"Ya Allah, jadikanlah hamba Mu ini mencintai orang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku."

(HR Muslim)

06 January 2010

Ibu Susuan

Bismillahirrahmanirrahim.

* Ana sudah menasihati diri sendiri mahu mengurangkan aktiviti merepek dalam blog .:: HaRuMaN MaWaR ::. sesuai dengan peredaran usia yang semakin meningkat dari hari ke hari. Bukan la nak cakap ana sudah cukup tua, tetapi lebih tua dari semalam. Makin dekat dengan kubur, eloklah bersikap seperti orang yang sudah mengambil 'ibrah dari hari semalam. Insya Allah. Tetapi, kalau ana sudah mula merepek, maka buat tak nampak saja apa yang ditulis. *

Beberapa hari ini ana membahaskan isu ini bersama ummi dan abi. Usulnya mudah saja,

"Saya nak adik!"

Memandangkan usia ummi dan abi yang sudah layak dan insya Allah dah nak dapat menantu pun, maka... Ana mencari inisiatif lain yang wajar untuk menambah koleksi adik. Wah, koleksi? Tidak, bukan sewajarnya anak-anak fitrah itu dianggap koleksi tetapi saham bernilai. Pelaburan akhirat sekiranya betul caranya dan boleh jadi bala apabila tidak diasuh dengan betul.

Ana segera menyelongkar beberapa kisah yang ana kira boleh dijadikan 'sumbangan' kepada hujah ana pada ummi dan abi. Akhirnya, ana terpaksa memaksa minda mengingat kembali artikel-artikel yang pernah ukhtun-fil-islam tulis (yang pernah dibaca sebelum ini) walaupun ada artikel yang dimuatkan pada tahun 2006! Puas ana menggodek kembali, alhamdulillah Allah beri kesabaran untuk selongkar.

Baru-baru ini ana membaca coretan ukhti Aida yang menawarkan dirinya menjadi ibu susuan kepada anak sahabatnya yang mempunyai masalah kesihatan. Doktor menasihatkan si ibu (sahabat ukhti) tidak memberi susu badan sekitar 2 minggu bagi 'membebaskan' segala kesan ubat-ubatan dalam badan si ibu. Untuk menjaga kebajikan baby, maka susu ibu yang 'diformulakan' sebagai susu terbaik tanpa dicampurkan dengan susu lembu, maka ukhti Aida memberikan sejumlah susu badannya yang siap dibungkus dalam plastik untuk diberikan kepada anak sahabatnya.

Pada orang lain, mungkin ini cerita biasa saja. Tetapi tidak bagi ana.

Seorang ibu yang bermujahadah mahu menyusukan anaknya selama 2 tahun akan terasa betapa ralatnya kalau susu berkurangan. Tetapi ukhti Aida malah sanggup 'menawarkan' susu yang disimpan untuk anaknya diberikan kepada baby sahabatnya. Ukhuwah fillah, inilah indahnya ukhuwah kerana Allah. Memberi dengan kasih sayang.

Lalu, ana mengusulkan kepada ummi dan abi untuk mengambil anak angkat - bayi perempuan.

Ana tidak mahu lelaki, hujah itu ana simpan sendiri. Apabila abi membahaskan isu aurat dan sebagainya. Ana rasa sedikit sebanyak abi sudah 'termakan' dengan pujuk rayu ana, jadi ana tersenyum lebar.

Ana teringat pula akan kisah Uncle R dan Auntie Y. Uncle R ialah sahabat abi yang suatu ketika dahulu mahu 'merampas' adik lelaki ana kerana mereka tiada zuriat. Mengikut pada gaji Uncle R, pada ana sebulan bergaji tetap RM20k sudah (lebih dari) cukup kemampuannya untuk 'menambah cawangan' atas alasan zuriat tetapi beliau tidak begitu, ikrar Aku Terima Nikahnya dipegang. Akhirnya, setelah tidak berjaya 'merampas' adik lelaki ana, beliau dan isteri mengambil anak angkat perempuan.

Buat ukhti yang sedang rawan itu, relex okey! Jangan jadikan kondisi kesihatanmu sebagai satu asbab untuk menangguhkan perkahwinan, insya Allah tidak semua lelaki akan melirik pada wanita lain. Husnudzon saja pada Allah. Relex okey! 'Dan berdoalah kepada KU nescaya akan KU perkenankan'. Berkat kesabaran dan berkah perkahwinan, sihat la nanti. Ameen :)

Bagi mengelakkan masalah aurat dan sebagainya, si isteri mengambil pil hormon untuk menghasilkan susu badan. Maka, jadilah si anak itu sebagai anak susuan yang kondisinya sama seperti anak sendiri (dari segi aurat). Kini, anak itu sudah berusia 15 tahun dan tahu dirinya hanya seorang anak angkat, si ibu susuan lantas risau si anak akan melarikan diri setelah tahu status dirinya. Seharian si anak mengurung diri, si ibu kerisauan.

Esoknya, si anak menghadap si ibu sambil menangis terisak-isak.

"Terima kasih mak sebab ambil ****, terima kasih sebab mak jaga **** dengan baik. **** sayang mak!"

Alhamdulillah, anak itu anak solehah. Rajin menghafaz al-Quran, baik akhlaqnya.

Pada ana, proses didikan itu yang penting. Dan ana melangkah setapak ke hadapan, mengusulkan ummi melakukan perkara yang sama. Anak angkat itu dijadikan anak susuan, tidak perlulah sehingga 2 tahun penuh memandangkan kondisi kesihatan ummi yang sudah berusia tetapi... memadailah sehingga cukup syarat untuk menjadi ibu susuan-anak susuan supaya si kecil itu nanti tidak mempunyai masalah aurat dengan kami (abi wa akhun).

Kalau dahulu, abi mengelak dengan meletakkan status kesihatan ana sebagai 'alasan' tetapi kini alasan abi sudah berubah. Adoiii...!!

Lepas ni shopping baju baby... Kui3... Sapa nak ikut? Jommm!!! Lalalalaaaaa... :P

[Nota kaki] Enjin pencarian telah menjerumuskan ana ke post lama, satu 'ingatan' untuk ibu angkat!

p/s: Sila jangan bagi 'nasihat' suruh tunggu abangku menikah dahulu okey! Lama tuh nak tunggu main dengan anak sedara. I nak adik, okey! Ngeh ngeh ngeh!

16 leaves:

Balqis,  6 January 2010 at 12:50  

Salam..tik tokkk... tokkk tikkk...

Syira, ada hikmahnya abi tak nak ambil baby, nanti syira ada adik... tak jeles ke? lalaaaa. syira kan kuat jeles :P

takpe, ana TAK NAK dan TAK AKAN nasihatkan syira suh sabar tunggu abang syira kawin, ana nasihatkan syira je la yang kawin cepat2... hehehe, mesti cumel macam syira :D paling tidak pun iras2 arab sket, lalalaaa... yesss! pasni jumpe syira dia eksen je tayang baby. adoi la....

ya Allah, kurniakan kepada sahabatku ini pasangan yang soleh, yang akan membahagiakan kehidupannya dunia dan akhirat. allahumma amien... :)

~ZuLhAiRi~ 6 January 2010 at 15:39  

salam...

da kluar upenye cite pasal ibu susuan ye, actually bukan 2 minggu je ummu nufayl xleh menyusu, since mula2 dia admit ke wad mmg x leh menyusu...jadi ibu2 susuan tu dah lama jugak la kirenye jadi ibu susuan...may Allah bless all of them...

enti kenai rupanya ye salah sorang ibu susuan fudhayl, then tau gak blog kak ipar ana...x sangka..:)...mmg ada pun susu yg dilabel fateh aqmar, anak ukhti aida tu...p mai p mai..tang tu gak...:D

InsyaAllah, ana dOakan enti dapat adik yang sOlehah...n pasangan yang sOleh untuk zuriat yang soleh dan sOlehah...istajib du'a ana ya Allah...ameen ya robbal 'alamin...

abu uwais,  6 January 2010 at 15:39  

sebenarnya ana nak tulis sama je dengan apa yang ditulis oleh ukhti balqis. bagi penegasan sikit...

"Jangan risau pasal belahan jiwa pengarang jantung pisangmu si Uwais tu, nanti kami pinang yang lain untuk Uwais"

Hak hak hak...

(Sebelum si kecil buat 'alasan' pasal uwais, elok kita tembak dia dulu)

Tapi dik, selalu la jaga kesihatan bila dah ada baby ni lain sikit penatnya. Nak pula kalau awal2, 'qiamullail' tu memang insya Allah la. jap nangis, jap nak itu, jap nak ini tapi ianya sangat menyeronokkan!

Tahukah anda, Uwais dan Durrah juga mempunyai ibu susuan :) Mus'ab juga mempunyai ibu susuan dari ibu yang sama dengan abang dan kakaknya. Mempereratkan ukhuwah fillah, kami 'ikat' dengan anak-anak, tak boleh buat menantu dah la. huhu.

Tapi tak pa, pasal uwais hang toksah risau nanti ceq pinang tuuu dia cik hanisah anak omputeh tu untuk uwais. lalalaaaaa --> best rupanya menyanyi macam ni, patut budak kecil salu buat camtu. haha.

ummu 6 January 2010 at 15:54  

Assalamu'alaikum ya ukhti habibah.

"Seorang ibu yang bermujahadah mahu menyusukan anaknya selama 2 tahun akan terasa betapa ralatnya kalau susu berkurangan."

Benar tu sayang, memang kalau susu berkurang tu memang susah hati sikit. Alhamdulillah, kena selalu bertanya pada yang berpengalaman, setakat ni Uwais dan Durrah dapat 2 tahun penuh susu badan dan memang mereka ada ibu susuan sekejap masa akak demam dan bila pregnant, both of them tak nak menyusu lagi. Mungkin sebab hormon dalam badan buat susu rasa lain, wallahua'lam.

Alhamdulillah, so far Mus'ab masih lagi menyusu badan dan Mus'ab juga punya saudara susuan. Tapi, as mom memang berhati-hati juga sebab ianya jadi darah daging anak-anak kan, so... kalau cari ibu susuan biarlah yang kita kenal akhlaqnya bagaimana. :)

Wallahua'lam.

Kesian Insyirah, semua suruh dia kahwin tapi buah hatinya belum mumaiyiz lagi. Hehehehe.

ya Allah, kurniakan kepada sahabatku ini pasangan yang soleh, yang akan membahagiakan kehidupannya dunia dan akhirat. allahumma amien... :) <-- pinjam ayat Balqis.

Allahumma ameen ;)

Mia-Ina 6 January 2010 at 20:01  

syira je la yg kahwin...dpt anak...jd la baby nye...hehe....semoga syira cepat2 melangkah gerbang...

P/s : taknak la suruh abg nya kahwin dulu..syira yg nak...syira jela kan...

الوردة الشوكية 6 January 2010 at 20:12  

Salam Puan Balqis, haiyak! terasa macam nak dushum3 je orang yang dah layak jadi mak budak tu. Takpe, dapat chance nanti siap la dia!

Allahumma ameen :">

الوردة الشوكية 6 January 2010 at 20:14  

Salam

Akhi Zul~

Iya, 2 minggu SELEPAS keluar wad kan tempohnya. Ana taip dengan pantas itu yang jadi macam tu. :">

Ana kenal Ukhti Aida since Fawwaz. Anak-anak dia semuanya comel, putih gebu macam chinese. Paling suka tengok muka Fahri (abang kpd Fateh Aqmar).

Insya Allah, sedang mengusahakan ke arah adopt baby girl. Moga Allah permudahkan. Syukran atas doa tu... Allahumma ameen. :)

الوردة الشوكية 6 January 2010 at 20:17  

Abu Uwaissssss!

Iya... Bom atom nak meletup! Tunggu sekejap je beberapa second nanti bommmmmmmm! kebabo... :P

Mana leyh kongsi Uwais dengan orang lain, mana nak cari pakwe ensem macam tu. Ihiks. Ala, Hanisah ek? Ok, surrender... Hanisah much cute then me. Ok la. Ok la... Nnt Abu Hanisah pula tambah komen.

Okey, posting ni bukan untuk cik Syirah yang DAPAT BABY kan sudah ku BOLD saya nak adik! adoiiii...

الوردة الشوكية 6 January 2010 at 20:18  

Wa'alaikumussalam ummu ku cayang :D

hehehehe... ni yang makin bertambah cayang.

Aihhhh... abu wa ummu uwais komen. masa dekat2 pula tuh, lalalalalaaaa... lalalalaaaa.... (biarkan saja hati berlagu riang) hehehe.

الوردة الشوكية 6 January 2010 at 20:20  

Eh Kak Mia la kawin dulu, ala kak Mia neyh... Syira bagi peluang dulu untuk orang yang dah mengikat tali pertunangan, tak molek bertunang lama-lama. Ihiks... Jadi, biar la yang mana dah bertunang tu kawi dulu. Lalalala...

mujahidah 7 January 2010 at 09:32  

assalamua'laikum adik syira sayang.. amboi2, xsabo2 nak dapat adik yer? akak ni dah 22 tahun xde adik langsung.. at least, syira dah ada adik2..cuma sekarang ni nak "adik kecik" kan? so, akak dengan rela hati, mencampakkan diri akak untuk bersama dengan sahabat2 adik yang lain, menyeru supaya dik syira chomey kawin cepat2.. nti dapat baby girl yang chomey lotey..hehe.. so, apa lagi? tafaddhol.. tafaddhol... (^_^)
Ya ALLAH, permudahkanlah urusan adikku sayang ni.. kurniakanlah kepadanya rezeki yang halal, usia yang berkat,doa yang mustajab, hajat yang tertunai, pasangan soleh yang mampu membimbingnya menuju JannahMU.. amin ya Rabbal a'laminn..

Balqis,  7 January 2010 at 09:35  

~ ramai rupanya yang menyokong ana ~

hihihihi ^_^

الوردة الشوكية 7 January 2010 at 14:56  

Wa'alaikumussalam whb kak Syuhada dan salam buat Puan Balqis.

-nak jawab salam je. tak nak komen apa lagi dah-

~ MERAJUK dengan SEMUA ~

:'(

ummu 8 January 2010 at 09:52  

Tengok tu Balqis pujuk dek syirah cepat, tu la menyakat lebih-lebih sangat dek syirah dah merajuk ~saya berlepas diri~ hehehe, jangan la merajuk dek! semua mendoakan adek cepat kahwin, nanti tak susah hati dah ada orang jaga adek. kan?

tak gitu maksud abu uwais? hihi.

mujahidah 11 January 2010 at 17:55  

Assalamua'laikum adik sayang.. akak mintak maaf ye sayang.. mungkin apa yang akak cakap sebelum ni dah wat adik chomey ni merajuk.. Insya'ALLAH, kalau betul ALLAH takdirkan untuk adik dapat "ADIK" suatu hari nanti, PASTI AKAN DAPAT.. ALLAH maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA, kan? semoga adik sabar menunggu detik penganugerahan tersebut.. salam sayang dari kakakmu...

aSkiNg sOuL

Feeling alone?
Innallahha ma’ana

Saw evil act?
Inni akhafullah

Wishing something?
Fa’iza ’azamta fatawakkal’alallah

Missing somebody?
Ma fi qalbi ghairullah.

... syukran ...

Free Hit Counter Syukran 'ala ziarah ^_~

Silent Home

Silent Home
Bila emosi mengunci hati, lalu lahirlah ayat-ayat sepi sebuah monologku merentasi perjalanan menuju Rabbi :)

  © Template Lar Doce Lar por Emporium Digital Graphics Jenny's Grandchild and Irene's Corner

TOPO