Allah, tenangnya..."

"Moga Allah memberkatinya...."

Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.

Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.

Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.

Dalam sedar tidak sedar...

Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...

"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"

Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."

"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.

"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."

Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.

"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."

"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."

Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.

"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *

Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.

Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~

Insyirah Soleha,
19 Januari 2010
Baiti

71 leaves:

syauqahwardah1209 19 January 2010 at 23:16  

Subhanallah.. hampir menitis air mata ana baca entri ni..

Imam Annas bin Malik Radziyallah Anhu berkata, bahawa bumi setiap hari berkata:
a. Wahai anak Adam, kamu berjalan di atas ku, kamu akan kembali ke dalam perut ku (kubur).
b. Hai anak Adam, kamu berbuat maksiat dan dosa di atas ku, dan kamu akan disiksa di dalam perut ku (kubur).
c. Kamu bergurau di atas ku, dan kamu akan menangis di dalam perut ku (kubur).

Wallahualam..."sesungguhnya mati itu pasti"

syukran atas entri yang sangat menginsafkan.

salmanfasiri 19 January 2010 at 23:27  

AlhamduliLLAH...
dah agak dah, pasti pasal kematian :)

~ZuLhAiRi~ 19 January 2010 at 23:33  

salam'alaik...

sepertimana komen ana dln entry sebelum ini...

kalau takut mati, jgn mimpikan syurga, kerna mahukan syurga pastilah melalui mati...:)...jgn takut, tetapi bersedia...

yg sebenarnya, kita dah pun bertunang dgn kematian dari awl kelahiran lg, cuma tidak mahu akui saja...iya...seronok dgn dunia...:)

Sakinah Ismail 20 January 2010 at 00:10  

assalamualaikum..
salam ziarah..
terpegun membca entry ini!!

DAKWAH YEOP 20 January 2010 at 04:53  

masyaallah,,,jazakillahu khairan. semoga kematian yang datang kepada kita nanti tatkala dalam hari, keadaan dan masa yang paling baik dan sempurna amalan kita kepada Allah..

balqis,  20 January 2010 at 08:42  

Macam nak pengsan membacanya, kusss kusss... Kamu ni kan, Allah... Kelu lidah dibuatnya. Tahu la dia nak pi terapi hujung minggu ni, jangan la wat saspen macam gini. Sedeh la :((

Satu peringatan buat diri. Apakah rezekinya di malam pertama. Apakah tersedia bahagia atau bermulanya derita? Huwallah... Huwallah...

Anonymous,  20 January 2010 at 13:35  

sedih pulak membaca entry syira kali ni...tetiba menitis air mata di bilik pemulihan....

Insyirah 20 January 2010 at 15:42  

Ukhti Syauqahwardah1209:

Iya, sesungguhnya yang melenyapkan segala nikmat dan angan-angan adalah kematian. 'afwan...

Insyirah 20 January 2010 at 15:43  

Ala Babah ni always like dat, tak saspen dah... Huhu.

Insyirah 20 January 2010 at 15:44  

Wa'alaikumussalam akhi Zul.

Memang sudah bertunang cumanya, saja nak ingatkan diri sendiri hakikat diri ini kepunyaan Tuhan. Maka, sediakan hantaran yang terbaik. Mohon maghfirah dari Nya.

Insyirah 20 January 2010 at 15:45  

Wa'alaikumussalam KeyNah.

Maaf kalau ianya tidak memuaskan hati...

Insyirah 20 January 2010 at 15:46  

Dakwah Yeop:

Moga husnul khatimah.. kembara dan terus mengembara, ambil ibrah atas segala.

Insyirah 20 January 2010 at 15:47  

Sis Balqis:

Hihi.. kan saya dah kata saya MALAS nak tulis apa-apa lagi2 nak update blog kesayangan ni, tapi paksa jugak... Tengok! kan ramai yang terkejut beruang koala dengan tajuk entri... heheheh :) tengok! ada yang nak pengsan, isk isk... bawa bertenang ye sis!

Insyirah 20 January 2010 at 15:48  

Kak Mia,
menangislah selagi masih berada di dunia agar di akhirat kelak, sudah tiada air mata untuk dialirkan :)

Anonymous,  21 January 2010 at 19:38  

tahniah dah jadi tunang orang dik syira...nampaknya leh cepat2 menuju ke gerbang ye...& capai impian adik nk dpt baby...:-)baby real ..ye tak??

Insyirah 21 January 2010 at 20:26  

Kak Mia,
I think and advise you BACA SAMPAI HABIS :D

Anonymous,  21 January 2010 at 23:24  

mula2 baca memang akak komen & rasa ia ke arah kematian....

then, baca kali ke2 +++ komentar syira kpd akhi ZUL, ingatkan dah engage..jd tertanya2x, 2 yg jd wish,

salam kemaafan jika ada tersalah faham dr akak...

yg terbaik dr allah, selemahnya dr akak yg mgkn msh x fhm bahasa & ayat2x tersirat...:-(

Insyirah 22 January 2010 at 01:13  

Hihihi..
Maaf kak Mia, bahasa syira ni memang pening akak nak faham. Maaf sebanyak-banyaknya. Moga Allah merahmati akak dan menyembuhkan akak, insya Allah :)

Anonymous,  22 January 2010 at 06:21  

it's ok...:-) ....

Anonymous,  12 February 2010 at 21:16  

memang menyedihkan kisah akak.skrang nie akak ddk kt mne???

Anonymous,  1 March 2010 at 21:52  

salam...admire ur works! well done..hope to be friend

Anonymous,  15 March 2010 at 13:03  

salam ziarah,,seronok mmbaca entri ni..sdkt sbnyk mginsaf dn mnyedarkan.moga sama2 kita ambil iktibar tntg diri kita hny dipindahkan smntara ke alam syahadah ni sblm brpndah lg ke rumah barzakh dn mastautin terus di alam akhir.sama2la mohon maghfirah dan rahmah dr rabbul izzati.

Anonymous,  25 March 2010 at 01:43  

salam alayk~

Ana cukup tersentuh dengan kisah ini. Walaupun bukan kisah yang sebenar.. Cukup memberi iktibar pada ana.. Mohon keizinan anti untuk ana copy-paste kan di blog ana.

"Maafkan ana.. Ana sudah punya tunangan.. Cuma cincin tunangan itu sahaja tidak jelas kelihatan.."

Anonymous,  25 March 2010 at 01:54  

salam..

subhanallah..menitis air mata baca entry ini.
terima kasih ye.satu pengajaran buat diri sy..

semoga ALLAH berkatimu selalu.insyaAllah..

Anonymous,  26 March 2010 at 00:59  

salam ziarah.. first time saya bace blog ni... kagum...

Khazinatul_Asrar 26 March 2010 at 07:00  

MashaAllah. sungguh terkesan entry ini. Mmg benar, kita sudah pun ditunangkan sejak lahir lagi. Cuma kita saja yang tidak sedar, mgkn kerana sejak kita kenal dunia, kita semakin leka dan alpa.

mohon izin untuk copy paste, boleh ya?

aNA 26 March 2010 at 07:58  

salam ziarah.. kak, aNA link kan ke blog akak through page psc intec n profile saya kat facebook untuk entri ni ye.. kak ni kisah benar ke??

aNA 26 March 2010 at 07:58  

salam ziarah.. kak, aNA link kan ke blog akak through page psc intec n profile saya kat facebook untuk entri ni ye.. kak ni kisah benar ke??

nik mahani,  26 March 2010 at 14:46  

salam wbt..mohon utk copy and paste.jzkllh hu khair..byk menyedarkan ana hakikat yg kite semua pasti akan 'dinikahkan' dgn kematian itu sndr.

Kembara Syahadah ~NFES~ 26 March 2010 at 14:57  

Salam ziarah..

MaashaAllah..Tulisan yang indah dan menyentuh hati...

Anonymous,  28 March 2010 at 11:55  

Dik,

Entry ini sesuai ditulis oleh si dara dan si bujang.

Kalau macam akak, agaknya kena buat tajuk, "Isteri orang bertunang lagi".. atau apa-apa yang sewaktu dengannya. :)...

Syukran atas peringatan yang dikongsikan.

Jika adik membaca muqaddimah blog Akak, adik akan dapati bahawa tunangan 'maut' lah yang memotivasi akak menulis dan menulis.

Hebatnya penangan 'Tunang' yang satu ini ye...

Semuanya ingatan dari Allah jua.

illa lliqa'

Anonymous,  3 April 2010 at 05:00  

assalam...alhamdulillah yang telah memberi ilham yg sgt terkesan dihati kepada saudari..mhn izin utk di copy..=)

Hidayah 4 April 2010 at 12:37  

assalamualaikum

alhamdulillah akhirnya sy jumpa juga blog yg tulis cter.. nie..

sy dapat emel ttg cter ni dr kwn tpi xtau sape pnulisnya..

saya dah post di blog sebelum dpt tahu..minta izin letak di blog saya..


Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

Hidayah 4 April 2010 at 12:55  

assalamualaikum..alhamdulillah jumpa juga page penulis blog..


Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.” (QS. 62:8)

farieha 4 April 2010 at 15:52  

mohon nk copy article ni ye..salam ziarah n perkenalan

Shasha Dandelion 13 April 2010 at 09:39  

salam..

entry yg menarik minat utk mbaca..
n thanks cz ia memberi keinsafan ble mbce...

vespa putih 13 April 2010 at 16:48  

mmg bgusz.xterucp oleh mulut...

TM 19 April 2010 at 12:09  

salam ziarah, artikel yang amat mengesankan. Harap izin untuk copy... ramai yang patut baca. wassalam

TM 19 April 2010 at 12:16  

salam ziarah, artikel yang amat mengesankan. Harap izin untuk copy... ramai yang patut baca. wassalam

iliani 24 April 2010 at 05:18  

salam =) cerita yang penuh dgn pengajaran, tankiu byk2!! =D

minta izin untuk share cerita ini di blog kami yek =) : http://ilianidolphin.blogspot.com/

cahaya_mataku 24 April 2010 at 08:53  

assalamualaikum
alhamdulillah...terusik hati akak bila bce cepen 'saya sdh bertunang'...sangat meruntum jauh di lubuk jiwa...dan nk minta izin tuk publish kt blog tuk peringatan umum...wasalam.

Anonymous,  24 April 2010 at 13:03  

pengajaran tu memang ada
tapi citer ni
entah
xsedap la plak bile tahun ending pasal maut

tunang dengan mati
apesal nak combine dua nih?

setuju pasal pengajaran
tapi xsetuju pasal cerpen nih

overall rating 2/10 untuk cerpeni

kaklong 4 July 2010 at 23:23  

salamunalaik..oo..rupanya ukhti penulis asal cerita ni..ana ada masukkan artikel ni dalam portal web islam murabbi..alhamdulillah, ana suka sgt cerpen ni..teruskan usaha

jemput masuk ke http://www.murabbi.net/v1/home.php
syukran jazilan ;)

Nur 24 July 2010 at 01:21  

assalammualaikum...

you are so blessed with ability to put words into beautiful sentences literally, you are amazing!

syed mohammad sahir bin syed hassan 21 September 2010 at 15:02  
This comment has been removed by the author.
Al - Mu'allim 14 October 2010 at 15:45  

Salam 'alaik

Sangat menginsafkan. Terima kasih atas perkongsian ini.
Semua orang sudah bertunang dengan kematian sejak lahir. Syarat mati bukan mesti tua dan syarat mati juga bukan mesti sakit. Sesiapa saja boleh mati. Ada yang mati sebab accident,tp xkurang juga yang accident disebabkan mati di jalan raya.

Mohon untuk copy cerita ini boleh?

ummu 25 November 2010 at 11:18  

assalamualaikum dik
ya Allah rupanya anti yang tulis cerpen ni
selalu juga akak jumpa cerpen ni di blog2
sekian,jazakillah

ahLia shahril 1 December 2010 at 13:31  

salam....

sangat besh! A++

izin copy yer

jzakillah

NA 2 December 2010 at 03:27  

subhannallah..
entry yang memberi makna

'izzulislam 13 December 2010 at 11:13  

teruskan menulis utk ALLAH & RasulNYA.mg ALLAH berkati antum & keluarga.

Mr Dean 26 December 2010 at 06:59  

Assalamualaikum...

Subhanallah.. Akhirnya sy menemui penulis asal kisah yg sangat bagus ini! Terlebih dahulu, sy ingin memohon maaf kerana telah menyebarkan kisah ini tanpa minta izin dari puan.. Dan kisah ini juga sy telah muatkan dalam blog sy.. Moga sedikit sebanyak ia memberi manfaat buat puan sekeluarga di sana nanti..
Jazallahu khairan kathira..

hammatus syabab 26 January 2011 at 07:45  

Assalamualaikum

mintk izin utk share kisah ni dlm fb... =)
moga lbh ramai yg dpt mngambil ibrah dr kisah ini...insyaALlah

zulhijrah™ 23 February 2011 at 02:59  

salam..
terima kasih kerana datang blog ana..mohon share entry ini yea..sy sudah letak link ke blog asal anda..nice story..moga2 saudari mendapat ganjaran dari Allah atas kebaikan dan faedah orang2 yg membaca entry saudari itu..-zulhijrah

Anonymous,  7 April 2011 at 11:12  

As salam..

mohon share ya..

sha_amieyra 12 April 2011 at 01:00  

assalamualaikum...

alhamdulillah.. sedikit sebanyak kisah ni dpt menyedarkan diri ana yg kadang terleka dgn kehidupan dunia...

setiap yg hidup pasti akn merasai mati.. sama2 kita ambil iktibar dari kisah ini..

Wallahualam..

qudwatul hasanah,  7 May 2011 at 09:26  

alhamdulillah bermanfaat..

Murni Yusoff 7 June 2011 at 01:29  

Alhamdulillah,entri ini sangat bgs dn menyedarkan sy dn mgkin semua org yg telah dn akan membacanya..cinta Allah cnta yg abadi..sy jg akn bertunang..=)

Anonymous,  8 June 2011 at 09:50  

Masya Allah..terima kasih atas peringatan yang halus ni...huhu

~nurzunairah~

aziemy,  13 June 2011 at 12:37  

mohon share ye dik syirah

fiqalbi 31 January 2012 at 20:47  

Salam..mohon share di sini ya...
->
http://raipyjcth.tumblr.com/post/16816055585/saya-sudah-bertunang

Kurnia Amatullah 15 March 2012 at 12:11  

Salam..Ukhti Insyirah..mohon izin post di blog saya..syukran..

Rozaimie 6 April 2012 at 22:10  

entry yg amat menyentuh hati..hari yg pasti..yakni hari kematian..
moga kita dapat pengajaran dlm kisah entry ini..insyaallah..
:)

syahidah nafisah 29 April 2012 at 01:12  

salam..akak mohon share ye..syuqran

Hubbul QaLbu 29 May 2012 at 18:03  

salam a'laik..mohon share..syukran kasir..^^

Puteri Ahmad & Norizan = AHZAN 26 July 2012 at 00:18  

mohon share.. best entri ni :) sgt menginsafkan diri..

najihahusna 14 February 2013 at 09:31  

Mohon share di blog saya , kak insyirah .

Moga saham akhirat berantai panjangnya sampai ke akaun akak . :)

Unknown 14 March 2013 at 23:47  

Allahurabbi.. syukran atas entry yg menginsafkan diri

Nazaidatul Shima 2 April 2013 at 23:04  

Assalamualaikum.. Izinkan sy share, ya? terima kasih.. :)

nadia 4 July 2013 at 23:46  

Mohon share ya di blog saya .

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO